Sunday, October 4, 2015

Ahad yang indah... huhu..



hari ni hari ahad... kehidupan berkerja shift kadang2 sangat mencabar. weekend masa untuk bersantai dengan keluarga.. tapi kita tetap kuatkan hati untuk bekerja.. berat hati melangkah keluar disaat semua insan sedang nyenyak tidur. emmm.. itu lah kehidupan. ada yang lebih tang ni.. ada yang lebih tang tu. sejak aku dengan husband sama2 kerja shift.. weekend bukan masa untuk bersantai. sebab masing2 selalu kena kerja weekend. jarang sangat kita cuti time weekend. kadang2 tu jumpe untuk pas kereta je.. huhu.. xpe.. ini lah tanggungjawab kepada keluarga dan anak2.. mama dan ayah redha.. =)

tapi best jugak kerja shift ni. bila hari biasa tibe2 sama2 hari off day hari yang sama.. memang keluar bawak anak2 jalan. masa tu xde ramai orang.. so mama ayah happy =) bawak anak2 pergi lah mana pun.. janji keluar.. sebab bila bawak anak2 keluar diaorang happy sangat2.. ha itu point yang mama dan ayah nak tekan kan. bukan lah pergi shopping.. pergi bercuti.. cukup la bawak keluar naik kereta... bila hana dan haziq happy.. mama dan ayah pun happy.. itu la kebahagiaan bagi kami =) walaupun kita saling bertukar shift sayang.. tapi Allah maha adil... semua nya baik2 sahaja.. syukur =)

hari ni duty kul 7 am. disebabkan subuh masuk awal. maka siap pun awal la... siap2 keluar rumah pukul 6.30 pagi. tengok kiri kanan semua xde orang.. mata duk pandang kiri kanan.. perhati takut2 ada yang xkena. hari ni drive sendiri.. malas nak suruh husband hantar. sebab nanti kesian dia nak kena angkut anak2 sekali. petang dia kena kerja pulak. panaskan kereta dalam 5 minit terus chow.. punyalah nervous.. =p alamak nak kena isi minyak pulak. okey buat2 berani.. emm.. xde orang pun.. laju2 isi.. sampaikan bangla tu tegur.. kenapa takut ye.. haha. kurang asam. memang lah takut 6.30 pagi dengan xde siapa2.

p/s : selamat berkerja... =) senyum... senyum... =) =)




Friday, October 2, 2015

9 tahun



Daisypath Anniversary tickers


dah 9 tahun da kenal dia.. hoho. lama jugak ye. dari zaman sekolah 2.10.2006-2.10.2015 .. alhamdulillah. macam2 dugaan yang kena hadap.. tapi kalau Allah dah kata kita mampu.. mesti kita boleh hadap nya. susah macam mana pun pasti ada jalan terbaik =) kan semua tu dah ditetapkan sejak kita dalam perut mak kita lagi. siapa jodoh kita.. bila ajal kita.. berapa anak kita. semua da lengkap. semua da ada.. percaya takdir Allah itu adalah yang terbaik.. insyaallah... bila kita menghargai.. kita akan bersyukur =) 

terima kasih awak.. untuk semuanya. terima kasih tolong saya jaga anak2. terima kasih sebab buatkan susu anak2 waktu malam. terima kasih sudi basuhkan berak anak.. terima kasih faham apa yang saya xsuka. terima kasih sebab sudi layan saya nak pergi sana sini. bila jalan2 dengan awak saya happy.. sebab awak orang yang sangat relax. layan je semuanya.. tq encik mohd idzuan...  adil lah.. saya semua benda nak cepat..awak pulak cool je..tapi kadang2 geram jugak.  sebab tu kita kawin kot.. =p =p 

bila gaduh memang xingat dunia.. biasa la suami isterikan. tapi kalau gaduh xpernah lama2. sebab entah lah. harap2 sampai tua lah kita tetap macam ni. amin... bersyukur sangat dah dengan apa yang kita ada. terima kasih sebab sediakan tempat tinggal yang selesa.. kereta boleh gerak sana sini. makan semua cukup. anak2 pun sayang ayah.. semua nak ayah. mama jelez.. huhu. bak kata awak.. kalau nak anak macam tu.. waktu malam bangun buat susu. terus jawab.. emm xpelah.. anak mesti sayang mama jugak.. sebab mama yang beranak kan dorang.. haha.. sori la nak buat susu malam2.. malas.. =) 




Thursday, October 1, 2015

Gemuk nya aku...



mak ai... tengah belek2 gambar lama.. tiba2 terjumpa gambar masa gemuk ni. masa ni baru lepas habis pantang hana.. tahun 2013.. hari raya.. hana baru 3 bulan lebih rasa nya. masa sebelum mengadungkan hana berat mama 63kg.. sekali naik mendadak ke 85kg bila dah 9 bulan. ngeri nya bila tengok badan naik sampai 85kg. tapi aku relax je.. aku makan je ikut nafsu.. selagi xpantang aku belasah je makan apa pun. bila dalam pantang mula mengelabah nak turun berat. huhu.. turun sampai 75 kg je.. ha gambar tu berat aku 75kg lah tu.. tengok lengan je dah besar gabak. 

masa tu stress sekejap.. sebab banyak baju xboleh pakai.. seluar jean pun xboleh pakai.. down sangat. so bermula la nak diet semua. amek shaklee.. berjaya turun sampai 70kg.. alhamdulillah. lepas tu turun2 dan turun sebab susukan anak. last sekali berat stop dekat 65kg. time ni memang diet betol2 dan aku berenang hari2.. dan alhamdulillah berat turun sampai 62kg.. bila seluar jean masa anak dara dah boleh sarung.. terus menari depan husband... hahaha... happy xterkata.. amek masa dalam 9 bulan lepas bersalin jugak la nak dapat balik berat asal 63 kg tu.. yesss... tercapai.. 

bila dah dapat berat asal.. eh mengandung pulak.. masa hana 10 bulan. huhu.. xpelah rezeki Allah.. so time pregnant anak ke2 ni aku berazam nak kawal makan.. dan xnak ikut nafsu.. berjaya capai target. masa 9 bulan berat last 75kg sahaja.. so dalam pantang aku pantang betol2.. semua petua mak aku ikut. alhamdulillah.. aku berjaya dapat berat asal 62kg. menari berdansa lagi depan husband. =) sila lah jelez sayang. tup2 bila dah num 2 ni.. mungkin sebab penat jaga 2 anak.. tambah lagi rumah sekarang 2 tingkat.. tapi saiz kecik je lah. duk turun naik.. terus berat drop ke 57kg. 

masa ni terus baju semua longgar... hehe.. happy lah kan. oh baru rasa.. best jugak badan ringan ni. xde la malas sangat nak gerak. senang sikit nak gerak uruskan.. uruskan rumah.. uruskan suami. okey.. sekarang bila dah 57kg.. mama mengandung lagi.. harap2 lah berat xde naik banyak sangat. terget berat last 9 bulan dalam 67-69kg je.. so dalam pantang senang lah nak turunkan berat. aku rasa kalau haziq still susu badan mau berat aku boleh turun sampai bawah 55kg. sebab dia duk amek lemak mama dia.. sekarang dia dah xnak menyusu. last dia menyusu masa umur dia 8 bulan.

alhamdulillah dapat jugak aku jaya kan menyusu secara 6 bulan secara exclusive. maksud nya hanya susu ibu. tanpa ada apa2 walau air masak. masa kuning pun aku bagi susu badan je. walaupun banyak cabaran.. sebab kerja shiftkan.. bersyukur sangat2 tetap dapat jayakan. tq jugak dekat husband sebab faham kenapa mama nak bagi susu mama je masa tu. tq untuk semangat yang ayah bagi. awak kawan terbaik dalam hidup saya.. semoga kita tetap bersama sampai bila2... saya sayang awak..hahaha =p  bergaduh suami isteri tu biasa lah.. kan2.. satu je saya harap.. saya mampu jadi yang pertama dan terakhir dalam hidup awak... amin... =) =) 





Menghargai..bersyukur..





percaya kepada takdir Allah... anak2 semua nya rezeki... Alhamdulillah Allah berikan rezeki  untuk aku mengandung lagi. untuk kali yang 3. nikmat yang xsemua orang dapat.. rezeki Allah sangat luas.. kadang Dia kurniakan keluarga yang bahagia..adik beradik yang sangat rapat... makanan yang xpernah putus.. duit yang xpernah putus walau bukan pada gaji sahaja... terkadang rezeki itu pada baju yang baru setiap bulan.. juga pada rumah yang harmoni.. anak2 yang mendengar kata. rezeki dikurniakan jodoh yang awal.. rezeki kawin lambat juga sebab masih mampu berbakti kepada orang tau.  jadi tetap lah bersyukur diatas setiap apa yang kita miliki. rezeki bukan pada DUIT yang banyak sahaja. fikir la seluasnya sebelum nak mengeluarkan kata2.. kadang2 menghiris perasaan orang.

walaupun agak penat sebab mengandung setiap tahun.. tapi aku gagahkan diri jugak.. sebab bagi aku.. umur 35 tahun masa untuk aku jaga kesihatan diri aku sendiri. dan masa tu anak2 dah pandai urus diri sendiri. sebab tu aku target sebelum umur 30 tahun aku nak mengandung dan melahirkan anak sekurang2 nya 4 orang. jadi bila da masuk 35 tahun aku dah boleh relax jaga diri sendiri.. beli jamu itu ini.. haha. eh seronok apa anak ramai. pasal cukup ke x keperluan anak tu.. alhamdulillah setakat ni anak2 cukup susu dan pampers. setiap bulan hana minum 5 pek susu.. haziq 5 pek.. pampers pulak 2 1/2 pek sebulan.. alhamdulillah cukup je semua.. kita tau kedudukan kewangan kita.. jadi kita pandai2 budget la semua nya... biar orang nampak kurang.. sebenar nya rezeki tu cukup dah.. =)

Alhamdulillh rezeki Allah kurniakan seorang suami yang boleh jaga anak. semua dia boleh buat. cuma tang bagi makan si adik dia xreti sebab nasi nak kena masak n blend.. so xpe lah xkan semua nya harapkan ye x.. ada lah sikit kekurangan nya. bagi aku dia dah boleh jaga anak2 masa aku kerja malam dan siang pun dah cukup bersyukur sangat. malam2 memang dia je yang bangun buat susu anak. aku kejut sekali dua je dia dah bangun. aku memang malas nak turun buat susu.. dia dah faham dah.. hahaha.. okey la aku dah mengadung dan lahirkan.. tang jaga kita sama2 la.. mana aci aku je yang jaga sorang.. nasib dia okey je.. tq my hubby chubby yang banyak tolong mama jaga anak2. sampaikan anak2 tetap cari ayah.. kalau ayah pergi kerja... uwaa.... jelezzz....

hana dan haziq maafkan mama ye.. mama terpaksa bagi adik lagi.. =) bukan apa... kesian main berdua je.. kalau ada adik lagi baru syok kan main ramai2.. nak2 umur korang jarak xjauh mana.. pas ni siap lah dengar mama jadi tarzan. bak kata ayah.. suara mama boleh sampai ampang rumah nenek. sentap 40 kali. tapi esok buat jugak. nak2 haziq sekarang ni sangat aktif.. nak kata masa mengandung makan ikan salmon xpernah pulak.. mana akal cerdik dia datang pun xtahu.. apa yang kita xboleh fikir dia akan buat masa umur dia.. dia buktikan dia boleh buat... okey mama urut dada.. haziq=cerdik pandai. doa dalam nama hari2.. sebab tu kot.. alhamdulillah.. learning proses.. xpe lah nak.. janji awak sihat dan boleh senyum hari2 tu dah buat mama dan ayah sejuk hati dah.. anak ayah ni..

hana pulak sekarang dah pandai sangat cakap.. kalau tengok mam sedih.. dia datang pujuk.. mama jangan nangis.. dia urut2 kita.. macam kita buat dekat dia. oh anak.. terima kasih.. sayang hana. hana ni kalau dibiarkan bangun pagi.. ha pukul 11 kang baru bangun. anak dara oh anak dara. dah pandai bawak diri. mungkin sebab dia dapat adik awal.. so xde lah dia manja sangat. boleh la nak harap dia tolong buat kerja. bila hana dah darjah 1 nanti mama ajar buat kerja rumah ye.. nanti boleh lah tolong mama buat kerja rumah.. tq sayang. hana memang dah kakak sangat dah. bangun pagi2 cari haziq. kalau haziq hilang.. jap lagi mama haziq mana... mengelabah sangat. tapi bila dia tinggal haziq xpe.. cis xaci betol.. siap cakap lagi.. bubye haziq.. haziq duduk rumah ye.. okey bye!

p/s : kalau kita tau nak menghargai apa yang kita ada. pasti kita tetap bersyukur dengan nikmat nya.

Saturday, September 26, 2015

Jerebu oh jerebu...




alahai jerebu.. insgatkan bila dah 2 hari hujan jerebu dah semakin okey. tapi kenapa...why...hari ni jerebu macam ada lagi. emmmm... sedih. nak sidai baju dekat luar pun rasa macam malas.. (alasan untuk xbasuh baju) ingatkan mata kabur... sekali duk gosok2 eh kenapa kelabu je pandangan... memang 2 hari ni xcukup tidur... sekali gosok2 mata... oh... jerebu rupanya... emmm... jerebu cepat la pergi... sian anak2 nak main dekat luar. rasa macam malas nak keluar rumah kalau jerebu teruk macam ni... huhu. diharapkan bila keadaan dah macam ni... kita dapat beri kerjasama supaya tidak melakukan pembakaran sampah atau apa2 pun.. cian anak2 kecik. cian pesakit2 asma..cian ibu mengandung. 

Thursday, September 24, 2015

3 bulan...





Bulan ni kandungan dah masuk bulan yang ke 3. semua nya okey2 sahaja setakat ni. ikutkan perancangan memang aka bersalin dekat hospital sabak bernam je. malas nak fikir dah. ikutkan pengalaman bersalinkan haziq xde masalah bersalin dekat sana. tambahan kos cuma rm36 sahaja. sangat2 berbaloi. pastu aku jadi lebih kuat dan berani nak bergerak sendiri. sebab dekat sana memang banyak benda kita kena uruskan sendiri.. so xde la kita nak manja sangat.

bukan nak kata boleh buat semua nya terus.. tapi dekat sana dia ajar kita secara xlangsng.. kita sebenarnya boleh buat... bersalin tu memang sakit.. tapi xbermakna kita kena duduk je... dia ajar kita dalam diam lah. aku memang berpuas hati sangat masa bersalin dekat sana. bagi aku sakit semua sama je. part paling sakit bila proses pengecutan rahim. bila anak tengah susu... nak nangis ke nak stress ke nak gigit muka anak.. hahaha... oh semua tu pengorbanan

so anak ke 3 ni... kita balik kampung bersalin dekat sana je lah. senang dan dekat je dengan rumah mak abah. bila bersalin murah.. dapat la kita tumpukan nak beli jamu untuk pantang. nak berurut lebih2 sikit. sebab kita dajimat kos bersalin dekat swasta. Alhamdulillah... xpe rezeki anak2 semua lain2. tahun ni ingat nak cuba set bersalin nana roguy.. bila aku belek2 macam best je semua item dia.. harga pun boleh la nak mampu milik. agak2 dapat balik x berat 58 kg??

lepas ni berapa tahun nak rehat xtahu la... ada rezeki Allah nak bagi.. aku terima je. sebab rasa macam okey lagi kot kalau nak tambah. masa dorang kecik2 ni je macam susah nak jaga anak kecik2 ni... insyaallah dah besar kang mungkin dalam ramai2 tu ada yang boleh jaga kita betul2... insyaallah... boleh didik dari sekarang cara nak bagi anak2 faham dunia sebenar.. macam tu lah... =) =) anak 4 pun aku okey... anak 5 pun aku okey... bergantung kepada rezeki.



 

Selamat hari raya aidiladha...



selamat hari raya aidiladha. tahun ni raya dekat shah alam je. mak balik kampung dekat kuantan. katanya rindu dekat mak dia.. hihi.. =)  ramai yang tanya dekat sana ada siapa je. sebenarnya ramai je sedara mara dekat kuantan. mak anak sulung. adik beradik ada 11 orang... kiranya nenek aku jarak dengan mak xde la jauh sangat. adik beradik mak pun ramai yang duduk Pahang. aku pun memang lahir dekat sana.. 1989 sampai lah tahun 2005.. baru pindah sabak bernam. lepas pindah sabak bernam memang jarang balik sana. banyak kenangan masa membesar dekat sana. xpe semua tu pengalaman yang membuatkan kita lebih matang.

mak ajak ikut.. tapi disebabkan cuti tinggal 2 hari je la.. terus xjadi.. sebab mak ajak pergi 3 hari 2 malam. xpelah xde rezeki nak pergi sana lagi... dah lama sanga rasanya xpergi sana.. last tahun 2012..huhu. seminggu sebelum mak nak balik.. mak mintak nak bawak hana. sebab saja nak bawak budak tu jalan2. mula2 aku memang agak berat hati sikit.. tapi xpela bagi je lah. sebab mak rindu katanya. ye lah masa dia baby lagi mak duk jaga dia. mana xrindu nya.. dari dalam pantang sampai lah umur dia 1 tahun. nak2 budak yang mulut petah macam dia, mau mak xrindu. seronok hana dapat ikut opah balik kuantan ye sayang.. =)

ayah shift malam... kul 9 pagi kang sampai la rumah. mama pukul 4 petang kang masuk la kerja.. selamat hari raya semua. masa mengandungkan anak num3 ni memang teringin sangat nak makan daging korban... bila fikir mak balik kuantan... terus macam ala... tahun ni mengidam la nak makan. aku bukan lah suka sangat makan daging pun. tiba2 tahun ni tekak teringin sangat2 nak makan daging korban. tiba2 2 hari lepas... dapat surat.. sila ambil daging agihan korban pada pukul 1petang-3petang. Alhamdulillah... Allah maha mengasihani... syukur... dapat la baby makan daging korban... nak nangis rasa nya... hihihi.... =) =) rezeki....

Sunday, September 6, 2015

Rezeki datang lagi.. =)

lama nya rasa xupdate blog.. rindu rasanya nak menaip. rindu nak bercerita.. maaf ye reader kalau aku kejap ada.. kejap xde.. tq jugak sebab sudi jenguk blog yang xseberapa ni. aku memang suka menulis.. cita2 nak jadi penulis tapi tunggu la masa yang sesuai.. mana tau nanti2 boleh jadi penulis novel ke. mana tau masa depan kita kan. cuma kita yang boleh menjadikan ia nya realiti atau fantasi. cakap2 orang tu memang ada.. tapi kita tepis dengan cara berhemah.. insyaallah kalau anak dah besar.. boleh la kita berilham... hasil kan cerpen pendek.. =)

alhamdulillah Allah kurniakan lagi rezeki untuk aku dan suami. mengandung anak ke3. asalnya memang rancang nak anak lagi 2 tahun. tunggu haziq umur 2 tahun. tapi bila difikir2 balik.. xpelah aku muda lagi... 26 tahun... apa kata kita penat sekali harung je. maksud nya sebelum hana masuk sekolah darjah 1 mama dah habis pantang adik ke 4.. ha gitu.. xpe rezeki anak lain2.. mana tau rezeki anak ke4 kebabom... insyaallah. tuah ayam nampak dikaki.. tuah manusia xsiapa yang tahu kan. semua tu Allah da tetap kan... insyaallah..

mengandungkan num 3 ni banyak sangat cabaran. 1 nya masalah sakit pinggang ni.. ke2 nya aku macam nak kena morning sickness.. tapi macam xde pulak. cuma aku xboleh nak bau perfume lelaki.. pening nya tahap nak hantuk kepala.. kalau time dispense memamg sangat mencabar. tapi apa boleh buat duty kerja kan. so redha je lah. bau husband memang aku xboleh tahan lah. haha. cian dia. lagi sedih berganda bau haziq anak lelaki pun aku pening... mungkin dia lelaki so mama nya pening jugak la. tapi aku gomol2 jugak lah.. pastu mula la.. huhu..

setiap anak lain2 aku rasa. macam hana aku xde pape nak muntah2 pun.. sebab tu berat boleh naik sampai 85kg. mana x nya asyik ingat makan je. haziq pulak aku kena masuk hospital. tibe2 xboleh jalan.. rupa nya mengandung 5 minggu. alahan pun xde sangat cuma aku dah pandai control makan. bukan apa sebab susah nak turun berat badan ke normal balik. yang num 3 ni pulak pening nak muntah loya semua ada.. malas xpayah nak cakap la. ikutkan hati nak baring je. tapi mana boleh layan.. sebab ada 2 anak lagi nak kena jaga..

so nak xnak aku kena lawan jugak. kalau agak2 nak muntah tu sebab makan lambat la.. perut masuk angin.. ha cepat2 aku telan gaviscon tu.. pastu baru lega.. baru boleh buat kerja rumah. cabaran kali ni paling kuat. anak2 kecik lagi.. dua2 mengharapkan kita.. xkan kita nak baring je. kadang2 stress. tapi apa boleh buat.. pengorbanan.. nasib baik la suami banyak tolong. kiranya kalau dia balik kerja malam tu. dia tolong la jaga anak2 kalau anak2 xtido lagi. dia xkejut aku. sebab aku dah ngadu dekat dia.. num 3 ni lain macam sikit pening nya.

ikutkan due date tahun depan bersalin. insyaallah bulan 4.. dalan 19hb. tapi mengikut anak2 yang sebelum ni semua nya awal je. hana aku bersalin awal 1 minggu. haziq awal 2 minggu. num 3 ni tah2 awal bulan 4 kot. insyaallah.. semoga dipemudahkan. mintak2 senang macam abang haziq ye sayang. nanti mama push.. sayang pun pushkan badan tu ye.. xsabar nak tengok anak2 semua depan mata. rezeki setiap manusia semua nya lain2. ada yang dikurniakn kesihatan yang baik sampai mati. ada yang diberikan anak yang ramai.. beratur setiap tahun..

rezeki bukan pada duit... rezeki tu amat luas.. terletak pada kita macam mana kita nak mensyukuri nikmat yang Allah berikan. dan positive kan diri untuk menilai apa yang orang lain nak share kan. kadang bukan niat nak riak.. tapi sebab nak berkongsi cerita.. mungkin itu yang buat dia gembira.. subhanallah... takdir kita Allah da tetapkan. Allah janji sape jaga solat dia akan berjaya dunia dan akhirat..  jom kita sama2 pegang pada yang itu disamping cuba perbaiki kesilapan diri kita. apa yang da jadi kita jadikan pengajaran... semat dalam hati..

terima kasih encik suami kerana awak banyak sangat tolong saya dalam menguruskan anak2 dan rumah. walaupun cara awak xsama dengan saya.. tetap bersuyukur. dalam kehidupan terlalu banyak soalan manusia yang kita nak kena hadap. kenapa anak setahun sorang. bila nak ada anak.. bila nak kawin.. bila nak dapat anak perempuan.. bila nak ada rumah sendiri. alahai.. bersabarlah hati. relax lah.. manusia.. xde benda kot nak tanya... so dia create kan lah soalan untuk ajak borak. kadang sentap. tapi kita jawab je lah sambil senyum.. =)







Saturday, August 1, 2015

Juadah hari raya first time buat =)



ahad lepas MIL datang beraya dekat rumah.. so duk fikir2 lah nak masak apa.. last2 apa kata kita buat juadah hari raya. ni memang gila berani mati aku pernah buat dalam hidup, sebab aku memang xreti masak. dah 3 tahun baru start bulan puasa tahun ni aku belajar masak betol2. tapi aku ingat pesan mak, kalau kita masak dengan penuh kasih sayang insyaallah masakan tu sedap.. insyaallah...sebelum masak baca bismilah... masa nak masak fikir yang baik2 je.. sebab nak bagi orang makan kan. sekali dah siap macam xpercaya semua tu aku masak... first time tau aku masak semua ni... 

disebab kan masa raya tu aku xmakan sangat lauk hari raya sebab entah la kenapa.. mungkin sebab xde selera.. bila dikaji balik. sebenar nya aku makan juadah hari raya masa dekat rumah pagi raya je, tu pun ketupat seketul. kuah lodeh sikit kuah kacang sikit rendag aku xusik pun. so bila dah balik rumah berazam nak belajar masak semua ni.. maka terus la gigih belajar dekat internet. ayam masak 2 ekor.. masa tu tahap confident memang aku kena letak tinggi2... alhamdulillah semua aku masak semua nya menjadi... syukur sangat. so dapat la aku makan puas2... masak ni senang je rupanya.. 

menu hari yang aku sediakan : 
rendang ayam cili hijau
ketupat mini nona
kuah kacang
masak lodeh
lemang
spaghetti  


Impian dan harapan..





selamat pagi semua... alhamdulillah dah masuk bulan 8 dah. alahai sekejap je rasa nya masa berlalu. eh2 da bulan 8 la... makna nya 6.8 ni birthday husband yang ke 26 tahun. hohoho.. hadiah nak apa?? xpe nanti saya bagi hadiah special dekat awak... insyaallah.. =) awak2 saya nak bagitau ni... saya sayang awak. terima kasih untuk semua yang awak dah berikan. kehidupan ada masa pasang dan surut nya. walau apa pun saya tetap berdiri belakang awak. sebab bila awak nak jatuh saya boleh tolak awak kuat2... supaya awak boleh beridiri balik sayang..

aku dengan suami memang sama umur. sebab kenal masa form 5. kiri kanan.. depan belakang arah perhubungan.. akhir nya 2.6.2012 bernikah. alhamdulillah... alhamdulillah... aku sah menjadi milik dia. =) . Impian dan harapan seorang wanita semestinya untuk hidup bersama dengan insan yang dicintai dan disayangi. jodoh Allah dah tetapkan. alhamdulillah... =) =) aku ni kira macam api jugak la.. hahaha.. dia macam air... mungkin disebab kan tu jodoh tu ada disitu... xdapat bayang kan kalau dua2 macam api.. habis terbakar la rumah tu... terus hangus jawabnya...

dalam perkahwinan komunikasi amat sangat penting. sebab kebenaran yang xboleh nak disangkal lagi lelaki xboleh baca apa yang perempuan nak. apa yang perempuan fikir. so.. kalau ada masa slow talk.. sebab kalau pendam lama bahaya. takut bila dah meletop.. terus macam bom.. kebabom... cuba bagitau kita xsuka macam ni.. xsuka macam tu. semamang nya dalam islam sendiri dah menetapkan suami selayak nya dilayan baik mungkin. insyaallah... kita cuba menjadi isteri yang baik dan menyenangkan hati suami.. insyaallah pahala Allah kurnia kan untuk kita..

p/s : ujian tu tanda Allah sayang kita.. dan sakit tu Allah bagi sebab nak kurang kan dosa kita supaya bila mengadap Dia disana nanti.. kita xbawak dosa yang banyak sangat. mungkin hidup ni banyak sangat buat benda sia2.. sebab tu dapat ujian macam ni dalam hidup.. =) =) alhamdulillah dah boleh berfikiran secara matang.. insyaallah... 

Friday, July 31, 2015

Hari raya aidilfitri 2015




selamat hari raya..masih dalam mood raya lagi.. xpe raya kan sebulan. tahun ni raya turn sebelah sabak bernam. tahun ni special sikit. sebab dapat berkumpul 7 beradik. bukan senang nak kumpul ramai2. ye la masing2 dah kawin. kena la ikut turn kan. aku ni nasib baik la sebelah husband dekat area kl je.so xde la tergesa2 nak balik. cuma tahun ni raya ke2 da balik ke shah alam sebab nya raya ke3 husband dah start kerja



 belakang : abang num 2 , abang num 3 , adik lelaki num 5 dan abang sulung
 depan : adik bongsu num 7 , aku num 4 , adik perempuan num 6 .

                            


soalan cepu emas.. jom cari mana alif... huhu. duk kira semua ahli keluarga.. sekali dalam hati terdetik mana lah anak sedara sorang lagi ni. sekali... eh3 celah adik2 aku.. hihihi alif ni kalau dengan sedara yang lelaki dia otai.. sekali layan hana alahai lemah lembut nya. huhu. hana sorang je cucu perempuan setakat ni. dia ada 6 sepupu lelaki. orang duk main lari2.. dia malu2 nak join...

selamat hari raya untuk semua yang dikenali atau xdikenali. time hari raya ni lah masa yang seronok sebab dapat berjumpa sanak saudara. dapat ziarah menziarahi. erat kan hubungan. maaf zahir dan batin. maaf kalau ada tersilap cakap. zaman muda mudi emosi memang cepat sangat berubah. semakin meningkat umur ni.. akan cuba sedaya upaya untuk lebih matang.. insyaallah... =)



Tuesday, July 14, 2015

Maju la diri untuk orang tersayang.. =)

salam ramadan semua.. nampak nya ramadan bakal meninggalkan kita semua xlama je lagi. tinggal lagi 3 hari je. tahun ni aku rasa ramadan yang penuh bermakna sebab dapat berbakti dekat suami dan anak2. sebab tahun ni gigih search dan masak lauk pauk untuk husband berbuka. kita masak2.. bila berbuka tengok husband makan... alahai happy nya.. rasa macam esok2 semangat nak masak lagi...

alhamdulillah tahun ni nikah dah masuk tahun ke3.. disebabkan kawin sebelum raya. maka ni merupakan ramadan aku yang ke4 la bersama suami. sebelum2 ni aku agak malas nak masak. sebab penat kerja.. jaga anak lagi. ditambah tahun lepas duduk dengan mak sekali. memang tak la aku nak masak. dasar pemalas.. huhu. tapi tahun ni dah sedar diri sikit.. anak dah 2 xreti2 ke nak belajar masak..

yang pelik nya... time puasa ni xde la dapt rasa2 kan. cuma bila nak masak tu doa banyak.. supaya semuanya menjadi dan orang yang makan pun selera.. alhamdulillah menjadi aku masak. padahal tu semua aku belajar dari internet je. mak kata yang penting IKHLAS... maka akan terhasil la makanan yang luar biasa nikmatnya.. haha. =p =p nasib la dapat husband yang xbanyak complaint..

bila da masak hari2.. confident level da okey sikit da. kalau dulu bila masak je risau xsedap la.. risau kalau orang nak muntah la.. macam2 la fikir. tapi bila dah hari2 masak.. ha campak je.. campak je.. rasa garam xcukup letak lagi.. rasa ini xcukup ha campak.. campak.. jangan segan2. silap2 lepas ni xayah tengok recipe dah.. semua dalam kepala otak je.. macam mak2.. cakap je nak makan apa...

so sekarang... meh la kita belajar recipe yang lebih mencabar sikit.. macam lobster masak kicap ke.. ikan siakap masak stim ke... ha?????? yang tu kita slow2 la.. sebab sekrang pun hegeh lagi.. masak pun tengok recipe.. sebab buka nak masuk tekak aku sorang je kan.. nak bagi suami makan.. bagi anak makan. so kena la masak okey2 sikit. kalau tekak aku ni.. aku belasah je.. huhu =)




Tuesday, July 7, 2015

Muhammad haziq iman..

lagi 1 minggu lebih kita nak raya.. yahooo... pergi dekat mana2 semua dah display baju raya. iklan raya pun dah keluar. kuih raya memang bersepah2 dekat pasaraya. alahai... sekejap nya masa berlalu sekarang ni. kadang2 rasa macam eh macam semalam baru hari isnin.. tup2 hari ni dah hari sabtu. ha ni over. anak yang baby pun dah nak masuk 7 bulan. adik.. adik jangan besar cepat sangat. mama nak adik baby lama sikit. nak gomol2 adik.. muaaahhhhhh ........... sayanggggg adik. =)

sekarang haziq dah pandai angkat punggung. lepas tu dah pandai tolak2 badan kedepan. kiranya kalau letak barang dekat depan dia.. dia dah boleh capai. tup2 dia dah amek barang tu. jatuh katil pun pernah.. alahai mak ko ni dik.. maaf ye adik.. mama mengantuk sangat. nasib baik masa dia jatuh tu dia menangis sekejap je. lepastu xde muntah.. fuhhh semangat. nasib baik xde apa2. so sekarang kalau nak mandi bila time dia terjaga.. kena mandi cepat2.. takut sejarah akan berulang... =(

kalau tengah lipat kain lagi syok.. dia akan tarik apa2 kain @ baju.. dia duk masuk dalam mulut. tup2 bila aku tengok habis basah baju tu. sekarang ni apa yang dia dapat pegang dia akan masuk dalam mulut. mungkin dia tengah dalam proses.. memegang.. merasa dan mencuba. kalau letak mainan depan dia.. haaaa... laju je dia nak capai.. tapi kesian.. kadang2.. kakak dia kedekut.. "ajik ni kakak nye" xlama lepas tu uwaaa... adik menangis.. kesian2... sabar je la dik.. 

Saturday, June 20, 2015

Salam ramadan..




Hari ni dah masuk hari ke3 kita menjalani ibadah berpuasa. sekejap je. tahun ni macam xberapa perasan sangat bulan ramadan sebab bulan 6 kan. rasa macam sekejap je. tup2 dah puasa. masa mula2 puasa semangat nak bangun sahur. last2 kelaut jugak sedar2 dah pukul 6.30 pagi. mood redha je lah. hari ke2 sahur dekat tempat kerja. sebab night shift. dan hari ni pun sama bersahur dekat tempat kerja la jawabnya. esok insyaallah kalau terjaga dapat lah sahur dengan husband.

tahun ni macam nak berazam nak masak je dekat rumah. malas nak beli2 lauk dekat bazaar da. sebab utama nya kadang2 rasa macam mak ai kenapa la mahal sangat. so gigih lah dua hari ni aku memasak. walaupun xberapa nak sedap tapi tetap nak jugak masak. bila tengok husband makan.. emmm hilang semua penat.. seronok tengok dia makan. huhu =) betul la bila kita masak sendiri lain sikit dari kita beli dekat luar. kenyang nya lain macam... nikmat je nak menjamu selera =)

jom kita sama2 tambahkan amal kita =) bulan yang mulia.. ramadan ya ramadan.. hadirmu membawa hadiah.. semoga kita semua bergembira dengan kehadiran nya =) =) paling penting jangan sesekali membazir. nak2 bab makan.. jangan ikut sangat nafsu.. nanti xhabis kesian kena buang. sedih bila ingat insan2 yang xberkemampuan... apalah yang mereka makan kan untuk berbuka. emmm.. bila kita pernah rasa susah kita akan lebih menghargai setiap nilai sen...

salam ramadan.. NORHIDAYU BINTI HAMID..... 




Saturday, June 13, 2015

Kemampuan diri..




dulu masa mula2 lepas spm baru rasa hidup berdikari sedikit. sebab sebelum tu memang duk bawah ketiak mak je. agak susah jugak mula2 sebab semuanya xreti nak buat. lepas tu semuanya slow2 belajar macam mana nak buat satu2 benda. abang num 2 memang banyak tolong masa tu.. kalau mak abah xdapat nak tolong dia yang akan amek dan hantar aku. terima kasih angah..

sampaikan 1 tahap tu tibe2 along aku bersuara.. cuba belajar sendiri naik public transport so xpayah la susahkan angah.. huhu. lepas along dah cakap macam tu terus belajar naik bus sendiri dekat pudu.. belajar beli tiket semua. tapi xde lah belajar mana pun. semuanya mintak tolong dekat husband. masa tu pak we la. kan couple masa zaman sekolah menengah lagi.. huhu.

so dari situ buang semua perasaan takut. bila dah bekerja ni perlukan kita drive sendiri. sebab kita kan kerja shift. nak begantung dengan suami agak susah cikit. kalau dua2 kerja office hour best jugak. tapi nak buat macam mana dah takdir kan.. ni yang terbaik. so redha je lah.. =) amek lesen motor masa mula2 kerja. masa tu takut ya amat.. tapi lawan jugak.. dan akhirnya berjaya =)

lepas kawin masa mengandungkan irdina. buat keputusan nak amek lesen kereta pulak. sebab bahaya nak bawak motor. husband pulak kerja dekat KL naik tren je. so kereta terbiar je. last2 aku cakap aku nak buat lesen kereta. alhamdulillah semua lepas. tup2 bila dah lepas lulus lesen kereta.. nak bawak kereta takut. husband tetap bagi semangat.. dan akhir nya boleh drive sendiri..

tu lah kalau rasa ketakutan tu melampaui batas.. kita sendiri kena saiko kepala kita. huhu. yakin boleh. sebab kalau kita layan je macam mana kita nak teruskan kehidupan. kalau asyik bergantung hidup dengan orang pun susah. kena belajar untuk berdikari. kita xtahu apa yang bakal kita hadapi masa depan. so kena lah buat back up sendiri. ilmu dunia pun kena update sikit2. =)

p/s : apa yang kita ada sekarang belum tentu milik kita selamanya.. 

Tuesday, June 9, 2015

Adik-adik perempuan




alahai sekejap je mas berlalau.. adik2 yang dari kecik aku jaga.. sekarang dua2 da tinggi melangit. yang baju hijau tU adik number 6.. yana.. yang baju hitam tu adik bongsu.. linda. adik beradik aku ada 7 orang semu nya. atas aku ada 3 abang. aku number 4. bawah aku adik lelaki. jarak adik yang number 5 dengan number 6 tu 9 tahun. ingatkan aku je perempuan masa dulu2. sekali timbul sorang. tup2 tahun depan timbul lagi sorang. alhamdulillah rezeki..

bila dah besar ni baru lah best cikit. nak gosip nak gaduh nak tukar2 baju. huhu. lepas kawin kebanyakan baju aku banyak yang dah xmuat. so pas dekat dorang je. tapi xsangka pulak lepas 3 bulan habis pantang berat badan kembali macam sebelum kahwin. dan seluar jean masa anak dara memang muat.. kadang2 longgar pulak tu. nak kata aku diet beria sangat xde lah. cuma aku kurang makan waktu malam. jarang la makan.. kadang2 tengah hari tu last aku makan.

husband aku kerja shift, selalu kerja start pukul 5 @ 6 petang. balik pulak pukul 3 @ 4 pagi. so petang2 aku dah siap2 kan anak semua. pukul 9 malam dah ajak anak2 tidur. makan pun simple2 je. xde lah nak asak beria. kadang2 memang xmakan pun. so mungkin disebab kan tu berat aku pun semakin menurun. kalau sakit @ demam memang lagi banyak dia turun. pernah jugak berat aku cecah ke 57 kg. cengkung sangat... xcukup makan gamak nya.. huhu.

ikutkan hati nak turun sampai ke 55 kg. tapi bila tengok 57kg dah kurus sangat terus padam niat nak diet ke 55 kg. husband pun cakap jangan kurus sangat. so terpaksa lah ikut oiii. tapi kalau dapat ke 55 kg seronok jugak. lepas ni kalau baju boleh terus amek saiz M. sebelum ni saiz XL @ L. hohoho. bila berat badan turun ni badan rasa ringan je. xde penat bawak badan. harap2 berat badan ni bertahan lah lama sikit. huhu. susah lahai nak turun balik ni.. =)


Monday, June 8, 2015

Pengalaman bersalinkan muhammad haziq iman part 8



esoknya husband selamat sampai.. fuhhh lega... seronok xterkata bila tengok muka husband. terus semangat datang.. yeaahhh baby.. ayah datang. dalam pukul 12 tengah hari dah boleh balik. seronok. duduk ward 1 malam je. nasib baik semua nya okey. masa mengandungkan haziq macam2 dugaan yang datang dalam hidup aku. Allah jauhkan aku dari morning sickness. sebab Allah nak uji aku dari sudut yang lain. setiap orang ada ujian masing2. =) ada yang diuji dengan harta.. ada yang diuji dengan anak. ada yang diuji dengan kesihatan.. semuanya lain2.. so xperlu nak bandingkan dengan siapa2 pun.

9 bulan mengandungkan haziq aku lalui macam2 ujian. terlalu banyak.. huhu. kadang2 rasa macam xmengandung pun ada.. active semacam je. memang kadang2 aku lupa aku mengandung. haha. yeaaahhhh... memang macam hulk la masa tu. tapi relax.. cool.. kau kan kuat sebab tu kau mampu hadap semua ni. dan disetiap kesusahan ada kesenangan. aku start sakit dalam pukul 11 pagi.. tup2 pukul 3.11 petang baby dah selamat dilahirkan. 4 jam je Allah bagi aku rasa sakit tu. masa hana dulu start pukul 10.30 pagi.. pukul 7.25 petang baru dia keluar. betol2 sakit pukul 3 petang.. pastu tahan lah sorang2.

rezeki Allah bagi.. alhamdulillah termakbul doa aku.. setiap hari aku doa supaya dipermudahkan semua urusan. supaya aku xmenyusahkan mak abah. supaya aku xmenyusahkan sapa2 lagi bila saat aku nak lahirkan anak ni. supaya aku tetap kuat untuk lahirkan anak ini. supaya aku boleh bersalin secara normal. sebab mak kan sakit. kalau operate agak susah nak jaga. alhamdulillah sangat2 Allah maha mendengar. jadi mari lah kita semua berdoa selagi termampu.. jangan pernah putus asa dalam berdoa.. Allah maha mengasihani. yakin usaha dan tawakal.. Dia sebaik2 pencipta.. yakin boleh.. =)

aku nak anak 5 orang.. huhu. rasa seronok pulak bila ada anak ramai2 ni. meriah je rumah. insyaallah kalau ada rezeki tahun depan boleh tambah lagi sorang.. hahaha. tengok.. kan dah cakap.. perempuan tu dicipta dengan penuh sifat kasih sayang. dan dengan sifat tu lah dia boleh mengandung dan kuat untuk melalui saat2 nak bersalin. xpe setiap anak ada rezeki masing2. ye betol tang ni aku xtipu. sebulan sebelum haziq keluar ayah dia dapat kerja baru. gaji basic lagi tinggi dari kerja2 lama. tu lah dinamakan rezeki. rezeki tu konsep nya sangat luas.. bukan pada duit je.. berfikir lah secara positive.

10 anak xtentu boleh jaga 1 orang mak ayah. so beranak la banyak2. dalam banyak2 ada yang betol2 akan jaga kita dengan sebaik mungkin. kalau da 2 je.. mana nak pilih.. hihi. aku suka lepas bersalin.. rasa bersih je diri.. rasa macam aku pun macam baby tu. lepas tu kulit muka pun cantik je.. emm.. okey tahun depan kena mengandung ni. hahaha. duk muda ni kena lah cepat2 mengandung. kang dan berumur penat pulak nak bawak perut. kita hanya merancang.. selebihnya berserah kepada Allah.. =) semua nya dah ditentukan sejak usia kita 4 bulan dalam perut ibu. alhamdulillah... teruskan usaha... =) =)

~~~SEKIAN~~  norhidayu binti hamid 



Pengalaman bersalinkan muhammad haziq iman part 7

lepas je baby selamat dilahirkan.. nurse suruh bagitau apa gender anak. selesai tang tu. dia letak kan anak dekat dada.. skin to skin supaya anak dan mak lebih mesra. kali ni bersalin memang terbaik. semua yang aku baca dekat dinding tadi diaorang buat. memang bagi 5 bintang la. dia suruh tengok muka anak. layan anak sementara diaorang nak jahit bawah. tu lah angkat bontot tinggi lagi. kali ni xpayah gunting sebab anak num2. ya ampun dia jahit xde bius. tapi xde la sakit mana pun. macam kena gigit semut je. aku relax2 kan diri sebab kena lah bagi kerjasama kan. nak demand lebih2 susah pulak. bayar rm36 je pun.. hihi.

sebelum jahit dia keluarkan uri pulak. aku dengar dia cakap2 dengan doctor MO.. sempurna x uri tu. sebab nak balut. kalau uri xsempurna kena korek2. kalau tertinggal mau bleeding je lepas tu. alhamdulillah uri keluar dengan sempurna.. syukur dipermudahkan. yang jahit tu bidan.. jawatan dia bidan xsilap. sebab sebelum bersalin aku ada temu ramah doctor muda tu. tanya dia.. dia doctor pakar ke. dia terangkan.. dia MO. kalau kes kronik baru pakar turun padang. lepas tu masa nak deliver nanti ada nurse yang jawatan nya bidan.. maksud nya dia memang expert bab2 bersalin ni. jahit pun dia hebat dan terbaik..

tepat jam 3.11 petang baby boy pertama aku selamat dilahirkan kedunia ni. alhamdulillah lega sangat2. aku berjaya lahirkan dia. siap jahit semua tu nurse suruh rehat2 sekejap. dalam pukul 4 lebih aku ditolak ke ward. tiba2 abah datang.. eh kakak bila bersalin.. haha.. part ni paling lawak. muka abah time tu memang terkejut la. lepas tu terus ayah aku amek anak aku azan kan. nampak ayah aku berair sikit mata nya. adik aku pun masuk. mak pun datang. fuhhh lega sangat. masa hana datang dia tengok je aku pegang adik dia. aku nak pegang langsung dia xnak. kesian tengok dia.. huhu.. mama nak nangis.. uwaaa...

nurse ada pesan.. dalam 2 jam jangan bangun dari katil.. sebab takut pengsan. masa bersalin darah banyak yang keluar.. so bila nak bangun tu kena lah hati2. mak suruh makan.. sebab perut dah kosongkan. lepas makan semua dalam pukul 6 petang baru aku bangun tukar pad dan baju semua. dan malam tu tidur la sorang2 dekat ward.. uwaa seram meh.. nasib baik jiran sebelah tu x discharge lagi.. kalau x mau aku stress sorang2.. huhu. malam tu haziq tidur je. tapi aku pulak yang xboleh tidur. entah lah kenapa. nurse siap pesan.. bila anak tidur.. mak kena tidur.. nanti darah naik susah.. okey nurse... baik saya tidur

besambung....

Sunday, June 7, 2015

Pengalaman bersalinkan muhammad haziq iman part 6

setiap kali contraction datang memang doa nabi yunus tu aku akan baca..xlekang dari mulut. contaction tu memang sakit.. kadang2 lemah.. dalam hati bestnya kalau husband ada. sebab masa tengah2 macam tu masa anak sulung dia ada... setiap kali contraction datang aku genggam tangan dia. emmm... sedih2. air mata macam nak menitik. tapi tahan jugak la sebab dalam ward kan. xlama lepas tu adik aku datang balik. dalam pukul 2 petang tu adik2 cakap nak lepak luar kejap. aku pun okey kan je lah sebab nya tengah tahan sakit. semua tu nak hapus kan dosa2..redha dengan kesakitan.

masa xde sape2 dekat situ.. tibe2 nurse yang senior sikit suruh aku masuk labor room dah. sebab nya anak num 2 dan bukaan rahim dah 3 cm. ditambah lagi dengan baby memang macam nak keluar. masa dah nak kena masuk labor room tu aku macam down.. ala mana mak abah... nak salam diaorang. kenapa mak abah xde saat tu.. dalam hati meronta nak mak abah. sebab husband xde.. dapat salam mak abah pun hati dah lega.  dalam hati terdetik hidup lagi ke aku lepas ni.. macam2 fikir masa tu.. dengan xdapat tengok muka hana lagi... Ya Allah sedih nya.... tabahkan lah hatiku..

so masuk lah aku dalam labor room dengan langkah yang lemah.. sebelum aku baring dekat katil.. aku mintak diri nak pergi buang air kecik. nurse pesan jangan kunci pintu. jangan teran.. lepas tu kalau apa2 tarik tali merah tu. aku pun ok je lah. siap semua.. aku baring balik dekat katil dalam labor room tu. zup...zup sakit contraction tu datang. bersabar... bertabah.. redha... sebab tu Allah janji syahid lah kalau perempuan itu ditakdirkan mati saat melahirkan zuriat. sakit yang xboleh nak diungkap. tapi ingat sebagai seorang yang beragama islam.. jangan menjerit malu weehhh..

bila datang sakit tu.. baca doa nabi yunus tu.. ingat Allah.. berzikir.. sabar.. aplikasikan nafas yang betul.. sabar.. semua tu nak hapuskan dosa2 kita. masa ni aku tanggung sakit contraction sorang2. masa hana dulu husband ada.. haha.. gila saiko masa tu. bila sakit hilang siap boleh baca lagi semua information yang diaorang gantung dalam labor room tu. aku rasa sempat 4 kali aku habiska semua information dekat situ. bila sakit datang baca balik doa nabi yunus.. begitu lah... kejap pandang kiri.. kejap pandang kanan.. xselesa sikit masa tu.. bersabar lah hati... kuatkan hati... fuhhhhh...

tiba2 tepat jam pukul 2.55 petang... rasa macam nak buang air besar. nasib katil tu dekat dengan kaunter. macam xde daya nak panggil nurse. masa tu slow sangat suara.. duk panggil nurse.. nurse.. sekali 4 kali panggil baru doctor yang perasan. ye2 awak kenapa... lembut je suara dia. doctor saya nak teran dah ni. ha?? okey2 jangan teran lagi. dia pun jerit.. nurse patient dah nak bersalin. masa tu sekejap je terus semua ready. rasa bertuah sebab aku sorang je dalam labor room tu. so xde lah emosi terganggu bila dengar orang lain tengah menghadapi saat genting nak teran.

disebabkan aku sorang je so dapat layanan very good la.. nurse cakap okey hidayu kalau rasa contraction datang teran ye.. tangan pegang buku lali. angkat kepala dagu cecah ke dada. jangan angkat punggung nanti terkoyak banyak. bila teran tahan lama sikit. okey. tapi bila contaction datang macam lupa apa yang dia pesan.. apa yang aku tau cepat lah baby keluar.. huhu. tiba2 nurse bukak getah rambut aku.. biarkan rambut aku terurai. kali pertama salah cara.. xberjaya.. cuba lagi.. xberjaya. kali ketiga bahu dah keluar... okey kali ke4 semangat terus....

okey baby dah keluar.. Ya Allah lega nya... eh lupa dah macam mana rasa sakit yang tadi tu, hahaha. sebab tu relax je mengandung setahun sorang. padahal masa tengah sakit nak bersalinkan irdina duk cakap dekat husband.. "sakit xnak bersalin dah" tup2 anak 10 bulan mengandung lagi sorang. Allah dah cipta perempuan tu kuat sebab tu Allah ciptakan wanita yang akan mengandung dan melahirkan zuriat. semua ciptaan dan aturan dari Nya memang sangat sempurna.. xde satu pun yang silap dan salah.terlalu banyak nikmat yang DIA kurniakan. bersyukur... bersyukur...

bersambung...



Saturday, June 6, 2015

Pengalaman bersalinkan muhammad haziq iman part 5

masa sampai hospital tu aku relax je lagi.. contraction xde lagi. masa register dalam pukul 10 pagi. sampai2 kaunter bagitau saya dah nak bersalin. tunjuk segala surat refer tu.. register semua. masa ni aku buat semua sendiri. keluar dari kereta.. berjalan terus menuju ke kaunter A&E. bukaan rahim dah 3cm. dia pun bagitau terus pergi ke ward4. daftar semua dekat sana. adik aku ada bagitau.. dorang intai2 aku sebab macam xpercaya kot aku boleh berjalan macam biasa. padahal tanda da keluar tu. entah masa tu xde rasa langsung contraction yang macam period pain tu.

sampai ward 4 bagitau da ada tanda... bagi buku yang aku buat monthly check up dekat KPJ. dia tanya buku merah ada x.. aku cakap lah xde. sebulan sebelum bersalin aku ada jugak pergi dekat klinik kesihatan sabak beram tu.. cakap nak buka buku merah sbab nak bersalin dekat sabak bernam. dia cakap xpayah nanti bila sakit nak bersalin terus je perg direct ke A&E. tup2 bila sampai masa dan tunjuk buku biru tu dorang macam xpuas hati. tapi dorang control lah jugak

lupa kan hal tu. lepas dah siap pung pang cerita dekat kaunter dia doctor MO tu suruh aku tukar baju sebab nak cek. masuk 1 bilik tu.. dia suruh aku baring. dia cakap laa... baby dah nak keluar dah ni. kenapa baru datang sekarang. aku diam je lah. padahal takut nak datang awal. sebab xnak kena tahan lama2. mau stress kang kena duduk dalam ward lama2. da buat check bukaan rahim dia suruh pergi dekat katil luar. sebab nak scan baby dan buat blood test cikit. siap semua..

lepas tu dia suruh masuk ward. sebab contrction macam xde lagi pun. masa tu jam pukul 12 lebih tengah hari. duk lepak2 atas katil makan pun sampai. dalam pukul 1 lebih tiba contraction pun datang. zup.. zup.. aduh sakit nya. nak makan pun xlalu dah time tu. bila datang je sakit mulut terus baca doa nabi yunus. aplikasikan bila contraction datang tarik nafas dalam2 ikut hidung tahan sekejap dan hemus pelan2 ikut mulut. kalau buat betol2 insyaallah dapat mengurangkan kesakitan.

pic macam biasa google je... : bersambung.... nak sidai kain kejap...

Thursday, June 4, 2015

Pengalaman bersalinkan muhammad haziq iman part 4





malam 9.12.2014 tu perut rasa keras2.. sekejap2 rasa belah kiri.. sekejap2 rasa belah kanan. oh walaupun anak da 2 aku xtahu itu tanda2 baby nak keluar. yang aku tau bila dah nak bersalin akan keluar lendir bercampur darah. sebab anak pertama macam tu. so aku relax2 je lah malam tu. aku selalu jugak berdoa biar anak ni keluar bila waktu siang. sebab aku xnak susah kan mak abah dekat kampung. husband jauh nun dekat KL. kalau ada husband aku xkisah. nak susah kan mak abah malam2 aku takut cikit.

malam tu usap2 perut cakap dekat baby.. kalau nak keluar.. keluar esok pagi.. bagi semua orang bersedia. alhamdulillah Allah makbulkan doa aku. point nya sebab husband xde dekat sisi aku saat tu. dan xnak susahkan keluarga. so esok dalam pukul 9 pagi macam tu.. aku rasa nak buang air kecik. so pergi lah ke toilet. sekali lepas buang air masa nak flash tu aku tengok ada darah. ah sudah.. masa tu dah cuak sikit. tapi buat2 realx. kejut adik2. suruh bagitau mak.. nak makan telur separuh masak.

mak tanya kenapa. aku cakap dekat mak da keluar tanda. tapi nak makan telur separuh masak dulu. mak pun buat. emmm masa tu sedih sebab husband xde. masa anak pertama dia ada. tapi aku redha je. lepas tu mak kejut abah. duk sediakan barang2. mandi siap semua... terus gerak pergi hospital daerah sabak bernam. hospital xjauh mana. dekat je. dalam 5-10 minit da sampai. sampai2 hospital tunjuk surat refer dari hospital KPJ yang aku buat monthly check up. bagi tau dekat kaunter... "saya nak bersalin ni"

bersambung...

Vaccine untuk anak2..

hari ni mama dan ayah cuti. dua2 off day.. aku dah bagitau husband jangan lupa 4.6.2015 nak bawak anak cucuk. kakak ikut kan kena bawak cucuk 1 tahun 6 bulan. tapi disebabkan masa tu aku dalam pantang maka delay la lepas dah balik shah alam. duk delay2 sekali stock vaccine tu xde daaa... company problem.

so bila dia dah 2 tahun baru diberi kesempatan untuk bawak dia cucuk untuk amek booster DTP. xpe lah janji hana cukup semua vaccine. mencegah sebelum terlambat. xpe selebih nya berserah pada Allah. adik pulak amek DTP yang ke2. bulan lepas terpaksa skip sebab xde stock.. kecewa jugak. tapi apa boleh buat.. dah company problem terpaksa lah mama redha ye haziq. bulan 7 datang untuk amek yang ke3 pulak.

balik2 settle semua hal yang dah tertunggak. emmm mintak2 lah semuanya berjalan dengan lancar. berserah pada Allah semoga sentiasa dilindungi dari segala macam yang xdingini. esok kerja double... dush2... walaupun penat tetap kena gigih jugak. penat dari hari sabtu sejak adik bertunang xhilang2 lagi. nasib sekarang dah start makan jamu. hoi2 badan kena jaga dari muda. kalau kita sakit sape nak jaga kita.

p/s : muda2 nak kena jaga badan. sebab bila kita sakit belum tentu orang nak jaga kita.

Wednesday, June 3, 2015

Pengalaman bersalinkan muhammad haziq iman part 3

part 2 macam melalut entah kemana.. part 3 ni kita lebih fokus sikit ye. aku punya due date patut nya hujung bulan 12. tapi naluri keibuan aku mengatakan xkan sampai hujung bulan la. walaupun naluri keibuan tu mengatakan dalam awal2 bulan aku tetap usap2 perut dan berdoa semoga urusan semuanya selamat baru lah berikan aku kesempatan untuk melahirkan anak number 2 ni. alhamdulillah Allah makbul kan doa aku.

8.12.2014 aku buat check up macam biasa.. sebab nya rasa perut macam dah senak2. risau jugak kan. sekali buat check dengan doctor bukaan rahim dah 3 cm daa... gila kentang. 3 cm okey. dalam hati risau.. sempat ke aku nak balik sabak bernam. sebab memang dah tekad nak bersalin dekat hospital kerajaan. duk cakap dengan anak.. jangan keluar lagi tunggu mama balik kampung dulu.. tunggu tau sayang..

so pagi2 tu doctor dah bagi mc. aku mintak mc seminggu tapi doctor cakap saya bagi 1 hari je katanya dia yakin aku akan bersalin paling awal pukul 6 petang sebab anak number 2 kan. jalan dah ada sebab anak pertama aku bersalin secara normal. so inform husband cakap kena hantar balik kampung. husband masa tu da pergi kerja. haaa apa lagi memang kelam kabut lah husband balik. kesian jugak dia..

masa tu siap bagitau dia jangan gabra sangat. aku tahu dia memang kelam kabut sangat bila aku kata aku nak bersalin. so alhamdulillah semua nya berjalan dengan lancar. pukul 2 petang sampai kampung. dalam kereta duk la cakap.. baby jangan keluar lagi sebab mama nak bersalin dekat kampung. baby sabar ye. duk doa dalam hati.. semoga sempat sampai kampung. husband dah amek fertility leave dah.

tunggu punya tunggu xsakit2 pun... tidur malam tu lena je. padahal dah bukak 3 cm dah tu. mak. keesokan hari nya husband kena balik KL balik sebab aku xbersalin. dan FL dia tu x valid. dia kena EL..huhu.. sama kes dengan hana. 2 cm bukak 10 hari. lepas 10 hari baru sakit bersalin tu datang. adik dia ni 3 hari. dugaan betul.. redha je lah kan. so 9.12.2014 mak suruh minum air kelapa banyak.. biar senang sikit..

pun sama punya lah tunggu tapi x rasa sakit pun. aku siap sapu sampah rumah mak. kemas kan dapur rumah mak. kemas kan rumah mak. mak pesan suruh baca surah maryam dan yasin. aku ikutkan je. malam tu aku xdapat tidur. xdapat tidur sebab anak yang pertama tu merengek je. rupanya tu tanda dia nak mama dia jangan tidur lena sangat.. alert sikit mama... jaga2 mama... adik dah keluar xlama lagi...

bersambung... 

Pengalaman bersalinkan muhammad haziq iman part 2




bila mood datang baru lah rasa semangat nak sambung story bab masa  nak bersalin. maklum lah anak number 2 ni excited nya kureng cikit berbanding anak yang pertama.. huhu... itu lumrah. untung jadi anak sulung kan. memang untung sangat semua benda baru. rezeki masing2. aku kerja macam biasa.. selama 9 bulan tu aku kerja macam biasa je.. syukur xde apa2 alahan yang aku alami. sampai kan bila dah 8 bulan aku boleh buat double duty.. gila gigih aku kerja sebab nak cari duit tambahan kan. kadang2 aku sendiri xpercaya aku mampu hadapi semua tu. bila hati kata nak.. semua benda kita rasa boleh buat kan. point nya senang je.. percaya akan kekuatan diri maka kita akan dapat hasil yang sangat luar biasa.

last aku kerja malam bila dah masuk 9 bulan. dengan kaki bengkak aku tetap gigih kerja malam. bila dah xlarat betul2 baru aku bagitau dengan personal in-charge aku memang dah xlarat. lepas tu bila dah masuk 2 minggu nak due date request nak kerja office hour sebab kalau kerja petang takut menyusahkan kawan2. xpe masing2 ada kekuatan masing2. jadi kan kekuatan tu sebagai senjata untuk melawan segala perasaan yang negative. mind set perlu sentiasa set supaya kita akan terus positive dan nampak kuat. nampak je la.. hakikat nya kita yang tahu. xpe jangan tunjuk sangat. relax2 je lah. kalau aku bila masuk pintu office aku xfikir dah hal2 peribadi.. tapi bila dah balik tu.. langkah je keluar pintu zup2 semua datang balik

bersambung....

Anak mak sangat =)




cuti sekolah ni mak ayah dan adik2 lepak duduk rumah aku. seronok sangat. sebab nya aku memang sangat sayangkan mak aku. sampaikan masa first day masuk kolej.. bila mak nak balik aku menangis tengok mak tinggal kan aku. masa tu sedih sangat2. dush2... malu bila dikenang. tapi itu kenyataan nya. pastu lah masa form 4 mintak dekat mak nak masuk sekolah teknik mak xkasi. sebab mak cakap aku xboleh duduk jauh2.

bila dah sampai waktu nya aku yang emo terlebih. tu lah seorang mak tahu apa yang anak dia mampu. sebab tu masa umur 16 tahun mak xbagi duk jauh2 dengan dia. hahaha. mak pun pernah tinggal dengan aku setahun. masa tu happy xterkata. tapi bila mak nak balik kampung balik aku sedih.. tapi nak buat macam mana kehidupan perlu diterus kan. tu la gatal nak kawin awal. padahal anak manja mak sangat. kesian =(

masa mula2 kawin pun macam tu. mula2 mak ikut lepak duduk rumah aku seminggu lepas tu bila mak da balik pun nangis sorang2. haha.. tu lah nak kawin sangat kan. ye lah hidup aku dari muda mudi memang duduk rumah. kawan memang xde. hidup memang sekolah rumah... sekolah rumah. sejak kawin ni la baru pandai pandang dunia luar. tu pun belajar dari husband. bab politik.. bab dunia semua tahu dari dia.. tu lah nama nya jodoh.. ketentuan Allah tu memang adil dan tepat.. alhamdulillah.. =) =)

aku memang sangat sayangkan mak.. ye lah siapa lah xsayangkan mak. mak yang lahirkan kita.. mak yang susah payah besarkan kita. lain lah kalau kita membesar dengan atuk @ nenek... tu hanya diri sendiri yang boleh jawab. aku pun pernah terasa.. bila anak lebih ingatkan tokwan dan opah berbanding aku dengan husband.. masa tu tengah struggle nak up kan balik kehidupan. so hana mak abah tolong jaga kan. terima kasih mak dan abah. terima kasih xterhingga.  sebab tu xboleh salahkan anak bila keadaan macam ni.

kita kena kaji balik kenapa anak2 xberapa rapat dengan kita. mungkin kita pun pernah terleka dalam memberikan kasih sayang. dari kecik lagi kita kena serapkan nilai kasih sayang yang tinggi dalam diri anak2 supaya lebih menghargai ibu dan bapa.  aku pernah rasa dan nasib baik aku cepat tersedar. syukur sangat2. bila mak kata mak nak jaga hana.. aku bantah. xpe mak biar susah macam mana anak tetap orang nak jaga sendiri. husband pun tegaskan macam tu. xpe kita susah janji anak2 kita yang besarkan.

Tuesday, June 2, 2015

ulangtahun pernikahan yang ke3


Daisypath Anniversary tickers

2.6.2015 .. hari ni usia pernikahan masuk 3 tahun. sekejap je rasa nya dah masuk 3 tahun. lagi 2 tahun tempoh untuk stabil kan kehidupan. huhu. kena rancang betol2. xboleh main jalan je dah. kalau main jalan je memang semua benda kelaut lah. biasa la.. kahwin muda.. huhu.. tapi jangan risau kahwin muda best. sebab boleh kurang kan sikit dosa2 masa dating tu. lepas tu nak keluar balik lambat pun xpe.. sape nak marah. tapi jangan lupa bawak kad nikah lah. kang naya je kena tangkap dengan pejabat agama.

lepas tu kelebihan kahwin usia muda. bila time mengandung... sebab bukan senang ye nak bawak perut 9 bulan. ke hulu hilir nak kena bawak perut. bila kita diberi rezeki dapat zuriat awal.. kita ada tenaga lebih sikit untuk lawan semua perasaan tu. lepas tu untuk bersalin secara normal mungkin tinggi. kita tawakal dan usaha je selebih nya kita berserah kepada kuasa Allah. banyak kelebihan nikah muda ni.. banyak nya bila kita dah rasa sendiri. nikmat Allah yang mana kita mahu dustakan.. terlalu banyak sangat... syukur =) 

aku nikah masa umur aku 23 tahun. aku dengan husband umur sama. sebab kenal masa sekolah. masa tu trial exam. aku yang usha dia. aku budak baru sekolah dekat SUA (sekolah mengah ungku aziz) sabak bernam. sebelum tu aku dan family menetap dekat kuantan pahang. masa tu nak susun meja dalam dewan. tiba2 terpandang dia, dia pengawas. so agak menonjol antara yang lain. dah nama takdir kan. so tetap jodoh lah. so bila dah 5 tahun kenal.. akhir nya bila aku dah habis study dan dapat kerja terus nikah. 

p/s : kalau da jodoh xkemana... tawakal... berserah.. semoga kehidupan lebih bersinar2... luv u sayang. selamat ulang tahun pernikahan yang ke3.. =)


Sunday, May 31, 2015

Selamat bertunang adikku =)





















majlis katanya start dalam pukul 2 tengah hari gitu. tapi Allah dah tetap kan so alhamdulillah walaupun lambat Allah permudahkan semua nya. Alhamdulillah semua nya best. makanan memang superb.. layanan dari pihak perempuan pun terbaik. catering punya masakan pun best. kenyang datang rumah cik yatt ni

yang ikut sekali makcik sebelah mak 2 keluarga. abang aku num 2 dan keluarga... abang aku num3 dan keluarga.. kakak ipar num 1. aku dan adik2. abang num 1 ada kerja dekat singapura so hantar wakil isteri dan anak2 je. husband aku pulak xdapat cuti. baru kerja susah nak dapat cuti. Al sebulan 1 kali je. dah amek hari tu sebab xboleh nak arrange shift kan. so aku dan anak2 okey lah tu.

lepas habis majlis semua gerak berkumpul dekat rumah aku. syukur seronok berganda2 bila orang datang rumah. aku suka...walaupun penat tapi happy. insyaallah semua tetamu tu bawak rezeki. jadi kita sebagai tuan rumah kena bagi layanan yang sebaik mungkin. mak dah ajar dari kecik... bila tetamu datang layan elok2. kalau boleh layan sampai diaorang kenyang. terima kasih mak ajar semua tu..

dulu masa kecik2 kalau orang datang rumah aku selalu malas nak layan. sebab penat sangat2 lah. mak ayah aku kalau ada orang datang rumah memang aku tengok happy habis.. layan pun tip top. so dari situ aku belajar slow2. belajar macam mana nak hormat tetamu. syukur diri ni cepat tersedar. huhu. kalau perangai macam dulu lagi memang kesian sangat. terima kasih mak abah. pengajaran cukup terbaik.


30.5.2015


tahniah untuk adik aku... dah selamat dah bertunang semalam.. 30.3.2015. semoga ikatan pertunang ni membuatkan ang lebih2 rajin2 simpan duit.. hahaha. eh tahun depan xlama mana tu.. sekejap je masa berlalu. tup2 dah sampai majlis nya. insyaallah tahun depan kalau ada rezeki lebih ingat nak tumpang buat akikah untuk haziq.. ada rezeki nak tumbangkan seekor dulu kambing... ada lebih lagi buat terus 2 ekor.

masa hana dulu aku buat masa umur dia 2 minggu. sebab masa aku dalam pantang abang aku yang num 3 atas aku tu kahwin. so mak suruh buat sekali. ingat nak buat hujung bulan 12 sebab nya nak habiskan pantang dulu.. dengan harapan dapat lah aku makan melantak makanan dengan nikmatnya. tapi mak kata mak xlarat nak buat banyak2 kenduri.. so kebetulan time tu ayah hana ada duit.. so terus lah buat.

sekarang tanggungjawab mama dan ayah untuk muhammad haziq iman pulak. tunggu ye sayang. kalau ada rezeki lebih kita buat. kalau xde kita buat bila ada rezeki lah. xpe haziq... rezeki haziq dan kakak hana xsama. tapi mama tetap sayang semua anak2 mama. kakak hana masa dia kecik2 ayah punya gaji kebabom. slow2 lah kita ye. biasa lah kehidupan kalau xde ujian xde lah nak matang sikit untuk berfikir.

syukur jugak Allah bagi ujian awal2. hoi umur aku baru 25 tahun dah kena uji dengan ujian yang sangat dahsyat. tapi kalau Allah dah tetap kan. Norhidayu binti hamid... kamu akan diuji saat umur mu begini.. so siapa aku untuk pertikaikan. dan aku selalu ingatkan diri aku.. aku orang yang kuat. sebab tu aku mampu hadapi nya. alhamdulillah sekarang nak buat apa2 aku kaji dulu.. bukan main jalan je.. huhu =)



Friday, May 29, 2015

Mama kepada 2 anak..

selamat pagi dunia... sejak2 da ada anak 2 ni... bagun pun da awal2 pagi. walaupun cuti tetap mind set dah set pagi je kena bangun. kalau kerja petang atau malam pun sama je. okey lah tu 1 pencapaian dalam hidup yang boleh dikira bagus jugak. sebab nya masa bujang2 dulu kalau kerja pukul 2 petang pukul 11 @ 12 baru reti nak bangun. ye lah masa tu xde pape nak buat. masak pun x. sebab tu suka hati nak buat apa.

dulu selalu risau boleh ke aku nak buat semua ni. tapi bila da lalui semuanya baru lah faham.. xpayah nak fikir sangat sebab nya bila kahwin automatic semua nya akan berubah jugak. so enjoy je setiap masa dan saat bila bersama anak2. nak kata penat memang penat sebab kadang2 xcukup tidur. tapi tetap redha dalam pasrah sebab tu anak aku kan. kalau aku x buat sapa nak buat.. so kena lah jadi hulk... =) =) jadi badang.

seronok ke x.. tu semua kita yang set. bagi aku bila da anak 2 ni seronok sangat kehidupan sekarang. sebab nya seronok bila tengok anak2 main sama2. terus rasa happy.. hilang rasa bersalah bila bagi hana adik cepat sangat. haha. dulu bajet2 nak anak sorang dulu. tapi Allah dah bagi awal aku terima je. rupa nya bila anak ramai ni best pulak.. rumah pun xsunyi. pastu boleh bajet2 hidup busy sangat... sangat lah katanya.....


Monday, May 18, 2015

Throwback =)

kadang2 bila da masuk 3 tahun nikah... rasanya perlu untuk kita belek2 balik gambar masa kawin. mesti tersenyum sorang2 kan.. emmm... best nya time ni =)

































nikah...malam berinai...sanding.. bukak hadiah... =) 2.6.2012 & 3.6.2012 ... 19.5.2013 dapat la dia...

NUR HANA IRDINA BINTI MOHD IDZUAN
19.5.2013







masa dia 10 bulan mama mengandung kan adik... maka nya 10.12.2014 lahirlah 

MUHAMMAD HAZIQ IMAN BIN MOHD IDZUAN... 

gambar adik ada dekat instagram je. dalam blog xde lagi bila mama rajin kang mama upload la.. sabar ye dik..kakak dulu mama excited.. adik excited jugak tapi pic xde banyak macam kakak.. hihi.. =) insyaallah ada rezeki nak tambah lagi anak... kalau kuat gagah nak 5 orang.. hahaha... =p =p


Night shift bila anak dah 2


hari ni night shift , second nite da hari ni. so balik kang boleh terbongkang.. eh2 dapat ke nak terbongkang macam zaman bujang dulu.. oh sila lupa kan sebab nya anak da 2. bila sampai je rumah. cari anak number 2 dulu sebab nak menyusukan dia. kalau dia tidur tengok anak yang sulung pulak. kalau dia tidur selamat la.. kalau dia bangun kena layan dia. bagi dia mandi siap2. biasanya aku akan mandikan dua2 dulu.. lepas tu makan sarapan..lepas dah siap uruskan anak2.. kemas2 rumah pulak. basuh baju... settle kan semua baru aku akan tidur... tapi sejauh mana boleh tidur dengan aman bergantung budi bicara anak2.. dush2.. bertabah la dalam membesarkan anak2. tu belum kira bila anak demam time nite shift. xcukup rehat.. malam nak berjaga.. busy pulak lepas tu dalam kepala fikir anak dekat rumah.. oh itu lah perempuan.. 24 jam kepala duk fikir itu ini.. sebab tu mulut pun 24 jam pok pek pok pek..

selalunya dapat tidur dalam pukul 11 pagi macam tu. dulu mula2 xbiasa.. bila da lama2 alah boleh je aku hadap semuanya. boleh je bila dalam diri ada rasa tanggungjawab. jadi benda yang kita rasa susah dulu semuanya kita boleh buat. kadang2 nak tidur susah sebab si kakak xboleh duduk sorang2. kadang2 stress.. tapi redha je lah sebab anak sendiri kan.. gila xstress malam berjaga paling maximum pun aku akan terlelap pukul 5 pagi.. kalau aku xtidur kira aku gagah kan habislah tu. tapi bagi aku kerja malam best sebab nanti esok tu sleep day pastu lusa off day. selalu nya masa first nite je aku tidur sekejap sebab aku nak spend time dengan anak2.nak bergurau senda sampai dia orang gelak terbahak2.. oh gembiranya. aku kan over.. takut malam rindu. padahal kerja 10 jam je.. huhu. biasa lah mak2 kan. memang over habis.




bila second nite aku kemas rumah biasa2 je. aku set kan paling lambat kul 10 pagi dah kena tidur. kalau x malam tu habis lah kau nak kerja. rasa macam nak letak lidi dekat mata. ni baru 2.. kalau tahun depan 3.. hoi2.. jelas la kelihatan lingkarang hitam bawah mata. jenuh nak pakai BB cream.. hihi. aku start masuk shift kerja malam masa anak2 aku tu umur 3 bulan. aku memang dah turunkan ilmu 100 % dekat husband. macam mana nak mandikan.. macam mana nak sediakan susu EBM (susu perahan ibu) aku ajar masa irdina lagi. aku terpaksa redha dan percaya 100 % dekat husband. dan alhamdulillah semua nya dia mampu buat. bersyukur sangat. so sebab tu aku xde masalah pun nak kerja malam walaupun umur anak aku baru 3 bulan masa tu dan masih exclusive breastfeed. xpe tukan anak dia jugak. mesti dia jaga elok2

tapi bila kenang balik masa mula2 husband handle anak sulung.. memang lawak. dia duk takut2 nak mandikan.. aku biar je.. aku tengok je dari luar bilik air.. aku cakap.. awak buat lah macam mana pun.. janji anak saya wangi. nak gelak pun ada tengok dia duk kalut.. tapi relax2 sebab point nya kena percaya dekat dia. kita pun jangan lah paksa dia ikut 100 %  cara kita uruskan anak. kita bagi point2 je. lelaki xboleh buat banyak kerja dalam 1 masa.. kalau xpercaya tengok bila dia mandikan dan siapkan anak. haaa... kat situ ada jawapan nya..dan kita pasti akan tergelak..=) nak uruskan susu EBM pun kena ajar jugak. sebab senang bila nak kerja. kerja kita perah simpan susu banyak2 lepas tu boleh lah kerja dengan aman. dia nak bersilat ke apa ke dengan anak dekat rumah.. tu hal dia..haha.. cari rezeki sama2 kan.. so anak kena jaga sama2 lah.. anak dia jugak tu.. xpe susah senang bersama... =)



Thursday, May 7, 2015

Selamat pagi =)





Friday, May 1, 2015

Perbezaan lelaki dan perempuan..

duk blog walking tiba2 terjumpe entry yang best. ye lah bila da jadi mak ni macam2 kena amek peduli dalam membesarkan anak2. kalau boleh nak bagi yang terbaik. biar lah penat sekarang kan... =)

tq doctor aisyah : klik sini.. macam2 lagi entry yang best.. =)

perbezaan lelaki dan perempuan ... klik : bahagian 1 

perbezaan lelaki dan perempuan ... klik : bahagian 2

perbezaan lelaki dan perempuan ... klik : bahagian 3

Tuesday, April 21, 2015

Belajar masak

 


Eh jap nak share. Ni pic lama. Bekal masa kerja malam. Menu ayam pop corn. Telur masak kicap. Sayur sawi + hati pedal. Macam xsangka pulak mampu buat lauk2 ni. Sebab nya aku memang xpandai masak. 

Memang ilmu memasak zero. Zero okey. Pas kawin baru terhegeh nak belajar masak. Xpe kalau kita buat kerja dengan ikhlas kompem semuanya akan baik2 je. Ikhlas tu penting ye. Kalau kita acah2 baik mana nak dapat yang baik2 kan. Apa kita buat kita akan dapat balik. 

Terima kasih semua..




Ya Allah xsangka nya.. Hari2 ada je yang datang melawat blog i yang xseberapa ni. Tq kepada semua.. :) sekarang nak update hari2 da boleh da. Sebab umah dah ada unifi.. Memang x dinafikan lagi unifi memang terbaik.. Laju sampai xdapat nak keja.. Dulu pakai p1. Tapi agak kureng cikit la. Unifi rm149. P1 rm129. Ni baru pakai pakej paling murah. Kalau pakai yang pakej rm200++ mau loading cerita sekejap je. 

Nuffnang pun angka da banyak bergerak. Xpe kita slow2. Rezeki tu akan ada untuk yang berusaha dan tawakal. Mana lah tau suatu hari boleh buat duit tambahan. Aminnn. Aku memang suka menulis. Pernah ada cita2 nak hasil kan novel tapi macam xberapa nak pandai nak start. Cerita semua da ada.. Nak start tu xtau dari mana. Xpe kita mulakan dengan cerpen dulu. Tapi nyaaaa berabad la nak start nya.. Huhu...

Rasa banyak sangat nak kongsi. Tapi kita share 1 by 1 ye. Kalau semua nak up jawapnya anak2 entah kemana. Rumah ntah kemana. Nak update kena cari masa yang sesuai. Time2 betol2 free je aku mampu nak bukak blog. Ha kan da kata cita2 nak jadi penulis. Jari ni laju je nak type itu ini. Xpe ayu.. Xpe ni blog kau. Luahkan apa yang ko nak. 

Oh kay lah nak stop jap. Anak teruna da melalak. K bye :) 

Sunday, March 22, 2015

Foremilk dan hindmilk


Image result for kebaikan susu ibu

    • Di awal penyusuan, susu sememangnya lebih cair dan dikenali sebagai ‘foremilk’. Ia cair untuk menghilangkan dahaga bayi terlebih dahulu.
    • Di akhir penyusuan, susu lebih berlemak dan dikenali sebagai ‘hindmilk’. Hindmilk lebih pekat, berlemak, berkhasiat tinggi dan betujuan untuk mengenyangkan si manja anda.
Berkaitan dengan ‘foremilk’ dan ‘hindmilk’ juga, jika bayi anda tidak mengalami kenaikan berat yang sepatutnya, antara perkara utama anda perlu pastikan adalah bayi anda mendapat ‘hindmilk’ kerana ‘hindmilk’ lah yang membantu bayi kita membesar dan naik berat badan. Bayi tidak naik berat kemungkinan besar tidak mendapat ‘hindmilk’ dari anda. Jadi pastikan bayi anda menyusu lebih lama untuk membolehkan dia mendapat ‘hindmilk’.

Tahukah anda:
    • Apabila cuaca panas, susu ibu akan lebih cair dari biasa untuk membolehkan bayi mendapat lebih banyak air untuk menghilangkan rasa dahaga & mengelakkan badan dari penghidaratan (kekurangan air)
    • Apabila cuaca sejuk, susu menjadi lebih pekat dan mengandungi lebih banyak lemak  dari biasa untuk membolehkan bayi mendapat tenaga, lebih banyak khasiat dan lebih kenyang untuk berada dalam suasana sejuk.
    • Apabila anda demam, suhu dalam badan akan panas menyebabkan susu ibu lebih cair.
 credit to : copy dari blog sini

oh.. baru tahu.. okey lepas ni nak susukan haziq lama2 supaya dia dapat hindmilk.. sekarang berat haziq da 6kg. bulan 4 nak cucuk lagi kalau ikut graf.. berat kena naik 1kg sebulan. aku buat andaian je la sebab tengok dalam buku vaksin tukan.. huhu. so bila haziq da 4 bulan berat kena 7kg. =) 
bulan lepas ada jugak aku kena demam.. dekat 5 hari jugak la.. dah lah demam.. xlalu xmakan memang dugaan betol lah. susu pulak aku xbagi sangat dekat haziq. bagi kadang2 je sebab memang xde tenaga nak susukan dia.. aku guna stock dalam freezer je. time tu pump jugak sebab bengkak. 
bila pump susu memang cair sangat2. dapat 5oz tapi semua tu cair. aku buang je lah.. sebab takut haziq berjangkit. terpaksa buang sebab takut anak kena demam jugak. okey sekarang dah belajar benda baru.. semoga mampu untuk bagi susu ibu sahaja sehingga haziq 6 bulan.. =)