Monday, May 18, 2015

Night shift bila anak dah 2


hari ni night shift , second nite da hari ni. so balik kang boleh terbongkang.. eh2 dapat ke nak terbongkang macam zaman bujang dulu.. oh sila lupa kan sebab nya anak da 2. bila sampai je rumah. cari anak number 2 dulu sebab nak menyusukan dia. kalau dia tidur tengok anak yang sulung pulak. kalau dia tidur selamat la.. kalau dia bangun kena layan dia. bagi dia mandi siap2. biasanya aku akan mandikan dua2 dulu.. lepas tu makan sarapan..lepas dah siap uruskan anak2.. kemas2 rumah pulak. basuh baju... settle kan semua baru aku akan tidur... tapi sejauh mana boleh tidur dengan aman bergantung budi bicara anak2.. dush2.. bertabah la dalam membesarkan anak2. tu belum kira bila anak demam time nite shift. xcukup rehat.. malam nak berjaga.. busy pulak lepas tu dalam kepala fikir anak dekat rumah.. oh itu lah perempuan.. 24 jam kepala duk fikir itu ini.. sebab tu mulut pun 24 jam pok pek pok pek..

selalunya dapat tidur dalam pukul 11 pagi macam tu. dulu mula2 xbiasa.. bila da lama2 alah boleh je aku hadap semuanya. boleh je bila dalam diri ada rasa tanggungjawab. jadi benda yang kita rasa susah dulu semuanya kita boleh buat. kadang2 nak tidur susah sebab si kakak xboleh duduk sorang2. kadang2 stress.. tapi redha je lah sebab anak sendiri kan.. gila xstress malam berjaga paling maximum pun aku akan terlelap pukul 5 pagi.. kalau aku xtidur kira aku gagah kan habislah tu. tapi bagi aku kerja malam best sebab nanti esok tu sleep day pastu lusa off day. selalu nya masa first nite je aku tidur sekejap sebab aku nak spend time dengan anak2.nak bergurau senda sampai dia orang gelak terbahak2.. oh gembiranya. aku kan over.. takut malam rindu. padahal kerja 10 jam je.. huhu. biasa lah mak2 kan. memang over habis.




bila second nite aku kemas rumah biasa2 je. aku set kan paling lambat kul 10 pagi dah kena tidur. kalau x malam tu habis lah kau nak kerja. rasa macam nak letak lidi dekat mata. ni baru 2.. kalau tahun depan 3.. hoi2.. jelas la kelihatan lingkarang hitam bawah mata. jenuh nak pakai BB cream.. hihi. aku start masuk shift kerja malam masa anak2 aku tu umur 3 bulan. aku memang dah turunkan ilmu 100 % dekat husband. macam mana nak mandikan.. macam mana nak sediakan susu EBM (susu perahan ibu) aku ajar masa irdina lagi. aku terpaksa redha dan percaya 100 % dekat husband. dan alhamdulillah semua nya dia mampu buat. bersyukur sangat. so sebab tu aku xde masalah pun nak kerja malam walaupun umur anak aku baru 3 bulan masa tu dan masih exclusive breastfeed. xpe tukan anak dia jugak. mesti dia jaga elok2

tapi bila kenang balik masa mula2 husband handle anak sulung.. memang lawak. dia duk takut2 nak mandikan.. aku biar je.. aku tengok je dari luar bilik air.. aku cakap.. awak buat lah macam mana pun.. janji anak saya wangi. nak gelak pun ada tengok dia duk kalut.. tapi relax2 sebab point nya kena percaya dekat dia. kita pun jangan lah paksa dia ikut 100 %  cara kita uruskan anak. kita bagi point2 je. lelaki xboleh buat banyak kerja dalam 1 masa.. kalau xpercaya tengok bila dia mandikan dan siapkan anak. haaa... kat situ ada jawapan nya..dan kita pasti akan tergelak..=) nak uruskan susu EBM pun kena ajar jugak. sebab senang bila nak kerja. kerja kita perah simpan susu banyak2 lepas tu boleh lah kerja dengan aman. dia nak bersilat ke apa ke dengan anak dekat rumah.. tu hal dia..haha.. cari rezeki sama2 kan.. so anak kena jaga sama2 lah.. anak dia jugak tu.. xpe susah senang bersama... =)



0 comments: