Friday, July 31, 2015

Hari raya aidilfitri 2015




selamat hari raya..masih dalam mood raya lagi.. xpe raya kan sebulan. tahun ni raya turn sebelah sabak bernam. tahun ni special sikit. sebab dapat berkumpul 7 beradik. bukan senang nak kumpul ramai2. ye la masing2 dah kawin. kena la ikut turn kan. aku ni nasib baik la sebelah husband dekat area kl je.so xde la tergesa2 nak balik. cuma tahun ni raya ke2 da balik ke shah alam sebab nya raya ke3 husband dah start kerja



 belakang : abang num 2 , abang num 3 , adik lelaki num 5 dan abang sulung
 depan : adik bongsu num 7 , aku num 4 , adik perempuan num 6 .

                            


soalan cepu emas.. jom cari mana alif... huhu. duk kira semua ahli keluarga.. sekali dalam hati terdetik mana lah anak sedara sorang lagi ni. sekali... eh3 celah adik2 aku.. hihihi alif ni kalau dengan sedara yang lelaki dia otai.. sekali layan hana alahai lemah lembut nya. huhu. hana sorang je cucu perempuan setakat ni. dia ada 6 sepupu lelaki. orang duk main lari2.. dia malu2 nak join...

selamat hari raya untuk semua yang dikenali atau xdikenali. time hari raya ni lah masa yang seronok sebab dapat berjumpa sanak saudara. dapat ziarah menziarahi. erat kan hubungan. maaf zahir dan batin. maaf kalau ada tersilap cakap. zaman muda mudi emosi memang cepat sangat berubah. semakin meningkat umur ni.. akan cuba sedaya upaya untuk lebih matang.. insyaallah... =)



Tuesday, July 14, 2015

Maju la diri untuk orang tersayang.. =)

salam ramadan semua.. nampak nya ramadan bakal meninggalkan kita semua xlama je lagi. tinggal lagi 3 hari je. tahun ni aku rasa ramadan yang penuh bermakna sebab dapat berbakti dekat suami dan anak2. sebab tahun ni gigih search dan masak lauk pauk untuk husband berbuka. kita masak2.. bila berbuka tengok husband makan... alahai happy nya.. rasa macam esok2 semangat nak masak lagi...

alhamdulillah tahun ni nikah dah masuk tahun ke3.. disebabkan kawin sebelum raya. maka ni merupakan ramadan aku yang ke4 la bersama suami. sebelum2 ni aku agak malas nak masak. sebab penat kerja.. jaga anak lagi. ditambah tahun lepas duduk dengan mak sekali. memang tak la aku nak masak. dasar pemalas.. huhu. tapi tahun ni dah sedar diri sikit.. anak dah 2 xreti2 ke nak belajar masak..

yang pelik nya... time puasa ni xde la dapt rasa2 kan. cuma bila nak masak tu doa banyak.. supaya semuanya menjadi dan orang yang makan pun selera.. alhamdulillah menjadi aku masak. padahal tu semua aku belajar dari internet je. mak kata yang penting IKHLAS... maka akan terhasil la makanan yang luar biasa nikmatnya.. haha. =p =p nasib la dapat husband yang xbanyak complaint..

bila da masak hari2.. confident level da okey sikit da. kalau dulu bila masak je risau xsedap la.. risau kalau orang nak muntah la.. macam2 la fikir. tapi bila dah hari2 masak.. ha campak je.. campak je.. rasa garam xcukup letak lagi.. rasa ini xcukup ha campak.. campak.. jangan segan2. silap2 lepas ni xayah tengok recipe dah.. semua dalam kepala otak je.. macam mak2.. cakap je nak makan apa...

so sekarang... meh la kita belajar recipe yang lebih mencabar sikit.. macam lobster masak kicap ke.. ikan siakap masak stim ke... ha?????? yang tu kita slow2 la.. sebab sekrang pun hegeh lagi.. masak pun tengok recipe.. sebab buka nak masuk tekak aku sorang je kan.. nak bagi suami makan.. bagi anak makan. so kena la masak okey2 sikit. kalau tekak aku ni.. aku belasah je.. huhu =)




Tuesday, July 7, 2015

Muhammad haziq iman..

lagi 1 minggu lebih kita nak raya.. yahooo... pergi dekat mana2 semua dah display baju raya. iklan raya pun dah keluar. kuih raya memang bersepah2 dekat pasaraya. alahai... sekejap nya masa berlalu sekarang ni. kadang2 rasa macam eh macam semalam baru hari isnin.. tup2 hari ni dah hari sabtu. ha ni over. anak yang baby pun dah nak masuk 7 bulan. adik.. adik jangan besar cepat sangat. mama nak adik baby lama sikit. nak gomol2 adik.. muaaahhhhhh ........... sayanggggg adik. =)

sekarang haziq dah pandai angkat punggung. lepas tu dah pandai tolak2 badan kedepan. kiranya kalau letak barang dekat depan dia.. dia dah boleh capai. tup2 dia dah amek barang tu. jatuh katil pun pernah.. alahai mak ko ni dik.. maaf ye adik.. mama mengantuk sangat. nasib baik masa dia jatuh tu dia menangis sekejap je. lepastu xde muntah.. fuhhh semangat. nasib baik xde apa2. so sekarang kalau nak mandi bila time dia terjaga.. kena mandi cepat2.. takut sejarah akan berulang... =(

kalau tengah lipat kain lagi syok.. dia akan tarik apa2 kain @ baju.. dia duk masuk dalam mulut. tup2 bila aku tengok habis basah baju tu. sekarang ni apa yang dia dapat pegang dia akan masuk dalam mulut. mungkin dia tengah dalam proses.. memegang.. merasa dan mencuba. kalau letak mainan depan dia.. haaaa... laju je dia nak capai.. tapi kesian.. kadang2.. kakak dia kedekut.. "ajik ni kakak nye" xlama lepas tu uwaaa... adik menangis.. kesian2... sabar je la dik..