Tuesday, July 14, 2015

Maju la diri untuk orang tersayang.. =)

salam ramadan semua.. nampak nya ramadan bakal meninggalkan kita semua xlama je lagi. tinggal lagi 3 hari je. tahun ni aku rasa ramadan yang penuh bermakna sebab dapat berbakti dekat suami dan anak2. sebab tahun ni gigih search dan masak lauk pauk untuk husband berbuka. kita masak2.. bila berbuka tengok husband makan... alahai happy nya.. rasa macam esok2 semangat nak masak lagi...

alhamdulillah tahun ni nikah dah masuk tahun ke3.. disebabkan kawin sebelum raya. maka ni merupakan ramadan aku yang ke4 la bersama suami. sebelum2 ni aku agak malas nak masak. sebab penat kerja.. jaga anak lagi. ditambah tahun lepas duduk dengan mak sekali. memang tak la aku nak masak. dasar pemalas.. huhu. tapi tahun ni dah sedar diri sikit.. anak dah 2 xreti2 ke nak belajar masak..

yang pelik nya... time puasa ni xde la dapt rasa2 kan. cuma bila nak masak tu doa banyak.. supaya semuanya menjadi dan orang yang makan pun selera.. alhamdulillah menjadi aku masak. padahal tu semua aku belajar dari internet je. mak kata yang penting IKHLAS... maka akan terhasil la makanan yang luar biasa nikmatnya.. haha. =p =p nasib la dapat husband yang xbanyak complaint..

bila da masak hari2.. confident level da okey sikit da. kalau dulu bila masak je risau xsedap la.. risau kalau orang nak muntah la.. macam2 la fikir. tapi bila dah hari2 masak.. ha campak je.. campak je.. rasa garam xcukup letak lagi.. rasa ini xcukup ha campak.. campak.. jangan segan2. silap2 lepas ni xayah tengok recipe dah.. semua dalam kepala otak je.. macam mak2.. cakap je nak makan apa...

so sekarang... meh la kita belajar recipe yang lebih mencabar sikit.. macam lobster masak kicap ke.. ikan siakap masak stim ke... ha?????? yang tu kita slow2 la.. sebab sekrang pun hegeh lagi.. masak pun tengok recipe.. sebab buka nak masuk tekak aku sorang je kan.. nak bagi suami makan.. bagi anak makan. so kena la masak okey2 sikit. kalau tekak aku ni.. aku belasah je.. huhu =)




0 comments: