Thursday, October 26, 2017

mama anak 3



Image result for doa seorang ibu




alhamdulillah diberi peluang untuk menjadi mama kepada 3 anak. memang banyak cabaran yang kena hadapi. salah satu nya perangai anak2. anak2 aku jarak dekat2. masa dapat anak kedua .. anak pertama umur 1 tahun 6 bulan. masa dapat anak ketiga anak ke umur 1 tahun 4 bulan. tapi disebabkan num 2 tu lahir hujung tahun maka dia dengan yang ke3 tu jarak 2 tahun kalau ikut tahun. yang sulung dengan yang ke2 jarak setahun. no 1 hana lahir 19.5.2013. yang ke 2 iman lahir 10.12.2014 yang ke 3 iffat lahir 11.4.2016.

bila da besar2 masing yang mana hana 4 tahun.. iman 3 tahun.. iffat 1 tahun 6 bulan bermula la cabaran nya.cabaran yang hebat jugak nak hadapai... bila sayang.. sayang sangat2 tu.. bila gaduh pening nak layan. kadang2 tu stress jugak. termarah tu biasa.. nak kawal perlukan kesabaran yang tinggi.dan sangat tinggi. nak2 aku berkerja..kerja sebagai farmasi. dekat tempat kerja kebanyakan guna tenaga berjalan + berfikir jadi penat nya double jugak la. fizikal dan metal seiring kena jalan dalam masa yang sama.

kerja rumah xpernah kenal erti stop. tapi aku bersyukur sangat2 sebab aku mempunyai anak2 sebagai penyeri kehidupan. aku xkisah penat macam mana.. keutamaan anak2 untuk makan.. untuk susu untuk mandi aku akan dahulukan. anak kenyang anak selesa dia akan kurang meragam. so layan kan je lah. bila masing2 da start makan boleh tahu apa yang kita masak dia suka sangat makan. macam hana suka ayam goreng. macam iman suka sangat dengan sup. iffat pulak semua dia bedal. boleh tengok bila masak apa dorang suka tu banyak sangat dorang makan. terus mak dia happy sampai xtahu nak cakap apa.

sayang nya dekat diaorang Allah je yang tahu. alhamdulillah sejak aku amalkan doa sebut satu2 nama anak2 dengan nama penuh didalam setiap doa selepas solat 5 waktu Allah ringan kan beban untuk anak2 demam. aku selalu doakan kesihatan mereka baik2 sahaja.. lapangkan rezeki mereka setiap waktu. sungguh tawakal kepada Allah kena sehebat2nya.. kerana anak2 semua adalah pinjaman yang tidak kita tahu sampai bila. sakit tu ada jugak.. tapi dah semakin kurang. kalau dulu kerap jugak dorang demam.. sakit.

masa tu xpayah cakap la.. asyik EL je. aku xkisah kalau EL sebab anak sakit.. sebab anak2 keutamaan aku. mereka2 pernah sakit teruk. jadi mereka perlukan aku. aku buntu kenapa la anak2 sakit2. rasa kerja da okey dah xde la mengular ke apa. tapi bila dengar ceramah.. kadang2 kita juga alpa.. bila mana.. rehat lebih 1 jam. lepas tu solat lagi dah berapa minit. balik pulak awal.. xde ganti2 dah waktu yang digunakan lebih tadi. masuk kerja ikut time.. tapi sarapan pulak ambil masa yang lama. tu la aku juga begitu.. kadang2 lupa.. kadang2 xpela.. emm.. benda yang xsedar kita buat effect dia dalam kehidupan kita.

jadi aku slow2 ubahkan semua tu. cuba dan masih mencuba perbaiki kesilapan. dan percaya "the power of doa ibu" sungguh syurga anak2 dibawah telapak kaki kita. sama2 la kita gunakan sebaik mungkin untuk mendoakan kesejahteraan anak2, kebaikan anak2. doa kita sebagai ibu tiada hijabnya. Allah maha mendengar. setiap solat aku cuba amal kan sebut satu2 nama anak2.. sesungguhnya kadang2 semua diluar jangkaan. tetapi teruskan bergantung harap kepada Allah.. kita ibu yang melahirkan mereka. jadi doalah mereka disetiap waktu solat. inshaALLAH. semoga anak2 kita sentiasa dilindungi.

p/s: kalau anak dah sakit teruk kena ada usaha jugak untuk merawat. bawak jumpe doctor. jika perlu buat solat hajat untuk mereka.. ingat "the power of doa ibu" dan ianya tiada hijab