Saturday, August 31, 2013

Pump susu



masa mengandung aku xberapa nak tahu sangat.. pasal breastfeed ni.. xtahu kena simpan stok untuk anak bila pergi nursery.. xtahu kita kena pump susu selalu untuk maintain kan hasil susu.. semua xtahu lah pendek kata nya. kesian kan.. haha... tapi sekarang ko tanya aku.. insyaallah aku mampu untuk share kan... =) kena rajin2 google jugak lah nak tambahkan ilmu pasal breastfeed ni ... memang gigih lah belajar.. =) hasil nya aku pun beli lah pump susu yang paling murah sekali..lagi pun masa tu budget xde sangat nak beli yang eletrik. jadi nya bagi aku.. ala apa lah sangat pump je lah...


tapi aku xboleh nak teruskan guna pump pureen tu.. sebab sakit cikit bila nak mengepam tu. last2 terus give up.. takut nak teruskan. terus aku buang.. hehe. lepas tu suruh encik iwan belikan pump manual avent. nak brand avent jugak. masa tu pun budget dalam rm300 kebawah je. so cari yang manual jugak lah. tapi nak yang atas rm150.. sebab mungkin lebih selesa.. dan jangkaan aku tepat masa tu.. sangat selesa pump guna pump nuby.. xsakit dan best lah. harga dia rm290++ . mood pun happy je...  masa beli dapat satu set pump manual.. lepas tu dapat satu free botol susu.. tapi botol susu dia tu besar jugak lah.

lepas tu.. nak dijadikan cerita nya.. masa tu balik kampung. xbawak pun pump.. sebab balik 2 hari je kan. aku ingat nak direct je bagi dekat anak.. tapi masa tu anak aku.. syok sangat tidur.. dari shah alam sampai lah sabak bernam dia tidur je.. dan kesan nya sangat lah dukacitanya..aku kejutkan dia pun.. dia tetap xnak bukak2 mata... syok sangat tidur ye.. malam tu dia berjaga sekejap je.. lepas tu tidur sampai pagi. bila aku bangun2 je pagi.. habis basah baju aku.. aku pun perah guna tangan.. tapi xreti... sempat jugak lah menitik air mata tahan sakit bila susu penuh sangat. last2 kejutkan encik iwan.. cari lah pump susu yang murah2.. sebab xtahan sangat dah.. dan masa tu susu keluar macam air paip tu.. hehe..



so encik iwan cakap ni je yang ada.. xpe lah janji susu ni boleh keluar habis. xtahan sangat menahan kesakitan ni. tapi... tapi... aku suka sangat fiffy punya breast pump ni.. harga murah je dalam rm50++. xsakit pun bila pump tu. lepas tu nak cuci pun senang je. pump ni aku pakai bila dekat rumah.. sebab malas nak setting pump eletrik.. dan malas nak basuh balik.. huhuhu.. so untuk senang kan kerja... dekat rumah pakai manual.. dekat tempat kerja pakai yang elektrik punya.. =) dekat rumah xpe.. sambil tengok tv.. boleh pump.. amek lah masa lama mana pun.. suka hati ko kan. tapi dekat tempat kerja.. susah cikit.. kena cepat2.. kerja kan free style punya.. hehe..




last sekali pujuk2 encik iwan... cakap nak beli jugak pump elektirk.. sebab kerja aku bukan nya ada tempat duduk sendiri2.. kerja yang free style punya. so pujuk2.. dapat lah aku pump susu jenama rumble tuff.. untuk double pumping punya.. pump susu ni serius best.. sebab ringan.. lepas tu xsakit.. lepas tu relax je. tangan pun xlengoh.. masa pump kita kena relax.. xboleh stress2 nanti penghasilan susu akan terjejas.. ye aku pernah stress..stress yang teramat sangat..  dan memang susu aku merundum masa tu..... so sila jangan stress ye.. kita relax je. =) masa aku beli pump ni.. aku amek yang ada pakej.. ada beg.. free storage bottle for breast milk.. ada ice pack.. dan pump susu sekali.. harga dalam rm590++..



kalau ikutkan nafsu.. memang nak sangat pump susu medela freestyle ni.. nak sangat2.. tapi mahal kan.. huhuhu... tapi xpe.. pakai rumble tuff tu pun dah best.. mana2 je yang penting kita selesa.. bagi aku xsalah kita nak beli pump susu apa pun.. sebab apa lah sangat kalau nak dibanding dengan harga susu lembu tu kan. at least 2 tahun kita dah boleh jimat kan.. =) =) yang penting tanya poket.. kalau mampu boleh lah amek yang mana suka.. kalau x.. kita guna je lah yang mana ada.. asal kan kita mampu untuk tunai kan hak anak2 kita.. yang penting jangan give up tau... =) dah berpuluh tahun xde sapa mampu cipta susu formula atau apa2 yang sehebat susu ibu.. berkorban tenaga cikit xpe lah.. janji anak kita sihat kan.. =)

full breast feed ni... xsusah mana pun.. dan xsenang mana pun.. tapi xpe.. kalau dah jadi rutin.. yang susah pun akan jadi senang. penat tu.. memang lah penat. tapi demi anak.. xkesah semua tu.. akan aku kuat kan semangat ni. Susu ibukan banyak sangat kelebihan nya.. Sesungguh nya ciptaan Allah tersangat lah sempurna.. Alhamdulillah. aku suka sangat2 bila tengok anak aku minum susu.. rasa bersyukur sebab mampu menyusu kan dia. sapa kata aku xpernah give up... ye.. ada.. tapi aku usaha jugak... usaha... dan berdoa... dan sekarang aku amek supplement dari shaklee.. aku amek.. esp + alfalfa + vita lea + ostematrik + lecithin. dan hasil nya.. susu aku bertambah2.. alhamdulillah.. badan pun xpenat... =)



Friday, August 30, 2013

Botol susu pilihan si kecil




umur baru 3 bulan tapi dia dah ada banyak botol susu. masa mengandung dulu.. aku beli first2 botol susu dia brand tommee tippee.. mak dia xagak2 beli yang 9oz punya.. macam mana lah nak ajar anak minum guna botol  masa dalam pantang kan. memang xguna lah.. sebab baby baru lahir kan dia comel2 je.. kecik.. lepas tu nak sumbat mulut dia dengan botol yang saiz gedak besar nya. alasan sebab ingat nak guna satu botol ni je.. sampai dia besar. hahaha.. kesian masa tu ilmu didada tentang susu xberapa nak pandai sangat. tu lah lain kali belajar sampai habis.. sudah nya.. botol tommee tippee ni ada dalam almari je.. memang tunggu dia besar sikit je lah baru guna ek..ek.. dah lah ada 2 kan..


masa dalam pantang suruh encik iwan belikan pump susu.. sebab pump yang first2 tu xberapa best. pasal pump susu.. next entry aku cerita ye. ni pasal botol susu si kecik ni. so beli lah pump susu brand nuby.. yang manual punya. mula2 suruh encik iwan beli yang brand avent.. tapi dia xjumpe cari. cari xberapa nak betul kan.. huhu. xpe lah nasib baik brand ni pun best jugak. xsakit masa nak pump tu. so bila beli pump tu.. dapat lah sekali dengan botol dia.. tapi saiz pun besar jugak. tapi masa dalam pantang guna je yang.. tapi ganti kan dengan botol yang untuk simpan susu brand nuby jugak.. sebab yang tu saiz dia kecik je. 3 oz...  dalam pantang okey je dia minum susu dalam botol.. lepas tu terus xnak.. 


disebabkan saiz botol susu hana irdina semua nya besar2. maka dengan azam yang kuat nya.. aku pun ajak encik iwan pergi beli botol susu yang saiz kecik sikit. memang nak beli brand avent jugak. so beli lah.. masa nak beli tu ada offer 20% kalau beli 2 botol. nasib lah tak tergoda.. encik iwan nasihat kan.. cuba dulu.. kang kalau anak xnak dah membazir. okey aku pun setuju. niat nak beli dua sebab 1 nak tinggal dekat nursery.. 1 nak letak dekat rumah je. tapi xpe.. slow2.. kita try dulu. kalau okey baru beli lagi 1. sedih nya cuma seminggu je dia nak pakai botol ni. silap aku masa dalam pantang xajar sangat guna botol.. just 1 seminggu je. masa tu cuti nuzul quran.. 3 hari je xhantar.. hari isnin tu kak kat nursery tu cakap anak aku xnak minum guna botol ni.. aduh... macam mana ni.. mengelabah lah kan..




masa tu kerja petang.. hati dah gelisah dah nak kerja... tapi aku boleh relax lagi... tawakal... supaya anak aku okey2 je. lepas kakak tu bagitau.. terus sms encik iwan.. suh google botol susu apa yang budak2 suka. hasil carian dia cakap brand pigeon peristaltic plus.. ni pun tamak nak beli dua jugak.. haha. last2 beli 1 je atas nasihat encik iwan. mula2 pun sama.. memang anak aku mogok habis lah.. aku sumbat je.. dia buat2 nak muntah... haiii anak.. pandai memilih ye. kakak tu cakap kalau boleh dekat rumah pun try guna botol.. so aku try lah tanpa ada perasaan give up pun.. sampai satu tahap tu.. aku nak menangis.. hahaha.. ye lah macam mana nak kerja kan kalau anak sanggup lapar dari redha je minum dalam botol.. =) last2 hasil nya berjaya.. alhamdulillah... syukur sangat2. dalam hati xhabis2 berdoa...supaya lembutkan hati hana irdina.. =) 



brand mam ni.. aku saja2 je beli.. suka sebab dia boleh bukak dekat bahagian bawah tu. nak cuci pun senang. lepas tu sebab warna nya pink.. so memang nak sangat lah beli. kalau aku nak.. memang aku nak jugak.. hehe. botol ni aku guna bila dekat rumah je. bila dekat nursery aku bagi botol brand pigeon tu. puting pigeon peristaltic plus tu memang lembut sangat. macam selesa lah bila anak nak hisap. lepas tu puting brand mam ni pun best.. sebab dia leper cikit.. macam seronok tengok bila dia tengah menyusu.. brand avent tu pun dah selamat dalam almari.. entah bila nak guna. dah try ajar pun.. dia buat2 muntah. mengada sangat2 kan. penat je mama beli tau... last2 hana xnak guna. 




nanti dia besar cikit.. nak beli brand nuk pulak.. geram je tengok botol ni.. cute sangat. hana nak ke xnak ke.. mama tetap nak beli jugak.. hehe. mama paksa jugak hana minum dalam botol ni. jangan nak buat drama sangat ek.. jangan nak buat2 muntah. memilih sangat tu.. biasa dia ni.. haiiippp... =) comel kan botol susu ni hana... =) eh mama ni.. hana yang nak guna ke.. mama yang nak guna.. =) 

xpe lah sayang.. mama xkesah pun botol apa2. yang penting anak mama minum susu. lepas tu sihat dengan minum susu mama.. ingat mama hana.. first mission nak full breastfeed sampai umur hana 6 bulan. eh mama... sekejap hana.. sekejap irdina.. hehe. kalau boleh nak panggil dua2.. tapi macam penat pulak. last2 suka hati nak panggil yang mana kan.. 






Sunday, August 25, 2013

Perkembangan 3 bulan nur hana irdina


semalam nur hana irdina.. dah berjaya meniarap.. masa tu kerja petang.. ayah dia call cakap anak perempuan nya dah pandai meniarap.. eh kenapa depan ayah.. kenapa xdepan mama.. jelez nya.. hahaha. balik2 kerja tu ayah dia tunjuk video masa dia usaha nak meniarap tu. alahai comel nya tengok dia betul2 usaha nak meniarap tu. berjaya jugak... good job anak ku..

dan hari ni.. sejak dah pandai meniarap.. dah kena pantau dia selalu. bila letak je dekat atas toto tu.. haaa... mula lah dia nak tunjuk aksi dia. aku biarkan je.. bila dia dah penat dia berbunyi.. bila dia dah berbunyi lama cikit baru aku terlentang kan balik dia.. dan bila dah terlentang tu.. dia buat lagi.. ada sekali tu.. dia berjaya jugak meniarap.. lepas tu terlentang kesebelah sana pulak. 

seronok tengok dia belajar.. aku perhati dari jauh je.. kalau dekat dengan dia.. dia tengok aku lama2.. lepas tu ajak borak.. borak bukan main excited lagi.. entah apa yang dia nak bagitau.. hehe.. lepas tu sedu. kalau dia excited sangat bila borak tu.. haaaa confirm sedu kejap lagi.. kesian bila tengok dia sedu. kadang2 dalam sedu pun dia nak jugak ajak borak.. hehehe..

3 bulan 5 hari... dia berjaya melakukan nya. video tu nanti2 aku upload. nak buat kenangan. suatu hari nanti kalau aku dah xde.. boleh anak2 aku tengok balik.. start dari dia baby sampai besar... insyaallah.. =) cuma sekarang ni nak update selalu.. susah sikit.. sebab banyak kerja yang nak kena buat.. xpe.. aku tau aku mampu.. hehe.. percaya pada diri sendiri.. supermak..


yang baju pink ni 23hb.. masa ni xberjaya walaupun dah usaha sehabis baik.. hehe


yang baju merah ni.. semalam.. 24hb.. nak tunjuk dekat mama balik.. yang dia dah pandai meniarap..









nur hana irdina... ni lah hana irdina masa kecik2.. masa baby.. =) =) 

Hari ahad yang indah.. hehe.. =)




sumber : google image

selamat hari ahad semua.. moh lah kita berkerja dengan mood yang happy.. =) hari ni mama ayu bangun pukul 10.30 pagi.. bangun awal sebab encik iwan ada dekat rumah kan. dan lepas tu banyak kerja yang terbengkalai.. sebab nya semalam mama ayu teramat lah penat sekali. lupa kan semua kerja rumah .. balik kerja mandi.. terus tidur... Zzzzz.. hana irdina pun ikut tidur sekali.. nasib baik..

So bangun2 terus buat kerja dengan semangat yang jitu sekali. bangun masuk kan kain baju dalam mesin basuh.. vacuum satu rumah. masak nasi.. lepas tu mandi kan anak.. lepas tu siap2 terus masuk dapur.. masuk dapaur?? hahaha... sejak2 dah ada anak ni.. kena lah rajinkan diri untuk belajar masak kan. xkan nak makan dekat luar je kot.. nak2 ada anak kecik.. bagi aku macam leceh sikit lah... huhu..

dulu masa mula2 dah ada anak.. nak masak memang xsempat plus kepenatan. xbiasa lagi dengan semua tu. lama2 aku dah boleh belajar macam mana nak handle semua tu. macam mana nak arrange masa. alhamdulillah. mak selalu pesan... dah ada anak ni.. kalau boleh masak sendiri dekat rumah.. haha.. mak kan.. mesti tau macam mana perangai anak dia.. baik mak.. akan ku lakukan..

okey hari ni masak.. telur goreng sambal.. oh.. tetiba nak puji diri sendiri. sebenar nya main campak2 je semua.. bila dah siap.. eh2 sedap jugak aku masak.. hahaha. biasa lah aku kan bab2 masak ni malas cikit. kalau rajin.. seminggu memang aku masak je. kalau mood malas datang.. ajak je encik iwan pergi kedai. sila jangan ikut perangai aku ye. nasib dapat suami yang macam tu.. hahaha.. *gelak jahat..

lepas siap masak. kemas dapur.. kalau aku.. lepas masak aku akan kemas betul2 dapur.. baru aku akan makan. senang kerja.. lepas siap kemas dapur sidai kain pulak. banyak betul baju hana irdina yang nak kena sidai. baru sorang tu.. kalau 5?? hahaha... hana irdina.. nanti besar tolong mama buat kerja rumah ek.. ek.. nanti mama ajar ye sayang. siap semua.. kejutkan encik iwan.. jom kita makan...

nak makan sama2.. sebab pukul 2 masuk kerja. nak manja2.. =p maaf lah encik iwan. saya masak xsedap mana.. sila puji.. kalau xpuji sentap 2 bulan.. xnak masak dah.. hahaha.. eh gurau2 je. nasib baik lah dia ni jenis xkesah.. apa aku masak dia makan je. ini orang xde banyak bunyi punya. alhamdulillah syukur. tu lah sesungguh nya jodoh yang Allah dah tetap kan tu adalah yang terbaik.

okey.. siap dah semua kerja... dah siap.. baru lega sikit hati. selagi xsiap semua kerja.. aku rasa macam xberapa nak best sangat. rasa gelisah je. dah siap2.. lepak2 sekejap.. okey jam dah pukul 1 tengah hari. hari ni ayah dia ada.. jadi boleh lah aku mandi lambat2 cikit. mandi semua.. siap2.. jom lah kita pergi kerja ye. kerja dipetang ahad.. nama pun kerja.. macam ni lah kerja shift..


Wednesday, August 14, 2013

Sayang dia... Jantung hati ku.. =)




sejak ada anak kecik ni... semua kerja kena pantas.. huhu. mula2 memang penat.. serabut.. macam xboleh nak handle.. okey stress... hahaha.. kesian kan. lepas tu sekarang ni dah dapat handle dah semua nya... dah terbiasa.. alhamdulillah. biasa lah first time kan. dulu suka hati nak buat apa pun. tapi sekarang ni ikut suka hati anak pulak. tapi xpe.. best sangat bila dah ada anak ni. terhibur je rasa nya hati ni. xde lah bosan sangat. kalau ada masalah layan je anak.. terhibur cikit hati ni.. terima kasih Ya Allah.. sungguh indah hadiah ini. sungguh bermakna sekali pemberian Mu ini..




yang pasti nya kasih sayang terhadap nur hana irdina memang xdapat nak ungkap dengan kata2. semoga Allah sentiasa melindungi dia setiap saat.. setiap hembusan nafas dia.. setiap langkah dia.. amin. dan semoga aku mampu menjadikan dia sebagai seorang anak yang berjaya di dunia dan diakhirat. nur hana irdina... sesungguh nya mama sangat sayangkan kamu.. sayang sangat2. maaf kalau mama xmampu menjadi yang terbaik. mama akan cuba sayang. love you so much sayang mama... =) =) mama sayang irdina.. irdina sayang mama.. sayang ayah.. kan.. hehe =) =)


Monday, August 12, 2013

Riang raya 2013 sedondon sehati sejiwa




tema raya tahun ni... merah mak ngah.. hahaha... seronok2 sebab semua adik beradik pakai merah mak ngah. irdina paling best.. lepas mandi.. minum susu.. terus dia tidur.. lepas tu xbangun2 dah.. pergi beraya rumah sedara mara.. dia relax je boleh tidur tanpa sedar kan diri langsung. alhamdulillah.. suka mak dia ni.. xdelah kelam kabut nak layan dia. lepas tu boleh lah makan dengan aman dan damai.. sampaikan berat pun naik ke angka 70 kg balik.. aduh stress aku. xpe2.. lepas ni turun lah balik ni..tengok lah diri ku yang gemuk ini. kasihan.. tu lah makan time raya xberingat kan...


abaikan mak dia yang dah gemuk tu.. haaa.. tengok.. hari kedua beraya pun hana irdina tidur xsedarkan diri.. maka syok lah mak dia beraya.. raya dengan aman.. huhu.. hari raya ke dua.. tema aku n encik iwan serta hana irdina.. purple.. baju ni encik iwan yang pilihkan. sebab aku tension.. bila aku pilih semua dia kata corak xmenarik..kejam betol statement dia.. xmenjaga hati betol. lepas tu dia nak cepat2 pulak.. lagi stress aku pilih baju.. last2 jumpe satu kedai ni.. aku cakap haaa.. yang mana okey.. dia pun tunjuk lah baju diatas tu. aku try lepas tu terus bayar.. nasib baik cantik jugak.. hohoho..



raya ketiga tema coklet... amboi... tahun ni bertema sedondon memanjang ek kita sayang.. hehe.. suka2. ni. mula2 pakai selendang.. lepas tu panas.. rimas.. terus tukar tudung ni.. =) feeling artis amek gambar dari tepi.. masa ni hana irdina tengah pandang mama dia.. pelik.. kenapa lah mama ni over sangat nak bergambar je. pening dah nak layan mama dia =p ni saja je pegang laptop sekejap.. xboleh mengadap lama2.. kang semua kerja terbengkalai.. lepas ni update full story pasal raya 2013 ye.. stalker aku tu ha... haaa.. yang tu.. yang tu.. sabar tau.. kang aku update.. hehe =) waaaaa.... penat nya badan ni... macam nak kena pergi berurut pulak lah... hohohoho...



p/s : selamat hari raya ye semua. maaf zahir batin.. ayah hana irdina xnak bergambar.. mengada sangat kan dia.. =p =p xpe irdina nanti kita amek gambar dia senyap2.. hohoho =p =p