Friday, August 30, 2013

Botol susu pilihan si kecil




umur baru 3 bulan tapi dia dah ada banyak botol susu. masa mengandung dulu.. aku beli first2 botol susu dia brand tommee tippee.. mak dia xagak2 beli yang 9oz punya.. macam mana lah nak ajar anak minum guna botol  masa dalam pantang kan. memang xguna lah.. sebab baby baru lahir kan dia comel2 je.. kecik.. lepas tu nak sumbat mulut dia dengan botol yang saiz gedak besar nya. alasan sebab ingat nak guna satu botol ni je.. sampai dia besar. hahaha.. kesian masa tu ilmu didada tentang susu xberapa nak pandai sangat. tu lah lain kali belajar sampai habis.. sudah nya.. botol tommee tippee ni ada dalam almari je.. memang tunggu dia besar sikit je lah baru guna ek..ek.. dah lah ada 2 kan..


masa dalam pantang suruh encik iwan belikan pump susu.. sebab pump yang first2 tu xberapa best. pasal pump susu.. next entry aku cerita ye. ni pasal botol susu si kecik ni. so beli lah pump susu brand nuby.. yang manual punya. mula2 suruh encik iwan beli yang brand avent.. tapi dia xjumpe cari. cari xberapa nak betul kan.. huhu. xpe lah nasib baik brand ni pun best jugak. xsakit masa nak pump tu. so bila beli pump tu.. dapat lah sekali dengan botol dia.. tapi saiz pun besar jugak. tapi masa dalam pantang guna je yang.. tapi ganti kan dengan botol yang untuk simpan susu brand nuby jugak.. sebab yang tu saiz dia kecik je. 3 oz...  dalam pantang okey je dia minum susu dalam botol.. lepas tu terus xnak.. 


disebabkan saiz botol susu hana irdina semua nya besar2. maka dengan azam yang kuat nya.. aku pun ajak encik iwan pergi beli botol susu yang saiz kecik sikit. memang nak beli brand avent jugak. so beli lah.. masa nak beli tu ada offer 20% kalau beli 2 botol. nasib lah tak tergoda.. encik iwan nasihat kan.. cuba dulu.. kang kalau anak xnak dah membazir. okey aku pun setuju. niat nak beli dua sebab 1 nak tinggal dekat nursery.. 1 nak letak dekat rumah je. tapi xpe.. slow2.. kita try dulu. kalau okey baru beli lagi 1. sedih nya cuma seminggu je dia nak pakai botol ni. silap aku masa dalam pantang xajar sangat guna botol.. just 1 seminggu je. masa tu cuti nuzul quran.. 3 hari je xhantar.. hari isnin tu kak kat nursery tu cakap anak aku xnak minum guna botol ni.. aduh... macam mana ni.. mengelabah lah kan..




masa tu kerja petang.. hati dah gelisah dah nak kerja... tapi aku boleh relax lagi... tawakal... supaya anak aku okey2 je. lepas kakak tu bagitau.. terus sms encik iwan.. suh google botol susu apa yang budak2 suka. hasil carian dia cakap brand pigeon peristaltic plus.. ni pun tamak nak beli dua jugak.. haha. last2 beli 1 je atas nasihat encik iwan. mula2 pun sama.. memang anak aku mogok habis lah.. aku sumbat je.. dia buat2 nak muntah... haiii anak.. pandai memilih ye. kakak tu cakap kalau boleh dekat rumah pun try guna botol.. so aku try lah tanpa ada perasaan give up pun.. sampai satu tahap tu.. aku nak menangis.. hahaha.. ye lah macam mana nak kerja kan kalau anak sanggup lapar dari redha je minum dalam botol.. =) last2 hasil nya berjaya.. alhamdulillah... syukur sangat2. dalam hati xhabis2 berdoa...supaya lembutkan hati hana irdina.. =) 



brand mam ni.. aku saja2 je beli.. suka sebab dia boleh bukak dekat bahagian bawah tu. nak cuci pun senang. lepas tu sebab warna nya pink.. so memang nak sangat lah beli. kalau aku nak.. memang aku nak jugak.. hehe. botol ni aku guna bila dekat rumah je. bila dekat nursery aku bagi botol brand pigeon tu. puting pigeon peristaltic plus tu memang lembut sangat. macam selesa lah bila anak nak hisap. lepas tu puting brand mam ni pun best.. sebab dia leper cikit.. macam seronok tengok bila dia tengah menyusu.. brand avent tu pun dah selamat dalam almari.. entah bila nak guna. dah try ajar pun.. dia buat2 muntah. mengada sangat2 kan. penat je mama beli tau... last2 hana xnak guna. 




nanti dia besar cikit.. nak beli brand nuk pulak.. geram je tengok botol ni.. cute sangat. hana nak ke xnak ke.. mama tetap nak beli jugak.. hehe. mama paksa jugak hana minum dalam botol ni. jangan nak buat drama sangat ek.. jangan nak buat2 muntah. memilih sangat tu.. biasa dia ni.. haiiippp... =) comel kan botol susu ni hana... =) eh mama ni.. hana yang nak guna ke.. mama yang nak guna.. =) 

xpe lah sayang.. mama xkesah pun botol apa2. yang penting anak mama minum susu. lepas tu sihat dengan minum susu mama.. ingat mama hana.. first mission nak full breastfeed sampai umur hana 6 bulan. eh mama... sekejap hana.. sekejap irdina.. hehe. kalau boleh nak panggil dua2.. tapi macam penat pulak. last2 suka hati nak panggil yang mana kan..