Saturday, June 7, 2014

Susu formula..




hana start susu formula masa umur dia 7 bulan. disebabkan kerja yang macam tu.. maka nya cepat lah aku putus asa. bila ingat2 balik sayang sangat. tapi xpe lah at least dia full breastfeed cukup 7 bulan. alhamdulillah. ikutkan kalau aku kuatkan semangat. dan xgive up. xpeduli semua nya. mesti aku berjaya bagi dia susu at least sampai dia 1 tahun kan. huhu. xpe lah yang number 2 ni.. nak gigih cikit.

mula2 pening jugak nak start bagi dia susu apa. masa dekat giant tu.. lama aku belek2 susu. dari yang mahal... hingga yang murah. terfikir. nak beli yang mahal ke..yang murah. kalau kuat susu.. teruk jugak nak keluar kan duit beli susu je. susu mesti nak 4 kotak at least untuk sebulan. kalau amek yang mahal. harga dalam rm55++ kali dengan 4 kotak dah rm220++ . dengan taska lagi dah rm300..

belum masuk pampers lagi kan..sebulan kena ready 3 pek. situ je dah rm100++ . semua kena fikir. bukan apa.. gaji xberapa nak besar pun. sewa rumah dekat area shah alam ni pening jugak harga nya. tapi nak buat macam mana. dah memang macam tu jugak. =) haha.. punya lah jauhkan fikir. memang nak yang terbaik pun untuk anak.. mak mana nak bagi anak yang biasa2 kan.



tiba2 teringat ada member bagitau. ada jugak tanya anak dia minum susu apa. dia cakap doctor pakar kanak2 ada cakap. semua susu sama je. susu ibu jugak yang terbaik. ha apa lagi. terus sambar susu yang lactogen. pek permulaan langkah 2. rm10.50 je untuk 350gm. kalau anak xsesuai pun xkisah... sebab murah. dan alhamdulillah anak menerima dengan hati yang terbuka.. tq anak mama.. =)

xpe anak mama.. sekurang2 hana dah dapat full susu badan selama 7 bulan. haha...saja sedapkan hati. sebab sedih.. niat nak susukan 2 tahun terkandas. apa boleh buat. cepat sangat give up. mama yang salah xkuat. lepas tu aku tukar sejekap susu dutch baby. sebab macam best je susu tu. eh mama yang hisap susu ke.. hana yang hisap susu. haha. tapi  hana xnak susu tu.. terus stop susu tu...



teruskan bagi dia susu lactogen sampai langkah 3. kalau langkah 2... 650gm harga baru rm18 lebih. kalau beli dalam tin 1.8kg harga baru rm51 lebih. sebulan pakai 1 tin + 1 kotak 650gm. baru rm 70 sahaja untuk susu. jimatkan. sangat jimat. anak pun sihat je. xde lah kena cirit ke. xde lah kena sembelit pun. alhamdulillah. so xpe susu murah xsemestinya xbagus kan. yang penting anak okey je...

xpayah nak pening kepala sangat. susu ibu tetap paling terbaik. kalau mampu cuba  cuma kalau anak tu xsesuai baru pilih yang lain. kena pandang jauh cikit. sebab kalau anak dah 2 atau 3. nak2 duduk shah alam. =) kena fikir lah sendiri kan. tiba2 aku ni punya lah pandai. berani sangat pilih lactogen perisa madu. ha amek kau.. xsedap langsung. menyesal. anak mogok xnak minum susu..

mengelabah lah ajak suami pergi beli botol susu malam2 dekat kedai runcit. tapi anak aku ni memilih botol + puting. botol susu brand MAM jugak pilihan dia. botol susu MAM dia tu terlekat bau susu lactogen madu langkah 3 tu. rendam atas dapur masih xhilang2 jugak bau nya. tu yang mengelabah cari botol baru. tapi hancur harapan. botol tu bagi dekat sepupu dia. han oh hana..



dan sekarang aku tukar lagi susu... brand dumex.. DUGRO.. wah.. alhamdulillah. bila tukat kepada susu ni. dia kerap menyusu. setiap 3 jam sekali nak menyusu. aku happy sangat2. sebab masa susu lactogen tu dia xde lah nak menyusu sangat. susu bila perlu je. entah lah mungkin sebab dia dah besar kot. jadi nya permintaan semakin tinggi. dugro ni murah jugak 900gm baru rm19.90.

aku beli perasa asli je. xberani nak beli yang ada perasa lain. takut dia tolak terus xnak menyusu. susu ni disebabkan kerap dia nak jadi nya 900gm untuk seminggu. so sebulan dalam 4 pek kena beli. harga baru rm80 sahaja. jimat kan. alhamdulillah anak serasi dengan susu dugro tu. mula2 berat dia 7.6kg je. sekarang berat hana dah cecah 8kg. alhamdulillah perkembangan yang baik...




so kesimpulan nya. kalau kita rasa kita boleh nak pilih yang mahal2 cikit.. boleh je. kalau kita nak start yang murah2 pun okey je. janji anak kita sesuai. dan sihat. tapi kalau anak yang alah susu lembu lain cerita lah kan. yang tu memang terpaksa keluarkan duit banyak sikit lah. nak buat macam mana.. anak sendiri. susah woo nak bersalinkan dia..berjam2 tahan sakit...  hohohoho.. =)

susu ibu susu yang terbaik. masa hana full breastfeed tu alhamdulillah dia demam masa kena cucuk bulan2 tu je. semoga lepas ni lebih berjaya dalam penyusuan. bagi aku susu formula semua sama je. xde yang beza pun. yang mahal ke.. yang murah ke.. janji anak sihat dan sesuai. xpe kita ni kena tawakal kepada Allah.. permudahkan semua nya. kalau asyik stress je.. fikir bukan2.. tu yang teruk tu.

p/s : jangan stress2 kalau anak sesuai susu tu... teruskan je..=) =) susu ibu paling terbaik =)