Sunday, June 29, 2014

selamat menyambut bulan ramadhan.




1st ramdhan. alhamdulillah diberi kesempatan untuk bertemu kembali bulan yang mulia ni. semoga dapat mempertingaktkan lagi tahap kesabaran dan amalan. hari ni duty petang. tapi xkesah pun. sebab mak abah duduk sekali kan. so still dapat rasa air tangan mak. pagi tadi sahur mak masak tomyam ayam dengan ayam goreng. emmm walaupun simple. tapi tetap terbaik. selera makan. siap tambah 2 kali lagi. 1 untuk baby dalam perut. 1 untuk mama. hihi. =) tq opah. sedap sangat lauk sahur hari ni... mmmmmmm =) =)

tapi berbuka hari ni beli dekat bazar ramadhan je depan hospital sebab mak abah urgent kena balik kampung. ada hal. so lauk berbuka terpaksa lah beli dekat bazar. sebab mak cakap. kalau kerja petang mak nak hantar makanan. yahoo... syok nya... alhamdulillah. mak siap kata lagi kalau mak rajin dengan kuih sekali mak bagi. Ya Allah bersyukur nya. sangat terasa nikmatnya bila makan masakan mak. tadi pusing2 bazar.. emmm.. xde pun makanan berat yang menarik perhatian. last2 beli nasi tomato je.



pergi sana tadi xnak beli banyak2 sebab kalau tamak ikut nafsu memang selalu xhabis. haha. sayang je kalau makanan xhabiskan. orang lain ada yang xde makanan. kita sampai buang2 je. mintak2 tahun ni xde buang2 makanan. bukan senang nak cari rezeki kan. walauapapun bersyukurlah sebab ada pekerjaan dan bekeja didalam aircond. walaupun penat. tapi still lagi xkena terik nya cahaya matahari. ada je orang yang kerja panas2. peluh2 bawah mata hari. so bersyukur. walaupun penat.. tapi tetap dalam aircond.

tahun ni raya anak dah 2.. tapi 1 lagi dalam perut.. hoho. insyaallah due 20.12.2014. so dengan ini.. tahun ni aku berpuasa penuh lah... hehe. first time ni. xpernah dapat puasa penuh. =) =) baby kena kuat tau. xnak buat hal ye baby. mama nak puasa penuh ni. mama xnak ganti puasa.. haha. babykan anak yang baik. kakak hana.. jangan lasak2 sangat ye. mama kadang2 penat. hana kan baik. dengar cakap. sekarang ni dia ada anak patung. suka sangat dia main dengan anak patung tu. dia nama kan BU..




bangun tidur.. nak tidur.. main semua dengan BU dia tu. siap panggil lagi kalau BU dia tu hilang.. duk lah BU..BU.. kadang2 tu siap bagi bear tu susu dia. pandai pulak tu. nenen.. nenen.. haha. dah pandai dah main sorang2 dia. kadang2 dia peluk.. dia cium.. hihi.. so sweet nya lah. geram tengok. hari tu aku terambil bear dia tu. buat alas tidur. duk lah tarik2. BU..BU..BU.. hahaha. aku xpaham pulak. last2 encik iwan cakap. awak amek BU dia lah. hahaha.. lupa sudah.. sori sayang... mama kacau dah BU hana ye.. =)

p/s : selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua umat islam. maaf kalau ada salah silap =)

0 comments: