Wednesday, June 4, 2014

Selamat ulangtahu pernikahan yang ke2




alhamdulillah dah masuk 2 tahun dah nikah dengan encik iwan. syukur ya amat.. kerana Allah kurniakan kebahgiaan dunia ini. memang lain sangat bercinta masa couple dengan bercinta lepas nikah. yang pasti nya lepas nikah sangat lah bermakna. dia kawan aku paling baik.. kawan aku paling sporting. kawan aku paling setia mendengar. sudi tadahkan telinga dengar masalah aku. oh.. itu lah dinamakan perkahwinan. pasangan itu bukan sahaja seorang suami.. tapi dia tetap ada walau apa jua keadaan.

mungkin disebabkan sama umur.. maka aku dengan dia dah macam kawan. kadang2 orang kata umur aku tua banyak dari dia. oh sungguh sedih. tapi xpe aku xkisah pun.. aku okey je. huhu. nak buat macam mana kawin umur 23 tahun. xpe elakkan dosa. kawin awal2. nak gaduh pun dengan dia. nak bermanja pun dengan dia. nak mengada2 pun dengan dia. nak gelak xingat dunia pun dengan dia. nak memangis muka buruk gila pun dengan dia. hahaha.. kelakar bila ingat balik.. terima kasih sayang.. =)

walaupun banyak dugaan bersama awak. insyaallah saya akan tetap bersama awak. alah biasa lah kehidupan berumah tangga mana yang xde masalah kan. dulu masing2 xkenal betul2. walaupun 5 tahun bercinta sebelum nikah. bila dah kawin ha.. amek semua perangai keluar. xpe2. kita kan kawan. awak perlukan saya dalam hidup awak. saya pun perlukan awak dalam hidup awak. walaupun kadang2 pemikiran kita berbeza.. tapi kita tetap memerlukan. saya sayang awak dunia akhirat.. =)

terima kasih sebab sudi amek sayan jadi teman hidup awak. semoga pernikahan kita ni akan kekal sampai bila2. xtahu lah macam mana nak hidup kalau awak xde. xde lah tempat nak tunjuk perangai buruk. perangai yang xcover 100% dah. hahaha. lepas lahir anak num 2 ni kan ayah. mama nak makan ubat tau. hihi. okey lah tu 2 orang. nanti2 mama mengandung lagi ek. mama nak rehat dulu lah. macam penat cikit lah ayah. boleh kan ayah?? xkan tahun depan kena mengandung lagi?? hoho.. 

aku memang xmakan ubat perangcang pun. sebab encik suami xbagi. hoho.. dia cakap nak lagi sorang dulu. okey mengikut perintah. dia lah orang paling happy bila dapat tahu bini dia ni mengandung lagi. oh.. bila encik suami happy. puan isteri pun lagi 200% happy. alhamdulillah. Allah murahkan rezeki. xpe setiap anak ada rezeki nya. anak num 1 dan num 2 jarak setahun je. ayah dia nak bagi kakak dia ada kawan. sebab katanya kesian tengok kakak main sorang2. ye2 lah ayah tu hana.. hoho =)