Thursday, June 19, 2014

5 bulan ++ dah dia...




                 


alhamdulillah umur hana irdina dah masuk 5 bulan dah. rasa macam sekejap je masa berlalu. tup2 masuk 6 bulan.. lepas tu 7 lepas tu 8 bulan... emmm... anak mama jangan lah besar cepat sangat... mama nak hana irdina besar lambat2 cikit. sekarang ni kalau nak gomol2 dia cikit.. dia mengamuk.. xnak bagi pun.. sampai hati kan.. tapi xpe... kesah pulak mama ni.. kalau mama geram.. habis hana mama kerjakan... sila lah meraung sekuat hati mu anak.. please lah bagi mama gomol2 cikit.. kedekut betol..kesian mama tau huhuh..

sekarang ni dia dah pandai angkat bontot..pantang letak je.. terus nak meniarap.. pantas betul dia.. kadang2 bila nak siapkan dia.. kena cepat2.. sebab bila aku letak dia meniarap... aku betolkan balik... lepas tu dia nak meniarap balik.. eeee... geram pulak rasanya.. gigit nak x?? huhu... lepas tu sekarang ni kalau dia meniarap.. bila dia letih.. dia dah pandai pusing balik badan dia.. xde lah dia nak berbunyi je.. lepas tu dah pandai.. kalau xde sape2 dengan dia.. mula melilau mata cari mama atau ayah dekat rumah tu.

lepas tu kalau bawak dia jalan2 dukung dia.. alahai kesian nya tengok dia.. excited sangat dia... tengok sana sini.. yelah.. boring kot dia.. asyik rumah.. nursery.. rumah nursery... sebab tu lah happy sangat kalau bawak dia jalan2. dalam kereta pun dia xbanyak songeh sangat.. kalau meragam tanda nya nak susu lah tu. kalau nak tidur pun senang je.. xpayah nak tepuk.. xpayah nak masuk buai.. bagi susu.. letak dekat katil.. guling2.. ek2 cikit.. tengok2.. eh2 dah tidur dah.. alhamdulillah.. senang je nak jaga dia...

p/s : semoga anak mama nur hana irdina menjadi anak yang solehah ye... Cayang hana..