Saturday, October 25, 2014

MC dan kaki cramp





alhamdulillah baby dalam perut mama dah masuk 8 bulan. syukur2... 23 hb hari tu ada appointment dengan doctor pastu kena buat urine test...alah procedure yang macam biasa lah kan. okey semuanya normal. xde apa2 yang terlebih. syukur2.. takut jugak. sebab kali ni aku memang suka minum air manis2 je. makan xde lah banyak cuma air tu. mesti nak manis2. susah2...

cek2 lepas tu doctor cakap okey tekanan darah semuanya okey. pastu jom kita scan kita tengok baby. kali ni xdapat dengar degupan jantung dia. emm.. dulu masa hana aku excited sangat. tapi sekarang bila dah num 2 ni... biasa2 je. tapi tetap excited sebab anak lelaki kan. insyallah... dah 4 bulan scan doctor cakap memang nampak bird dia. mesti berbezakan jaga anak lelaki.

berat baby dah naik 1.8kg. 2 minggu lepas berat dia 1.6kg. nak 0.2kg... okey lah tu. harap2 lah berat dia kang ideal je. doctor siap tegur lagi... eh you jaga makan betul ye. 2 minggu lepas berat 73.4kg sekarang berat cuma 73.9kg je. hihihi.. aah doctor. sebab takut kalau2 berat terover naik. eh tu monolog dalam hati je. aku sengih2 je.. itu je aku kalau pergi check up..

hari tu buat pertama kalinya aku mintak MC... sebelum2 ni okey je. cuma disebabkan PH deepavali tu aku gatal sangat nak mendouble.. kan dah xlarat. pastu malam 21hb tu kaki aku cramp.. sakit nya lah.. tarik sampai perut. malam 22hb pun sama.. aku kalau kaki cramp memang menangis je lah. sakit wo kena cramp time mengadung ni... dia tarik sampai dekat perut..

so doctor pun bagi lah MC... alhamdulillah dapat lah nak rehatkan badan dan minda ni. memang dah penat sangat. nak berdiri lama2 pun penat.. tambah2 bila kena cramp berturut2 dua malam tu. pastu duty prepare dekat outpatient pulak. hai memang aku surrender lah. xlarat lah nak buat2 gagah.. hihi. doctor cakap sebab kurang calcium dan sebab banyak berdiri.. =)




Latih hana berus gigi




hana ni puas dah aku nak gosok kan gigi dia. xmau2 dia bukak mulut. bukan apa geram. sekarang dah pandai makan macam2. risau kalau2 gigi dia cepat rosak. budak kecik tu semua benda dia nak belasah. pantang disua ke mulut... laju je dia nganga.. mama nak.. mama nak... aiyaaaa... pastu bila aku nak gosok kan gigi dia.. dia tutup mulut dia serapat2 nya lah...  dulu aku guna yang macam dekat bawah ni. membazir je mama beli tapi hana xnak bagi mama gosok kan gigi hana.. hoho... dugaan2... dah lah gigi dah banyak. atas dah ada 4 bantang. nak tumbuh lagi 2 batang.. bawah dah ada 3.. nak tumbuh lagi satu. gigi geraham dah ada 2 dekat atas.. dan 2 dekat bawah... owh.. banyak dah gigi hana... 




xpe.. nanti slow2 lah aku akan ajar dia gosok gigi. nak didik anak ni kena sabarkan. baru best. haha. penyabar ke mama awak ni hana?? huhuhu. kita belajar sama2 ye macam mana nak pegang berus gigi. hana tengok mama buat. pastu hana ikut. budak kecik kan akan ikut apa yang kita buat. dia kan suka memerhati. hana kalau aku ajar apa2 depan dia.. dia akan ulang balik dan ikut. sekarang dia memang tengah nak belajar lah. semua benda dia nak sentuh.. dia nak capai. pastu lari bawak barang tu. ingat mama nak kejar sangat lah. nanti mama carikan berus gigi yang cantik2 ye. supaya hana seronok bila nak gosok gigi tu. macam gambar dekat bawah ni.. alahai cute nya. pasni xnak gosok gigi.. siap.. huhu. 







p/s : mama akan gigih ajar hana untuk suka berus gigi... hohoho.. sayang hana... 










Salam maal hijrah 1436




selamat pagi. jam menunjukan pukul 7.30pagi. waaa... mengantuknya mata aku. tolong2.... sabar2.. pagi2 nak kena aktif sebab hari ni double duty lagi. saja request. yeahhh.. esok hana balik. xsabar nak sambut dia dekat depan pintu. agak2 apa lah reaksi diakan. ingat lagi ke aku ni mama dia. hahaha.. over sangat tau. hana oh hana... sedih duk jauh2 dengan dia. xsanggup lahai... xpe2... sehari je lagi.

eh lupa pulak. hari ni dah masuk tahun baru kan. 1 muharram 1436.. salam maal hijrah semua. semoga aku mampu berubah kearah yang jauh lebih baik. dan matang untuk berfikir. kuat untuk semuanya. kadang2 macam lemah. tapi bila fikir2 balik.. kenapa nak layan sangat perasaan tu. buang masa... lebih baik fikirkan jalan penyelesaian nya lagi bagus kan. itu cara yang paling baik.. bukan meratapi... =) 

mungkin dari kecik mak dah ajar untuk xcepat mengalah. mak ajar dalam diam.. apa yang mak buat... aku tengok. bila tengok mak. oh.. aku pun kena kuat macam mak. teruskan dan teruskan. mak memang kuat. fikir positif.. kenapa mengapa kita... dan jawapan nya.. sebab kita mampu lah nak hadapi. sebab tu Allah bagi kita ujian macam ni. kita memang kuat. yang penting sabar. berdoa... yeaahhh... =) =) 

p/s : hana... cepat lah balik.. mama rindu hana... mama nak peluk hana... =) =) 

Wednesday, October 22, 2014

Public holiday...





hari ni public holiday. so cuti lah kan. tapi kerja dekat hospital mana ada nak public sangat. kerja pun shiftkan. kalau pharmacy tutup mana patient nak ambik ubat kan. sebenarnya nama xde pun untuk kerja PH hari ni. tapi disebabkan anak xde.. ikut mak balik kampung. so request lah nak kerja. xde lah duk ingat2 kan dia. nak balik kampung sehari je macam. emm xgaji lagi kan. esok kerja macam biasa. nak cuti. cuti xde. so jom lah kita kerja. mintak kerja dari 7am-9pm.. xde lah duk ingat si kecik tu sangat. xpernah mama jauh2 lama2 macam ni dengan hana... uwaaaa... sedih nya.... hana take care ye... mama sayang hana... =( =( 

Tuesday, October 21, 2014

Hana balik kampung...




minggu ni cuti sekolah. so mak dan abah balik kampung. terpaksa lah mama redha hana ikut tokwan dan opah. sedih memang sedih. tapi xde orang nak jaga dia dekat sini. xpe mama tahu anak mama kuat macam mama kan sayang.. =) mak ajak balik kampung. tapi cuti xberapa nak ada. ada 1.5 hari je. huhu. sedih sangat. macam mana entah aku arrange cuti sampai jadi macam tu sekali. 

disebabkan xnak sedih2 sebab hana balik kampung. maka aku mintak kerja double2 time public holiday kang. so xde lah nak ingat sangat dekat si kecik tu. alahai... hana oh hana. malam ni mama tido peluk bantal peluk dia lah. =( lamanya nak tunggu hari ahad. hana jangan nakal2 ye.. jangan susahkan opah tau. main elok2.. malam2 jangan bangun lama2. lepas minum susu.. terus tido... =) 

p/s : rabu..khamis..jumaat..sabtu..ahad............ 


Wednesday, October 15, 2014

Air gedegang.. Huhu...



Tadi si kecik ni ikut ayah hantar mama pergi kerja. Alahai.. time dah sampai hospital tetiba dia nak ikut mama. Yelah 2 hari berkepit dengan dia. Pastu mama nak pergi kerja. Mau xmelalak dia. Tersentak hati mama tau.

Last2 bawak dia pergi punch card pastu bawak dia pergi beli air mesin tu. Aku panggil air gedegang. Sebab bila jatuh bunyi gedegang kan. Hoho. Belikan air soya.. Bukan main suka dia.

Siap bila aku tata nak pergi pun dia xkesah dah.. Senyum2 lagi. Pastu kuat pulak dia pegang air tu. Alahai.. Senang je nak bagi dia diam.. Huhu. beli kan apa2 pastu xkisah mama nak pergi mana pun.. Bubye mama.. =) 

Balik kampung....




Hari sabtu ahad lepas kerja malam. Isnin time offday mak ajak balik kampung. Kemas2 rumah. Alhamdulillah dah kembali kepada normal. Hujung bulan 11 mak pindah balik sabak. 

Ingat nak bukak buku merah tapi macam xsempat. Sebab banyak yang nak kena kemas. Tapi aku xkemas sangat sebab mengandung. Bagi arahan dekat encik iwan dan adik2 je.. Haha

Asal aku nak tarik barang je.. Eh kak ayu jangan nak mengada2 ang tu mengandung. Huhu. Ang bagi arahan je. Alhamdulillah.. Syukur.. Hihi.. Boleh aku lelap kan mata kejap... Zzz

Tup2.. Last2 pukul 7 pm baru gerak balik. Pastu sampai sini dalam pukul 10.30 malam. Mak ai kaki bengkak.. Kalau cucuk dengan air mau bocor tu. Huhu. Sabar je lah..

Sleep day dan off day kali ni memang xberapa nak cukup tidur lah. Tapi xpe nak buat macam mana.. Terpaksa berkorban. Nasib lah tolong mak. Kalau x kesian mak abah mengemas.

P/s : xsabar sangat nak cuti bersalin... Hohoho..... Yeaaahh lagi 1 bulan ++ je. 


Monday, October 13, 2014

Ragam anak kedua...





Yeaahhh dah nak balik. Ngantuk nya mata aku. hari ni mak ajak balik kampung. Kemas umah cikit2. dan nak bukak buku ibu mengandung kat hospital daerah. xpe dah pernah bersalin dekat swasta. no 2 kita try dekat goverment. mak kata sama je mana2 pun nak senang bersalin.. mintak maaf dekat suami sebelum tido.. Jaga hati orang tua.

Insyaallah Allah permudahkan jalan untuk bersalin. Masa bersalinkan hana dulu.. Macam xpercaya. Aku boleh lakukan. aku memang takut sangat nak rasa sakit. Aku lembik. Tapi bila time doctor suh push.. Aku push sebab aku nak dia keluar cepat2.... Alhamdulillah sangat dipermudahkan masa bersalin kan dia. Sakit pun xlama. Syukur2..

tapi lupa dah macam mana sakit nya bersalin. Xpe nanti kita hadap lagi sekali okey. Huhuhu. Hoi ngeri tau nak hadap sakit contraction. Dulu beria xnak dah bersalin. Tup2 ada lagi. Nasib yang ni lelaki. Insyallah. Pasni leh rehat 3 tahun. rehatkan fizikal dan emosi. besarkan dulu anak2 yang ada.. Hahaha. hana sekarang ni manja sangat2. Kejap2 ayah. Kejap2 mama. Hana oh hana..

Dua2 malam time kerja malam ni kaki aku bengkak lah. Nak solat subuh pun xselesa. Mungkin sebab kaki tergantung kot. Hai.. Berat badan dah melebih2 ker. Mengandungkan anak no 2 ni agak mencabar sangat. Lapar.. Sakit pinggang. nak minum air sejuk je. Adoyai.. Apakan daya mama turuti jugak. Mengada air panas @ suam xnak.

P/s : doakan semua nya berjalan dengan lancar.. bersalin ibarat nyawa dihujung tanduk. (",) nervous untuk ke2 kali.... 


Sunday, October 12, 2014

Tin sardin yang kosong...!!

Jumaat lepas aku agak xbernasib baik. Duit aku hilang. Nak dihitung memang xbanyak mana.. Cuma rm65. Tapi lepas nak beli susu anak 3 pek. aku letak dalam loker. Loker dalam pantry. Dan xberkunci. Memang xde kunci. Sadis kan. Dah lah hak peribadi. Tapi dibiarkan atas tanggungjawab sendiri. Apakah itu?? Oh diam sudah.. Nak kunci sila cari sendiri. Harta kau bukan banyak sangat pun kat dalam loker tu.. Hoho.

Rm65 memang xsama dengan gaji sehari. Cuma bila kita betul2 kerja nak cari sesen duit baru kita tahu bertapa susah nya nak dapatkan rm65 tu. Mungkin bagi sesetengah pihak setakat rm65 je. Cuba kerja sehari tengok. Dengan mengandung busy xhabis2 gaji naik xsampai rm100 setahun. Huh. Rezeki mana xbaik mengeluh. Alhamdulillah. Masih ramai lagi yang menganggur.

Ditanya siapa suspek. Dengan dukung hana. Aku mengadap. Sebelum bertentang mata macam2 soalan aku nak tanya. Tapi bila bersua. Hanya sepatah dua je yang mampu aku tanya. Tapi disebab kan kononnya sakit hati.. Dia canang cerita katanya aku yang lebih2 tuduh dia. Hye come on lah. Kalau xsalah mana kan mulut bising macam orang xbetul. Ikutkan hati aku nak terajang dia sekali. 

panas hati xpayah nak cakap. aku terajang sekali masuk icu terus. Aku peduli apa. Aku seorang yang baran sebenarnya. tapi masih control. Huhu. Guard2 pun seakan semua nya bersepakat kata kawan sekerja. Naik rimas aku. Kalau betul buktikan. Sila kan buat siasatan. Tapi jawapan hampa. Ramai sangat yang masuk pantry dari 4-7 petang. Jawapan budak darjah 1. 

Oh lupa duit kau cuma rm65. Kalau dikira peluh aku nak prepare prescription.. Dispense ubat time perut mengeras. Keja malam dengan senak nya perut. Memang rm65 cuma sampah kot. Huhu. Point aku nak cakap. Kalau semua cakap kawan satu department yang buat. Buktikan. Buat siasatan baru puas hati. Aku bukan menuduh dia. Tapi detik hati  Allah je yang tahu. Sila jawap dekat akhirat. Aku tuntut dekat padang masyar. Melutut ko cari aku... Kesian. dunia ko terlepas akhirat ko jawab!!! Sekian luahan hati yang geram....

Hamboi ko ingat aku suka hati nak tuduh2. Sakit pulak hati kita ni. Terajang nak??!! Sekali aku bagi.. Memang aku xpandang belakang dah. hihihi. =) 

Night duty..



Jam menunjukkan pukul 4.15 pagi dengan keadaan yang sejuk teramat sangat dalam pharmcy ni. Hari ni duty keja malam. First night. Kepala xberapa nak okey. Lepas telan panadol 2 biji.. Baru rasa macam okey je. Ah mata.. Kenapa mengantuk sangat. Bertahan lah. Sebab senak perut nak baring kepala atas meja. Huhu. 7 bulan sudah...

Aktif betol baby dalam perut mama malam ni. Gerak xhenti2. Lemas ke sebab mama landing kepala atas meja tadi. Sori ye.. Mama sakit kepala. Tidur xbp nak cukup lah. Pasni kalau kerja malam lagi.. Memang pass kat orang je lah. Serius surrender 100%. Xlarat nak hadap. Makcik dah semput oii. Pinggang makcik dah tua.. Hihihi.. 

Wednesday, October 8, 2014

29 minggu @ 7 bulan ++




Hari ni jumpe doctor. Eh macam xpercaya berat naik 1.1kg je dalam masa sebulan. Gigih kawal makan takut berat naik banyak.. Takut lah gemuk. Huhu. Dush2. Apa dah biasa lah mengandungkan. Masa bulan lepas berat baby baru 800g tapi ni dah 1.6kg. 

Rasanya bila bersalin berat baby mungkin akan 3.2kg macam tu. Jangan berat2 sangat ye anak. Nanti mama nak teran susah. Kakak dulu 3.4kg. Alhamdulillah berusaha sehabis mungkin nak push. Merah2 muka teran hana time tu. Akhir nya keluar jugak.

Tadi doctor bagi injection ATT booster je.  Sakit nya kena cucuk xsuka. Tapi terpaksa redha. Ni tangan macam lengoh2. Balik kena tido ni. Hahaha.. Xde kena mengena langsung. Alasan je lebih. Xsuka bila kena cucuk. Kena amek darah. Nervous mengalahkan apa tah. sabar je lah.. Hoho.. 

Sekarang dah 7 bulan ++ semoga baby sentiasa sihat dan sihat. Due awal bulan 12. Insyaallah. Mintak2 semua nya okey dan mampu bersalin normal lagi. teran dan terus teran. jantina confirm lelaki sebba tadi nampak bird dia. Haha.. Baby pun alhamdulillah aktive je. Nak2 time lapar.. Berombak2 perut.
 
P/s : berat mama 73.4kg berat baby 1.6kg

Lentur buluh biar dari rebungnya..


Hai selamat tengah hari. Hari ni mama ada appointment dengan doctor. Alhamdulillah baby sihat. Mama pun sihat je. Berat adik hana dah 1.6kg tau hana. Doctor cakap adik hana akan keluar dalam awal bulan 12. Xsabar nak tunggu. Nanti hana jaga adik baik2 ye. jangan buli adik tau. Kawan sama2. 

Hana sekarang dah paham cikit dengan arahan. Contoh nya.. Lepas minum susu. Dia dah paham dah. Kena letak dekat almari sebelah katil. Kalau tanya mana botol susu nak buat susu.. Dia tahu dah nak ambil dekat mana. kalau suruh letak baju kotor dalam bakul pun dah paham jugak dah.. Gud anak mama.. 

sekarang tengah ajar dia kemas balik kalau dia buat sepah. Semalam dia dah lepas sikit2. Pastu dia malas dia tinggal je. Kalau lipat kain pun kena tegas ngan dia jangan kacau. Sebab kalau lipat kain dia suka kacau. Tarik2. Tapi semalam dia dengar pulak cakap. Dia kacau kain baju yang belum lipat je.alhamdulillah.

emm nampak nya memang betul lah. Nak ajar anak2 kena dari kecik. kalau dah besar mana nak dengar arahan sangat. Budak2 kan hati dia bersih lagi. So senang nak serap. Insyaallah semoga mampu menjadi ibu yang baik untuk anak2. Amanah dari Allah.. Kena jaga sebaik mungkin. =) =)

 
Dia xsuka kalau gomol2 dia.. Macam ni lah muka xrela dia.. Sedaya upaya dia tolak kita... Eiiii.. Geram betol. Huhu

Tuesday, October 7, 2014

Kita serupa..



Kening xbanyak memang tiru mama. Kesian kan kita.. Hihi. Pastu hidung kembang pun ikut mama. Emm dahi luas @ jendol pun memang ikut mama lah sangat. Tang bibir pun sama.. So hana memang ikut mama.. =) 

Tapi rapat dengan ayah. Nak mama bila perlu je. Bila dia betul2 rindu baru eh mama mana ye. Kalau x ada dia kesah mama pergi mana?? Eh mama ada x?? sampai hati hana kan. Huhu. tapi bila datang manja dia.. Nak berkepit je dengan mama. =) 

Nur hana irdina binti mohd idzuan


ini budak kalau naik kereta.. Mesti nak duduk dengan ayah. Sila jangan tiru aksi ni. Perut ayah selesa katanya. seronok sandar2 duduk dekat perut ayah. Dengan mama xbest sebab ada adik dalam perut mama 

Kadang2 tu sampai tertidi duduk dengan ayah. Manja sangat dengan ayah. Jelaz mama. Haha. Kalau atas katil memang dia je nak tidur tengah2. Ayah tu dia yang punya. Mama main jauh2.. Huhu. Hana oh hana manja sangat.

Semalam lepak2 atas katil dia ajak main. Sampai tergelak sakan dia. Sampai dia tutup2 muka dia. Pastu bila aku nak main nset ayah dia. Dia tarik nset suruh main2 dengan dia. Alahaaaaiii terasa bahagia sangat. Syukur. Semoga kebahagiaan ni akan terus mekar mewangi..

P/s : mama sayang sangat2 dekat hana. Muaaahhh3. 

Friday, October 3, 2014

Mandi guna shower.




Hari tu mak ada cerita hana dah pandai mandi guna shower. Mak tengok kan je. Mula2 dia basahkan tangan dia dulu. Pastu dia basahkan kepala dia agak2 macam lemas di alihkan. Huhu. Lawak betul. Aku xpernah tau dia pandai mandi guna shower. Selalu mandi guna cebok je. Senang cepat sikitkan.

Bila mak cakap macam tu aku try lah buat dekat dia. Hahaha.. Memang lawak lah aku tengok. Pandai dia mandi guna shower. lama dia duduk bawah tu.  Pastu dia kedepan dia kebelakang. Bila nak sabun kan dia.. Dia lari jap dari shower tu. Pastu dia mandi balik. Ni ayah lah yang ajar ni.. Bagus2...

Senang jugak keje aku duduk je tengok dia. Xpayah nak beria sangat nak mandi kan dia. Monitor je kat sebelah. Huhu. Bagus hana. Selalu hana memang mandi dengan ayah pun.. Ayah buatkan susu. Ayah tukar kan lampin. Ayah jaga malam2. Haha. Mama asyik penat 24 jam. Hana rapat dengan ayah.


Kesayangan mama


Hai nama saya nur hana irdina bt mohd idzuan. Umur saya 1 tahun 4 bulan. Saya ada 6 gigi yang dah keluar.. 4 batang gigi atas dan 2 batang gigi bawah. Xlama lagi belah bawah nak tumbuh lagi 2 batang. Atas pun sama. Gigi geraham 1 dah tumbuh. Saya suka makan biskut. 

Masa umur saya 3 bulan saya dah pandai meniarap. Tapi saya start berjalan masa umur saya 1 tahun 3 hari. Saya kalau berjalan memang laju. Saje nak bagi mama dan ayah buat senaman sikit.   Saya ni manja sebab masa mama mengandungkan saya. Mama suka nangis.. Hahaha.. Mengada tau.

Saya suka minum susu. Saya minum susu dugro. Nak yang perasa asli je. Perasa lain2 saya xsuka. Xsedap lah. Yang asli lah baru yang original. Xpayah nak plastik sangat. Menyampah saya. Eh2 lari tajuk. Saya sangat memilih botol susu. Xde lah guna yang mahal pun. Tapi saya tetap mengada sikit.

Saya sayang mama dan ayah saya. Saya suka tidur tengah2. Sebelum tidur saya salam tangan mama dan ayah. Saya cium pipi mama dan ayah. kalau saya xboleh tidur.. Mama dan ayah pun jangan harap lah dapat nak tidur. Sila lah layan saya. Saya kena tido tengah2. Sebab saya nak peluk mama dan ayah.

Mama kalau saya sakit.  Dia paling over. Kadang2 sampai menangis. Ye mama saya tahu mama sayang saya. Saya kan anak mama. Mesti lah mama sayang sangat2 kan. Saya pun sanyang mama. Saya doakan mama selamat lahirkan adik boboi untuk saya. Nanti saya ada kawan. Seronok nya buli adik.. Kan mama.

P/s : nur hana irdina mama pun sayang sangat dekat nur hana irdina. =)

Thursday, October 2, 2014

Mengantuk


Mengantuk ya amat mata ku ini. Kelmarin kena OT. Walaupun hanya 4 jam.. Tapi tetap penat sebab busy sangat2. Dari pagi sampai petang duk mengadap prescription. Memang nak muntah. 

Malam tu hana pulak meragam xnak tido naka ajak main2 dengan dia. Layan dia. Asal aku lelap je dia cucuk mata aku. Duk lah pnggil.. Mama.. Mama.. Mama. Nak xnak bangun jugak lah.

Pastu esok nya pagi2 dah bangun sebab nak kena hantar ayah. Ayah xbawak keretA. kerja petang dah.. Tapi xberapa nak cukup tidur.. Dan hari ni duty pagi.. bersengkang mata lagi kita. 

Semalam memang xlarat nak jaga hana. Memang ayah dia yang jaga. Memang xlarat. Badan penat. Mata penat. Kepala pun penat. Entah kenapa hana 2 hari dah asyik mergam je.. Kesian tengok dia..




2.10.2014



Macam xpercaya dah masuk 8 tahun berkenalan dengan encik iwan. Lama nya lah. Macam2 sangat dah dugaan yang dilalui. Kadang2 pahit sangat2. Tapi selagi Allah kata jodoh tu tetap milik bersama insyaallah macam mana perit pun akan sampai ke penghujung jugak. Amin. Allah dah tetapkan sejak azali lagi. Redha dan tawakal semoga bekekalan. 

Biasa lah dalam kehidupan mana nak best je. Nak senang kena lalui tahap kesukaran di tahap maksimum. Yang paling penting jangan putus asa. Dan hari ni jugak nikah dah masuk 2 tahun 4 bulan. anak pun nak masuk 2 dah. Alahai macam xpercaya pulak boleh mengandung untuk kali kedua. Sebab takut jugak kalau susah nak dapat lagi.

xpe semua ni Allah dah tetapkan dengan siapa jodoh kita. Berapa anak kita. Sampai bila kita hidup. Bila kita akan lalui ujian2 yang maha hebat. Semua tu dah lengkap sebelum kita lahir dekat dunia lagi. Seandainya kita penat. Kita letih.. Berdoa lah berzikir. Tenangkan hati. Pasti kita mampu untuk kuat.walaupun batinnya Allah je yang tahu.. Huhuhu =) =) 

P/s : selamat ulangtahun perkenalan yang ke 8 cayang. Semoga berkekalan sampai bila2. =)