Saturday, October 25, 2014

MC dan kaki cramp





alhamdulillah baby dalam perut mama dah masuk 8 bulan. syukur2... 23 hb hari tu ada appointment dengan doctor pastu kena buat urine test...alah procedure yang macam biasa lah kan. okey semuanya normal. xde apa2 yang terlebih. syukur2.. takut jugak. sebab kali ni aku memang suka minum air manis2 je. makan xde lah banyak cuma air tu. mesti nak manis2. susah2...

cek2 lepas tu doctor cakap okey tekanan darah semuanya okey. pastu jom kita scan kita tengok baby. kali ni xdapat dengar degupan jantung dia. emm.. dulu masa hana aku excited sangat. tapi sekarang bila dah num 2 ni... biasa2 je. tapi tetap excited sebab anak lelaki kan. insyallah... dah 4 bulan scan doctor cakap memang nampak bird dia. mesti berbezakan jaga anak lelaki.

berat baby dah naik 1.8kg. 2 minggu lepas berat dia 1.6kg. nak 0.2kg... okey lah tu. harap2 lah berat dia kang ideal je. doctor siap tegur lagi... eh you jaga makan betul ye. 2 minggu lepas berat 73.4kg sekarang berat cuma 73.9kg je. hihihi.. aah doctor. sebab takut kalau2 berat terover naik. eh tu monolog dalam hati je. aku sengih2 je.. itu je aku kalau pergi check up..

hari tu buat pertama kalinya aku mintak MC... sebelum2 ni okey je. cuma disebabkan PH deepavali tu aku gatal sangat nak mendouble.. kan dah xlarat. pastu malam 21hb tu kaki aku cramp.. sakit nya lah.. tarik sampai perut. malam 22hb pun sama.. aku kalau kaki cramp memang menangis je lah. sakit wo kena cramp time mengadung ni... dia tarik sampai dekat perut..

so doctor pun bagi lah MC... alhamdulillah dapat lah nak rehatkan badan dan minda ni. memang dah penat sangat. nak berdiri lama2 pun penat.. tambah2 bila kena cramp berturut2 dua malam tu. pastu duty prepare dekat outpatient pulak. hai memang aku surrender lah. xlarat lah nak buat2 gagah.. hihi. doctor cakap sebab kurang calcium dan sebab banyak berdiri.. =)




0 comments: