Saturday, February 18, 2017

Semangat !!


Image result for kehidupan


kerja hospital memang macam ni.. kadang tu xmentu shift.. kadang kerja pagi.. kadang kerja malam. kadang kerja petang. bila orang cuti kita berkerja. part paling mencabar bila hari minggu. orang lain update status pergi spend time dengan family.. kita terpaksa masuk kerja.. xpe dah ini takdir yang Allah da tetapkan. alhamdulillah xpernah menyesal.. hampir 7 tahun berkhidmat disini. semoga setiap hari bila berkerja menyumbangkan tenaga.. dapat la memberi manfaat kepada semua pesakit.. dan mereka2 sihat sejahtera hendak nya. semua nya hanya Allah yang tahu.

anak2 paling kesian.. bila kerja shift petang.. malam baru dapat ambik. emmm.. sedih xpayah cakap.. kesian gak dekat anak2. bila fikir balik nak berhenti kerja.. tapi zaman sekarang banyak sangat nak kena bayar. inshaAllah suatu hari nanti pasti Allah permudahkan. alhamdulillah dapat berita gembira sikit.. tempat husband cakap.. inshaAllah bulan 7 ni kalau dia terpilih mungkin dia akan dapat jawatan permanent dekat MAXIS tu. benefit yang ditawarkan alhamdulillah banyak. nak2 anak2 boleh cover untuk masuk ward.. itu yang aku tunggu2kan selama ni.

tu la rezeki anak2.. xsiapa yang tahu. alhamdulillah rezeki anak ke 3 ni Allah berikan terlalu banyak. dulu masa aku mengandungkan dia.. banyak yang aku fikirkan. cukup ke semua tu. disebabkan kerisauan yang melampau dan xnak layan perasaan sedih ni.. aku azam kan.. aku nak khatam 1 al-quran sebelum aku lahirkan dia kedunia ni. aku xnak layan perasaan gundah.. takut syaitan hasut banyak sangat. mood mengandung.. macam2 kalau dilayan... susah. alhamdulillah.. bila xtinggal al-quran hati jadi tenang sangat. semua aku boleh lalui dengan tenang.

alhamdulillah.. subhanAllah.. khatam je al-quran.. selamat la lahir anak ke 3 kedunia dengan semua dipermudahkan.. sungguh Allah mudah kan semudah2nya.. syukur nikmat mana yang harusku dustakan lagi. terlalu banyak. bila kita lemah.. kembali lah kepada Allah.. sujud kepadaNya. Muhammad hasif iffat bin mohd idzuan. sayang dia sangat2. anak soleh yang banyak senangkan hati. dia merayap la mana pun dalam rumah tu bermain.. bila aku panggil nama dia.. dengan sepantas kilat dia datang kepadaku.. senyum dan peluk.. emmm.. sedih.. anak yang baik...

jika diberikan rezeki untuk suami permanent.. senang la hati.. maka boleh la aku buat resume.. cari tempat lain.. bukan apa.. saja nak ubah angin.. belajar cara kerja orang lain. mantapkan ilmu. semoga rezeki tu ada... xsabar nak rasa bonus husband.. xpernah rasa lagi bonus dari dia.. =) xpe 5 tahun perkahwinan tu tempoh untuk mengenali hati budi masing2.. untuk try and error. xlama lagi da boleh lepas dah fasa pertama dalam usia perkahwinan. fasa pertama yang sememangnya banyak ujian dan cabaran.. fuhhh... terlalu banyak.. pandang atas.. tadah tangan.. ALHAMDULILLAH..


Wednesday, February 15, 2017

doa ibu..

kerja malam.. scroll blog.. banyak nya kenangan..  mungkin bila da tua nanti ni jadi peneman untuk aku mengamit memori2 lama.. emmmm.. lap air mata. cepatnya masa berlalu. anak pun alhamdulillah dah masuk 3. xsangka cepat macam ni. tapi syukur.. rezeki Allah bagi. sebagai mak.. kena jaga semua amanah ni dengan baik. apa sahaja yang terjadi ada hikmah yang tersembunyi. scroll jumpe cerita pasal hana.. sekejap je dia dah 4 tahun. rasa macam baru je bersalinkan dia.. susukan dia.. jaga dia. peluk2 dia.. Allah.. izinkan dia rasa yang mama dan ayah dia sayang dia sangat. mama dan ayah sayang kakak sangat2. kakak la yang banyak lalui susah dengan mama dan ayah. kakak anak yang baik.. pandai.. sayang adik2.. terima kasih kakak.. muaahhh banyak dekat kakak.

abang pulak.. mama sayang jugak.. abang pernah kena demam tarik.. masa tu mama takut sangat. takut sebab.. Allah aku akan kehilangan dia ke. jangan la kau duga aku.. aku xkuat nak hadapi. mama x alert suhu abang. tapi benda dah jadi. kalau abang demam memang mama sanggup EL. biar la record buruk. mama xnak jadi lagi benda tu. mama takut... takut sangat2. sampaikan bila dispense ubat dekat patient mama akan remind dekat parent suruh jaga suhu anak. jangan biar suhu 38 tu lama2.. jangan leka.. kena turunkan sampai 37.4.. mungkin dorang jugak x alert macam mama. bila tengok budak2 xsihat.. mama doa kan sekali nama.. biar suhu dia normal.. mama nak semua parent alert dengan suhu anak. xnak jadi macam mana abang pernah kena dulu.

biar semua kita tahu bahaya bila suhu anak cecah 38 keatas. semoga kita2 semua lebih banyak berjaga2 dalam kewarasan.. jangan terlebih taksub.. bahaya jugak. selain usaha.. doa dan tawakal jugak perlu untuk anak2. doa ibu tiada hijabnya untuk anak2. jadi sebagai ibu sentiasa la ucap yang baik2 untuk anak2. bila anak2 berjaya dengan doa kita.. maka dengan itu kita boleh tumpang senang dengan kejayaan mereka. apa yang kita fikir dan lakukan.. kita jua akan dapat kesan nya. bertabah la dalam membesarkan anak2. zaman yang serba moden.. takut. tapi kena sentiasa berdoa dan bertawakal semoga yang baik2 sahaja untuk semua anak.