Sunday, March 22, 2015

Foremilk dan hindmilk


Image result for kebaikan susu ibu

    • Di awal penyusuan, susu sememangnya lebih cair dan dikenali sebagai ‘foremilk’. Ia cair untuk menghilangkan dahaga bayi terlebih dahulu.
    • Di akhir penyusuan, susu lebih berlemak dan dikenali sebagai ‘hindmilk’. Hindmilk lebih pekat, berlemak, berkhasiat tinggi dan betujuan untuk mengenyangkan si manja anda.
Berkaitan dengan ‘foremilk’ dan ‘hindmilk’ juga, jika bayi anda tidak mengalami kenaikan berat yang sepatutnya, antara perkara utama anda perlu pastikan adalah bayi anda mendapat ‘hindmilk’ kerana ‘hindmilk’ lah yang membantu bayi kita membesar dan naik berat badan. Bayi tidak naik berat kemungkinan besar tidak mendapat ‘hindmilk’ dari anda. Jadi pastikan bayi anda menyusu lebih lama untuk membolehkan dia mendapat ‘hindmilk’.

Tahukah anda:
    • Apabila cuaca panas, susu ibu akan lebih cair dari biasa untuk membolehkan bayi mendapat lebih banyak air untuk menghilangkan rasa dahaga & mengelakkan badan dari penghidaratan (kekurangan air)
    • Apabila cuaca sejuk, susu menjadi lebih pekat dan mengandungi lebih banyak lemak  dari biasa untuk membolehkan bayi mendapat tenaga, lebih banyak khasiat dan lebih kenyang untuk berada dalam suasana sejuk.
    • Apabila anda demam, suhu dalam badan akan panas menyebabkan susu ibu lebih cair.
 credit to : copy dari blog sini

oh.. baru tahu.. okey lepas ni nak susukan haziq lama2 supaya dia dapat hindmilk.. sekarang berat haziq da 6kg. bulan 4 nak cucuk lagi kalau ikut graf.. berat kena naik 1kg sebulan. aku buat andaian je la sebab tengok dalam buku vaksin tukan.. huhu. so bila haziq da 4 bulan berat kena 7kg. =) 
bulan lepas ada jugak aku kena demam.. dekat 5 hari jugak la.. dah lah demam.. xlalu xmakan memang dugaan betol lah. susu pulak aku xbagi sangat dekat haziq. bagi kadang2 je sebab memang xde tenaga nak susukan dia.. aku guna stock dalam freezer je. time tu pump jugak sebab bengkak. 
bila pump susu memang cair sangat2. dapat 5oz tapi semua tu cair. aku buang je lah.. sebab takut haziq berjangkit. terpaksa buang sebab takut anak kena demam jugak. okey sekarang dah belajar benda baru.. semoga mampu untuk bagi susu ibu sahaja sehingga haziq 6 bulan.. =)


Rumble tuff duo electric breast pump


Image result for rumble tuff

bagi aku pemilihan pump susu juga memainkan peranan yang penting dalam menjayakan misi untuk menyusukan anak secara exclusive sampai umur dia 6 bulan. melabur untuk sekali rasanya amat berbaloi2 apabila kita dapat mencapai target yang diimpikan selama ni sebagai seorang ibu. 

pump ni aku beli masa dapat bonus tahun 2013.. masa tu baru lepas habis pantang.. duit bonus masih berbaki dalam rm1k.. pump ni aku geledah dalam facebook.. aku tengok segala macam feedback dari customer dia.. dan semua berpuas hati. lama berfikir.. adakah berbaloi dengan harga nya ??

harga asal dalam rm600 kot.. tapi dia ada buat promosi rm400 ++ lepas tu dapat free gift. fikir punya fikir akhirnya aku setuju untuk membeli.. dalam hati melabur untuk anak. apa salah nya. kalau nak start dengan susu fomular kos nya agak tinggi tambah pula susu ibu memang terbaik. so terus lah aku beli. 

sebenarnya ni double pump. kiranya jimat lah masa bila nak pump. tapi leceh pulak sebab nak bawak pergi kerja macam banyak sangat nak kena angkut. so aku jadikan 1 je lah. 1 lagi aku jadikan pump manual dekat rumah. dekat rumah pump bila emergency susu dah melimpah ruah bila baby tidur lama.. 









oh lupa pulak.. nama pump ni Rumble tuff dan aku boleh kata kan aku memang xmenyesal langsung laburkan duit yang aku simpan tu. syukur sangat sebab memang sangat2 berguna. sampai anak ke2 pun still guna brest pump yang sama. rm400 memang mahal bagi aku. tapi bila kira2 dengan susu fomula.. didarab dibahagi. jauh lebih jimat.. lepas tu anak pun dapat kebaikan dari susu ibu... =) =)


Khasiat susu ibu



Wednesday, March 11, 2015

Ragam anak2 =) =)

10.3.2015... muhammad haziq iman dan masuk 3 bulan. perkembangan dia pada saat ni bila lapar dan mengantuk akan menangis menjerit2 sekuat hatinya bila xlayan akan sambung menjerit2 sambil air mata mengalir. lepas tu cuba angkat terus diam.. silap2 bila diagah terus senyum meleret. hai anak2 macam2 ragam. masa hana dulu time 3 bulan dah meniarap. adiknya lambat cikit. xpe lain anak lain tahap nya.. slow2 lah kita ajar anak2 ye. dan jangan sesekali banding2 kan mereka.. =)

hana pulak sekarang da makin banyak akal. kalau mandikan adik.. bila bukak baju adik.. sibuk nak tolong letak kan dalam bakul kain kotor. bila dah bukak pampers adik.. terus capai nak buang dalam tong sampah. lepas tu kalau mama lupa nak amek tuala adik dia sibuk tunjuk2 dekat mama suruh amek tuala adik. Ya Allah hana syukur dah boleh diharap dah... tq sayang mama. hana memang manja sangat sekarang ni. apa yang mama dan ayah buat untuk adik.. dia pun nak jugak..kesian hana..

p/s : semoga anak2 mama membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh dan solehah.. =) sayang hana dan haziq... =) 

Tuesday, March 3, 2015

Pengalaman bersalinkan muhammad haziq iman part 1







pengalaman bersalinkan anak yang kedua ni agak berbeza sedikit. kali ni bersalin dekat hospital kerajaan. bukan apa nak jimat.. hihi. kos bersalin dekat hospital daerah cuma rm36  sahaja. jauh lebih murah berbanding bersalin dekat swasta. nervous memang nervous sebab baca pengalaman orang macam seram je. lepas tu fikir2 balik sama je semua nya. services pun sama je. nak jadi apa2 pun dekat mana2 pun boleh jadi. kalau Allah dah tetapkan akan macam ni.. nak elak macam mana pun tetap akan terjadi jugak.

maka disebabkan nak jimat berganda tu.. aku tawakal je. mak kata nak senang bersalin sebelum tidur salam suami mintak ampun.. bukan apa kadang2 kita pun xsedar kita sakitkan hati dia. lepas tu mak pesan baca al-quran. sebelum bersalin mintak ampun dekat mak mertua dekat mak dekat abah. alhamdulillah berkat doa suami.. doa mak abah. aku cuma tanggung 4 jam je sakit.. dan proses nak bersalin tu tersangat lah mudah. teran 4 kali keluar lah baby lelaki yang diberi nama muhammad haziq iman bin mohd idzuan...

bila dah keluar haziq tu rasa macam Ya Allah lega sangat2. masa bersalin kan hana ayah nya dapat teman. kiranya masa nak teran tu dapat lah genggam tangan suami. rasa bersemangat sikit lah. tapi yang ni ayah nya xdapat teman sebab terpaksa balik KL.. cuti dah habis. xpe aku redha je. nak cakap sedih memang sedih. tapi sakit bersalin tu lagi sakit dari nak layan perasaan.. huhu. so aku redha dan tawakal je. cuma sempat text suami cakap kul 2 petang tu dah nak masuk labor room da.. pastu duk lah sorang2 kat situ...

p/s : nanti sambung lagi... bubye... =) =) 

march 2015



eh2 dah masuk bulan 3 da.. alahai sekejap je rasanya. dulu2 rasa macam lama lagi nak masuk tahun 2015. tapi sekarang kita da pun dan sedang lalui tahun 2015. sekejap je kan?? emm apa boleh buat masa xkan tunggu kita walau sesaat pun. kita sendiri yang kena bajet2 masa.. silap langkah sikit pun kita mungkin akan melakukan kesalahan paling besar dalam kehidupan kita.. paling besar dan berat.. huh..

alhamdulillah umur pun dah 26 tahun. masih lagi diberi peluang untuk bernafas dan bersama dengan orang2 yang disayangi. hidup ni sementara je. bila2 masa je Allah boleh tarik nyawa kita. mood insaf. mengharap dan berusaha nak settlekan semua hutang2 sebelum mata ni tertutup. hidup secara sederhana je.. tengok cermin ukur baju dibadan sendiri.. kalau mampu baru senyum lebih2 sikit kan... hihi...

sekarang nak rehat sekejap. lagi 2 tahun nak tambah lagi sorang anak.. ha?? boleh ek macam tu nak bajet2?? huhuhu. semua nya bergantung pada rezeki.. kalau Allah nak bagi awal lagi aku terima je. kalau takat ni je pun aku redha je. bila umur da 35 tahun dah stop nak produce anak. eh semua ni perancangan je. selebihnya aku bertawakal kepada Allah.. qada dan qadar kan dah ditentukan..

anak ramai tu penat.. tapi seronok. seronok bila rumah kecoh2 dengan suara anak2. seronok nak handle diaorang hari2. seronok tengok diaorang main2 sesama diaorang... eh aku belum lagi lah.. tunggu hujung tahun bila adik nya da setahun. haaa... time tu confirm lagi huru hara bila dua2 dah pandai sepah2 kan mainan... xpe anak2 kan penghibur.. syukur alhamdulillah.. rezeki 


Sunday, March 1, 2015

Kehidupan baru 2015...

alhamdulillah selamat dah semua nya... selamat sudah melahirkan anak yang kedua.. selamat sudah mengharungi waktu berpantang... berpantang kali ni jauh lebih tenang berbanding berpatang anak yang pertama. mungkin da ada pengalaman jadi xde lah nak over kelam kabut sangat. kiranya nak handle baby tu okey cikit lah. alhamdulillah... =)

lepas tu berpatang kali ni macam xde la nak over meroyan.. hahaha. anak pertama dulu memang macam meroyan cikit. bukan apa.. malam2 je anak xnak tidur.. nak melekat je... mana xstress tahap maximum. nasib baik masa tu husband berulang alik dari kl ke sabak bernam.. boleh dikatakan hampir setiap hari. so terkawal jugak la meroyan tu.. hihi..

anak yang kedua ni ayahnya jarang balik. sebab nak ulang alik pun pakai duit kan. minyak lagi.. tol lagi.. so kalau apa2 just call or whatsapp je. masa anak pertama rezekinya lain cikit. anak kedua ni rezekinya lain. xpe setiap anak ada rezeki masing2. semuanya Allah dah tetapkan. dan yang paling best seronok sangat dengan ada nya anak yang ke2 ni.. =)

walaupun nak handle dua2 anak ni agak kelam kabut disebabkan jarak setahun je.. tapi aku tetap rasa best. sebab kadang2 rasa macam.. eh2.. anak aku da dua.. feeling busy tahap mak2 dah ni. haha. sekejap2 nak buang air. kejap2 nak susu. kejap2 nak mandikan..  sampaikan mak dia ni nak makan pun xde masa.. huhu. xpayah diet.. best kan.. hihi =)

p/s : nanti2 lah sambung... rasa malas nak type.. bubye..........