Sunday, March 22, 2015

Rumble tuff duo electric breast pump


Image result for rumble tuff

bagi aku pemilihan pump susu juga memainkan peranan yang penting dalam menjayakan misi untuk menyusukan anak secara exclusive sampai umur dia 6 bulan. melabur untuk sekali rasanya amat berbaloi2 apabila kita dapat mencapai target yang diimpikan selama ni sebagai seorang ibu. 

pump ni aku beli masa dapat bonus tahun 2013.. masa tu baru lepas habis pantang.. duit bonus masih berbaki dalam rm1k.. pump ni aku geledah dalam facebook.. aku tengok segala macam feedback dari customer dia.. dan semua berpuas hati. lama berfikir.. adakah berbaloi dengan harga nya ??

harga asal dalam rm600 kot.. tapi dia ada buat promosi rm400 ++ lepas tu dapat free gift. fikir punya fikir akhirnya aku setuju untuk membeli.. dalam hati melabur untuk anak. apa salah nya. kalau nak start dengan susu fomular kos nya agak tinggi tambah pula susu ibu memang terbaik. so terus lah aku beli. 

sebenarnya ni double pump. kiranya jimat lah masa bila nak pump. tapi leceh pulak sebab nak bawak pergi kerja macam banyak sangat nak kena angkut. so aku jadikan 1 je lah. 1 lagi aku jadikan pump manual dekat rumah. dekat rumah pump bila emergency susu dah melimpah ruah bila baby tidur lama.. 









oh lupa pulak.. nama pump ni Rumble tuff dan aku boleh kata kan aku memang xmenyesal langsung laburkan duit yang aku simpan tu. syukur sangat sebab memang sangat2 berguna. sampai anak ke2 pun still guna brest pump yang sama. rm400 memang mahal bagi aku. tapi bila kira2 dengan susu fomula.. didarab dibahagi. jauh lebih jimat.. lepas tu anak pun dapat kebaikan dari susu ibu... =) =)


Khasiat susu ibu



0 comments: