Tuesday, March 3, 2015

Pengalaman bersalinkan muhammad haziq iman part 1







pengalaman bersalinkan anak yang kedua ni agak berbeza sedikit. kali ni bersalin dekat hospital kerajaan. bukan apa nak jimat.. hihi. kos bersalin dekat hospital daerah cuma rm36  sahaja. jauh lebih murah berbanding bersalin dekat swasta. nervous memang nervous sebab baca pengalaman orang macam seram je. lepas tu fikir2 balik sama je semua nya. services pun sama je. nak jadi apa2 pun dekat mana2 pun boleh jadi. kalau Allah dah tetapkan akan macam ni.. nak elak macam mana pun tetap akan terjadi jugak.

maka disebabkan nak jimat berganda tu.. aku tawakal je. mak kata nak senang bersalin sebelum tidur salam suami mintak ampun.. bukan apa kadang2 kita pun xsedar kita sakitkan hati dia. lepas tu mak pesan baca al-quran. sebelum bersalin mintak ampun dekat mak mertua dekat mak dekat abah. alhamdulillah berkat doa suami.. doa mak abah. aku cuma tanggung 4 jam je sakit.. dan proses nak bersalin tu tersangat lah mudah. teran 4 kali keluar lah baby lelaki yang diberi nama muhammad haziq iman bin mohd idzuan...

bila dah keluar haziq tu rasa macam Ya Allah lega sangat2. masa bersalin kan hana ayah nya dapat teman. kiranya masa nak teran tu dapat lah genggam tangan suami. rasa bersemangat sikit lah. tapi yang ni ayah nya xdapat teman sebab terpaksa balik KL.. cuti dah habis. xpe aku redha je. nak cakap sedih memang sedih. tapi sakit bersalin tu lagi sakit dari nak layan perasaan.. huhu. so aku redha dan tawakal je. cuma sempat text suami cakap kul 2 petang tu dah nak masuk labor room da.. pastu duk lah sorang2 kat situ...

p/s : nanti sambung lagi... bubye... =) =)