Thursday, October 26, 2017

mama anak 3



Image result for doa seorang ibu




alhamdulillah diberi peluang untuk menjadi mama kepada 3 anak. memang banyak cabaran yang kena hadapi. salah satu nya perangai anak2. anak2 aku jarak dekat2. masa dapat anak kedua .. anak pertama umur 1 tahun 6 bulan. masa dapat anak ketiga anak ke umur 1 tahun 4 bulan. tapi disebabkan num 2 tu lahir hujung tahun maka dia dengan yang ke3 tu jarak 2 tahun kalau ikut tahun. yang sulung dengan yang ke2 jarak setahun. no 1 hana lahir 19.5.2013. yang ke 2 iman lahir 10.12.2014 yang ke 3 iffat lahir 11.4.2016.

bila da besar2 masing yang mana hana 4 tahun.. iman 3 tahun.. iffat 1 tahun 6 bulan bermula la cabaran nya.cabaran yang hebat jugak nak hadapai... bila sayang.. sayang sangat2 tu.. bila gaduh pening nak layan. kadang2 tu stress jugak. termarah tu biasa.. nak kawal perlukan kesabaran yang tinggi.dan sangat tinggi. nak2 aku berkerja..kerja sebagai farmasi. dekat tempat kerja kebanyakan guna tenaga berjalan + berfikir jadi penat nya double jugak la. fizikal dan metal seiring kena jalan dalam masa yang sama.

kerja rumah xpernah kenal erti stop. tapi aku bersyukur sangat2 sebab aku mempunyai anak2 sebagai penyeri kehidupan. aku xkisah penat macam mana.. keutamaan anak2 untuk makan.. untuk susu untuk mandi aku akan dahulukan. anak kenyang anak selesa dia akan kurang meragam. so layan kan je lah. bila masing2 da start makan boleh tahu apa yang kita masak dia suka sangat makan. macam hana suka ayam goreng. macam iman suka sangat dengan sup. iffat pulak semua dia bedal. boleh tengok bila masak apa dorang suka tu banyak sangat dorang makan. terus mak dia happy sampai xtahu nak cakap apa.

sayang nya dekat diaorang Allah je yang tahu. alhamdulillah sejak aku amalkan doa sebut satu2 nama anak2 dengan nama penuh didalam setiap doa selepas solat 5 waktu Allah ringan kan beban untuk anak2 demam. aku selalu doakan kesihatan mereka baik2 sahaja.. lapangkan rezeki mereka setiap waktu. sungguh tawakal kepada Allah kena sehebat2nya.. kerana anak2 semua adalah pinjaman yang tidak kita tahu sampai bila. sakit tu ada jugak.. tapi dah semakin kurang. kalau dulu kerap jugak dorang demam.. sakit.

masa tu xpayah cakap la.. asyik EL je. aku xkisah kalau EL sebab anak sakit.. sebab anak2 keutamaan aku. mereka2 pernah sakit teruk. jadi mereka perlukan aku. aku buntu kenapa la anak2 sakit2. rasa kerja da okey dah xde la mengular ke apa. tapi bila dengar ceramah.. kadang2 kita juga alpa.. bila mana.. rehat lebih 1 jam. lepas tu solat lagi dah berapa minit. balik pulak awal.. xde ganti2 dah waktu yang digunakan lebih tadi. masuk kerja ikut time.. tapi sarapan pulak ambil masa yang lama. tu la aku juga begitu.. kadang2 lupa.. kadang2 xpela.. emm.. benda yang xsedar kita buat effect dia dalam kehidupan kita.

jadi aku slow2 ubahkan semua tu. cuba dan masih mencuba perbaiki kesilapan. dan percaya "the power of doa ibu" sungguh syurga anak2 dibawah telapak kaki kita. sama2 la kita gunakan sebaik mungkin untuk mendoakan kesejahteraan anak2, kebaikan anak2. doa kita sebagai ibu tiada hijabnya. Allah maha mendengar. setiap solat aku cuba amal kan sebut satu2 nama anak2.. sesungguhnya kadang2 semua diluar jangkaan. tetapi teruskan bergantung harap kepada Allah.. kita ibu yang melahirkan mereka. jadi doalah mereka disetiap waktu solat. inshaALLAH. semoga anak2 kita sentiasa dilindungi.

p/s: kalau anak dah sakit teruk kena ada usaha jugak untuk merawat. bawak jumpe doctor. jika perlu buat solat hajat untuk mereka.. ingat "the power of doa ibu" dan ianya tiada hijab


Thursday, July 6, 2017

Raya 2017

selamat hari raya aidilfitri semua. alhamdulillah selamat sudah menjalani ibadah puasa selama 1 bulan.  raya tahun ni turn balik sabak bernam. dan cuti tahun ni aku selepas raya. bila kerja shift kena la kerja secara bergilir2. kalau turn kita tahun ni selepas kita akan kerja sehari sebelum raya. contoh kalau raya jatuh hari ahad maka hari sabtu tu kena kerja lagi.. dan dapat la cuti sampai khamis. total 5 hari sahaja. kalau turn kita sebelum raya kita start cuti hari jumaat.. khamis kerja macam biasa. tapi sebelum raya kena naik kerja pada raya ke4 iaitu hari rabu. bergantung raya pertama jatuh hari apa. kalau jatuh hari ahad.. PH akan dapat extra 1 hari. jumaat yang kerja raya akan bercuti pulak. so yang da raya sakan sila la masuk kerja pulak.

begitu la kehidupan kerja shift.. kena ikut turn masing2. macam husband aku dia start cuti sabtu sampai jumaat. sabtu ahad tu kira off dia... isnin selasa PH.. kamis jumaat off dia.. so happy la dia rabu je guna AL.. sangat seronok hidup.. huhu. sabtu ahad dia da start kerja. balik2 shah alam jumaat tu sangat la xberapa nak best sebab jiran2 semua xde.. agak sunyi jugak la rumah. mereka2 semua cuti sampai ahad. so tahun ni balik sabak bernam. tiba2 dekat kampung raya ke 3 mak ajak balik kuantan beraya dengan opah dan sanak saudara yang lain. disebabkan mak mertua dah jumpe dekat kampung maka setuju je la ikut mak.

mak mintak husband drive kan kereta.. sebab abah dah xberapa larat nak bawak kereta jauh2. gerak hari selasa pagi.. balik sini balik kamis pagi. dapat la jumpa sanak saudara. alhamdulillah syukur. ada rezeki jumpe lagi. semalam husband off.. aku pulak kerja pagi.. habis shift terus g ampang beraya umah mak mertua. lapang dada sikit. mak mertua bagi duit raya dekat anak2.. wah gembira anak2 =) =) tq mak =) tahun depan turn raya umah mak mertua. xpe mak mertua i duduk ampang je.. xde hadap jem pong.. haha. emm raya tahun ni seronok berganda sebab jalan jauh2.. =) penat memang penat tapi seronok tu yang best.. terbaik. =)

tema raya family kecil ku adalah purle =) 

Saturday, February 18, 2017

Semangat !!


Image result for kehidupan


kerja hospital memang macam ni.. kadang tu xmentu shift.. kadang kerja pagi.. kadang kerja malam. kadang kerja petang. bila orang cuti kita berkerja. part paling mencabar bila hari minggu. orang lain update status pergi spend time dengan family.. kita terpaksa masuk kerja.. xpe dah ini takdir yang Allah da tetapkan. alhamdulillah xpernah menyesal.. hampir 7 tahun berkhidmat disini. semoga setiap hari bila berkerja menyumbangkan tenaga.. dapat la memberi manfaat kepada semua pesakit.. dan mereka2 sihat sejahtera hendak nya. semua nya hanya Allah yang tahu.

anak2 paling kesian.. bila kerja shift petang.. malam baru dapat ambik. emmm.. sedih xpayah cakap.. kesian gak dekat anak2. bila fikir balik nak berhenti kerja.. tapi zaman sekarang banyak sangat nak kena bayar. inshaAllah suatu hari nanti pasti Allah permudahkan. alhamdulillah dapat berita gembira sikit.. tempat husband cakap.. inshaAllah bulan 7 ni kalau dia terpilih mungkin dia akan dapat jawatan permanent dekat MAXIS tu. benefit yang ditawarkan alhamdulillah banyak. nak2 anak2 boleh cover untuk masuk ward.. itu yang aku tunggu2kan selama ni.

tu la rezeki anak2.. xsiapa yang tahu. alhamdulillah rezeki anak ke 3 ni Allah berikan terlalu banyak. dulu masa aku mengandungkan dia.. banyak yang aku fikirkan. cukup ke semua tu. disebabkan kerisauan yang melampau dan xnak layan perasaan sedih ni.. aku azam kan.. aku nak khatam 1 al-quran sebelum aku lahirkan dia kedunia ni. aku xnak layan perasaan gundah.. takut syaitan hasut banyak sangat. mood mengandung.. macam2 kalau dilayan... susah. alhamdulillah.. bila xtinggal al-quran hati jadi tenang sangat. semua aku boleh lalui dengan tenang.

alhamdulillah.. subhanAllah.. khatam je al-quran.. selamat la lahir anak ke 3 kedunia dengan semua dipermudahkan.. sungguh Allah mudah kan semudah2nya.. syukur nikmat mana yang harusku dustakan lagi. terlalu banyak. bila kita lemah.. kembali lah kepada Allah.. sujud kepadaNya. Muhammad hasif iffat bin mohd idzuan. sayang dia sangat2. anak soleh yang banyak senangkan hati. dia merayap la mana pun dalam rumah tu bermain.. bila aku panggil nama dia.. dengan sepantas kilat dia datang kepadaku.. senyum dan peluk.. emmm.. sedih.. anak yang baik...

jika diberikan rezeki untuk suami permanent.. senang la hati.. maka boleh la aku buat resume.. cari tempat lain.. bukan apa.. saja nak ubah angin.. belajar cara kerja orang lain. mantapkan ilmu. semoga rezeki tu ada... xsabar nak rasa bonus husband.. xpernah rasa lagi bonus dari dia.. =) xpe 5 tahun perkahwinan tu tempoh untuk mengenali hati budi masing2.. untuk try and error. xlama lagi da boleh lepas dah fasa pertama dalam usia perkahwinan. fasa pertama yang sememangnya banyak ujian dan cabaran.. fuhhh... terlalu banyak.. pandang atas.. tadah tangan.. ALHAMDULILLAH..


Wednesday, February 15, 2017

doa ibu..

kerja malam.. scroll blog.. banyak nya kenangan..  mungkin bila da tua nanti ni jadi peneman untuk aku mengamit memori2 lama.. emmmm.. lap air mata. cepatnya masa berlalu. anak pun alhamdulillah dah masuk 3. xsangka cepat macam ni. tapi syukur.. rezeki Allah bagi. sebagai mak.. kena jaga semua amanah ni dengan baik. apa sahaja yang terjadi ada hikmah yang tersembunyi. scroll jumpe cerita pasal hana.. sekejap je dia dah 4 tahun. rasa macam baru je bersalinkan dia.. susukan dia.. jaga dia. peluk2 dia.. Allah.. izinkan dia rasa yang mama dan ayah dia sayang dia sangat. mama dan ayah sayang kakak sangat2. kakak la yang banyak lalui susah dengan mama dan ayah. kakak anak yang baik.. pandai.. sayang adik2.. terima kasih kakak.. muaahhh banyak dekat kakak.

abang pulak.. mama sayang jugak.. abang pernah kena demam tarik.. masa tu mama takut sangat. takut sebab.. Allah aku akan kehilangan dia ke. jangan la kau duga aku.. aku xkuat nak hadapi. mama x alert suhu abang. tapi benda dah jadi. kalau abang demam memang mama sanggup EL. biar la record buruk. mama xnak jadi lagi benda tu. mama takut... takut sangat2. sampaikan bila dispense ubat dekat patient mama akan remind dekat parent suruh jaga suhu anak. jangan biar suhu 38 tu lama2.. jangan leka.. kena turunkan sampai 37.4.. mungkin dorang jugak x alert macam mama. bila tengok budak2 xsihat.. mama doa kan sekali nama.. biar suhu dia normal.. mama nak semua parent alert dengan suhu anak. xnak jadi macam mana abang pernah kena dulu.

biar semua kita tahu bahaya bila suhu anak cecah 38 keatas. semoga kita2 semua lebih banyak berjaga2 dalam kewarasan.. jangan terlebih taksub.. bahaya jugak. selain usaha.. doa dan tawakal jugak perlu untuk anak2. doa ibu tiada hijabnya untuk anak2. jadi sebagai ibu sentiasa la ucap yang baik2 untuk anak2. bila anak2 berjaya dengan doa kita.. maka dengan itu kita boleh tumpang senang dengan kejayaan mereka. apa yang kita fikir dan lakukan.. kita jua akan dapat kesan nya. bertabah la dalam membesarkan anak2. zaman yang serba moden.. takut. tapi kena sentiasa berdoa dan bertawakal semoga yang baik2 sahaja untuk semua anak.