Saturday, September 26, 2015

Jerebu oh jerebu...




alahai jerebu.. insgatkan bila dah 2 hari hujan jerebu dah semakin okey. tapi kenapa...why...hari ni jerebu macam ada lagi. emmmm... sedih. nak sidai baju dekat luar pun rasa macam malas.. (alasan untuk xbasuh baju) ingatkan mata kabur... sekali duk gosok2 eh kenapa kelabu je pandangan... memang 2 hari ni xcukup tidur... sekali gosok2 mata... oh... jerebu rupanya... emmm... jerebu cepat la pergi... sian anak2 nak main dekat luar. rasa macam malas nak keluar rumah kalau jerebu teruk macam ni... huhu. diharapkan bila keadaan dah macam ni... kita dapat beri kerjasama supaya tidak melakukan pembakaran sampah atau apa2 pun.. cian anak2 kecik. cian pesakit2 asma..cian ibu mengandung. 

Thursday, September 24, 2015

3 bulan...





Bulan ni kandungan dah masuk bulan yang ke 3. semua nya okey2 sahaja setakat ni. ikutkan perancangan memang aka bersalin dekat hospital sabak bernam je. malas nak fikir dah. ikutkan pengalaman bersalinkan haziq xde masalah bersalin dekat sana. tambahan kos cuma rm36 sahaja. sangat2 berbaloi. pastu aku jadi lebih kuat dan berani nak bergerak sendiri. sebab dekat sana memang banyak benda kita kena uruskan sendiri.. so xde la kita nak manja sangat.

bukan nak kata boleh buat semua nya terus.. tapi dekat sana dia ajar kita secara xlangsng.. kita sebenarnya boleh buat... bersalin tu memang sakit.. tapi xbermakna kita kena duduk je... dia ajar kita dalam diam lah. aku memang berpuas hati sangat masa bersalin dekat sana. bagi aku sakit semua sama je. part paling sakit bila proses pengecutan rahim. bila anak tengah susu... nak nangis ke nak stress ke nak gigit muka anak.. hahaha... oh semua tu pengorbanan

so anak ke 3 ni... kita balik kampung bersalin dekat sana je lah. senang dan dekat je dengan rumah mak abah. bila bersalin murah.. dapat la kita tumpukan nak beli jamu untuk pantang. nak berurut lebih2 sikit. sebab kita dajimat kos bersalin dekat swasta. Alhamdulillah... xpe rezeki anak2 semua lain2. tahun ni ingat nak cuba set bersalin nana roguy.. bila aku belek2 macam best je semua item dia.. harga pun boleh la nak mampu milik. agak2 dapat balik x berat 58 kg??

lepas ni berapa tahun nak rehat xtahu la... ada rezeki Allah nak bagi.. aku terima je. sebab rasa macam okey lagi kot kalau nak tambah. masa dorang kecik2 ni je macam susah nak jaga anak kecik2 ni... insyaallah dah besar kang mungkin dalam ramai2 tu ada yang boleh jaga kita betul2... insyaallah... boleh didik dari sekarang cara nak bagi anak2 faham dunia sebenar.. macam tu lah... =) =) anak 4 pun aku okey... anak 5 pun aku okey... bergantung kepada rezeki.



 

Selamat hari raya aidiladha...



selamat hari raya aidiladha. tahun ni raya dekat shah alam je. mak balik kampung dekat kuantan. katanya rindu dekat mak dia.. hihi.. =)  ramai yang tanya dekat sana ada siapa je. sebenarnya ramai je sedara mara dekat kuantan. mak anak sulung. adik beradik ada 11 orang... kiranya nenek aku jarak dengan mak xde la jauh sangat. adik beradik mak pun ramai yang duduk Pahang. aku pun memang lahir dekat sana.. 1989 sampai lah tahun 2005.. baru pindah sabak bernam. lepas pindah sabak bernam memang jarang balik sana. banyak kenangan masa membesar dekat sana. xpe semua tu pengalaman yang membuatkan kita lebih matang.

mak ajak ikut.. tapi disebabkan cuti tinggal 2 hari je la.. terus xjadi.. sebab mak ajak pergi 3 hari 2 malam. xpelah xde rezeki nak pergi sana lagi... dah lama sanga rasanya xpergi sana.. last tahun 2012..huhu. seminggu sebelum mak nak balik.. mak mintak nak bawak hana. sebab saja nak bawak budak tu jalan2. mula2 aku memang agak berat hati sikit.. tapi xpela bagi je lah. sebab mak rindu katanya. ye lah masa dia baby lagi mak duk jaga dia. mana xrindu nya.. dari dalam pantang sampai lah umur dia 1 tahun. nak2 budak yang mulut petah macam dia, mau mak xrindu. seronok hana dapat ikut opah balik kuantan ye sayang.. =)

ayah shift malam... kul 9 pagi kang sampai la rumah. mama pukul 4 petang kang masuk la kerja.. selamat hari raya semua. masa mengandungkan anak num3 ni memang teringin sangat nak makan daging korban... bila fikir mak balik kuantan... terus macam ala... tahun ni mengidam la nak makan. aku bukan lah suka sangat makan daging pun. tiba2 tahun ni tekak teringin sangat2 nak makan daging korban. tiba2 2 hari lepas... dapat surat.. sila ambil daging agihan korban pada pukul 1petang-3petang. Alhamdulillah... Allah maha mengasihani... syukur... dapat la baby makan daging korban... nak nangis rasa nya... hihihi.... =) =) rezeki....

Sunday, September 6, 2015

Rezeki datang lagi.. =)

lama nya rasa xupdate blog.. rindu rasanya nak menaip. rindu nak bercerita.. maaf ye reader kalau aku kejap ada.. kejap xde.. tq jugak sebab sudi jenguk blog yang xseberapa ni. aku memang suka menulis.. cita2 nak jadi penulis tapi tunggu la masa yang sesuai.. mana tau nanti2 boleh jadi penulis novel ke. mana tau masa depan kita kan. cuma kita yang boleh menjadikan ia nya realiti atau fantasi. cakap2 orang tu memang ada.. tapi kita tepis dengan cara berhemah.. insyaallah kalau anak dah besar.. boleh la kita berilham... hasil kan cerpen pendek.. =)

alhamdulillah Allah kurniakan lagi rezeki untuk aku dan suami. mengandung anak ke3. asalnya memang rancang nak anak lagi 2 tahun. tunggu haziq umur 2 tahun. tapi bila difikir2 balik.. xpelah aku muda lagi... 26 tahun... apa kata kita penat sekali harung je. maksud nya sebelum hana masuk sekolah darjah 1 mama dah habis pantang adik ke 4.. ha gitu.. xpe rezeki anak lain2.. mana tau rezeki anak ke4 kebabom... insyaallah. tuah ayam nampak dikaki.. tuah manusia xsiapa yang tahu kan. semua tu Allah da tetap kan... insyaallah..

mengandungkan num 3 ni banyak sangat cabaran. 1 nya masalah sakit pinggang ni.. ke2 nya aku macam nak kena morning sickness.. tapi macam xde pulak. cuma aku xboleh nak bau perfume lelaki.. pening nya tahap nak hantuk kepala.. kalau time dispense memamg sangat mencabar. tapi apa boleh buat duty kerja kan. so redha je lah. bau husband memang aku xboleh tahan lah. haha. cian dia. lagi sedih berganda bau haziq anak lelaki pun aku pening... mungkin dia lelaki so mama nya pening jugak la. tapi aku gomol2 jugak lah.. pastu mula la.. huhu..

setiap anak lain2 aku rasa. macam hana aku xde pape nak muntah2 pun.. sebab tu berat boleh naik sampai 85kg. mana x nya asyik ingat makan je. haziq pulak aku kena masuk hospital. tibe2 xboleh jalan.. rupa nya mengandung 5 minggu. alahan pun xde sangat cuma aku dah pandai control makan. bukan apa sebab susah nak turun berat badan ke normal balik. yang num 3 ni pulak pening nak muntah loya semua ada.. malas xpayah nak cakap la. ikutkan hati nak baring je. tapi mana boleh layan.. sebab ada 2 anak lagi nak kena jaga..

so nak xnak aku kena lawan jugak. kalau agak2 nak muntah tu sebab makan lambat la.. perut masuk angin.. ha cepat2 aku telan gaviscon tu.. pastu baru lega.. baru boleh buat kerja rumah. cabaran kali ni paling kuat. anak2 kecik lagi.. dua2 mengharapkan kita.. xkan kita nak baring je. kadang2 stress. tapi apa boleh buat.. pengorbanan.. nasib baik la suami banyak tolong. kiranya kalau dia balik kerja malam tu. dia tolong la jaga anak2 kalau anak2 xtido lagi. dia xkejut aku. sebab aku dah ngadu dekat dia.. num 3 ni lain macam sikit pening nya.

ikutkan due date tahun depan bersalin. insyaallah bulan 4.. dalan 19hb. tapi mengikut anak2 yang sebelum ni semua nya awal je. hana aku bersalin awal 1 minggu. haziq awal 2 minggu. num 3 ni tah2 awal bulan 4 kot. insyaallah.. semoga dipemudahkan. mintak2 senang macam abang haziq ye sayang. nanti mama push.. sayang pun pushkan badan tu ye.. xsabar nak tengok anak2 semua depan mata. rezeki setiap manusia semua nya lain2. ada yang dikurniakn kesihatan yang baik sampai mati. ada yang diberikan anak yang ramai.. beratur setiap tahun..

rezeki bukan pada duit... rezeki tu amat luas.. terletak pada kita macam mana kita nak mensyukuri nikmat yang Allah berikan. dan positive kan diri untuk menilai apa yang orang lain nak share kan. kadang bukan niat nak riak.. tapi sebab nak berkongsi cerita.. mungkin itu yang buat dia gembira.. subhanallah... takdir kita Allah da tetapkan. Allah janji sape jaga solat dia akan berjaya dunia dan akhirat..  jom kita sama2 pegang pada yang itu disamping cuba perbaiki kesilapan diri kita. apa yang da jadi kita jadikan pengajaran... semat dalam hati..

terima kasih encik suami kerana awak banyak sangat tolong saya dalam menguruskan anak2 dan rumah. walaupun cara awak xsama dengan saya.. tetap bersuyukur. dalam kehidupan terlalu banyak soalan manusia yang kita nak kena hadap. kenapa anak setahun sorang. bila nak ada anak.. bila nak kawin.. bila nak dapat anak perempuan.. bila nak ada rumah sendiri. alahai.. bersabarlah hati. relax lah.. manusia.. xde benda kot nak tanya... so dia create kan lah soalan untuk ajak borak. kadang sentap. tapi kita jawab je lah sambil senyum.. =)