Friday, October 30, 2015

Balik kampung

30-10-2015... hari ni duty kerja malam... emmm alhamdulillah... syukur dengan apa yang dimilki membuatkan hati akan lebih tenang.. =) syukur ada rumah. syukur ada suami. syukur ada mak ayah. syukur ada kerja. syukur cukup makan. syukur diberikan kesihatan. syukur masih boleh bernafas... supaya kehidupan yang mendatang akan lebih berfaedah dan bermafaat kepada setiap insan yang ada disekeliling kita... memaafkan dan redha... hati akan lebih tenang... alhamdulillah...

semalam lepas habis duty terus gerak balik kampung. saje je nak balik. kebetulan husband cuti.. ajak terus balik kampung. terima kasih husband sebab drive kan kereta walaupun mengantuk sebab pukul 6 pagi dah gerak pergi kerja. petang jaga anak2. malam nak balik kampung pulak. walaupun dapat balik sekejap tapi hati happy sangat2. suasana kampung yang tenang. hari ni dapat makan ketam masak lemak.. okey dah pandai masak ketam. lepas ni dah boleh masak selalu dah.. huhu..

lepas tu dapat makan pulut mangga + ice cream vanila.. ha yang ni sumpah sedap. lemak2 manis.. =) dan semua ni adalah homemade. ice cream beli dekat kedai. mangga pulak atuk husband yang bagi.. kebetulan dah masak.. manis sangat. pastu tanya mak.. pulut ada x.. mak kata ada.. pastu pagi tadi ada beli santan kotak 2 kotak.. (sebab nak masak ketam).. so amek sikit la nak buat kuah dia tu. terus laju2 masak semua tu... alhamdulillah rezeki baby. memang mama mengidam nak makan pun.. =)

gerak balik pukul 6.15 petang. sampai rumah tepat jam 8.30 malam.mandi2..siap.. kua rumah pukul 8.45 malam. yes!! berjaya punch card pukul 8.59 malam. tu pun sebab balik hantar barang. dan drive sendiri kereta pergi kerja. walaupun sekejap je.. hati banyak happy sebab dapat jumpe mak abah dan adik2.. dapat tengok kampung.. tengok pokok2 hijau. tenang rasa. terima kasih husband.. awak terbaik. laju nya bawak kereta.. takut.. nervous.. huhu. so kita tidur la dalam kereta.. baru tenang sikit hati.

p/s : time kasih mak abah bagi pisang nangka.. mak call cakap pisang nangka da masak. mak tahu aku suka pisang nangka.. muaaah cikit. esok lusa dah kuning sikit leh wat pisang sira.. =) =)


Sunday, October 4, 2015

Ahad yang indah... huhu..



hari ni hari ahad... kehidupan berkerja shift kadang2 sangat mencabar. weekend masa untuk bersantai dengan keluarga.. tapi kita tetap kuatkan hati untuk bekerja.. berat hati melangkah keluar disaat semua insan sedang nyenyak tidur. emmm.. itu lah kehidupan. ada yang lebih tang ni.. ada yang lebih tang tu. sejak aku dengan husband sama2 kerja shift.. weekend bukan masa untuk bersantai. sebab masing2 selalu kena kerja weekend. jarang sangat kita cuti time weekend. kadang2 tu jumpe untuk pas kereta je.. huhu.. xpe.. ini lah tanggungjawab kepada keluarga dan anak2.. mama dan ayah redha.. =)

tapi best jugak kerja shift ni. bila hari biasa tibe2 sama2 hari off day hari yang sama.. memang keluar bawak anak2 jalan. masa tu xde ramai orang.. so mama ayah happy =) bawak anak2 pergi lah mana pun.. janji keluar.. sebab bila bawak anak2 keluar diaorang happy sangat2.. ha itu point yang mama dan ayah nak tekan kan. bukan lah pergi shopping.. pergi bercuti.. cukup la bawak keluar naik kereta... bila hana dan haziq happy.. mama dan ayah pun happy.. itu la kebahagiaan bagi kami =) walaupun kita saling bertukar shift sayang.. tapi Allah maha adil... semua nya baik2 sahaja.. syukur =)

hari ni duty kul 7 am. disebabkan subuh masuk awal. maka siap pun awal la... siap2 keluar rumah pukul 6.30 pagi. tengok kiri kanan semua xde orang.. mata duk pandang kiri kanan.. perhati takut2 ada yang xkena. hari ni drive sendiri.. malas nak suruh husband hantar. sebab nanti kesian dia nak kena angkut anak2 sekali. petang dia kena kerja pulak. panaskan kereta dalam 5 minit terus chow.. punyalah nervous.. =p alamak nak kena isi minyak pulak. okey buat2 berani.. emm.. xde orang pun.. laju2 isi.. sampaikan bangla tu tegur.. kenapa takut ye.. haha. kurang asam. memang lah takut 6.30 pagi dengan xde siapa2.

p/s : selamat berkerja... =) senyum... senyum... =) =)




Friday, October 2, 2015

9 tahun



Daisypath Anniversary tickers


dah 9 tahun da kenal dia.. hoho. lama jugak ye. dari zaman sekolah 2.10.2006-2.10.2015 .. alhamdulillah. macam2 dugaan yang kena hadap.. tapi kalau Allah dah kata kita mampu.. mesti kita boleh hadap nya. susah macam mana pun pasti ada jalan terbaik =) kan semua tu dah ditetapkan sejak kita dalam perut mak kita lagi. siapa jodoh kita.. bila ajal kita.. berapa anak kita. semua da lengkap. semua da ada.. percaya takdir Allah itu adalah yang terbaik.. insyaallah... bila kita menghargai.. kita akan bersyukur =) 

terima kasih awak.. untuk semuanya. terima kasih tolong saya jaga anak2. terima kasih sebab buatkan susu anak2 waktu malam. terima kasih sudi basuhkan berak anak.. terima kasih faham apa yang saya xsuka. terima kasih sebab sudi layan saya nak pergi sana sini. bila jalan2 dengan awak saya happy.. sebab awak orang yang sangat relax. layan je semuanya.. tq encik mohd idzuan...  adil lah.. saya semua benda nak cepat..awak pulak cool je..tapi kadang2 geram jugak.  sebab tu kita kawin kot.. =p =p 

bila gaduh memang xingat dunia.. biasa la suami isterikan. tapi kalau gaduh xpernah lama2. sebab entah lah. harap2 sampai tua lah kita tetap macam ni. amin... bersyukur sangat dah dengan apa yang kita ada. terima kasih sebab sediakan tempat tinggal yang selesa.. kereta boleh gerak sana sini. makan semua cukup. anak2 pun sayang ayah.. semua nak ayah. mama jelez.. huhu. bak kata awak.. kalau nak anak macam tu.. waktu malam bangun buat susu. terus jawab.. emm xpelah.. anak mesti sayang mama jugak.. sebab mama yang beranak kan dorang.. haha.. sori la nak buat susu malam2.. malas.. =) 




Thursday, October 1, 2015

Gemuk nya aku...



mak ai... tengah belek2 gambar lama.. tiba2 terjumpa gambar masa gemuk ni. masa ni baru lepas habis pantang hana.. tahun 2013.. hari raya.. hana baru 3 bulan lebih rasa nya. masa sebelum mengadungkan hana berat mama 63kg.. sekali naik mendadak ke 85kg bila dah 9 bulan. ngeri nya bila tengok badan naik sampai 85kg. tapi aku relax je.. aku makan je ikut nafsu.. selagi xpantang aku belasah je makan apa pun. bila dalam pantang mula mengelabah nak turun berat. huhu.. turun sampai 75 kg je.. ha gambar tu berat aku 75kg lah tu.. tengok lengan je dah besar gabak. 

masa tu stress sekejap.. sebab banyak baju xboleh pakai.. seluar jean pun xboleh pakai.. down sangat. so bermula la nak diet semua. amek shaklee.. berjaya turun sampai 70kg.. alhamdulillah. lepas tu turun2 dan turun sebab susukan anak. last sekali berat stop dekat 65kg. time ni memang diet betol2 dan aku berenang hari2.. dan alhamdulillah berat turun sampai 62kg.. bila seluar jean masa anak dara dah boleh sarung.. terus menari depan husband... hahaha... happy xterkata.. amek masa dalam 9 bulan lepas bersalin jugak la nak dapat balik berat asal 63 kg tu.. yesss... tercapai.. 

bila dah dapat berat asal.. eh mengandung pulak.. masa hana 10 bulan. huhu.. xpelah rezeki Allah.. so time pregnant anak ke2 ni aku berazam nak kawal makan.. dan xnak ikut nafsu.. berjaya capai target. masa 9 bulan berat last 75kg sahaja.. so dalam pantang aku pantang betol2.. semua petua mak aku ikut. alhamdulillah.. aku berjaya dapat berat asal 62kg. menari berdansa lagi depan husband. =) sila lah jelez sayang. tup2 bila dah num 2 ni.. mungkin sebab penat jaga 2 anak.. tambah lagi rumah sekarang 2 tingkat.. tapi saiz kecik je lah. duk turun naik.. terus berat drop ke 57kg. 

masa ni terus baju semua longgar... hehe.. happy lah kan. oh baru rasa.. best jugak badan ringan ni. xde la malas sangat nak gerak. senang sikit nak gerak uruskan.. uruskan rumah.. uruskan suami. okey.. sekarang bila dah 57kg.. mama mengandung lagi.. harap2 lah berat xde naik banyak sangat. terget berat last 9 bulan dalam 67-69kg je.. so dalam pantang senang lah nak turunkan berat. aku rasa kalau haziq still susu badan mau berat aku boleh turun sampai bawah 55kg. sebab dia duk amek lemak mama dia.. sekarang dia dah xnak menyusu. last dia menyusu masa umur dia 8 bulan.

alhamdulillah dapat jugak aku jaya kan menyusu secara 6 bulan secara exclusive. maksud nya hanya susu ibu. tanpa ada apa2 walau air masak. masa kuning pun aku bagi susu badan je. walaupun banyak cabaran.. sebab kerja shiftkan.. bersyukur sangat2 tetap dapat jayakan. tq jugak dekat husband sebab faham kenapa mama nak bagi susu mama je masa tu. tq untuk semangat yang ayah bagi. awak kawan terbaik dalam hidup saya.. semoga kita tetap bersama sampai bila2... saya sayang awak..hahaha =p  bergaduh suami isteri tu biasa lah.. kan2.. satu je saya harap.. saya mampu jadi yang pertama dan terakhir dalam hidup awak... amin... =) =) 





Menghargai..bersyukur..





percaya kepada takdir Allah... anak2 semua nya rezeki... Alhamdulillah Allah berikan rezeki  untuk aku mengandung lagi. untuk kali yang 3. nikmat yang xsemua orang dapat.. rezeki Allah sangat luas.. kadang Dia kurniakan keluarga yang bahagia..adik beradik yang sangat rapat... makanan yang xpernah putus.. duit yang xpernah putus walau bukan pada gaji sahaja... terkadang rezeki itu pada baju yang baru setiap bulan.. juga pada rumah yang harmoni.. anak2 yang mendengar kata. rezeki dikurniakan jodoh yang awal.. rezeki kawin lambat juga sebab masih mampu berbakti kepada orang tau.  jadi tetap lah bersyukur diatas setiap apa yang kita miliki. rezeki bukan pada DUIT yang banyak sahaja. fikir la seluasnya sebelum nak mengeluarkan kata2.. kadang2 menghiris perasaan orang.

walaupun agak penat sebab mengandung setiap tahun.. tapi aku gagahkan diri jugak.. sebab bagi aku.. umur 35 tahun masa untuk aku jaga kesihatan diri aku sendiri. dan masa tu anak2 dah pandai urus diri sendiri. sebab tu aku target sebelum umur 30 tahun aku nak mengandung dan melahirkan anak sekurang2 nya 4 orang. jadi bila da masuk 35 tahun aku dah boleh relax jaga diri sendiri.. beli jamu itu ini.. haha. eh seronok apa anak ramai. pasal cukup ke x keperluan anak tu.. alhamdulillah setakat ni anak2 cukup susu dan pampers. setiap bulan hana minum 5 pek susu.. haziq 5 pek.. pampers pulak 2 1/2 pek sebulan.. alhamdulillah cukup je semua.. kita tau kedudukan kewangan kita.. jadi kita pandai2 budget la semua nya... biar orang nampak kurang.. sebenar nya rezeki tu cukup dah.. =)

Alhamdulillh rezeki Allah kurniakan seorang suami yang boleh jaga anak. semua dia boleh buat. cuma tang bagi makan si adik dia xreti sebab nasi nak kena masak n blend.. so xpe lah xkan semua nya harapkan ye x.. ada lah sikit kekurangan nya. bagi aku dia dah boleh jaga anak2 masa aku kerja malam dan siang pun dah cukup bersyukur sangat. malam2 memang dia je yang bangun buat susu anak. aku kejut sekali dua je dia dah bangun. aku memang malas nak turun buat susu.. dia dah faham dah.. hahaha.. okey la aku dah mengadung dan lahirkan.. tang jaga kita sama2 la.. mana aci aku je yang jaga sorang.. nasib dia okey je.. tq my hubby chubby yang banyak tolong mama jaga anak2. sampaikan anak2 tetap cari ayah.. kalau ayah pergi kerja... uwaa.... jelezzz....

hana dan haziq maafkan mama ye.. mama terpaksa bagi adik lagi.. =) bukan apa... kesian main berdua je.. kalau ada adik lagi baru syok kan main ramai2.. nak2 umur korang jarak xjauh mana.. pas ni siap lah dengar mama jadi tarzan. bak kata ayah.. suara mama boleh sampai ampang rumah nenek. sentap 40 kali. tapi esok buat jugak. nak2 haziq sekarang ni sangat aktif.. nak kata masa mengandung makan ikan salmon xpernah pulak.. mana akal cerdik dia datang pun xtahu.. apa yang kita xboleh fikir dia akan buat masa umur dia.. dia buktikan dia boleh buat... okey mama urut dada.. haziq=cerdik pandai. doa dalam nama hari2.. sebab tu kot.. alhamdulillah.. learning proses.. xpe lah nak.. janji awak sihat dan boleh senyum hari2 tu dah buat mama dan ayah sejuk hati dah.. anak ayah ni..

hana pulak sekarang dah pandai sangat cakap.. kalau tengok mam sedih.. dia datang pujuk.. mama jangan nangis.. dia urut2 kita.. macam kita buat dekat dia. oh anak.. terima kasih.. sayang hana. hana ni kalau dibiarkan bangun pagi.. ha pukul 11 kang baru bangun. anak dara oh anak dara. dah pandai bawak diri. mungkin sebab dia dapat adik awal.. so xde lah dia manja sangat. boleh la nak harap dia tolong buat kerja. bila hana dah darjah 1 nanti mama ajar buat kerja rumah ye.. nanti boleh lah tolong mama buat kerja rumah.. tq sayang. hana memang dah kakak sangat dah. bangun pagi2 cari haziq. kalau haziq hilang.. jap lagi mama haziq mana... mengelabah sangat. tapi bila dia tinggal haziq xpe.. cis xaci betol.. siap cakap lagi.. bubye haziq.. haziq duduk rumah ye.. okey bye!

p/s : kalau kita tau nak menghargai apa yang kita ada. pasti kita tetap bersyukur dengan nikmat nya.