Thursday, October 1, 2015

Gemuk nya aku...



mak ai... tengah belek2 gambar lama.. tiba2 terjumpa gambar masa gemuk ni. masa ni baru lepas habis pantang hana.. tahun 2013.. hari raya.. hana baru 3 bulan lebih rasa nya. masa sebelum mengadungkan hana berat mama 63kg.. sekali naik mendadak ke 85kg bila dah 9 bulan. ngeri nya bila tengok badan naik sampai 85kg. tapi aku relax je.. aku makan je ikut nafsu.. selagi xpantang aku belasah je makan apa pun. bila dalam pantang mula mengelabah nak turun berat. huhu.. turun sampai 75 kg je.. ha gambar tu berat aku 75kg lah tu.. tengok lengan je dah besar gabak. 

masa tu stress sekejap.. sebab banyak baju xboleh pakai.. seluar jean pun xboleh pakai.. down sangat. so bermula la nak diet semua. amek shaklee.. berjaya turun sampai 70kg.. alhamdulillah. lepas tu turun2 dan turun sebab susukan anak. last sekali berat stop dekat 65kg. time ni memang diet betol2 dan aku berenang hari2.. dan alhamdulillah berat turun sampai 62kg.. bila seluar jean masa anak dara dah boleh sarung.. terus menari depan husband... hahaha... happy xterkata.. amek masa dalam 9 bulan lepas bersalin jugak la nak dapat balik berat asal 63 kg tu.. yesss... tercapai.. 

bila dah dapat berat asal.. eh mengandung pulak.. masa hana 10 bulan. huhu.. xpelah rezeki Allah.. so time pregnant anak ke2 ni aku berazam nak kawal makan.. dan xnak ikut nafsu.. berjaya capai target. masa 9 bulan berat last 75kg sahaja.. so dalam pantang aku pantang betol2.. semua petua mak aku ikut. alhamdulillah.. aku berjaya dapat berat asal 62kg. menari berdansa lagi depan husband. =) sila lah jelez sayang. tup2 bila dah num 2 ni.. mungkin sebab penat jaga 2 anak.. tambah lagi rumah sekarang 2 tingkat.. tapi saiz kecik je lah. duk turun naik.. terus berat drop ke 57kg. 

masa ni terus baju semua longgar... hehe.. happy lah kan. oh baru rasa.. best jugak badan ringan ni. xde la malas sangat nak gerak. senang sikit nak gerak uruskan.. uruskan rumah.. uruskan suami. okey.. sekarang bila dah 57kg.. mama mengandung lagi.. harap2 lah berat xde naik banyak sangat. terget berat last 9 bulan dalam 67-69kg je.. so dalam pantang senang lah nak turunkan berat. aku rasa kalau haziq still susu badan mau berat aku boleh turun sampai bawah 55kg. sebab dia duk amek lemak mama dia.. sekarang dia dah xnak menyusu. last dia menyusu masa umur dia 8 bulan.

alhamdulillah dapat jugak aku jaya kan menyusu secara 6 bulan secara exclusive. maksud nya hanya susu ibu. tanpa ada apa2 walau air masak. masa kuning pun aku bagi susu badan je. walaupun banyak cabaran.. sebab kerja shiftkan.. bersyukur sangat2 tetap dapat jayakan. tq jugak dekat husband sebab faham kenapa mama nak bagi susu mama je masa tu. tq untuk semangat yang ayah bagi. awak kawan terbaik dalam hidup saya.. semoga kita tetap bersama sampai bila2... saya sayang awak..hahaha =p  bergaduh suami isteri tu biasa lah.. kan2.. satu je saya harap.. saya mampu jadi yang pertama dan terakhir dalam hidup awak... amin... =) =) 





0 comments: