Monday, July 30, 2012

kerja shift??




aku memang kerja shift. kadang2 tu masuk pukul 8.30 pagi balik pukul 5 petang... macam shift aku masuk kerja pukul 7 pagi.. balik kerja pukul 2 petang. shift masuk pukul 2 petang balik kerja pukul 9 malam. shift malam pulak masuk pukul 9 malam.. balik pulak pukul 7 pagi keesokan nya. farmasi tempat aku kerja ni 24 hours. so sebab tu lah ada shift2 ni ha. kalau dapat direct seminggu office hours... masuk pukul 8.30 pagi balik pukul 5 petang. hari sabtu tu half day.

emm best ke kerja shift?? ada best nya.. ada xbest nya. best nya dekat tempat aku ni.. bila kita ada hal pagi.. duty kita pulak kena masuk pukul 7 pagi.. kita boleh tukar dengan kawan yang duty kerja petang. kiranya kita settle kan hal kita pagi tu.. kita masuk lah petang. ha gitu... tapi kalau selalu sangat nak tukar.. rimas jugak kawan2 yang lain kan. apa2 pun.. disebab kan kerja dah memang shift.. maka nya kena lah redha.. rela dan ikhlas kan. dah nama nya kerja kan.

yang xbest nya. sebab hari sabtu confirm kena kerja.. hehe.. kalau nak cuti tu kebetulan kerja malam hari khamis jumaat.. atau kerja malam rabu khamis.. ha.. tu baru lah dapat cuti kan. kalau x.. sila lah kerja. lepas tu hari ahad... pun kadang2 kena kerja. kadang2 kerja pagi.. kalau dapat kerja petang?? ha?? best ke x?? mesti xbest kan.. tapi xpelah.. aku ni xkesah pun.. kerja je. mengeluh kejap je. tapi kerja.. kerja jugak.. dah kerja kan... xnak kerja duduk rumah diam2.

nasib baik lah dapat encik suami yang paham kerja aku macam mana. encik suami pun sendiri sibuk dengan kerja dia. sampai rumah confim pukul 9.30 keatas. kadang2 pukul 10 malam. aku pun paham kerja dia. cuma orang2 lain lah.. kadang2 xpaham sibuk kita macam mana. xpelah.. redha je. nasib baik mak aku paham kerja aku macam mana. terima kasih mak. kesimpulan yang sangat2 padat... aku suka kerja aku. biasa lah kerja mana yang xpenat.. =)






Terima kasih mak.. =)




hai... selamat tengah hari semua. hari ni kerja petang. so pagi2 kita buat lah apa yang patut ye. benda paling penting kena sapu rumah. rumah ni cepat sangat berhabuk. tension aku tengok habuk2 tu. semalam balik kampung kejap je.. sebab nak hantar kunci rumah baru dekat mak abah. aii macam mana lah boleh terbawak balik ke sini... owh petanda dapat balik kampung lagi lah tu.. weheee.. =) sayang mak.. sangat2. 

semalam mak masak nasi beriani.. emmm.. sedap2.. terima kasih mak. walaupun dapat balik kejap je.. tapi xpe yang penting dapat jugak tengok mak. ala shah alam dengan sabak bernam bukan juah sangat pun.. encik iwan drive masa nak ke sabak tu.. gerak dari sini dalam pukul 4.15 petang sampai sabak dalam pukul 6.15 petang. dalam 2 jam je. cuma malam tu masa nak balik shah alam jem.. dekat 3 jam lebih jugak. 





Friday, July 27, 2012

Kau dan Aku... =) =)




oh rumahku syurgaku.. terasa sangat tenang bila masuk dalam rumah ni. hilang semua masalah. walaupun rumah sewa je.. tapi tetap best.. heheh =) semalam encik iwan balik rumah dia bagitau.. team leader dia pujuk lagi dia.. jangan resign... kelakar lah... sebab xsangka lelaki yang pendiam macam dia tu menjadi staff kesayangan... hehe. saya tau kenapa awak jadi staff kesayangan..=) tahniah cygku.. dari kehidupan yang susah... awak berusaha sendiri untuk mencipta nama dan mencapai kejayaan disesuatu tempat. bukan senang nak senang. semua kena usaha sendiri... kan cayang kan...

sebenarnya encik suami dapat tawaran kerja dekat bank lain.. emm.. xpayah lah sebut nama bank tu.. bank tu agak terkemuka jugak lah. so bila dah macam tu.. encik suami pun keliru lah. gaji lebih kurang je dengan tempat kerja lama..tapi tempat yang baru ni mungkin banyak benefit nya. masa berkerja je yang okey sikit. habis kerja pukul 6 petang. lepas tu dekat area petaling jaya .. cuma nak kesana tula... jem. emm.. job description memang macam sama je lah dengan tempat kerja sekarang ni.. senang lah macam tu... masuk2 kerja je dah tau apa nak buat. xpayah nak kena ajar semula kan.

p/s : seriously apa saje keputusan yang awak buat.. saya akan sokong dari belakang. saya tau..  awak pasti lebih tau apa yang terbaik untuk keluarga kita. untuk masa depan kita.  saya tetap akan berdiri dibelakang awak.... kalau saya penat saya duduk kejap ye.. hehehe. eh xde lah gurau je. sebenar nya encik iwan nak kerja yang balik awal.. hehe.. xpe2 cyg.. fikir baik2. saya ikut je apa pun keputusan awak. saya tetap sokong awak. sayang awak sampai bila2... peduli lah orang nak cakap apa pun.. hehehe.. =)




Thursday, July 26, 2012

Kurniaan MU =)




alahai... mengantuk pulak mata ni... macam mintak tidur je.. kan2.. maka nya dengan ini harus lah tidur.. sebab kepala dah ting tong.. ting tong. sebab semalam bangun pukul 2.30 tengah hari.. tidur 5 jam je lepas tu keluar pergi isi minyak motor. lepas tu pergi bazar cari kuih muih sikit. balik tukar baju masak pulak. semalam try buat wantan goreng.. berjaya tapi tawar.. sebab lupa nak tambah serbuk lada dekat isi nya. hehe. xpe2 kita belasah je makan... tapi sedap jugak.. habis jugak laki bini ni makan.. =) 

ni hari ni pulak.. pagi2 pukul 7 pagi dah bangun. lepas sahur xtidur sebab tadah air kan. lepas dah siap sahur sambung tidur kejap. pukul 7 pagi bangun iron kan baju encik iwan. sila lah bangun ye cik ayu. hari ni kena mandi awal2. sebab kang lambat2 air dah slow. lepas tu melepak2 kan diri. tup2 eh jam dah pukul 4 lah.. mata pun dah nak tertutup ni ha. ye lah 10 jam berjaga untuk hari isnin... 10 jam berjaga untuk hari selasa.. mana x ting tong nya kepala aku ni ha.. alahai.... cepat2 nak tidur ni.. hehehe.. 

jom tidur... hari ni xpayah masak. sebab xde air.. hehe.. pandai air ni xde time gaji aku masuk kan. kan.. memang nice2 je.. yeaahhh.. dah lama xdating dengan encik iwan. hari ni nak makan dekat mana?? emmmm...tidur dulu lah... bangun kang kita fikir2 balik ye... =) yang peting dalam kehidupan berumah tangga ni.. sentiasa lah give n take.. bertolak ansur...serta kalau ada yang xpuas hati cepat2 bagitau.. bawak berbincang.. bila berbincang tu elok2 lah.. relax2 je..  jangan pendam sorang2.. kang merana. 

p/s : komunikasi antara suami isteri sangat lah penting. sebab pemikiran lelaki dan perempuan ni xsama.. ALLAH ciptakan kita untuk saling melengkapi. =) terima kasih YA ALLAH syukur alhamdulillah ...  kerana mengurniakan perasaan kasih dan cinta ku kepada seorang lelaki yang bernama suami... =) =) 


Letakkan cinta Allah di hati. Dan cinta suami nanti di genggaman tangan kita.Sewaktu dia dalam pandangan mata kita, layanilah dia dengan sesempurna mungkin.Tatkala dia berada jauh dari kita, lepaskanlah dia dalam jagaan Allah s.w.t. Barulah hati kita tenang. Tanpa sebarang syak wasangka.
Letakkan cinta Allah di hati dan cinta suami nanti di genggaman tangan kita.Kerana dengan yang demikian, kita akan sedar, se'professional' dan sehebat manapun kita, kita tetap seorang isteri bila berada di hadapan suami. Dan keredhaan Allah berada bersama suami kita. Laksanakanlah tanggungjawab dengan baik demi mengharapkan cinta Allah.
Letakkan cinta Allah di dalam hati, Sediakan bahagian hatimu hanya untukNya, yang Maha Pengasih, dan yang Maha Sempurna dan cinta suami hanya di genggaman tapak tangan kita kerana ketahuilah, bahawa cinta dan kasih suami, itu semua datang dari Allah.Itu adalah bukti kasih sayang Allah pada kita.
Letakkan cinta Allah di  dalam hati. Dan cinta suami di genggaman tapak tanganmu. Kerana suami hanya seorang insan biasa, punya kelemahan tersendiri. Bila cinta Allah memenuhi hati kita, kita tidak akan sesekali melayan suami dengan buruk kerana mengharapkan cinta Allah.
Letakkan hanya cinta Allah di dalam hati, dan cinta suami di genggaman. Supaya andai kata dia pergi dulu, dia dapat kita lepaskan dengan mudah. kita redha dengan ketentuannya.
Ketahuilah Allah itu sesungguhnya kekal dan akan sentiasa bersama kita.
credit to : copy dekat sini... =) 




night mask nutox



yeaahhh.. seriously sangat2 suka lah dengan night mask nutox ni. senang je nak pakai. dia macam krim.. just ambil sikit je.. xpayah banyak2. nutox ni kan product yang jimat. sebab amek sikit je... dah cukup untuk 1 muka. range harga pun xde lah mahal.. tu pun boleh pakai untuk 2 bulan lebih. bila dah rata kan ke seluruh muka... boleh lah tidur. kulit muka akan rasa tegang cikit. xde tegang sangat2. kalau sangat2 bahaya pulak untuk jangka masa panjangkan. esok pagi bangun2 dah boleh cuci.. lepas tu cuci muka dengan pencuci muka nutox. terasa sangat segar kulit muka... =) =) sekian terima kasih.. terima kasih nutox.. kerana meyediakan mask yang senang untuk dipakai.. =) = )

Mid valley jom.. huhu




hari ni dekat rumah xde air.. dia kunci tangki dari pukul 9 pagi.. sampai 12.30 tengah hari esok. diaorg repair kot. air dah siap2 tadah dah. mintak2 lah cukup. emm pagi2 tadi dah mintak izin dekat encik iwan nak pergi mid valley ada nak beli barang sikit. maklum lah rumah kan sebelah ktm. so senang lah nak pergi mana2.. dan shopping mall paling senang adalah mid valley. naik dari shah alam turun dekat kl sentral. tukar platform naik tren ke seremban. ala dekat kl sentral tu 1 stesyen je dah sampai.

tapi nya.. bila fikir empat puluh kali.. alahaiii bosan nya jalan sorang2 kan. bulan puasa pulak tu. emmm.. tu lah kalau kerja shift ni.. cuti xsama pulak dengan kawan2. kawan2 kerja... kita cuti.. kita cuti.. kawan2 kerja pulak. macam tu lah. encik iwan memang kerja direct sampai sabtu. cuma sabtu half day. dah kerja ni susah pulak nak keluar dating sama2.. hehe. maklum lah cuti xsama kan. sebab kadang2 ahad pun aku kerja. nak buat macam mana.. sila lah redha.. pasrah... dan ikhlas... =) 

kalau dulu student ye boleh keluar tiap2 minggu... kan cuti sabtu ahad. dah kerja ni lain pulak cerita nya. dan sekarang... mood nak jalan2. sebab beli sesuatu... hehehe. tapi macam tu lah.. boring pulak jalan sorang2. tapi aku ni kalau dah nekad.. semua benda jadi luar biasa.. persetan kan apa orang cakap.. ye itu aku.. itu kalau nekad sangat2 lah. hehe.. tapi sekarang xde nekad mana lah.. kan dah fikir empat puluh kali. jadi mana nak datang nya nekad tu...hai...  ayu... ayu.. huhu ... 

p/s : encik iwan saya sibuk dengan kerja. saya paham kerja dia... saya sentiasa sokong apa sahaja yang dia lakukan. sebab saya tau.. dia memang sangat rajin bila berkerja.. =) =) saya sangat respect dekat dia. bertuah dapat kenal dia.. =) tapi tu lah.. apa2 saya nak buat saya kena buat sendiri. masa bersama encik iwan sangat2 lah terhad... =) encik iwan... saya nak amek lesen?? hehehe... =) 


Gaji... yahooo... =) =)



gambar macam biasa lah.. men google je dekat google image... thanks google image.. hehe =) 


selamat pagi semua... cuaca di shah alam pagi2 ni baik2 sahaja. hati ini sangat tenang melihat kebesaran MU YA ALLAH... sungguh sempurna. =) hari ni bangun awal..hehe.. biasa nya cuti2 macam ni.. lepas salam encik iwan aku sambung tidur. tapi hari ni rasa macam xnak tidur kenapa ek?? owh hari ni gaji... hehe.. tengah kemas kini kan perbelanjaan. ya harus... harus lah berbelanja dengan bijak kan. alhamdulillah dah nak setahun lebih kerja.. duit gaji cukup sampai gaji yang seterus nya. syukur2... =) =)

mungkin sebab aku pakai motor je kot pergi kerja. hehe.. ala kereta encik iwan kan ada... dia pergi kerja naik tren.. so kereta dekat bawah tu duk diam2 je dekat parking. boleh je aku nak bawak pergi mana2.. tapi.. ada lesen ker?? ker?? hehe... haii.. bila lah nak amek lesen kereta ni. huhu. Nasib baik aku berkerja.. jadi xde lah harap duit gaji encik iwan semata2.. encik iwan ada part dia.. dia kena bayar sekian2.. aku pulak ada part aku.. kena bayar sekian2.. biasalah kehidupan berumahtangga.. susah senang bersama2..

yang paling penting sekali... nak repair handset... kesian nset tu dah lama kena duduk diam2 dalam laci. sori lah nset xjaga awak dengan betol2. mana xrosak nya asyik jatuh je.. dekat jalan tar dah berapa kali jatuh.. dekat lantai dah berapa kali jatuh. lama2 bosan jugak nset tu kan asyik jatuh je.. huhu. ni dia rehat kan diri kejap.. dia merajuk xnak on2.. merajuk sebab tuan dia xnak jaga dia betol2.. huhuhu. xpe2 kang kita g kedai ye.. kita repair2. emmmm sayang sangat2 dekat nset tu.. cepat2 lah dia on balik.

p/s : kalau saya bersuara... pasti berkesan dihati.. jadi jangan mencabar kesabaran saya. saya masih boleh bersabar... sebab saya nak jadi baik.. hehehe... =) =) peace... =) =)

Wednesday, July 25, 2012

Kehidupan...




second night.. huhu... busy nya lah. masuk2 kerja zasss... siap sedia layan prescription dari A&E untuk pesakit luar.. lepas tu layan pulak prescription pesakit dalam ward... hehe... nak mengeluh kejap boleh x?? emmmm penat... penat... okey... cukup...... eh2 xbaik lah mengeluh. =) =) hebat betol malam ni. tak berhenti2 kan. sangat hebat. alah biasa lah tu kerja kan.. kalau xnak kerja duduk rumah diam2. kalau xde duit jangan bising.. ye lah sebab malas nak kerja kan. hehe.. dah2 lupakan..

eh rasa macam dah lama dah xupdate blog. malam ni macam nak buat entry yang panjang. sori kalau menyesakkan otak kepada sesiapa yang sudi nak baca blog aku yang entah apa2 ni. kalau ikutkan hati dan nafsu aku ni sebenar nya aku boleh tekan2 button keyboard laptop aku ni suka hati aku.... luahkan apa saja yang aku nak. yelah ni kan blog aku.. suka hati lah aku nak tulis apa. cerita yang okey2 je lah kan.. yang xokey2 diam2 je lah.. xpayah nak cerita semua dekat alam maya ni ha..

sesungguh nya ALLAH itu maha mendegar lagi maha mengetahui. itu cara yang paling baik dan tersangat tepat. okey lupakan bab tu. aku dengan encik iwan memang jarang dapat jumpe lama2. tu pun kira bertuah kalau aku punya off day hari ahad. kalau hari2 biasa memang kesian lah kan. tapi xpe.. aku okey je.. sebab at least dapat jugak jumpe hari2. daripada dapat jumpe sebulan sekali.. 2 bulan sekali. 3 bulan sekali. tu lagi lah perlukan kesabaran yang tinggi.



yelah encik suami keluar rumah pukul 7 pagi.. balik pukul 10 malam.. kadang2 pukul 10 lebih.. kadang2 pukul 9 lebih. waktu berkerja encik suami adalah dari pukul 8.45 pagi - 8 malam. sangat lama kan. tapi xpe aku okey je.. aku paham kerja dia. dia pun paham kerja aku yang shift ni. kiteorang okey je.. hehe.. relax2 je.. cuma waktu bersama2 dekat rumah tu sangat2 terhad. tapi xpe nilah kehidupan kan. bukan senang nak senang. kena usaha sendiri.. buat sendiri... susah senang bersama2... =)

encik iwan pergi kerja naik tren. sebab number 1.. xnak tempoh jem.. kalau tempoh jem.. boleh bawak novel pergi kerja... 2-4 hari dah habis. hehe.. eh2 encik iwan layan ke novel?? xkan.. hehe. number 2 sebab jimat lah kan. kalau naik tren banyak sangat jimat nya. tu dia cakap lah. number 3.. boleh tidur dalam tren.. hehe.. dari shah alam ke bank negara boleh tidur sampai mimpi2 lagi tau. ha... banyak kan kelebihan naik tren... so sebab tu lah kiteorang cari rumah dekat dengan tren.. huhu...

nak diikutkan sehari cuma ada 3 jam nak jumpa.. malam dah tidur kan. esok pagi jumpe paling lama pun xsampai 1 jam. emm xpe lah.. nak buat macam mana kan.. itu lah kehidupan.. susah senang bersama.. dan itu lah alam rumahtangga. kena banyak bersabar.. syukur sebab dulu masa couple.. dah melalui banyak sangat kesushan bersama2. penah xjumpe dekat 6 bulan sebab encik iwan menganggur.. tapi jodohkan. semua tu ALLAH yang tentukan.. apa yang pasti usaha sendiri..

apa yang aku ada dan miliki ni mungkin rezeki yang ALLAH berikan kepada ku.. mungkin ni hasil kesabaran aku memegang amanah mak.. menjalan kan tanggungjawab yang mak berikan tanpa mengeluh.. apa yang aku miliki hari ni.. adalah usaha aku sendiri... adalah kesabaran aku suatu tika dahulu.. adalah berkat doa seorang ibu. dan juga kasih nya seorang lelaki untuk menjadikan aku sebagai suri dalam kehidupan dia. serta pengorbanan kedua orang tua ku...



p/s : sampai sini je.. =) maaf lah entry kali ni agak kelam kabut cikit. hehehe.. kesimpulan yang padat. kalau kita berasa terkilan dengan perangai seseorang... dan terbukti dia memang salah. jangan sesekali mention nama dia dalam alam maya ni.. =) kesian orang tu.. malu dia tau...sedih xpayah nak cakap lah... memang sah2 sedih... =) =) peace..... =) =) eh2?? apakah?? ada kaitan ker?? hehehe... okey bye... =) =)



Saturday, July 21, 2012

Selamat bersahur.. =)




alhamdulillah... syukur kepada MU ya allah. kerana memberi kesempatan untuk bangun sahur di hari pertama ni. tersedar pukul 5 pagi.. ya allah.. mintak2 lah sempat kan. sebab aku ni kalau sahur memang makan nasi.. lepas tu makan 1 @ 2 biji kurma.. dan segelas air susu.. oh.. nikmat nya.. rasa macam perut tu xlapar lah sepanjang hari.. dan bertenaga lah sikit kan nak buat kerja seharian... =) =) so bila berbuka tu xde lah lapar sangat.. relax2 je...

kelam kabut jugak lah.. dalam hati tawakal je.. okey disebab kan saya ni xpandai masak sangat macam mak. jadi masak lah telur je.. hehe.. biasa lah sebelum2 ni recipe main google je.. kadang2 call mak mintak recipe.. tu lah dulu2 malas lagi nak belajar masak kan.. haip.. hehe.. xpe2 dah kawin ni kita belajar slow2 ye. xpe lama2 kang pandai lah kan. so menu sahur hari ni ialah telur goreng... =) syukur2... ada jugak makanan kan.. syukur ya allah.. =)

first2 bangun tu masak nasi dulu. alhamdulillah nasi ku sempura dengan izin NYA... masak dengan elok nya.. emm dalam hati tawakal je.. mintak2 lah sempat nasi ni masak. dan alhamdulillah... sempat jugak. lepas tu buat air susu 2 gelas.. sedia kan semua2 lah. eh2 sekarang ni dah 2 gelas susu. dulu 1 gelas je.. hehe. lepas dah siap2.. tengok jam pukul 5.30 pagi. owh lupa azan subuh lambat lagi. dalam hati legaa... =) yeaahhh sempat lagi nak makan

lepas dah siap2 semua.. kejutkan my hubby baby..hehehe... sayang bangun sahur.. wah hebat sekali je terus bangun.. senang je kejut.. =) dan makan2... eh2 encik iwan basuh kan pinggan.. bagus2. yeaahhhh pukul 3 petang kan nak balik kampung sabak.. seronok nya.. nak berbuka dengan family dikampung.. lepas tu minggu depan rumah mak mertua pulak. ahad 1 lagi dengan kawan2 kolej.. lepas tu balik kampung sabak lagi.. lepas tu raya lah... =) =)


Thursday, July 19, 2012

Selamat berpuasa semua =)





eh2 dah umum ye bila puasa?? xsempat nak dengar... xpe2 puasa hari sabtu.. alhamdulillah.. yeaahhh.. seronok nya puasa hari sabtu.. dapat lah berbuka puasa dengan mak.. abah.. dan adik2 dekat kampung... xsabar rasa nya nak balik kampung sabtu ni. cepat lah hari sabtu tu datang... rindu semua... sangat2... nak2 dekat adik2.. saya sayang mereka2...

aii memang rezeki kot.. sebab memang berharap sangat dapat berbuka hari pertama dekat kampung.. alhamdulillah termakbul jugak doa aku.. syukur2... =) hari sabtu ni pulak dapat balik kerja pukul 2 petang.. maka dengan ini.. sempat sangat2 lah sampai kampung sebelum berbuka.. nasib baik lah sabak bernam dengan shah alam ni xjauh mana.. huhu

yang pasti tahun ni dah lain.. sebab aku sendiri kena sedia kan sahur.. mak ai.. kalau dulu2 bangun2 mak dah siap kan makanan. lepas tu kemas kan je.. kali ni.. sila lah sedia kan sendiri ye. kalau sahur aku kena makan kurma dan minum susu.. lepas tu setiap hari kena sahur.. mesti.. kalau miss... mesti kecewa... lepas tu menyesal..

harap2 tahun ni xkan miss bangun sahur...  dan amalan dibulan ramadhan tahun ni akan bertambah... amin.. amin.. amin. baju raya?? emm tunggu seminggu nak raya baru cari.. tahun ni nak warna apa ye encik iwan?? emmm warna purple boleh?? boleh lah.. ye??  hehehe... ha apa?? okey?? wah... best nya... okey set.. warne purple..


Monday, July 16, 2012

Hormat 1 sama lain.. =)




hari ni dalam pukul 2 petang hujan dah start turun dekat area shah alam. area lain2 aku xtahu lah. ikutkan pagi tadi dah cuaca macam mendung2.. tapi xlah mendung sangat... mendung cikit2 je. last2 pukul 2 petang turun lah hujan. alhamdulillah... sejuk area sini.

ting... ting.. jam menunjuk kan pukul 5 petang... yeaaahhh balik2.. tapi xdapat balik sebab kena tunggu hujan berhenti. kan naik motor.. ingat nak redah je.. tapi macam lebat jugak. so terpaksa lah tunggu sekejap. layan cerita korea dengan kak ina dekat pharmacy...

pukul 6 hujan dah berhenti... alhamdulillah dapat balik. dalam hati pukul 6.30 petang hujan xberhenti memang nekad balik je.. huhu. kang balik2 mandi lah. tapi xjadi... sebab kan dah berhenti.. huhu. so start lah motor.. eiii sejuk nya... menusuk ke tulang... emm.. cepat lah sampai...

dan paling xbest... masa nak masuk simpang ke ktm tu. ada satu kereta ni dibawa oleh lelaki. sangat xsabar nak keluar simpang. patut nya aku jalan dulu.. hyee.. nasib baik umur aku panjang lagi.. kalau xapa2 jadi.. aku saman dia.. biar padan muka... kurang ajar... biar aku ajar dia... hehe...

xreti nak hormat jalan orang. tau lah yang bawak ni perempuan... lesen P pulak tu.. hisyy geram nya lah... kan best kalau semua bawak kereta dengan berhati2.. maka kadar kemalangan jalanraya dapat lah dikurangkan.. sila lah jangan gelojoh... menyampahhhh.... hehehe...

Sunday, July 15, 2012

Senyum itu harus...





hari ini hari ahad... hari ahad kena kerja... apa boleh buat dah namanya kerja kan. entah lah kenapa hari ni penat sangat2. xtau lah. mungkin xcukup tidur kot. emmm.. hari jumaat lepas double duty... wahhh sangat penat okey... pagi dispense. okey datang2 relax2 dulu... makan semua... dan mula kan duty dengan sangat ikhlas... xde pun nak merungut... syukur sebab masih diberi kesempatan untuk bernafas dihari jumaat itu.

tapi jumaat tu banyak sangat kerenah2 patient yang nak kena layan. waaa... kena marah... xsuka kena marah. nak lawan apa dia cakap boleh je.. kang lepas tu dapat lah surat warning latter... huhu.. xnak lah aku kena berhenti kerja disebab kan perangai2 manusia yang rasa dia hebat. xpe kita kan kerja dengan patient @ customer... jadi kena lah senyum walaupun malu sangat2...sampai hati marah kita.. huhu =) =)




muka confirm merah je time tu... tapi sabar je... senyum dan terus senyum.. boleh dikatakan setiap sejam lah masalah ada... dugaan dipagi jumaat. once dah terima masalah kena settle kan sampai habis. mana boleh buat kerja separuh jalan. yang penting kena pantas.. xboleh nak lambat2 ni kang lagi lah kena marah. xsuka nya... huhuhu... muka kena senyum.... senyum... senyum... haaa.... macam tu lah....

nasib baik lah sabtu tu okey je xberapa ramai sangat patient yang datang... masih boleh dikawal. hari sabtu balik pukul 4 petang. serious memang penat sangat. balik kena jalan kan tanggungjawab.. xpe ikhlas... mak aii... semalam entah kenapa.. kepala aku sakit sangat2. encik iwan urut lega kejap.. lepas tu datang balik. last2 terpaksa jugak telan painkiller... tidur sekejap... bangun okey dah...



hari ni hari ahad... encik iwan buat semua kerja rumah.... waahhhh.. terima kasih lah sayangku.... terima kasih sangat2... balik2 solat dan lepas tu lepak depan tv... perlukan tenaga... sangat2 penat. rumah ni setiap hari kena sapu... sebab cepat sangat berhabuk. nak2 dekat tempat letak tv tu.. apa boleh buat.. dia nak suruh jadi rajin extra lah tu... sila lah sapu setiap hari ye... jangan malas2.. haiiippp...

yeah... minggu depan balik kampung... dapat berbuka dengan mak dan adik2.. seronok2.. xsabar nak balik kampung berbuka dengan mak.. abah.. dan adik2.. owhhh semua. tunggu kan kedatangan saya ye... saya rindu sangat2 dekat semua.. yana... alin.. tunggu kak ayu tau.. rindu korang sangat2... hehe... tahun ni puasa penuh2 ye... yang tahun ni i up kan lagi duit raya... hehehe.... =) =)



Thursday, July 12, 2012

Saya baru belajar... =)




8.30 malam... =) tunggu encik suami balik. hari ni nak masak ayam masak kicap recipe mak yang tersayang. terima kasih mak. mak sangat memahami.. anak perempuan nya memang xsuka masak lepas tu memang malas lah...mengemas je rajin. hehehe.. kadang2 ada jugak mak ajak tengok dia masak. tapi aku kan.. kalau aku cakap xnak.. sori.. memang xnak... kalau buat pun muka memang nampak sangat xikhlas  aku xreti nak kawal muka... lepas tu kena marah.. hehehe.. lepas tu baik balik dengan mak... wahhh... kenangan itu... sangat indah... sayang mak... sangat2.... sangat2... sangat2... dan sangat.. =) 

mak saya sangat baik... saya sayang dia sangat2... dia banyak ajar saya erti kehidupan... walaupun xajar direct... tapi saya paham. owh saya perlu kuat macam dia. terima kasih mak. terima kasih YA ALLAH... dugaan mu suatu ketika dahulu.. membuatkan aku mampu tabah. yeaaahhhh... saya memang kuat. emmm.. berbalik kepada masak tadi... mak ada jugak bagi kata2 semangat2. xpe.. dah kawin confirm reti masak. owh... betol kata2 mak... terima kasih mak... sayang mak... sangat2.... walaupun ada orang cakap habis lah encik iwan lepas ni.. tapi mak tetap bagi semangat... itu lah mak... kasih nya jelas terpancar... 

eh2 dah nak dekat pukul 9 malam lah... hehe... okey... nak masak.. encik iwan selalu sampai rumah lambat. minggu lepas dia cakap xpayah masak.. sebab xnak makan malam. tapi minggu ni nak jugak masak. nak bagi dia makan.. sedap ke.. xsedap ke makan .. hehehe.. syukur.. ALLAH temukan dengan dia. encik iwan memang xbanyak songeh. masak apa je.. dia xkesah. senang nya lah jaga dia... alhamdulillah. lepas tu masak apa xpernah complaint..lepas tu banyak mana aku letak nasi.. mesti dia habiskan... bagus2 xmembazir  =) alhamdulillah YA ALLAH... aku bersyukur. =) =) 



Monday, July 9, 2012

Cabaran... yeaahh... =)





selamat petang semua.. emm.. hari ni sleeping day.. sebab baru lepas kerja malam. sangat2 mencabar kerja semalam.. sejuk + batuk + selsema + nak demam. balik2 tadi terus tukar baju landing time.. =) mula2 memang dah xlarat.. tapi disebabkan puan muda ayu ni kuat.. hehe.. ah malas lah nak layan sakit ni.. kang kalau layan lagi teruk... ignore kan je.. bangun2 terus kemas2 cikit rumah. alah duduk 2 orang je. mana nak sepah mana pun. cuma rumah ni cepat berhabuk.. jadi kena lah sapu setiap hari.. kalau malas sangat vakummmm je.. hehe.. =) 

p/s : tapi kalau demam tu teruk sangat... guna lah benefit yang hospital sediakan.. jumpe doctor.. amek panadol.. ubat selsema.. ubat batuk. =) =) tapi kan kerja dekat pharmacy.... macam dah tau je apa doctor MO nak bagi.. huhuhu... =) =) 

Sunday, July 8, 2012

Butterfly ... =)


picture only...hehehe... kenangan terindah... syukur YA ALLAH... 











Jika engkau minta intan permata
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu
Pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milikku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu


credit to : klik sini  ... t.q








Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini

Aku tahu bukan mudah
Tapi mimpi ini harus aku
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini

Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita


credit to : klik
sini  ... t.q










Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah

Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku

    Pilihan terakhir hatimu[l ]

Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang semat kacau
Karna merindu

Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
That precious messed up false me and you

Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua

Biar ku berlebihan
Dekatimu
Namun ku tunggu

credit to : klik
sini   .... t.q


K.A.M.I part 6



malam lepas sanding jom kita potong kek pulak.. emm.. kek2 ni untuk sedara mara dekat rumah pulak. biasa nya sebelum bukak hadiah. eh2 ni kek yang dekat dewan tadi. amek je. huhu.. sebab tu atas nya dah hilang. so tinggal lah bawah nya. eh2 suka lah baju ni..


cayang bukak mulut.. sy nak suap kek ni.. uuummm... haaaa... ngammm... okey settle. ha macam tu lah.. bagus2. sedap kan kek ni. lemak berkrim... yum2.... 


okey turn awak pulak.. haaa... cepat2.. bukak mulut tu.. hehe.. eh2 cyg.. jaga2 jangan bagi kena lipstik.. sayang tau lipstik ni.. kang nak amek gambar.. huhuhu...


mak2 nah makan ni.. alooo... makan lah mak.. hehehe.. mak mintak suap cikit je.. aku amek banyak cikit.. eh2 mak xrela ker?? hehehe... sayang mak lah.. sangat2...


okey semua... kami dah bersedia nak bukak hadiah. okey2.. cepat2.. hehe. aii kena duduk bertimpuh ker? emm penat nya lah.. tapi apa boleh buat kan.. redha je.. huhu...


adik aku selaku pembaca kad. baca jangan xbaca... berpeluh2 dia dekat situ.. huhu. aku ni xnampak sangat peluh nya.. sebab pakai baju putih kan.. so selamat lah i kan.. huhu...


tengok encik iwan saya dah berpeluh2 dah.. huhu.. xpe2 xkesah lah janji boleh amek gambar untuk buat kenangan.. suka lah baju ni.. nampak nice je bila pakai...


emm agak2 apa lah ek dalam ni cyg.. emm entah lah ayg.. cyg pun xtau. emm cepat2 ayg... kesian sedara mara nak balik tu.. baik bos... saya akan bukak laju2..huhu..


yana dan alin.. huhu.. macam kembarkan. a.ah diaorang memang macam ni... suka perasan macam kembar.. huhu.. kalau beli lain2 kang mula nak men jelez masing2..


bersama makcik2.. adik2 sedara... emm ni xberapa nak ramai ni.. yang lain2 lepak dekat luar sana tu.  amek je lah gambar mana yang adakan.. janji ada.. hehe..


malu... malu... malu... tapi amek lah lagi gambar2.. amek lah lagi.. hehe... nak buat kenangan. amek je xpe.. i rela... hehehe... suka lah baju ni... suka sangat2...


oh... apa kah?? over di situ puan muda ayu.. huhuhu...  syukur dah settle... yes2.. yes2.. yes2.. hehe.. alhamdulillah settle dah semua nya... maka.. selamat datang ke alam rumah tangga... =)