Thursday, July 26, 2012

Kurniaan MU =)




alahai... mengantuk pulak mata ni... macam mintak tidur je.. kan2.. maka nya dengan ini harus lah tidur.. sebab kepala dah ting tong.. ting tong. sebab semalam bangun pukul 2.30 tengah hari.. tidur 5 jam je lepas tu keluar pergi isi minyak motor. lepas tu pergi bazar cari kuih muih sikit. balik tukar baju masak pulak. semalam try buat wantan goreng.. berjaya tapi tawar.. sebab lupa nak tambah serbuk lada dekat isi nya. hehe. xpe2 kita belasah je makan... tapi sedap jugak.. habis jugak laki bini ni makan.. =) 

ni hari ni pulak.. pagi2 pukul 7 pagi dah bangun. lepas sahur xtidur sebab tadah air kan. lepas dah siap sahur sambung tidur kejap. pukul 7 pagi bangun iron kan baju encik iwan. sila lah bangun ye cik ayu. hari ni kena mandi awal2. sebab kang lambat2 air dah slow. lepas tu melepak2 kan diri. tup2 eh jam dah pukul 4 lah.. mata pun dah nak tertutup ni ha. ye lah 10 jam berjaga untuk hari isnin... 10 jam berjaga untuk hari selasa.. mana x ting tong nya kepala aku ni ha.. alahai.... cepat2 nak tidur ni.. hehehe.. 

jom tidur... hari ni xpayah masak. sebab xde air.. hehe.. pandai air ni xde time gaji aku masuk kan. kan.. memang nice2 je.. yeaahhh.. dah lama xdating dengan encik iwan. hari ni nak makan dekat mana?? emmmm...tidur dulu lah... bangun kang kita fikir2 balik ye... =) yang peting dalam kehidupan berumah tangga ni.. sentiasa lah give n take.. bertolak ansur...serta kalau ada yang xpuas hati cepat2 bagitau.. bawak berbincang.. bila berbincang tu elok2 lah.. relax2 je..  jangan pendam sorang2.. kang merana. 

p/s : komunikasi antara suami isteri sangat lah penting. sebab pemikiran lelaki dan perempuan ni xsama.. ALLAH ciptakan kita untuk saling melengkapi. =) terima kasih YA ALLAH syukur alhamdulillah ...  kerana mengurniakan perasaan kasih dan cinta ku kepada seorang lelaki yang bernama suami... =) =) 


Letakkan cinta Allah di hati. Dan cinta suami nanti di genggaman tangan kita.Sewaktu dia dalam pandangan mata kita, layanilah dia dengan sesempurna mungkin.Tatkala dia berada jauh dari kita, lepaskanlah dia dalam jagaan Allah s.w.t. Barulah hati kita tenang. Tanpa sebarang syak wasangka.
Letakkan cinta Allah di hati dan cinta suami nanti di genggaman tangan kita.Kerana dengan yang demikian, kita akan sedar, se'professional' dan sehebat manapun kita, kita tetap seorang isteri bila berada di hadapan suami. Dan keredhaan Allah berada bersama suami kita. Laksanakanlah tanggungjawab dengan baik demi mengharapkan cinta Allah.
Letakkan cinta Allah di dalam hati, Sediakan bahagian hatimu hanya untukNya, yang Maha Pengasih, dan yang Maha Sempurna dan cinta suami hanya di genggaman tapak tangan kita kerana ketahuilah, bahawa cinta dan kasih suami, itu semua datang dari Allah.Itu adalah bukti kasih sayang Allah pada kita.
Letakkan cinta Allah di  dalam hati. Dan cinta suami di genggaman tapak tanganmu. Kerana suami hanya seorang insan biasa, punya kelemahan tersendiri. Bila cinta Allah memenuhi hati kita, kita tidak akan sesekali melayan suami dengan buruk kerana mengharapkan cinta Allah.
Letakkan hanya cinta Allah di dalam hati, dan cinta suami di genggaman. Supaya andai kata dia pergi dulu, dia dapat kita lepaskan dengan mudah. kita redha dengan ketentuannya.
Ketahuilah Allah itu sesungguhnya kekal dan akan sentiasa bersama kita.
credit to : copy dekat sini... =)