Sunday, June 23, 2019

Raya tahun 2019




Selamat hari raya untuk tahun 2019.. alhamdulillah hari raya tahun ni bersyukur sebab masih diberi peluang untuk menyambut dan meraikan dengan insan2 yang tersayang, terima kasih Ya Allah. Tahun ni turn beraya rumah mak mertua.. rumah mak mertua dekat ampang je. so xde la nak kena menghadap jem kan.. haha. eh tapi rumah mak abah aku dekat sabak bernam je pun. syukur sebab dekat2 je kampung2 aku. ampang-sabak bernam-shah alam..

Tahun ni tema pilihan raya warna kelabu.. dan tahun ni aku buat kelainan sikit untuk pemilihan warna.. aku da xnak boria semua kami2 ni sama je sepesen warna kelabunya. Tahun ni aku buat anak2 light grey.. aku dan husband dark grey. so nampak la kontra sikit..  xde la dalam gambar suram je. Dan lepas2 ni mungkin sama dengan anak perempuan.. husband sama dengan anak lelaki. jom la kita transform dalam memilih warna..

Tapikan untuk tahun2 akan datang.. anak2 kena pilih yang dark2 je biar mak ayah pulak pilih yang light2.. sebab nya alahaiiii.. susah jugak la bila baju kena makanan.. kotor... aku da redha je.. tak pe la janji perut anak2 kenyang dan xmeragam sebab lapar. balik tu kena rendam dulu baju dalam baldi untuk hilangkan kotor2.. esok tu baru boleh basuh dalam mesin basuh. untuk anak2 mama xbijak lagi pilih warna ye.. haha.. biasa la nak membesar... makan mana nak elok lagi kan.. 



tahun ni xsempat nak bergambar 1 keluarga sebab beraya rumah mertua.. malu pulak nak amek gambar 1 keluarga.. huhu. nanti kena pakai balik baju raya.. amek sendiri2 je la kot.. huhu


so raya pertama tu pagi macam biasa makan dulu.. lepas husband pergi sembahyang raya terus gerak dengan mak mertua pergi beraya area2 kl.. 1st rumah ke rumah sedara kl entah la apa nama tempat tu.. lupa pulak.. lepas tu gerak ke keramat... habis keramat terus ke segambut. Dan last sekali rumah nenek husband dekat pandan indah.. settle semua rumah kita terus gerak balik sabak bernam.. 


ni raya ke dua.. tema pilihan adalah dark blue untuk anak2 dan mama ayah pakai warna grey dan hitam.. ni semua last minit punya pilihan ni.. huhu. raya kedua kita ikut mak beraya ke perak.. rumah makngah abah aku dan tiba2 last minit mak ajak beraya ke ipoh rumah kak long.. along aku xraya tahun ni sebab kerja.. so kita jalan2 la ke ipoh.. alhamdulillah sampai.. mak mintak husband drive kan kereta.. abah naik dengan abang ke3. balik dari ipoh tu aku tido.. nasib baik la mak setia teman menantu dia bawak kereta... hahaha 


bersama anak2 mama.. tiga da anak aku.. semua da pandai bawak diri masing..  sekejap je raya tahun ni sebab nya raya ke3 husband aku dah start kerja malam da.. so lepas zohor raya ke 3 dah gerak balik ke shah alam da... tema raya ke3 pun tak dirancang pun... huhuhu.. 


mama ayah warna merah.. anak2 hitam dan dark blue... sebelum balik shah alam memang rancang nak amek gambar dekat sawah padi area sekinchan.. dekat Padi box sekinchan tu.. sawah padi dekat situ best.. nak2 musim tengah hijau ni.. cantik la pemandangan nya... 


bukan senang ye nak kawal anak2 ni ambek gambar.. semua nak berlari sana sini.. mana nak jaga takut ada kereta time tu.. so semua kena alert.. anak gambar dan kepuasan bergambar.. haha. nasib la dapat suami sporting..  layankan je isteri dia nak bergambar... terima kasih sayang =) 


selamat hari raya dari kami.. family mohd idzuan dan norhidayu.. Raya tahun 2019

  
nur hana irdina binti mohd idzuan


muhammad haziq iman bin mohd idzuan


muhammad hasif iffat bin mohd idzuan 

Boba tea..




Sekarang ni tengah trending air buba tea.. jadi di kesempatan itu aku pun tak melepaskan peluang untuk merasai sendiri beberapa air dari brand2 itu.. jom aku nak review dari tekak aku la.. yang aku try ni semua pearl dan fresh milk..  aku memang suka sangat2 fresh milk..kalau yang tak berapa suka susu tu mungkin xberapa suka la kot fresh milk ni...bagi aku, aku boleh terima semua nya.. Dari brand2 ni aku try flavor ni je setiap 1.. so aku review apa yang aku try la ye.. 

1) tealive - bang bang fresh milk ( rm8.45)

2) family mart - brown sugar bubble milk ( rm4.90)

3) xi fu tang - brown sugar pearl milk ( rm13.50)

4) The alley - brown sugar deerioca fresh milk (rm12.90) 

bagi aku semua ada rasa sedap masing-masing.  daaaannn paling best bagi aku dari xi fu tang sebab dia rasa berlemak dan berkrimmm... so setakat ni xi fu tang paling best. kalau korang tak minat susu korang oder la yang ada tea.. mungkin rasa dia takde la mauk sangat.  apa2 perasa semua ikut tekak masing-masing...  so pilihan di tangan anda sendiri.. 

korang boleh waze je SS15 subang jaya... semua tu ada dekat area2 sana... senang sebab dekat2 2 kedai tu.. xi fu tang dan the alley.. daboba dekat SS15 jugak.. boba tea yang lain ada dekat sunway pyramid.. 

Ada lagi tau yang kena cuba.. Tiger sugar bubble tea... Chizu tea ... Daboba tea ... Koi the tea.. so lepas aku cuba nanti aku buat review lagi okey..  selamat mencuba semua.. 



tapi ramai yang cakap brown sugar deerioca creme brulee milk best.. dan aku dah cuba pun.. sedap jugak bagi tekak aku... boleh habiskan sorang2.. tak mau share dengan siapa2 pun.. haha