Sunday, October 28, 2018

Amalan untuk ibu2 mengandung =)

Bila da disahkan pregnant oleh doctor best sangatkan. nak2 kalau tu zuriat yang kita nanti2kan dengan suami. disebalik kegembiraan tu apa kata kita selitkan sekali dengan tanda kesyukuran kepada Allah.. dan tanamkan diri untuk khatam al-quran. bila mengandung ni mood kita memang lain sangat2. kadang2 boleh jadi sangat2 sensetif. nak2 lagi kalau tu anak ke2 atau ketiga sebab kena bagi jugak perhatian dekat anak2 yang dah sedia ada. penat xpayah cakap la.. memang dah tanggungjawab dan amanah jadi kena jalankan dengan sebaik mungkin.

sepanjang mengandung kita xdatang bulan.. jadi gunakan 9 bulan tu sebaik mungkin. baca al-quran hari2 dan cuba khatamkan. silap2 dengan kelebihan yang Allah berikan tu.. 3 kali kita dapat khatam. kalau xmampu pun sekali tu da cukup bermakna da selama 9 bulan haid xdatang2 tu. indahkan ciptaan Allah.. 9 bulan Dia hentikan haid kita untuk kita gunakan untuk beribadat. lepas tu bila darah nifas da keluar..  kita boleh rehatkan diri sementara nak pulihkan dalaman selepas melalui proses kelahiran yang sakitnya hanya Allah yang tahu.

macam aku.. anak sulung.. masih kabur dengan semua tu. cuma amalkan surah2 pilihan je. tu je yang aku amalkan hari2 dan berulang kali sampai selamat bersalinkan anak sulung. dan selain tu ingat pesanan mak.. sebelum tidur salam tangan dan mintak ampun dari suami. tu syurga kita sebagai seorang isteri. alhamdulillah anak sulung lahir dengan mudah dan senang sekali. dan sifat2 dia sekarang memang aku perasan dia boleh ikut arahan dan pandai kemas barang2 kalau aku suruh kemas balik apa yang dia sepahkan.. alhamdulillah =)


                        

anak ke dua pulak.. masa tu macam malas sangat2 sebabnya penat dengan anak pertama yang masih kecik.. susu badan still on.. sampai xtahu la nak cakap macam mana. last2 hari2 amalkan baca al-quran surah2 yang atas tu dan tu pun ikut mood. tapi hari2 akan pastikan baca surah yassin. sebab bila baca surah yassin hati jadi tenang sangat2. badan yang penat dapat la di charge slow2.  alhamdulillah.. proses melahirkan anak ke2 pun dipermudahkan jugak

anak ke tiga advance sedikit sebab masa tu xberapa bersedia mental dan fizikal nak dapat anak lagi. so mengambil langkah keselamatan jiwa dan raga.. aku nekad nak khatamkan 1 al-quran sebelum dia dilahirkan didunia ni. alhamdulillah sempat khatam dan esoknya terus bersalin. karekter anak ke3 ni lain macam sikit. dia paling senang nak suruh buat apa2. tahap kecekapan dia kalah abang dan kakak dia. jadi aku memang sarankan kepada semua. sebenarnya nak didik anak2 bermula dari dalam rahim lagi =) jom sama2 kita amalkan =) =)






selain tu jugak.. insyaAllah dengan izin Allah proses kelahiran tu berjalan dengan lancar. semua nya rahsiaNya.. kita bertawakal dan terus berdoa tanpa henti. kalau boleh jom sama2 kita belajar spesifikkan doa kita. insyaAllah.... semoga dipermudahkan urusan kita semua.




Saturday, October 20, 2018

service tunda kereta PERCUMA

Image result for towing kereta free


tahu kah kita bila kereta kita mengalami sebarang kerosakan atau kemalangan kita boleh hubungi insurance kenderaan yang kita telah bayar setiap tahun. dan service itu adalah PERCUMA tertakluk kepada perjanjian kita semasa memperbaharuinya. sebab tu masa kita nak renew road tax kena tahu insurance yang kita bayar tu cover apa. kalau cermin tu selalu nya memang kena tambah la. maksud aku yang kita bayar tu kita kena tanya apa yang boleh di cover apabila berlaku apa2 nanti.

contoh macam yang terjadi dekat husband aku baru2 ni. 2 hari lepas... masa tu dia baru habis kerja malam. aku duk la tunggu2 dia.. last2 pukul 12.30 tengah hari dia call bagitahu yang tayar kereta pecah dekat highway kesas dekat petronas. aku pulak nak masuk kerja shift pukul 2pm. buntu sekejap.. dia bagitau jet kereta da loss habis.. nak tukar tyre spare susah sebab memang xjalan jet tu. dia try pinjam dekat orang2 semua xde dan mungkin xde siapa nak bagi kot. mungkin nak cepat ada hal lain.

kesian suami masa tu. da la handset xbawak sebab dia time kerja memang xboleh pakai. kerja malam pulak tu. so dia pinjam phone orang yang dekat petronas tu je. nasib baik la kejadian tu jadi dekat situ. last2 dia kata cuba call kan etiqa tanya sebab rasanya macam leh dapat servies towing kereta percuma. aku call2 bagi details semua dan dia kata aah memang boleh... terus legaaaa.... fuhhhh.. alhamdulillah ada pun jalan nya. dia inform dalam masa 30 minit-1 jam akan sampai.

kereta aku pakai insurans etiqa.. dan dia kata cover 200km untuk penghantaran ke bengkel.. tapi ni lupa la setahun ke atau macam mana.. dia kata lepas je naik kereta towing tu.. kalau ada tol kita yang kena bayar.. dan bengkel ikut la kita nak pilih atau nanti dia akan bawak kan ke bengkel yang terdekat dengan tempat kejadian. so pandai2 la kita buat keputusan ye. masa call insurans nak mintak tolong tu.. tanya betol2 la.. macam aku.. aku tanya banyak kali. dan memang FREE.. xpayah bayar apa2.. ye la services towing kan beratus jugak. huhu. tanya sekali berapa jarak cover ke bengkel tu.

lepas insurans amek details semua2 pasal kereta dekat mana.. kena tunggu pihak towing pulak call untuk pengesahan. dan lepas tu tunggu la diam2 sampai dia datang. masa dia sampai.. tanya betol2.. ni ke towing yang dari pihak insurans tu. kang xpasal2 pulak salah orang.. habis kena bayar pulak.. huhu. lepas dan settle towing datang dan sampai bengkel.. kena sign form dari pihak towing sebab dia nak kena hantar ke pihak insurans. dan guna servies towing ni NCD xberkurangan ye. kerosakan x kacau NCD.. tapi kalau kemalangan memang kacau NCD.

Sunday, October 14, 2018

Ketenang yang hakiki. =)

dalam kehidupan ni kita yang pilih sama ada nak melalui semua nya dengan kegembiraan atau kedukaan. jika kita lalui setiap liku itu dengan perasaan yang duka maka kita akan sentiasa merasakan apa yang kita ada tak kan pernah cukup dan tenang. semua nya seperti ada je yang tidak kena. masa berjalan dengan laju tanpa kita sedar akan apa yang menguntungkan. kita akan rasa kecewa.. terkilan.. menyesal... lalu kita akan terus berduka dan melara dengan apa yang terjadi..

tapi percaya la.. kalau kita dapat melaluinya dengan kegembiraan dan sentiasa bersyukur.. walaupun sedikit kita akan merasa tenang dan nyaman sahaja setiap detik itu. semuanya indah2 sahaja.. selain usaha yang berterusan kita juga perlu selitkan doa dan tawakal. kita hambaNya.. kita adalah pendosa. saat gembira atau sedih jadikan al-quran sebagai pegangan. usaha mencuri masa untuk mengejar membaca dan menhayati setiap ayat2 yang terkadung didalam nya..

sungguh.. jika kita sentiasa ingat Allah disaat senang mahupun disaat sukar.. pasti apa pun keadaan kita dapat memlaluinya dengan keadaan yang sentiasa baik-baik sahaja. kehidupan ini pun kita tak tahu apa yang akan datang esok hari. jadikan al-quran sebagai pegangan kehidupan seharian kita. aku bukan la baik mana.. tapi aku sedang cuba perbaiki diri.. terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan selama hidup didunia ini.

Tuesday, October 9, 2018

8 tahun berkhidmat



alahai... macam xpercaya pun ada.. xperasan da 8 tahun kerja di sini. alhamdulillah.. macam2 benda yang aku belajar dekat sini. dari mula2 masuk kerja pening2 lalat sampai la sekarang ni boleh je kerja dalam situasi apa pun.

bila busy sangat2 tu da semakin mampu untuk bertenang dan kerja dengan waras. da boleh nak handle situasi busy tu. ye la.. kalau kat inpatient 8 ward nak kena layan. so kita tenang tapi kena pantas la. plus kena lebih2 hati2.

Allah aturkan kehidupan kita tu da cantik sangat2 da... tinggal kita kena usaha... tawakal dan berdoa supaya hari2 akan mendatang dipermudahkan urusan dan dilancarkan kehidupan dalam kehidupan seharian.


Thursday, October 4, 2018

12 tahun perkenalan


Related image


Diam xdiam dah 12 tahun dah kenal dengan husband ye. kenal husband masa sekolah menengah tingkatan 5 masa tu. 2.10.2006. aku yang mengorat dia.. huhu. aku masuk sekolah tu 1 tahun je.. sebelum2 tu sekolah dekat kuantan masa form5 pindah duduk sabak. so sekolah situ setahun je. 

dah jodoh kot.. usha2 sekali on je terus couple. alhamdulillah. couple dalam 5 tahun lebih lepas tu terus nikah. nikah kira awal jugak la.. masa umur 23 tahun. umur 24 tahun dapat anak sulung.. 25 tahun dapat anak ke dua... dan 27 tahun dapat anak ketiga. dan insyaAllah tahun depan nak sorang lagi. haaa.... kannnnnn.. masa keluar number 3 kata xnak da.. haha... ni nak lagi.. =) =)

semoga terus terusan kita tetap menjadi sahabat yang baik ye. sebab memang dengan husband je tempat share macam2.. cerita ni... cerita tu.. pasal kerja.. pasal itu dan ini. hahaha. 

Tuesday, October 2, 2018

Night shift permanent


Image result for night shift




Sekarang husband kena masuk shift malam kekal.. mula2 rasa macam eh2.. macam mana ye. last2 xpelah kita redha je la.. sebab kalau Allah kata x kan terjadi.. maka xterjadi la ia kan. Perancangan Allah tu sangat2 bagus untuk setiap hambanya..xpe la kita jalan je dengan tawakal dan doa yang berterusan supaya semua nya berjalan dengan lancar.