Sunday, October 14, 2018

Ketenang yang hakiki. =)

dalam kehidupan ni kita yang pilih sama ada nak melalui semua nya dengan kegembiraan atau kedukaan. jika kita lalui setiap liku itu dengan perasaan yang duka maka kita akan sentiasa merasakan apa yang kita ada tak kan pernah cukup dan tenang. semua nya seperti ada je yang tidak kena. masa berjalan dengan laju tanpa kita sedar akan apa yang menguntungkan. kita akan rasa kecewa.. terkilan.. menyesal... lalu kita akan terus berduka dan melara dengan apa yang terjadi..

tapi percaya la.. kalau kita dapat melaluinya dengan kegembiraan dan sentiasa bersyukur.. walaupun sedikit kita akan merasa tenang dan nyaman sahaja setiap detik itu. semuanya indah2 sahaja.. selain usaha yang berterusan kita juga perlu selitkan doa dan tawakal. kita hambaNya.. kita adalah pendosa. saat gembira atau sedih jadikan al-quran sebagai pegangan. usaha mencuri masa untuk mengejar membaca dan menhayati setiap ayat2 yang terkadung didalam nya..

sungguh.. jika kita sentiasa ingat Allah disaat senang mahupun disaat sukar.. pasti apa pun keadaan kita dapat memlaluinya dengan keadaan yang sentiasa baik-baik sahaja. kehidupan ini pun kita tak tahu apa yang akan datang esok hari. jadikan al-quran sebagai pegangan kehidupan seharian kita. aku bukan la baik mana.. tapi aku sedang cuba perbaiki diri.. terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan selama hidup didunia ini.