Saturday, October 20, 2018

service tunda kereta PERCUMA

Image result for towing kereta free


tahu kah kita bila kereta kita mengalami sebarang kerosakan atau kemalangan kita boleh hubungi insurance kenderaan yang kita telah bayar setiap tahun. dan service itu adalah PERCUMA tertakluk kepada perjanjian kita semasa memperbaharuinya. sebab tu masa kita nak renew road tax kena tahu insurance yang kita bayar tu cover apa. kalau cermin tu selalu nya memang kena tambah la. maksud aku yang kita bayar tu kita kena tanya apa yang boleh di cover apabila berlaku apa2 nanti.

contoh macam yang terjadi dekat husband aku baru2 ni. 2 hari lepas... masa tu dia baru habis kerja malam. aku duk la tunggu2 dia.. last2 pukul 12.30 tengah hari dia call bagitahu yang tayar kereta pecah dekat highway kesas dekat petronas. aku pulak nak masuk kerja shift pukul 2pm. buntu sekejap.. dia bagitau jet kereta da loss habis.. nak tukar tyre spare susah sebab memang xjalan jet tu. dia try pinjam dekat orang2 semua xde dan mungkin xde siapa nak bagi kot. mungkin nak cepat ada hal lain.

kesian suami masa tu. da la handset xbawak sebab dia time kerja memang xboleh pakai. kerja malam pulak tu. so dia pinjam phone orang yang dekat petronas tu je. nasib baik la kejadian tu jadi dekat situ. last2 dia kata cuba call kan etiqa tanya sebab rasanya macam leh dapat servies towing kereta percuma. aku call2 bagi details semua dan dia kata aah memang boleh... terus legaaaa.... fuhhhh.. alhamdulillah ada pun jalan nya. dia inform dalam masa 30 minit-1 jam akan sampai.

kereta aku pakai insurans etiqa.. dan dia kata cover 200km untuk penghantaran ke bengkel.. tapi ni lupa la setahun ke atau macam mana.. dia kata lepas je naik kereta towing tu.. kalau ada tol kita yang kena bayar.. dan bengkel ikut la kita nak pilih atau nanti dia akan bawak kan ke bengkel yang terdekat dengan tempat kejadian. so pandai2 la kita buat keputusan ye. masa call insurans nak mintak tolong tu.. tanya betol2 la.. macam aku.. aku tanya banyak kali. dan memang FREE.. xpayah bayar apa2.. ye la services towing kan beratus jugak. huhu. tanya sekali berapa jarak cover ke bengkel tu.

lepas insurans amek details semua2 pasal kereta dekat mana.. kena tunggu pihak towing pulak call untuk pengesahan. dan lepas tu tunggu la diam2 sampai dia datang. masa dia sampai.. tanya betol2.. ni ke towing yang dari pihak insurans tu. kang xpasal2 pulak salah orang.. habis kena bayar pulak.. huhu. lepas dan settle towing datang dan sampai bengkel.. kena sign form dari pihak towing sebab dia nak kena hantar ke pihak insurans. dan guna servies towing ni NCD xberkurangan ye. kerosakan x kacau NCD.. tapi kalau kemalangan memang kacau NCD.