Monday, July 28, 2014

Perbezaan untuk yang kedua

tahun ni masih lagi beraya bertiga. tahun 2012 beraya berdua.. tahun 2013 bertiga.. tahun 2014 bertiga jugak.. insyaallah tahun 2015 berempat pulak. xdapat bayangkan kalau anak dah masuk 2 orang. masa mengandungkan hana dulu berat badan aku memang naik banyak sangat. start mengandung 63kg last nak bersalin 85kg. sangat seram.. melampau sangat naik nya. takut tengok diri sendiri..

untuk second baby ni.. berat sebelum mengandung 63kg.. sekarang baby dah masuk 4 bulan ++ dan berat mama nya naik 2 kg sahaja.. berat baru 65kg.. tu pun puasa turun sekejap ke 64kg. ni dah naik balik ke 65kg. perut untuk second baby ni xnampak sangat. pakai seluar biasa pun boleh lagi. tapi masih mengharap jugak lah kalau boleh masa 9 bulan nanti berat ke 75 je paling maximum.. mintak2 lah..

bukan apa.. sebabnya penat jugak nak turunkan berat badan ni. tu pun nasib baik hana minum susu badan. lepas tu rajin2 pump susu. jadi cepat lah berat turun. dan aku amek supplement shaklee. memang berkesan.. cepat je turun berat. lepas je berat dah 63kg balik.. tup.. tup.. mengandung lagi.. hahaha.. nak buat macam mana dah rezekikan. mana boleh tolak.. saje bagi hana kawan.. kesian dia main sorang2.

lagi 2 bulan dah kena tukar uniform kerja ni. kena buat baju mengandung. tahun lepas pinjam orang punya. tahun ni macam nak buat sendiri. selesa sikit. masa anak pertama.. 4 bulan dah tukar baju mengandung. sebab baju kurung tu zaman anak dara. so ketat dan sendat. yang ni baju kurung lepas bersalin kan hana. besar sikit lah. sebab tu masih muat dan selesa bila pakai.. xde lah senak perut tu..

alhamdulillah.. mengandung kali ni pun xde kena alahan yang teruk2. bersyukur. bukan semua ibu2 mengandung terlepas dari alahan semasa mengandung. kesian tengok.. dengan xlalu makan.. dengan kena muntah2 lagi.. dengan perut ada baby lagi. kesian sangat. cuma masa first time tu aku kena masuk ward sebab sakit pinggang.. sampai xboleh berjalan.. tu je yang teruk. first time jadi macam tu.

p/s : semoga selamat melahirkan second baby. xtahu lagi girl atau boy. =)


Saturday, July 26, 2014

Kerja hari raya..




dah hari sabtu dah. alahai sekejap sangat rasa nya masa berlalu. sedar xsedar dah nak dekat raya. tahun ni kerja time raya. esok ahad malam raya kerja malam first night. lepas tu raya pertama kerja second night. so pagi raya boleh lah beraya. tahun ni memang teringin sangat nak makan rendang.. ketupat. lemang. mintak2 lah dapat. baby nak sangat makan.setiap hari terbayang2.. =)

hari selasa sleep day.. pun boleh pergi beraya lagi. balik kompem kepala aku ting tong. lepas tu rabu kerja sebab xcukup staffkan. khamis kerja jugak. lepas tu jumaat-ahad baru dapat cuti. alahai sedihnya... nak buat macam mana kan.. dah kerja macam ni. kalau xkerja tahun ni.. tahun depan. eh tahun depan xnak lah. baby baru 6 bulan kot. kesian kalau pilih kerja tahun depan... no.. no..

p/s : nak rendang.. nak lemang.. nak ketupat... sabar ye baby.. hihi.. =) selamat hari raya semua. hati2 balik kampung. malam raya kompem sebak dengar takbir dekat pharmacy.. uwaaaa...


Saturday, July 12, 2014

Rindu hana masa baby.



alaahi rindu masa dia baby. masa ni dia xpandai meniarap lagi. pandai nya menangis bila lapar. menangis bila xselesa akibat daripada diapers yang dah penuh atau ada bahan buangan. lepas tu tersenyum bila di agah2. rindu.. mama rindu hana masa ni. tu lah masa dia time cam gini sibuk dan xsabar nak dia meniarap.. nak dia berjalan kan. haha. sekarang amek kau. xterkawal dah.. habis sepah umah. stress sangat okey.

tadi masa aku nak siap2 pergi kerja.. aku berdiri mengadap cermin. si kecik ni sibuk berdiri sebelah aku. duk mintak beg aku. nak tarik xsampai.. duk lah.. uh..uh..uh.. ahhhh.. last sekali bila dah bengang. aku buat derk je. last2 tanpa aku sedari.. hoi... dia gigit peha aku. anak oh anak.. hebat nya... hahahaha. terkejut aku... nak cubit tapi kesian pulak. aku sergah je.. tapi dia balas dengan senyuman. cair mama !!


tu lah masa berlalu pantas sangatkan. diam xdiam dia pun dah 1 tahun 1 bulan. sekejap je aku rasa. walaupun dah besar cikit.. aku tetap anggap dia baby lagi. kalau sebut kasut.. dia cari kasut dia. tahu kalau orang nak keluar rumah. mengelabah cari kasut suruh pakai kan. tu kadang2 buat aku tersenyum. kalau ajar benda baru cepat dia tangkap. terus ingat dan praktis.. laju betul dia ikut.. kelakar pun ada.

diam xdiam jugak.. xlama lagi dia pun nak ada adik. insyallah kalau dah memang rezeki bulan 12 due nya. macam mana lah ye hana kalau jadi kakak. dia sayang sangat dekat bear dia. duk cari kalau orang panggil BU mana.. BU mana. haha. ni memang lawak. kadang2 dia peluk kuat sangat. peluk dengan penuh kasih sayang. dia senyum.. dia ketawa.. emmm.. bahagia nya. nikmat dunia.. =) syukur.. =) =)



walaupun rindu masa dia baby. tapi tetap gembira melayan kerenah dia dari hari ke hari. semua tu kenangan yang terindah. mengamuk.. menangis.. menjerit.. ketawa.. senyum... indah nya ciptaan Allah. sedih tengok gambar yang orang share pasal GAZA..gambar anak kecik dan baby meninggal. menyentuh naluri keibuan sungguh. sesungguhnya anak itu amanah.. dan ALLAH pinjam kan dekat kita.bila2 masa je DIA boleh ambik balik. lumrah kehidupan. tak siapa yang boleh halang walau sesaat pun.. mati itu pasti.

yang hidup pasti akan mati.  semoga aku mampu menjadi mama yang baik dan dapat berikan didikan yang terbaik. supaya bila aku pergi dulu.. dia boleh sedekahkan al-fatihah setiap hari dekat aku. dan bacakan yasin selalu... =( =( xtahu qada dan qadar.. redha je. berat hati menerima.. berat lagi bahu yang memikul. =( =( al-fatihah kepada umat islam dekat sana yang dah pergi dulu. =( =(

Kari ayam + laksa..





hari ni ada kerja cikit. pagi2 dah gerak keluar rumah. balik rumah pukul 8 malam. berbuka dalam kereta je dengan suami. habis 1 tin air dan 1 botol air. glup... lega... =) alhamdulillah.. masih mampu bertahan. =) balik2 sampai rumah terus capai pinggan duduk dekat meja makan. mak masak kari ikan. disebabkan perut dah penuh dengan air. jadi nya makan sekali je. xde tambah2 nasi. emmm sedap nya kari mak. menjilat jari. letak kicap cikit... fuhhh... memang terbaik lah. ha bila nak pandai masak ni?? malas betul .




lepas tu mak masak laksa.. terbaik laksa mak. memang kelmarin tekak ni teringin sangat makan laksa. alhamdulillah dapat jugak. sebenarnya aku xberapa suka laksa. entah kenapa mengandung anak num2 ni macam2 pulak nak. lain anak lain ragam nya kan.. apa boleh buat.... tapi laksa tu bungkus makan waktu kerja lah. hari ni kerja malam. walaupun berjaga dari pukul 7 pagi tapi tetap cergas lagi aku pagi2 buta ni. esok entah lah.. huhu. otak banyak sangat berfikir.. mana nak mengantuk nya.

dalam banyak2 makanan aku xtahu lah kenapa dan mengapa aku teringin makan corn flakes. tapi yang madu lah. lepas tu susu tu nak sejuk2 dalam peti ais. pelik2. sampai mimpi. terus ajak suami pergi beli. bila buka puasa dapat makan terus rasa nikmat yang xterhingga. layan habis makan. sejuk je rasa air susu tu masuk dalam mulut dan melalui tekak ni. sampaikan sahur pun makan lagi. makan nasi.. lepas tu makan benda alah tu. ha lepas ni xtahu lah nak makan apa pulak. hai anak.. jangan mintak bukan2.


Thursday, July 10, 2014

Tak nak makan nasi.. hmmmm




sekarang ni malam2 kalau tidur macam panas. hana memang basah je baju dia. last2 sebelum tidur aku bukak kan baju dia... baru lena dia tidur. dia tu bukan boleh panas cikit. mengamuk je. dia nak sejuk2 je. haish... nasib anak sendiri. kalau anak orang lain.. aku gigit je.. haha. jahat sangat kan. kejam. diam xdiam dah minggu ke 2 kita berpuasa. alhamdulillah setakat ni masih mampu berpuasa penuh. berazam xnak tinggal puasa. nak puasa penuh. senang tahun depan xpayah ganti.

sekarang ni hana dah pandai ajak berborak. entah bahasa apa dia pakai xtahu lah. kadang2 layan kan je. tapi kalau dia nak sesuatu tu.. nak jugak. hai geram pulak aku tengok. main2 ye. kang mama gigit kang. ada sekali tu bukan main mengamuk lagi. sebab dia nak main pump susu aku yang dekat atas almari. ayah dia selalu kalah dengan dia. menyampah. last2 bila ayah dia bagi dia.. terus diam. aku geram aku gigit lengan dia. tapi budak2 kan mana lah paham sangat. gelak je lah... huhu.

sedih sebab dia xnak makan nasi langsung. puas dah ubah menu. xnak jugak. dia jadi macam tu sejak dia baik dari kena cirit birit yang teruk tu. sejak2 dari tu nak minum susu je. cepat jugak lah susu dia habis. 900gm tu adalah tahan 5 hari je. huhu. xpe lah sebab nasi xnak makan.. jadi nya ganti dengan susu je lah. tapi risau jugak sebab susu je kan. kadag2 geram je. nak2 suap time2 puasa ni. hana.. sedap tau nasi yang opah masak ni.. kenapa lah xnak makan.. geram je mama tengok nasi ni..

p/s : macam2 kan ragam anak ni. emmm kena banyak bersabar lah. nak buat macam mana. redha... =)

Saturday, July 5, 2014

hari ni hari sabtu..

hari ni berbuka dekat hospital. sebab kerja petang. terima kasih mak sebab sudi hantarkan nasi ambeng. entah lah aku baru tau nasi ni masa duduk dekat sabak bernam. dulu masa dekat kuantan sumpah xtau apa benda nasi ni. hihi. tapi bila cuba memang sedap. =) xpe2 kita belajar makan.. kalau tekak boleh terima.. okey lah. kalau tekak xboleh terima suka hati.

terasa perit sangat tekak sebab batuk dan selesama. xpe sakit tu penghapus dosa2 kecik. redha je. nak makan ubat.. mengandung pulak. bukan xnak.. tapi berjaga2. kesian dekat anak. sayang dia.. =) yeahh bulan 12 insyaallah hana nak dapat adik. dah start panggil dia kakak dah. dan dia pun respon je bila aku panggil dia kakak. good... hana anak solehah.. =)

selamat berpuasa semua =)