Saturday, July 12, 2014

Rindu hana masa baby.



alaahi rindu masa dia baby. masa ni dia xpandai meniarap lagi. pandai nya menangis bila lapar. menangis bila xselesa akibat daripada diapers yang dah penuh atau ada bahan buangan. lepas tu tersenyum bila di agah2. rindu.. mama rindu hana masa ni. tu lah masa dia time cam gini sibuk dan xsabar nak dia meniarap.. nak dia berjalan kan. haha. sekarang amek kau. xterkawal dah.. habis sepah umah. stress sangat okey.

tadi masa aku nak siap2 pergi kerja.. aku berdiri mengadap cermin. si kecik ni sibuk berdiri sebelah aku. duk mintak beg aku. nak tarik xsampai.. duk lah.. uh..uh..uh.. ahhhh.. last sekali bila dah bengang. aku buat derk je. last2 tanpa aku sedari.. hoi... dia gigit peha aku. anak oh anak.. hebat nya... hahahaha. terkejut aku... nak cubit tapi kesian pulak. aku sergah je.. tapi dia balas dengan senyuman. cair mama !!


tu lah masa berlalu pantas sangatkan. diam xdiam dia pun dah 1 tahun 1 bulan. sekejap je aku rasa. walaupun dah besar cikit.. aku tetap anggap dia baby lagi. kalau sebut kasut.. dia cari kasut dia. tahu kalau orang nak keluar rumah. mengelabah cari kasut suruh pakai kan. tu kadang2 buat aku tersenyum. kalau ajar benda baru cepat dia tangkap. terus ingat dan praktis.. laju betul dia ikut.. kelakar pun ada.

diam xdiam jugak.. xlama lagi dia pun nak ada adik. insyallah kalau dah memang rezeki bulan 12 due nya. macam mana lah ye hana kalau jadi kakak. dia sayang sangat dekat bear dia. duk cari kalau orang panggil BU mana.. BU mana. haha. ni memang lawak. kadang2 dia peluk kuat sangat. peluk dengan penuh kasih sayang. dia senyum.. dia ketawa.. emmm.. bahagia nya. nikmat dunia.. =) syukur.. =) =)



walaupun rindu masa dia baby. tapi tetap gembira melayan kerenah dia dari hari ke hari. semua tu kenangan yang terindah. mengamuk.. menangis.. menjerit.. ketawa.. senyum... indah nya ciptaan Allah. sedih tengok gambar yang orang share pasal GAZA..gambar anak kecik dan baby meninggal. menyentuh naluri keibuan sungguh. sesungguhnya anak itu amanah.. dan ALLAH pinjam kan dekat kita.bila2 masa je DIA boleh ambik balik. lumrah kehidupan. tak siapa yang boleh halang walau sesaat pun.. mati itu pasti.

yang hidup pasti akan mati.  semoga aku mampu menjadi mama yang baik dan dapat berikan didikan yang terbaik. supaya bila aku pergi dulu.. dia boleh sedekahkan al-fatihah setiap hari dekat aku. dan bacakan yasin selalu... =( =( xtahu qada dan qadar.. redha je. berat hati menerima.. berat lagi bahu yang memikul. =( =( al-fatihah kepada umat islam dekat sana yang dah pergi dulu. =( =(

0 comments: