Saturday, March 29, 2014

Nebulizer pertama..


Semalam bawak hana pergi hospital. Sebab mak cakap badan dia panas. Cek suhu kat rumah 38•c.. Xpe. Pas isyak kita pergi ye. Dia pun merengek2 je xsedap badan. Mak cakap.. Dia main2 jap lagi kalau dia penat dia landing sekejap. Nasib baik masih aktif.

Start demam malam khamis lagi. Malam rabu tu badan dia debar2 je. Malam khamis tu dia xboleh nak tidur sangat sebab macam ada kahak je. Rimas kot. Bagi ubat macam biasa. Tapi semalam bawak jugak sebab risau.. Badan dia panas sangat. Kesian tengok.

Disebab kan kahak dia menganggu dia punya tidur.. So doctor suh buat nebulizer. Amek gas. Aku pun okey je. Sebab kesian sangat dah tengok dia time nak tidur malam2. Lepas je amek nebulizer tu malam semalam dia lena je tidur. Alhamdulillah.. Lega..

Doctor bagi supp voltaren dekat dia. Sebab badab dia panas sangat. Alhamdulillah.. Temperatue dia turun. Xde lah dia meragam sangat. Tapi masa dia buat nebulizer dia bising jugak lah.. Meraung sekuat hati dia. Mama xpeduli pun. Janji hana sihat..

berat dia dah turun 0.1kg. Sebab dia xlalu nak makan. Minum susu pun 2 botol je masa aku xde dengan dia. Bila aku ada. Dia nak melekat je. Nak manja2 lah tu. Alhamdulillah hari ini ayah dia kata dia dah okey cikit dah... Hana cepat sihat ye sayang. =) 

Thursday, March 27, 2014

Bersyukur =) =)





good morning.. =) 27.3.2014.. alahai sekejap nya masa berjalan. kadang2 macam xsedar. tapi bersyukur masih bernafas dimuka bumi ini. dapat melihat insan2 kesayangan. emmm... alhamdulillah. semoga kehidupan lebih bermakna serta dapat berbakti semaksimum mungkin kepada insan2 yang tersayang. Terima kasih Ya Allah... diatas kurniaan Mu yang terbaik dan terindah ini... bahagia =)

Sebaik mana pun perancangan kita.. perancangan dari Allah lagi terbaik dari perancangan hamba Nya. kadang kala kita tersungkur dalam dugaan. tapi sedar kah kita.. semua itu di atas kemampuan kita. setiap dari kita xkan pernah sama kekuatan yang dimiliki. atas sebab itu.. kita sebagai hamba Nya saling memerlukan untuk melengkapi setiap kelemahan masing2.




Thursday, March 20, 2014

Seram2 sejuk




Nak cerita seram2 cikit ni.. Dulu duduk dekat komuteraya seksyen 19. Cerita bermula begini. Penah sekali masa tu aku  nak masuk umah. Baru balik kerja. Baru2 kawin.. irdina xde lagi. Jiran sebelah depan umah aku tu tegur...

"Awak ada anak kecik ker? Saya pernah dengar bayi menangis lah" dengan muka konfident aku jawab lah "xde encik.. Kiteorang baru kawin.. Oh tu anak sedara kot.. Sebab hari tu diaorang tidur sini" tapi nervous gak...

Aku senyum2 mintak diri masuk rumah... Dia pun masuk rumah. Bila masuk je rumah meremang bulu roma aku. Dah lah masa tu encik iwan balik rumah kul 10 malam time kerja rhb bank. Masuk bilik kunci bilik.. Pasang yasin

Lepas tu bila dah da irdina. Masa tu baru balik dari kampung. Tetibe ada patung perempuan magnet melekat kat dapur.. Rambut dia dipintalkan. Seram okey. Kenapa.. Mengapa dan apakah. Dah lah pukul 12 tengah malam.

Encik iwan terus cabut baling dekat bawah. Ya Allah.. Seram nya. Mintak2 lah  xde pape. Lepas tu kalau duduk dalam bilik.. Selalu rasa macam ada orang dekat ruang tamu. Oh seram.. Selalu gak mimpi ular hitam.. Takuttt...

Lepas tu kadang2 malam dengar guli jatuh.. Dengar orang tarik2 kerusi. Bila tidur malam memang kunci bilik punya. Lepas mak abah duduk citu baru semua tu xde dah. aku baca jugak yasin.. Tapi makhluk tu xnampak kan...

Paling xbest.. Bilik tidur selalu rasa macam panas2. Kenapa entah. Seram melebih je kan. Perasaan je tu. kadang2 nak buat xtahu.. Tapi kadang2 risau jugak. Takut melarat kan...cerita dekat encik iwan.. Kadang2 je dia percaya.

orang kata kalau rasa macam tu elok pergi jumpe ustaz.. Sebab mata kasar xnampak kan. Tengok lah kalau free kang pergi lah. Dan alhamdulillah sejak pindah rumah ni.. Perasaan yang masa duduk komuteraya tu dah xde.. Lepas tu rasa tenang je. Emmmm... Berdoa semoga semua nya selamat... 


Rezeki dari Allah..




Alhamdulillah setelah sekian lama impian nak kerja dekat dengan encik suami akhir nya terlaksana. Dulu dia kerja semu belah2 KL tu.. Paling last kat petaling jaya... Tapi still kena nek public transport. Sebab di kata kalau nek kereta xlalu nak hadap jem hari2.

 Lagi pun tol lagi.. Parking kena rata2. Sebab kalau parking dalam mahal. So lebih baik nek public transport. Tapi xlama kerja citu sebab ada masalah masa depan. Hukum hakam yang xpasti. Nak buat darah daging kan. Sekarang dah xkerja bank dah.

Yang aku perasan bila dia kerja dekat bank. Dia stress je memanjang. Dia jenis yang perahsia. Aku jenis xamek port. Haha.. Boleh?? Janji cukup semua. Dia pun mengakui.. Tekanan ditempat kerja2 itu amat sangat dan Sangat2. Nak2 bahagian sales.

Bukan xnak. Pengalaman dia banyak tapi tu lah.. Asyik terjadi macam2 hal. Terlalu banyak. Lupa kan lah. Diri sendiri je yang merasainya. Dia beralih arah ke digi pulak. Dekat HQ.. Yang best nya dekat dengan rumah dan dekat dengan aku lah. Pasni Leh lunch sama2.. 

Dekat 3 hari duk interview. Alhamdulillah dia terpilih. Semoga dengan ini.. Kehidupn makin bertambah okey. Dugaan semua nya bersebab. Yang penting jangan lupa kan Allah xkira masa kita senang atau susah. Alhamdulillah.. Syukur dia beralih arah...

P/s: apa pun yang terjadi saya ada untuk awak. Tolong angkat awak bila awak hilang arah.. Oh mampu kah?? Huhu. Jom kita diet sama2 sayang. 



Happy xterkata




Semalam encik iwan ajak pergi LHDN.. Nak settle kan urusan dia. Alahai dah janji kena lah tepati. Walaupun mata mengantuk akibat hana irdina merengek tetap gagah kan diri untuk teman encik suami. Nak manja2 pulak2... Alololo..

Bangun2.. Mandi.. Hana kena tinggal dengan opah dan tokwan sebab mam dan ayah nak dating.. Eh xde lah sebab nak cepat. Alahai nak cari parking penuh je. Dalam bangunan plaza perangsang tu penuh je parking. Stress sangat2 okey.

Last2 parking per entry rm2.. Jauh nak menapak.. Dekat sebelah maybank. Xpe redha je.. Panas. Jalan pegang tangan dia kuat2. Saje nak feeling zaman xde anak. Oh rindu nya.. Hihi. Dah ada anak mana nak sempat nak pegang2 tangan.

Oh sebenar nya nak nak bagitau... Saje try sua jean masa zaman anak dara. Mak ai.. Macam xpercaya dah muat. Yahooo ya bedabedu. Akhirnya setelah 10bulan.. Akhirnya muat jugak. Ni yang semangat nak turun kan sampai 60kg ni.. Tunggu..

Berat start kerja: 56kg
Berat lepas tunang: 58kg
Berat lepas kawin: 60kg
Berat sebelum ngandung: 63kg
Berat last ngandung 18.5.13: 85kg
Berat lepas bersalin 22.5.13: 75kg
Berat sekarang lepas 10 bln : 64kg

hana lahir kedunia : 19.5.2013

Tinggi aku 162cm.. 

Aku nak turunkan sampai 60kg. Bila badan besar ni rasa macam malas dab cepat letih. Lagi pun prinsip aku kurus untuk sihat. Yeaahh... Yes lagi 4kg je lagi.. Kena gigih ni. Target 1 bulan dari sekarang... 60kg tunggu aku datang!! Encik iwan pesan jangan kurus melampau. Nanti xbest... Macam papan katanya... =)

Perangai baru..




Sekarang ni kalau siap2 nak pergi kerja shift pagi atau ofice hours.. mesti hana akan terjaga. Dia macam tau2 je nak kena tinggal. Mula2 nak bangun g mandi dia tidur lagi.. Lepas tu lama2 masa nak siap2 dia dah terjaga..

Bangun senyum2... Gelak2.. Pusing2 katil..lepas je tengok aku siap2. Time aku xsiap lagi.. Tengah tepek krim dan bedak dia lek lagi.. Tapi time aku start pakai tudung.. Dia dah merengek2. Amboiii pandai nya dia..

Pastu pas kan kat opah dan tokwan dia.. Mama pun pergi kerja dengan hati yang kental.. Sila jangan toleh belakang.. Jalan je.. Nanti lagi parah. Sejak dia dah besar ni macam2 perangai dia. Anak oh anak. Manja tau... 

Wednesday, March 19, 2014

10 bulan



Hari ni genap anak perempuan tunggal aku berumur 10bulan. Alhamdulillah.. Bersyukur diatas nikmat sementara hidup didunia ini. Masih diberi peluang untuk menatap muka dia setiap hari. Melihat segala macam ragam dia. Melihat perkembangan dia. Indah sungguh ciptaan Nya.

Bukan senang untuk membesarkan amanah ini. Bermula dari seketul daging.. Sehingga kan saat tiba dia untuk dilahirkan diatas muka bumi ini.. Hanya Allah yang mengetahuinya. Terima kasih ya Allah.. Kerana diberi kesempatan untuk merasainya. Fitrah wanita untuk melahirkan anak. 

Dulu aku perempuan yang pengecut.. Sebab aku xsuka untuk merasai kesakitan. Sakit itu sangat xbest. Tapi demi anak ini.. Aku redah semua nya. Aku harus kuat. Kuat untuk dia melihat dunia dan menceriakan kami. Akhirnya..oh xpercaya... Aku mampu lakukan... Syukur.

Aku tetap percaya setiap apa yang berlaku telah ditentukan. Siapa kita untuk menidak kan qada dan qadar. Pandangan tanpa tindakan umpama tin kosong. Huh.. Mudah untuk berkata.. Tapi sejauh mana kita melakukan?? Andai indah kabar dari rupa.. Berdiam lah. Meluat dengan omongan kosong. Luahan hati sekian lama. 


Tuesday, March 18, 2014

Hana dah nak 10 bulan






18.3.2014.. esok 19.3.2014.. makna nya esok umur hana irdina genap 10 bulan. alahai sekejap je rasa nya. sekarang dia dah pandai merangkak. dia dah maju satu step then undur balik untuk merangkak. mula2 dia mengiring.. lepas tu dia belajar meniarap. lepas meniarap.. dia belajar untuk bergerak... tapi dengan cara mengesot. lahu sangat.. pakai baju semua kotor. habuk. lepas tu dia belajar untuk duduk. lepas dah pandai duduk dia terus nak berdiri. eh merangkak xlagi dah nak berdiri. masa dia berdiri.. dia dah try nak lepas2 kan tangan dia. jatuh dia buat lagi.. lepas tu jatuh buat lagi...

lepas dah belajar yang tu.. baru dia nak pandai merangkak. ha laju jugak lah dia merangkak. lepas dah boleh merangkak.. dia dah lupa nak buat step untuk berjalan. xpe lah hana.. janji hana sihat dan ceria selalu ye. sekarang ni gigi dah ada 4 batang. 2 atas dan 2 bawah. gigi atas dia tu jarang.. hukhuk... sedih mama. bila dia senyum.. alahai jarang gigi nya. setakat ni kalau bagi dia direct feeding sekali je dia pernah tergigit. tu pun aku tengok dia tengah berangan.. sebab lepas tu dia senyum je.dia buat muka manja.. muka xbersalah. muka mintak peluk dia kuat. muka pujuk mama... huhuhu...

sempat jugak lah aku tertampar dia.. hahaha.. terkejut punya pasal. lepas2 tu dia xbuat dah. aku cakap baik2. hana.. jangan lah gigit. sakit tau mama. kalau hana gigit.. mama xnak bagi hana dah. tapi tu cuma ugutan manja je. mana boleh xbagi dia kan. kesian. dia minum susu formula kalau aku pergi kerja je. kalau aku ada dekat rumah.. aku bagi je direct. malas nak bancuh susu. tapi kalau aku puasa ke.. aku xlarat. aku bagi dia susu formula. susu lactogen.. lactogen langkah 2. harga dekat speedmart rm10.50 untuk yang 350gm. 350gm tu tahan lah 5 hari gitu... malam bagi direct je...

setakat ni dia xde masalah dengan susu tu. xde pulak dia cirit.. xde pulak dia sembelit. cari susu yang murah2 je. nasib baik dia okey je. lepas tu dia kuat jugak makan sekarang ni. dulu doctor pakar tu cakap... kalau boleh bagi dia makan ikut waktu orang dewasa.. jangan banyak.. tapi kerap. 3 kali sehari lah kena makan. yang aku perasan. kalau dia lapar... dia mengantuk dia akan meragam.. meragam yang xnak diam2 dah. huhu. satu lagi kalau dia xsihat lah... kalau hidung dia tersumbat lagi lah dia meragam2. kesian jugak tengok dia... pastu malam2 xnak tidur. stress jugak malam kalau dia x tidur

lepas tu kalau letak dia dekat lantai... dengan pantas nya dia tolong kemas kan rumah. kadang2 habis semua dia selongkar. aisyhhh. lepas tu mulut dah bising... asyik nak membebel je.. oh itu ikut mama dia. yang paling kelakar kalau dia takut dengan orang yang baru di jumpa.. kalau time tu tengah dukung dia.. automatik dia dengan sedaya upaya sorok muka dia dekat dada. alololo.. sweet nya. dari dulu sampai sekarang dia memang xsuka digomol. cukup pantang. iklan yang paling dia suka... iklan whoope dan iklan paya bakau tu.. yang ada ikan tu... kalau ada iklan tu... dia terus toleh tengok tv..



p/s : semoga hana iridina membesar dengan baik dan menjadi anak yang solehah.. amin.. dah ada anak sendiri ni baru lah rasa penat lelah nak besarkan dia... tapi tetap bersyukur diatas kehadiran dia dalam hidup aku. sayang dia sangat2. 

Monday, March 10, 2014

Berkerja adalah ibadah





hari ni hari ahad.. kerja shift... makna nya sabtu ahad bukan lah hari yang ditunggu2 untuk menghabiskan masa bersama family. hari sabtu sememang nya nipis harapan untuk mendapat off. bergantung kepada kerja malam yang bernasib baik. hari ahad pula.. boleh diketogorikan sebagai kena kerja memang nasib lah. sejujur nya... aku xkesah sangat dapat kerja apa. bagi lah aku kerja petang.. pagi.. malam..semua aku okey... tapi kalau ada hal... jujur aku cakap. memang kesah cikit. kerja itu ibadah...

best ke kerja shift ni? kadang2 best. aku punya pandangan 50:50. dimana kalau ada hal sebelah petang.. boleh tukar dengan kawan untuk kerja pagi.. mengikut persetujuan bersama lah.. tanpa ada sebarang paksaan. yang xberapa best.. sabtu ahad jarang sekali dapat bercuti. tapi aku dah tanamkan dari sekarang. xnak berkira sangat. selagi aku mampu berkhidmat dengan ikhlas.. akan aku setuju untuk semua duty. sikit pun xkesah. bila mengeluh cepat2 ingat.. ramai lagi yang menganggur...

kerja mana yang xpenat.. kerja mana yang xberisiko... tapi kita sebagai hamba Nya... kena lah terus berusah untuk memajukan diri sendiri... =) lagi 2.5 tahun nak habis terikat dengan hospital sekarang. kalau rezeki masih terbuka di sini.. di sini lah aku akan habiskan masa tua bersama insan2 yang tersayang. jika bukan disini... itu semua dah takdir... aku percaya akan ketentuan Allah... DIA yang maha mengetahui. semua perancangan Nya adalah yang terbaik.... subhanallah... =) =)



p/s : lagi 5 tahun mak nak balik kampung. mak nak ikut... hihihi... love u mak... tq sangat2.. =) =)


Tuesday, March 4, 2014

Ujian kehidupan... =) =)



teringat masa zaman kesusahan dekat kuantan... sedih sangat masa tu. terpaksa korban kan zaman remaja untuk jaga adik2. puas hati menejrit... kenapa zaman remaja aku xsama dengan insan2 yang lain. dapat buat apa je yang diaorang buat. sapa yang mampu mengerti. aku ingin kan kehidupan sama macam remaja2 lain. tapi mampu ke aku... sedang seronok yang lain tidur... sedang seronok yang lain keluar luang kan masa petang nya... tapi aku tetap dirumah.. menjalankan tanggungjawab sebagai anak...sebagai anak perempuan pertama... sunggguh susah kehidupan pada masa itu...

seawal usia 11 tahun aku diajar untuk berdikari. dilatih untuk mengemas dapur...lipat kain. kemas rumah. ye aku tahu itu dah sememang nya lumrah kehidupan seorang insan yang bernama perempuan. jika diingar suruhan mak. hinggap lah satu cubitan. kadang2 lucu memikirkan. degil nya aku masa tu... tapi dalam2 degil.. aku takut jugak. mak garang sangat masa tu. keadaan semakin kronik masa aku masa form 1. biasa lah kehidupan kan. mak terpaksa keluar mencari perkerjaan. mak nasihat dan ajar aku pulak macam mana nak uruskan adik2 yang masih merangkak lagi...

                     

form 1 mak terpaksa berikan kepercayaan kepada aku sebagai seorang kakak untuk menjaga adik yang masih kecik lagi. kerana kasih sayang yang sangat mendalam aku terhadap keluarga aku bangkit dari mimpi sebagai sorang remaja... aku korban kan seluruh zaman remaja ku. tanggungjawab perlu dilaksankan. siapa lagi yang dapat membantu mak kalau bukan aku. nak tolong bagi duit aku memang xmampu. masih hingusan lagi. mak amanahkan aku untuk jaga adik2. saat paling sedih. buat pertama kali mak keluar adik2 meraung sekuat hati.. aku tarik adik2... pujuk...

'mak nak tolong abah cari duit adik2... jom dengan kak ayu.. kak ayu sayang korang. kak ayu akan jaga korang dari segala macam jenis pun kesakitan' aduh.. hanya hati je yang mampu menangis. aku kena kuat. kalau aku jugak lemah. berdegil.. siapa lagi nak menjaga adik2 kalau bukan aku. bangun dari mimpi ayu.. bangun. kehidupan kau xsama macam yang lain2. ye aku redha dan pasrah. seawal form 1.. aku diamanahkan untuk jaga adik2 dan kenyangkan perut mereka. mak siap kan hidangan makan. aku kerja aku hanya lah gorengkan telur sahaja....



sungguh susah kehiduapan saat tu. abang2 dengan kehidupan masing2... kerja.. belajar. aku lah penjaga rumah. aku yang form 1 ni.. aku xfaham dengan kehidupan zaman masa itu.. lepas tersentak dari lena.. oh itu lah kehidupan. kena kerja.. kena belajar rajin2. baik mak. buat kerja sekolah hanya waktu malam sahaja. mana mampu aku nak buat saat mak bekerja. dua orang adik yang perangai sangat berbeza. xpe kak ayu sayang korang. aku janji dengan ibu nak jaga korang. walau ribut taufan.. amanah dari mak kena laksankan. baik mak.. akan orang jaga sebaik mungkin.

balik sekolah.. rehat sekejap.. petang mak pun pergi kerja. kerja kedai makan. lepas mak pergi kerja. tugas beralih arah. setiap kali mak keluar pergi kerja... setiap kali tu aku tarik adik2. pujuk.. peluk... kak yu sayang adik2 kak ayu. sabar ye adik2. kehidupan yang sangat mencabar. jom kita mandi.. dah petang. seronok bila diajak mandi.. jom makan.. dah makan.. ha main lah.. nanti kak ayu kemas kan balik. dah penat main... nak susu.. nah susu.. susu sambil tengok tv. lena sekejap. bila lena... baru lah aku boleh mandi.. boleh kemas dapur. boleh sidai baju...



mak cakap. mak balik. nak siap semua. semua disini maksud nya.. adik2 dah kenyang. dah mandi. dah minum susu. dah kemas rumah sikit2. budak hingusan form 1. masih belajar uruskan semua dengan lambat. ye aku lambat. baru belajar erti kehidupan... pernah menegeluh. kenapa macam ni. tapi sampai bila nak bersedih. aku kena bangkit dari kesedihan. dan sekarang saat aku kesusahan dan kesempitan. mak abah datang hulurkan bantuan. kesusahan dan kesempitan dari kesalahan dan kebodohan diri masing2. tapi mak abah masih berdiri dibelakang membantu...

"mak abah pesan.. apa yang terjadi.. nak buat macam mana.. kehidupan perlu diteruskan. apa yang terjadi jadikan sebagai pengajaran... ye saat kita susah macam2 orang cakap. mak abah dah lalui macam2 tomahan dan makian dari orang.. kita pandang mata anak. bangun dari lena. usaha sehabis baik" tersentuh hati aku. mudah nya air jernih keluar. terima kasih mak abah. terima kasih Ya Allah. terima kasih atas ujian yang awal ni. sedarkan kami dari mimpi yang panjang ni. kehidupan xselalu nya indah dan cerah. akan ada mendung untuk mendekatkan kita kepada Allah..

terima kasih kepada semua yang membantu. semoga kehidupan semakin bertambah maju dan jaya nya. terima kasih adik2 ku.. sudi membantu... inilah hadiah dari Allah kepada hamba Nya.. apabila didatangkan ujian dia redha.. Allah hadiah kan aku adik dua orang... hadiah kan untuk aku jaga saat mak dan abah dalam kesusahan. dan kini Allah berikan mereka untuk membantu aku disaat aku dalam kesusahan.  terima kasih Ya Allah. alhamdulillah... insyaAllah... kepahitan ini lah yang membuatkan aku kuat. terima kasih mak abah... terima kasih yang xterhingga... alhamdulillah....


p/s : ujian dalam pelbagi bentuk cara. kesihatan.. rezeki.. anak dan apa jua pun. yang penting ujian tu semua nya Allah berikan mengikut kemampuan hamba Nya...





Pernikahan....




Pernikahan atau Perkawinan,

Mengajar kita kewajiban bersama ...
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyid (pembimbing)-nya,
Isteri bagaikan anak kecil, Kamu tempat bermanjanya ..
Saat Isteri menjadi madu, Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun, Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, Berhati2lah meluruskannya ...




Pernikahan atau Perkawinan,
Mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa,
Untuk belajar meniti sabar dan ridho,
Karena memiliki suami yang tak segagah mana,
Justru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Khadijah, yang begitu sempurna didalam menjaga
Pun bukanlah Hajar ataupun Mariam, yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman, yang berusaha menjadi solehah ...





copy dari link