Thursday, March 20, 2014

Seram2 sejuk




Nak cerita seram2 cikit ni.. Dulu duduk dekat komuteraya seksyen 19. Cerita bermula begini. Penah sekali masa tu aku  nak masuk umah. Baru balik kerja. Baru2 kawin.. irdina xde lagi. Jiran sebelah depan umah aku tu tegur...

"Awak ada anak kecik ker? Saya pernah dengar bayi menangis lah" dengan muka konfident aku jawab lah "xde encik.. Kiteorang baru kawin.. Oh tu anak sedara kot.. Sebab hari tu diaorang tidur sini" tapi nervous gak...

Aku senyum2 mintak diri masuk rumah... Dia pun masuk rumah. Bila masuk je rumah meremang bulu roma aku. Dah lah masa tu encik iwan balik rumah kul 10 malam time kerja rhb bank. Masuk bilik kunci bilik.. Pasang yasin

Lepas tu bila dah da irdina. Masa tu baru balik dari kampung. Tetibe ada patung perempuan magnet melekat kat dapur.. Rambut dia dipintalkan. Seram okey. Kenapa.. Mengapa dan apakah. Dah lah pukul 12 tengah malam.

Encik iwan terus cabut baling dekat bawah. Ya Allah.. Seram nya. Mintak2 lah  xde pape. Lepas tu kalau duduk dalam bilik.. Selalu rasa macam ada orang dekat ruang tamu. Oh seram.. Selalu gak mimpi ular hitam.. Takuttt...

Lepas tu kadang2 malam dengar guli jatuh.. Dengar orang tarik2 kerusi. Bila tidur malam memang kunci bilik punya. Lepas mak abah duduk citu baru semua tu xde dah. aku baca jugak yasin.. Tapi makhluk tu xnampak kan...

Paling xbest.. Bilik tidur selalu rasa macam panas2. Kenapa entah. Seram melebih je kan. Perasaan je tu. kadang2 nak buat xtahu.. Tapi kadang2 risau jugak. Takut melarat kan...cerita dekat encik iwan.. Kadang2 je dia percaya.

orang kata kalau rasa macam tu elok pergi jumpe ustaz.. Sebab mata kasar xnampak kan. Tengok lah kalau free kang pergi lah. Dan alhamdulillah sejak pindah rumah ni.. Perasaan yang masa duduk komuteraya tu dah xde.. Lepas tu rasa tenang je. Emmmm... Berdoa semoga semua nya selamat... 


0 comments: