Sunday, September 23, 2018

Office hours... rutin ku berubah...





Sekarang aku dah start masuk balik shift. dah 1 bulan da reshuffle. alhamdulillah berjaya harungi kehidupan kerja office hours. bukan apa sejak 4 tahun ni aku jarang sangat2 masuk kerja office hours. sebab aku ada 1 kereta je nak kena share2 dengan husband. Dan alhamdulillah sepanjang tempoh tu Allah permudahkan urusan aku dan suami untuk pergi dan balik kerja.

mula2 macam berfikir2 jugak macam mana la nanti kan.. tapi syukur sangat2 okey je selama 6 bulan tu kerja office hour. urusan anta anak2 ke pengasuh pun okey je. anta anak2 sama je xde la hari2.. sebab nya husband still lagi ada cuti 2 kali 1 minggu. sabtu ahad jarang2 sangat anta anak2, melainkan kalau kena shift malam je kena book awal2 dengan pengasuh.

Bila kerja office hours anak2 hantar pagi la. anak2 aku xmandikan waktu pagi.. cuma memang akan tukar diapers dan baju lain. sebab sampai2 dekat rumah pengasuh mesti kena tidur balik kan. huhu. so bila kerja office hours ni.. pagi2 husband yang akan hantar kami semua. aku siapkan baju anak2 nak pakai untuk pagi tu dan beg diaorang masa nak ke rumah pengasuh.

Pagi2 husband yang akan siapkan ketiga2 anak2. aku da bagi tugas dekat husband. sebab kalau semua aku nak buat memang xberdaya rasanya.. huhu. so aku memang macam ni. akan terus bagi je apa husband kena buat. xnak buat acah2 hebat last2 stress sendirian.. oh itu bukan aku.. =) =) so selalu nya akan kejutkan husband bila aku da siap mandi.

kiranya masa aku nak siap2 pakai baju semua.. husband siapkan tiga2 anak. bila aku da siap semua.. terus masuk kereta. bukak dan tutup pagar kerja hakiki aku. kalau xde mood baru la husband aku punya kerja.. haha. pagi2 beli roti gardenia 3 ketui untuk anak2 sarapan dalam kereta. wajib supaya perut diaorang teralas sementara sarapan dekat rumah pengasuh.

aku pernah bagi sarapan pagi.. pengasuh kata xpayah.. sebab anak2 akan tidur balik bila da sampai rumah dia. so sejak tu terus aku bali roti je makan siap2 dalam kereta. aku akan paksa semua anak2 makan. lepas settle anak2.. husband akan hantar aku pulak. lepas tu dia balik. time aku rehat aku akan hantar dia ke office dia dekat sunway..

okey la.. sempat dalam 1 jam tu uruskan semua urusan. sebab nak ke sunway banyak sangat2 jalan. time gaji selalu nya dia akan naik grab.. so aku dapat la lunch. kalau lepas2 gaji memang aku yang akan hantar dia. =) =) xpe la.. kena selalu kuat untuk jalankan semua ni. hati kena kental. xpe suatu hari nanti pasti ada kemudahan nya =) =)

begitu la selama 6 bulan kehidupan office hours aku. kena ubah sikit time nya. bila husband off day aku akan lunch dengan kawan2 la. kalau x.. memang itu je kerja aku bila time lunch. makan sama2 dengan husband dalam kereta.. huhu. okey apa dapat la dating dengan dia kan. sesi suap menyuap. hahaha... pernah dekat traffic light ada orang siap pandang2 lagi.. aku senyum2 malu jugak la.. sambil dalam hati kata.. lantak sana la..

p/s : sentiasa berdoa semoga setiap hari urusan dipermudahkan =)


Sunday, September 9, 2018

Awal muharram

alhamdulillah masih di izin kan untuk terus bernafas dibumi ini. lagi 2 hari kita akan masuk tahun baru dalam islam. semoga dengan pertambahan tahun ni kita terus istiqamah dalam melakukan kebaikan.



Amalan Pada Akhir Tahun dan 1 Muharram

Amalan-amalan yang digalakkan pada hari terakhir bulan Zulhijjah sehingga 1 Muharam adalah:
.
1.  Berpuasa pada hari terakhir Zulhijjah.
Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Seutama-utama puasa sesudah puasa Ramadhan ialah puasa Muharam dan seutama-utama solat sesudah solat fardhu ialah solat malam.”  (Sahih Muslim)
 .
.
2.  Berpuasa juga pada hari berikutnya iaitu hari pertama Muharam
“Sesiapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya.”  (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)
 .
.
3.  Membaca Doa Akhir Tahun sebelum waktu Maghrib.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Sia-sialah kami sepanjang tahun ini kerana dia telah memusnahkan usaha kami, hanya dengan masa yang sebentar sahaja.”

 ..

4.  Membaca Doa Awal Tahun selepas solat Maghrib atau pada malamnya.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Telah aman anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”

“Sesiapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu.”  (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)



kredit to blog klik sini

Monday, September 3, 2018

Akhlak diri sendiri

Dulu saya selalu berharap bahagia dari suami, bila harapan diletakkan pada makhluk, maka saya banyak kecewa, marah dan sedih bila suami tak capai standard/piawaian yang diharapkan.

Dalam banyak perkara, saya nak sauami jadi begitu begini, jangan buat begitu begini, jenuh hari-hari saya membebel, marah, sindir suami dan sebagainya, dengan harapan suami akan berubah.

Dalam masa yang sama, saya tak rasa saya bersalah, sebab semua saya ajar suami yang baik-baik, membebel suruh jadi baik, suruh jadi soleh, suruh jadi pimpin anak isteri dan sebagainya perkara yang baik-baik

dimana salahnya saya??

Rupa-rupanya salah saya pada AKHLAK. Allah tidak pandang siapa betul siapa salah, tapi kita sering tertipu dengan "aku betul , kau salah"

Jika "siapa betul siapa salah" jadi ukuran, sudah tentu Nabi saw tak pernah mengaku salah dengan isteri Baginda, yang ketika itu memang Banginda tidak bersalah, tapi tetap juga Baginda mengaku salah.

itulah akhlak yang mulia

Akhlak saya tidak baik, membebel sikap yang tidak baik, marah-marah adalah sifat syaitan, bagaimana saya ingin menyeru hati manusia menjadi baik, sedangkan akhlak saya sendiri tidak baik?

Saya menyeru kebaikan, pada masa yang sama saya suburkan kebencian dalam hati suami dan anak. Sebab itulah bebelan, herdikan, tengkingan, tidak akan jadi "asbab hidayah" untuk orang sekeliling berubah

Membebel, memarahi secara mengking, megherdik, ia bukan kaedah mendidik , sebaliknya ekspresi kemarahan yang dilepaskan oleh nafsu mazmumah dalam diri

Kaedah mendidik manusia, tidak dapat adalah tidak adalah kaedah Nabi yang tersusun cantik dalam sunnah Baginda saw

Akhlak must comes first

Jika tidak akhlak, bahkan membebel meleteri 24jam non-stop sekalipun, tiada yang terpikat untuk berubah menjadi lebih baik

Perkara yang baik perlu diajak dengan kebaikan, bukan dipaksa dengan kebencian dan hati yang panas membara. Tiada jiwa manusia yang tenang saat sedang membebel

Dimarahi, dileteri, ditengking, dihina, diherdik, tak ada jiwa manusia yang suka perkara begini, tapi semua membenci. Asbab itulah Baginda tidak mendidik dengan kaedah yang dibenci oleh fitrah manusia ini, kerana ia menjahan dan merosakkan hati-hati yang baik

Di satu ketika apabila saya muhasabah diri, saya "pejam mata" akan kekurangan suami, saya mula bicara dengan Allah kembali, saya letakkan harapan pada Dia Yang Satu, saya ubah diri sendiri tanpa pedulikan ingin mengubah suami atau orang sekeliling

Hebat Allah Ta'ala, ila saya fokus ubah diri sendiri , Allah tak semena-mena mengubah suami saya.

Dulu saya penat lidah, penat emosi, penat mental membebel setiap hari, tapi sebaliknya keburuka yang saya dapat, bergaduh siang malam, hati tak tenang, stress, jiwa kacau, tapi once saya ubah diri saya, baiki solat awal waktu, baiki akhlak sendiri, baiki hubungan dengan suami, fokus didik anak, tanpa sepatah kata, Allah telah ubah dia, malah jauh lebih baik dari apa yang saya mahukan selama ini

Beliu jaga solat berjemaah 5 waktu di masjid , makin banyak luangkan masa dengan aak-isteri, berkasih-sayang, berlumba-luba khidmat dalam rumahtangga, tiada lagi sikap berebut malas, bersama-sama berpimpin tangan berganding bahu, lead anak buat khidmat diluar rumah, jaga amal, ikram ahli keluarga, infaq sana sini.. masya Allah..

Benarlah Allah kata, "jika kamu bersyukur, maka Aku akan tambah nikmatKu kepadamu, namun jika kamu kufur, sesungguhnya azabKu amat pedih (QS, 14:7)

JANGAN UBAH PASANGAN KITA... TAPI UBAH DIRI KITA...


credit : komen di ruang FB ... MOHAMED BETUL