Sunday, September 9, 2018

Awal muharram

alhamdulillah masih di izin kan untuk terus bernafas dibumi ini. lagi 2 hari kita akan masuk tahun baru dalam islam. semoga dengan pertambahan tahun ni kita terus istiqamah dalam melakukan kebaikan.



Amalan Pada Akhir Tahun dan 1 Muharram

Amalan-amalan yang digalakkan pada hari terakhir bulan Zulhijjah sehingga 1 Muharam adalah:
.
1.  Berpuasa pada hari terakhir Zulhijjah.
Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Seutama-utama puasa sesudah puasa Ramadhan ialah puasa Muharam dan seutama-utama solat sesudah solat fardhu ialah solat malam.”  (Sahih Muslim)
 .
.
2.  Berpuasa juga pada hari berikutnya iaitu hari pertama Muharam
“Sesiapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya.”  (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)
 .
.
3.  Membaca Doa Akhir Tahun sebelum waktu Maghrib.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Sia-sialah kami sepanjang tahun ini kerana dia telah memusnahkan usaha kami, hanya dengan masa yang sebentar sahaja.”

 ..

4.  Membaca Doa Awal Tahun selepas solat Maghrib atau pada malamnya.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Telah aman anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”

“Sesiapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu.”  (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)



kredit to blog klik sini