Sunday, May 31, 2015

Selamat bertunang adikku =)





















majlis katanya start dalam pukul 2 tengah hari gitu. tapi Allah dah tetap kan so alhamdulillah walaupun lambat Allah permudahkan semua nya. Alhamdulillah semua nya best. makanan memang superb.. layanan dari pihak perempuan pun terbaik. catering punya masakan pun best. kenyang datang rumah cik yatt ni

yang ikut sekali makcik sebelah mak 2 keluarga. abang aku num 2 dan keluarga... abang aku num3 dan keluarga.. kakak ipar num 1. aku dan adik2. abang num 1 ada kerja dekat singapura so hantar wakil isteri dan anak2 je. husband aku pulak xdapat cuti. baru kerja susah nak dapat cuti. Al sebulan 1 kali je. dah amek hari tu sebab xboleh nak arrange shift kan. so aku dan anak2 okey lah tu.

lepas habis majlis semua gerak berkumpul dekat rumah aku. syukur seronok berganda2 bila orang datang rumah. aku suka...walaupun penat tapi happy. insyaallah semua tetamu tu bawak rezeki. jadi kita sebagai tuan rumah kena bagi layanan yang sebaik mungkin. mak dah ajar dari kecik... bila tetamu datang layan elok2. kalau boleh layan sampai diaorang kenyang. terima kasih mak ajar semua tu..

dulu masa kecik2 kalau orang datang rumah aku selalu malas nak layan. sebab penat sangat2 lah. mak ayah aku kalau ada orang datang rumah memang aku tengok happy habis.. layan pun tip top. so dari situ aku belajar slow2. belajar macam mana nak hormat tetamu. syukur diri ni cepat tersedar. huhu. kalau perangai macam dulu lagi memang kesian sangat. terima kasih mak abah. pengajaran cukup terbaik.


30.5.2015


tahniah untuk adik aku... dah selamat dah bertunang semalam.. 30.3.2015. semoga ikatan pertunang ni membuatkan ang lebih2 rajin2 simpan duit.. hahaha. eh tahun depan xlama mana tu.. sekejap je masa berlalu. tup2 dah sampai majlis nya. insyaallah tahun depan kalau ada rezeki lebih ingat nak tumpang buat akikah untuk haziq.. ada rezeki nak tumbangkan seekor dulu kambing... ada lebih lagi buat terus 2 ekor.

masa hana dulu aku buat masa umur dia 2 minggu. sebab masa aku dalam pantang abang aku yang num 3 atas aku tu kahwin. so mak suruh buat sekali. ingat nak buat hujung bulan 12 sebab nya nak habiskan pantang dulu.. dengan harapan dapat lah aku makan melantak makanan dengan nikmatnya. tapi mak kata mak xlarat nak buat banyak2 kenduri.. so kebetulan time tu ayah hana ada duit.. so terus lah buat.

sekarang tanggungjawab mama dan ayah untuk muhammad haziq iman pulak. tunggu ye sayang. kalau ada rezeki lebih kita buat. kalau xde kita buat bila ada rezeki lah. xpe haziq... rezeki haziq dan kakak hana xsama. tapi mama tetap sayang semua anak2 mama. kakak hana masa dia kecik2 ayah punya gaji kebabom. slow2 lah kita ye. biasa lah kehidupan kalau xde ujian xde lah nak matang sikit untuk berfikir.

syukur jugak Allah bagi ujian awal2. hoi umur aku baru 25 tahun dah kena uji dengan ujian yang sangat dahsyat. tapi kalau Allah dah tetap kan. Norhidayu binti hamid... kamu akan diuji saat umur mu begini.. so siapa aku untuk pertikaikan. dan aku selalu ingatkan diri aku.. aku orang yang kuat. sebab tu aku mampu hadapi nya. alhamdulillah sekarang nak buat apa2 aku kaji dulu.. bukan main jalan je.. huhu =)



Friday, May 29, 2015

Mama kepada 2 anak..

selamat pagi dunia... sejak2 da ada anak 2 ni... bagun pun da awal2 pagi. walaupun cuti tetap mind set dah set pagi je kena bangun. kalau kerja petang atau malam pun sama je. okey lah tu 1 pencapaian dalam hidup yang boleh dikira bagus jugak. sebab nya masa bujang2 dulu kalau kerja pukul 2 petang pukul 11 @ 12 baru reti nak bangun. ye lah masa tu xde pape nak buat. masak pun x. sebab tu suka hati nak buat apa.

dulu selalu risau boleh ke aku nak buat semua ni. tapi bila da lalui semuanya baru lah faham.. xpayah nak fikir sangat sebab nya bila kahwin automatic semua nya akan berubah jugak. so enjoy je setiap masa dan saat bila bersama anak2. nak kata penat memang penat sebab kadang2 xcukup tidur. tapi tetap redha dalam pasrah sebab tu anak aku kan. kalau aku x buat sapa nak buat.. so kena lah jadi hulk... =) =) jadi badang.

seronok ke x.. tu semua kita yang set. bagi aku bila da anak 2 ni seronok sangat kehidupan sekarang. sebab nya seronok bila tengok anak2 main sama2. terus rasa happy.. hilang rasa bersalah bila bagi hana adik cepat sangat. haha. dulu bajet2 nak anak sorang dulu. tapi Allah dah bagi awal aku terima je. rupa nya bila anak ramai ni best pulak.. rumah pun xsunyi. pastu boleh bajet2 hidup busy sangat... sangat lah katanya.....


Monday, May 18, 2015

Throwback =)

kadang2 bila da masuk 3 tahun nikah... rasanya perlu untuk kita belek2 balik gambar masa kawin. mesti tersenyum sorang2 kan.. emmm... best nya time ni =)

































nikah...malam berinai...sanding.. bukak hadiah... =) 2.6.2012 & 3.6.2012 ... 19.5.2013 dapat la dia...

NUR HANA IRDINA BINTI MOHD IDZUAN
19.5.2013







masa dia 10 bulan mama mengandung kan adik... maka nya 10.12.2014 lahirlah 

MUHAMMAD HAZIQ IMAN BIN MOHD IDZUAN... 

gambar adik ada dekat instagram je. dalam blog xde lagi bila mama rajin kang mama upload la.. sabar ye dik..kakak dulu mama excited.. adik excited jugak tapi pic xde banyak macam kakak.. hihi.. =) insyaallah ada rezeki nak tambah lagi anak... kalau kuat gagah nak 5 orang.. hahaha... =p =p


Night shift bila anak dah 2


hari ni night shift , second nite da hari ni. so balik kang boleh terbongkang.. eh2 dapat ke nak terbongkang macam zaman bujang dulu.. oh sila lupa kan sebab nya anak da 2. bila sampai je rumah. cari anak number 2 dulu sebab nak menyusukan dia. kalau dia tidur tengok anak yang sulung pulak. kalau dia tidur selamat la.. kalau dia bangun kena layan dia. bagi dia mandi siap2. biasanya aku akan mandikan dua2 dulu.. lepas tu makan sarapan..lepas dah siap uruskan anak2.. kemas2 rumah pulak. basuh baju... settle kan semua baru aku akan tidur... tapi sejauh mana boleh tidur dengan aman bergantung budi bicara anak2.. dush2.. bertabah la dalam membesarkan anak2. tu belum kira bila anak demam time nite shift. xcukup rehat.. malam nak berjaga.. busy pulak lepas tu dalam kepala fikir anak dekat rumah.. oh itu lah perempuan.. 24 jam kepala duk fikir itu ini.. sebab tu mulut pun 24 jam pok pek pok pek..

selalunya dapat tidur dalam pukul 11 pagi macam tu. dulu mula2 xbiasa.. bila da lama2 alah boleh je aku hadap semuanya. boleh je bila dalam diri ada rasa tanggungjawab. jadi benda yang kita rasa susah dulu semuanya kita boleh buat. kadang2 nak tidur susah sebab si kakak xboleh duduk sorang2. kadang2 stress.. tapi redha je lah sebab anak sendiri kan.. gila xstress malam berjaga paling maximum pun aku akan terlelap pukul 5 pagi.. kalau aku xtidur kira aku gagah kan habislah tu. tapi bagi aku kerja malam best sebab nanti esok tu sleep day pastu lusa off day. selalu nya masa first nite je aku tidur sekejap sebab aku nak spend time dengan anak2.nak bergurau senda sampai dia orang gelak terbahak2.. oh gembiranya. aku kan over.. takut malam rindu. padahal kerja 10 jam je.. huhu. biasa lah mak2 kan. memang over habis.




bila second nite aku kemas rumah biasa2 je. aku set kan paling lambat kul 10 pagi dah kena tidur. kalau x malam tu habis lah kau nak kerja. rasa macam nak letak lidi dekat mata. ni baru 2.. kalau tahun depan 3.. hoi2.. jelas la kelihatan lingkarang hitam bawah mata. jenuh nak pakai BB cream.. hihi. aku start masuk shift kerja malam masa anak2 aku tu umur 3 bulan. aku memang dah turunkan ilmu 100 % dekat husband. macam mana nak mandikan.. macam mana nak sediakan susu EBM (susu perahan ibu) aku ajar masa irdina lagi. aku terpaksa redha dan percaya 100 % dekat husband. dan alhamdulillah semua nya dia mampu buat. bersyukur sangat. so sebab tu aku xde masalah pun nak kerja malam walaupun umur anak aku baru 3 bulan masa tu dan masih exclusive breastfeed. xpe tukan anak dia jugak. mesti dia jaga elok2

tapi bila kenang balik masa mula2 husband handle anak sulung.. memang lawak. dia duk takut2 nak mandikan.. aku biar je.. aku tengok je dari luar bilik air.. aku cakap.. awak buat lah macam mana pun.. janji anak saya wangi. nak gelak pun ada tengok dia duk kalut.. tapi relax2 sebab point nya kena percaya dekat dia. kita pun jangan lah paksa dia ikut 100 %  cara kita uruskan anak. kita bagi point2 je. lelaki xboleh buat banyak kerja dalam 1 masa.. kalau xpercaya tengok bila dia mandikan dan siapkan anak. haaa... kat situ ada jawapan nya..dan kita pasti akan tergelak..=) nak uruskan susu EBM pun kena ajar jugak. sebab senang bila nak kerja. kerja kita perah simpan susu banyak2 lepas tu boleh lah kerja dengan aman. dia nak bersilat ke apa ke dengan anak dekat rumah.. tu hal dia..haha.. cari rezeki sama2 kan.. so anak kena jaga sama2 lah.. anak dia jugak tu.. xpe susah senang bersama... =)



Thursday, May 7, 2015

Selamat pagi =)





Friday, May 1, 2015

Perbezaan lelaki dan perempuan..

duk blog walking tiba2 terjumpe entry yang best. ye lah bila da jadi mak ni macam2 kena amek peduli dalam membesarkan anak2. kalau boleh nak bagi yang terbaik. biar lah penat sekarang kan... =)

tq doctor aisyah : klik sini.. macam2 lagi entry yang best.. =)

perbezaan lelaki dan perempuan ... klik : bahagian 1 

perbezaan lelaki dan perempuan ... klik : bahagian 2

perbezaan lelaki dan perempuan ... klik : bahagian 3