Sunday, May 31, 2015

Selamat bertunang adikku =)





















majlis katanya start dalam pukul 2 tengah hari gitu. tapi Allah dah tetap kan so alhamdulillah walaupun lambat Allah permudahkan semua nya. Alhamdulillah semua nya best. makanan memang superb.. layanan dari pihak perempuan pun terbaik. catering punya masakan pun best. kenyang datang rumah cik yatt ni

yang ikut sekali makcik sebelah mak 2 keluarga. abang aku num 2 dan keluarga... abang aku num3 dan keluarga.. kakak ipar num 1. aku dan adik2. abang num 1 ada kerja dekat singapura so hantar wakil isteri dan anak2 je. husband aku pulak xdapat cuti. baru kerja susah nak dapat cuti. Al sebulan 1 kali je. dah amek hari tu sebab xboleh nak arrange shift kan. so aku dan anak2 okey lah tu.

lepas habis majlis semua gerak berkumpul dekat rumah aku. syukur seronok berganda2 bila orang datang rumah. aku suka...walaupun penat tapi happy. insyaallah semua tetamu tu bawak rezeki. jadi kita sebagai tuan rumah kena bagi layanan yang sebaik mungkin. mak dah ajar dari kecik... bila tetamu datang layan elok2. kalau boleh layan sampai diaorang kenyang. terima kasih mak ajar semua tu..

dulu masa kecik2 kalau orang datang rumah aku selalu malas nak layan. sebab penat sangat2 lah. mak ayah aku kalau ada orang datang rumah memang aku tengok happy habis.. layan pun tip top. so dari situ aku belajar slow2. belajar macam mana nak hormat tetamu. syukur diri ni cepat tersedar. huhu. kalau perangai macam dulu lagi memang kesian sangat. terima kasih mak abah. pengajaran cukup terbaik.


0 comments: