Friday, April 26, 2013

Hari last untuk 7 hari yang ditinggal kan. =)






salam jumaat semua. alhamdulillah... dah jumaat dah.. yeahhh esok balik kampung... =) =) rindu dekat kampung. =) =) pagi pergi sarapan... lepas tu temankan encik iwan services kereta baby persona. oh sebelum tu settle kan payment monthly yang sepatutnya dibayar. oh itu wajib.. lepas dah settle kan semua tu baru boleh nak guna duit gaji untuk benda2 lain. ye aku memang macam tu... settlekan payment semua2... duit lebih tu baru guna untuk belanja harian.  

yeszaaa..... hari ni last ganti puasa... alhamdulillah... semalam kerja petang.. dapat ganti sehari.. semalam xsahur.. mula2 datang kerja okey lagi.. last2 dalam pukul 6 petang.. aduh.. lemah sangat badan ni.. nak xnak teruskan jugak.. kuatkan semangat.. sila jangan mengalah. lagi sejam lebih sahaja azan maghrib. dan akhirnya.. yeaahhh... berjaya habiskan sehari. lepas berbuka terus bertambah2 energy. alhamdulillah. hari ni pun ganti puasa.. nasib baik lah cuti... 

hari ni dah pesan awal2 dekat encik iwan.. sila balik awal.. malas nak masak. nak makan dekat luar je. lagi pun xlarat nak berdiri lama2. makan dekat luar je.. senang dan cepat.. =) =) insyaallah... hari ni last ganti puasa.. 7 hari tinggal. dapat jugak aku habis kan. sememang nya bukan senang nak habis kan sehari. huhu. macam2 dugaan ada. tapi tetap kena sabar.. jangan mudah mengalah dengan dugaan2 yang kecik tu. kena kuat... kena banyak2 bersabar... 


Tuesday, April 23, 2013

Jom minum air kosong.. =) =)



dulu aku xberapa suka sangat minum air kosong @ air masak. kesian kan. minum pun bila perlu je.  maksud nya bila dah xde air manis2 baru terhegeh2 nak teguk air masak. air manis tu maksud nya macam air milo ke.. oren ke.. sirap ke.. dan lain2 lah. kalau makan selalu nya akan order air manis2. memang jarang lah minum air masak ni. isyk2 teruk nya lah. tengok air masak memang xde perasaan langsung.. huhu..

tapi semua nya berubah lepas kawin. encik iwan sangat lah suka minum air masak. kalau makan ke apa ke... kalau aku buat air manis2.. maksud nya air oren ke apa ke... lepas tu dia mesti bukak peti ais.. teguk air masak. dalam peti ais memang penuh air masak lah. bagus2... disamping tu aku pun dah start minum air masak. xkisah dah time makan... xpayah nak sibuk2 sediakan air2 manis tu... minum air masak je =)

jadi jom lah kita mulakan minum air masak... banyak sangat kelebihan minum air masak ni... apa2 pun serach je lah dekat internet tu... =) =) mr google sentiasa memberikan khidmat yang terbaik... =) =) banyak2 minum air kosong ye... nanti sihat... =)


Pening... loya... sakit kepala...





alhamdulillah.... dapat jugak cuti. start cuti dari hari sabtu sampai hari rabu.. saja je apply lama2. nak rehat2kan badan dan rehat2 minda. penat sangat dah kerja... huhuhu. =) =) jom kita refresh kan minda yang dah letih ni... refresh kan semua2 lah. ye... aku perlukan masa untuk berehat. alhamdulillah... syukur dapat jugak cuti lama2...yahooooo......  yes... yes... yes... hehehe =p =p

hari ni masa lunch ada talk... macam biasa... mesti dapat makan.. bersyukur sanagt2 dapat makan free... alhamdulillah...  tapi nasi tu banyak sangat rempah2... balik2 kerja tadi aku dah start pening2 kepala.. macam nak muntah pun ada. masa makan aku belasah je sebab laparkan.. huhuhu. malam ni perut lapar tapi xberapa nak larat nak berdiri lama2... last2 encik suami masak kan...

p/s : terima kasih encik iwan.. masak kan untuk saya.. =) =) mee goreng... sedap... =) =) erk... alhamdulillah kenyang. aduh... terasa loya lagi tekak ni dengan rempah2 dalam nasi tu. hebat betol penangan rempah tu. esok kerja pagi... nasib dekat discharge... bukan dispense... kalau dispense begkak lagi lah kaki aku.



Monday, April 22, 2013

Sebelum tidur jom muhasabah diri sendiri.














































Memang best comfort ultra pure ni... =)



memang best guna comfort ultra pure ni. xmenyesal beli. bau dia pun best. bila tengah sidai baju tu.. wangi je haruman dia. bila nak iron pun senang je.. lembut sangat. sampai encik iwan pun tegur.. best lah bau baju. baju2 kerja dia pun dia cakap best je bau. =) seluar kerja dia yang aku xsuka nak iron tu pun dah senang je nak iron. =) =) terima kasih comfort ultra.. kerana sangat berjasa dalam memudahkan kerja2 meng iron baju. xpayah nak lama2 iron baju. cepat dan mudah... i like... =) =)

Sabtu oh sabtu... xsabar tunggu kau.. =)




selamat hari isnin semua. =) hari in duty petang. macam biasa kalau duty petang bangun xberapa nak awal mana lah. bangun2 pukul 11 pagi.. eh okey lah tu kira pagi lagi kan.. hehe. xpe xde anak lagi lagipun xde kerja pun nak buat.. semua dah siap2 dah semalam.. yezaaaa....

baju dah siap iron dah semalam. so lepak2 sahaja. okey mulai sekarang datang kerja kena awal... huhuhu. xpe kena datang awalkan.. bila tang balik pun kena awal lah... bila jam dah sharp2 waktu balik... jom kita blah. xde dah nak tunggu 1.. 2 minit dah... xkuasa aku.. hehe..



yeaaahhh... minggu ni cuti... cuti... nak balik kampung. rindu kampung. rindu mak.. rindu adik2. xsabar nak tunggu hari sabtu. cepat2 lah hari sabtu. balik kampung kang nak celebrate birthday adik. lepas tu nak beli barang2 anak aku.. nak complete kan yang mana xcukup lagi

dekat kampung murah cikit baju2 baby. alah nak beli baju pakai siang je. baju untuk malam dah complete dah. ni tinggal nak cari baju yang lubang2 tu je. mak cakap kena beli. sebab siang panas kan. hakikat nya aku xberapa nak suka baju tu... redha je lah... xpe demi baby.. =)



kesian pulak... baby kan kulitnya sensitive jadi kena lah beli kan jugak. xpe2 baby.. nanti mama beli kan ye. hari ahad semalam cuti duduk rumah je.. xpergi mana. alhamdulillah. kaki yang dah bengkak selama seminggu tu dah kembali ke normal.. baru rasa ringan cikit badan.

seksa nya lah berjalan dan berkerja dengan kaki yang bengkak. tidur kena mengiring ke sebelah kiri. xboleh nak tidur terlentang. lepas tu kena letak bantal dekat kaki. semua tu search dekat internet. kena lah rajin2 kan diri search dekat internet...  sebab xde pengalam lagi kan...





Sunday, April 21, 2013

Sentiasa lah bersyukur... alhamdulillah... =)





erkkk.. alhamdulillah kenyang dah perut. makan lagi... dan terus lah makan selagi boleh makan. hahaha. lepas ni dah pantang kan. masa dalam pantang kena pantang betol2. sebab berat dah melampau2 naik. stress aku bila orang tegur eh2 dah gemuk lah. hohoho... sentap sangat2 okey. xpe lah redha je lah. aku pasrah... sentap2 pun makan tetap berselera. sarapan tetap nasi lemak. tengah hari tetap makan nasi. malam pun tetap makan nasi. lepas tu esok sambung sentap balik... benci2... hehehe. alah biasa lah kan pregnant. hehehe...  banyak cakap sangat... kang siap kang.. jangan nak melebih2 ye... hoho =p =p =p 

tapi walaupun stress dengan kenaikan berat badan ni. aku tetap bersyukur.. pertama xde mengalami morning sickness. oh itu yang paling takut. confirm xlarat nak buat apa2. alhamdulillah ALLAH berikan kelebihan tu. kedua.. aku masih mampu melakukan kerja seharian tanpa menyusahkan orang lain. masih mampu berkerja dengan duty sendiri. maksud nya. kalau dah duty dispense tetap redha.. xde nak tukar2. bagi aku bila mengandung bukan alasan untuk malas2. cuma sejak masuk 7 bulan lebih... dah nak masuk 8 bulan. aku xlarat dah nak kerja malam. give up awal2 ye...sori lah ye... nak cakap apa.. cakap lah. =) =) 

ketiga... masih diberi kekuatan untuk melakukan kerja2 rumah seperti biasa... alhamudlillah. cuma satu je... aku xmampu nak hidu bau minyak wangi yang terlalu keras tu. kepala terus pening. ting tong terus. tu je xmampu nak lawan. kalau perfume yang soft2 je bau nya.. aku boleh terima lagi. walau apa pun tetap bersyukur sebab diberi kesempatan untuk pregnant anak sendiri. merasai pengalaman sendiri. rasa sendiri bila anak tendang2 dalam perut. rasa terharu dan sangat2. indah nya ciptaan NYA. lagi terharu bila kita usap2 perut dan bercakap2 dengan dia... dia seakan bagi respond... terharu sangat2... 

p/s : minggu depan dah masuk 35 minggu. lagi 4 minggu sahaja lagi. semoga semua nya dipermudahkan. dan semua nya selamat... amin... amin.. =) 


Saturday, April 20, 2013

Semangat yang hilang.. hehehe... =)




selamat petang semua... =) okey semua kerja dah settle...basuh baju guna mesin basuh... sidai kain.. lipat kain. sapu sampah. dan perut pun dah kenyang. minggu ni lepak2 sahaja dekat rumah. nak merehatkan badan... dan merehatkan minda. minggu depan lepas gaji baru kita jalan2 ek... hehe.. =p =p

hari ni kerja masuk pukul 10 pagi. hari ni xde mood langsung nak kerja. boleh tak macam tu?? huhu. baru masuk pukul 10 pagi dah meronta2 dalam hati xsabar nak balik pukul 2 petang kang. entah mungkin sebab badan xberapa nak best kot. baby pulak asyik nak mengeras je dalam perut ni.. kadang2 sakit woo..

cuba dan cuba untuk bertahan. yeaaahhh... last2 jam menunjukkan pukul 2 petang. yahooooo... balik. dan pergi lah punch card. tunggu encik iwan dengan sabarnya. aduh panas nya cuaca. last pukul 2.30 petang jugak dia sampai jemput aku. encik iwan sekarang ni setiap sabtu dia semangat nak buat over time...

katanya bosan duduk rumah. bini kerja... xde apa nak buat. jadi jom lah kerja. buat OT dapat jugak hasil nya. bagus2... macam tu lah kan.. hehehe =) =) so setiap sabtu memang dia bawak kereta. pergi dan balik kerja memang dia yang akan jemput. sabtu aku memang malas sangat nak bawak kereta.

yeaahhh... boleh rehat untuk hari ni dan esok. harap lah surut sikit bengkak kaki ni. buruk sangat dah tengok. dan badan ni pun dah penat sangat dah. dah nak hujung2 ni... badan cepat letih. kadang2 malas tu datang membuak2. tapi tetap kena lawan. jangan malas2. nanti anak pun malas jugak. xnak2 ye ayu.


Thursday, April 18, 2013

Berat naik lagi... hohoho...




sekarang berat dah 83kg... okey aku memang dah gemuk. dah dapat rasa pipi semakin tembam. jari2 semakin tembam.. ohhh... apakah ini semua?? hehehe =p =p mana xnya kan... pagi2 wajib sarapan nasi lemak. lepas tu bila dah pukul 12 tengah hari je dah mengelabah lapar... nasib baik pagi2 dah spare beli kuih muih rm2. malam pulak memang kena makan. kalau xmakan lagi lah lapar. macam ni.. agak2 nak tunggu lagi 5 minggu berapa lah berat ni naik ye?? huhuhu... nampak gaya nya masa pantang kang kena betul2 pantang ni. xnak gemuk.. xnak gemuk.. hohohohoh =p =p


Waspada Bengkak Kaki Berpanjangan





Kaki bengkak semasa hamil biasa berlaku di kalangan bakal ibu. Perkara ini normal bagi mereka namun apabila ia berlaku, bakal ibu perlu mengambil langkah berjaga-jaga. Jika ia berlarutan dikhuatiri ia mempunyai kesan sampingan yang lain.
Pembengkakan atau edema sepanjang kehamilan sering berlaku terutama pada akhir trimester. Walau bagaimanapun, ada juga di kalangan wanita hamil yang mengalami keadaan bengkak ini pada usia kehamilannya lima bulan. Bagaimanakah pembengkakan ini boleh berlaku?

Wanita hamil akan menghasilkan darah dan cecair dalam tubuh mereka 30 peratus lebih banyak berbanding wanita biasa. Keadaan ini berlaku bagi memenuhi keperluan perkembangan janin di dalam kandungan. Oleh yang demikian, peningkatan cecair itulah yang memungkinkan berlakunya pembengkakan pada bahagian-bahagian tubuh wanita hamil.
Selain itu, gangguan pada kitaran darah juga boleh menyebabkan berlakunya pembengkakan. Antara lain yang menyebabkan keadaan ini berlaku adalah kantung rahim yang semakin membesar dan memberi tekanan kepada pembuluh darah di bahagian pinggul dan vena.

Graviti bumi juga menjadi pemangkin yang menyebabkan tarikan ke bawah. Atas faktor ini, kebanyakan wanita hamil mengalami pembengkakan pada bahagian kaki. Bengkak yang dialami oleh wanita hamil akan menjadi bertambah teruk setelah memasuki penghujung hari iaitu pada sebelah petang atau malam.

Ia diakibatkan aktiviti berdiri terlalu lama atau terdedah pada terik mentari di sepanjang hari. Tidak dinafikan juga keadaan bengkak ini boleh berlaku pada bahagian tangan, wajah dan anggota-anggota lain pada tubuh.

Perlu diketahui, keadaan bengkak yang berlaku semasa hamil bukanlah satu masalah besar yang perlu dirisaukan. Walau bagaimanapun, keadaan ini tetap memberi ketidakselesaan kepada wanita hamil. Keadaan ini dapat dikurangkan dengan berehat seketika mahupun tidur pada sebelah malam.

Namun bakal ibu perlu mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya mengalami pembengkakan secara berpanjangan. Mereka perlu mendapatkan rawatan daripada doktor kerana dikhuatiri keadaan yang berlaku menjadi tanda bahawa bakal ibu berisiko untuk mengalami komplikasi kehamilan yang dikenali sebagai pre-eklampsia.

Tiga Kaedah Atasi Bengkak
Kaki yang membengkak dan terasa berat akibat cecair dalam tubuh sepanjang kehamilan boleh dikurangkan dengan tiga langkah mudah ini. Pastinya latihan ini tidak memberi kemudaratan kepada bakal ibu.
Sebaik sahaja selesai melakukan senaman ini, naikkan kaki ke atas sofa dan minta bantuan suami untuk melakukan urutan.

Ankle Pump
Dekatkan diri anda pada tangga. Pegang tangga dengan tangan anda. Berdiri dengan tapak kaki diletakkan pada tepi tangga paling rendah. Kemudian turunkan tumit. Secara perlahan-lahan, angkat tumit hingga posisi menjinjit. Lakukan dua pusingan yang mana setiapnya diulang sebanyak 20 kali.

Toe Circle
Bakal ibu duduk di kerusi, angkat satu kaki dan gerakkan seolah-olah menggambarkan huruf-huruf di udara dengan jari kaki anda. Lakukan set menulis huruf A hingga Z pada jari kaki anda. Senaman sebegini juga boleh dilakukan sambil berbaring.

Towel Scrunches
Duduk di kerusi, bentangkan tuala kecil di atas lantai iaitu berdepan dengan kerusi. Ambil tuala kecil itu dengan jari-jemari sebelah kaki dan gerakkan mendekati anda. Lakukan senaman ini sebanyak empat pusingan pada setiap kaki.

Mengurangkan Risiko Pre-Eklampsia
Bengkak pada kaki berkemungkinan boleh mengundang risiko pre-eklampsia. Seharusnya bakal ibu perlu mengambil langkah berjaga-jaga. Justeru, bakal ibu boleh mempraktikkan kaedah mudah di bawah untuk mengurangkan risiko yang bakal berlaku.

Ibu hamil perlu mengambil makanan tambahan seperti multivitamin untuk keperluan tubuhnya. Mengambil folik asid sepanjang kehamilan boleh mengurangkan risiko pre-eklampsia sehingga 50 peratus. Digalakkan juga mengambil makanan berserat. Berdasarkan kajian yang dilakukan di Universiti Washington, Amerika Syarikat, memakan buah-buahan dan sayusayuran boleh mengurangkan risiko preeklampsia.

Ibu hamil perlu mendapatkan rawatan pergigian. Hal ini kerana bakteria yang boleh merosakkan gigi boleh menjadi pemangkin pre-eklampsia. Justeru, mereka perlu menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan menggunakan flos.

Bakal ibu perlu mempraktikkan amalan berjalan. Berdasarkan kajian, wanita hamil yang berjalan kaki secara teratur berisiko rendah untuk mengalami pre-eklampsia berbanding wanita hamil yang malas berjalan.


credit to : mingguan wanita



Esok jumaat... yeaaahhh... =)




yeahhhh esok dah jumaat... cepat2 lah cuti hujung minggu... badan dah penat sangat dah ni. nak rehat puas2.  kaki pun bila lah kau nak surut bengkak ni... huhuhu.. buruk sangat dah tengok kaki sendiri. nak jalan pun sekarang ni macam susah cikit dah. xpe2 lagi beberapa minggu je lagi. =) =) xsabar nak tunggu baby lahir.... yeaaahhhh lebih kurang 5 minggu sahaja lagi. xlama lagi bertiga lah dalam rumah ni. xde lah sunyi sangat. sebab encik iwan sampai rumah pun dah malam.

so lepas ni... ada lah baby kecik2. baby tolong mama dia kemas kan sekali rumah ni.. ada baby tolong kejutkan mama dia malam2... hehehe =) setiap kali tengok baju2 yang dah dibeli tu.. rasa macam xsabar sangat nak tunggu dia.. =) =) semoga semuanya dipermudahkan.. amin.. nama dah ada dah... tunggu dia keluar je ni. insyaallah bersalin kang dekat hospital tempat aku kerja tu je.. senang. dekat dengan rumah.  xcover pun.. so sila lah bayar sendiri. mintak2 lah normal je dia keluar... insyaallah...



Kaki bengkak... hohoho =p





okey minggu ni direct kerja masuk pukul 8.30 pagi. balik pukul 5 petang. sabtu ni masuk pukul 10 pagi balik pukul 2 petang.  minggu ni macam agak penat sikit. sebab banyak berdiri... balik2 macam biasa... sidai baju.. basuh baju tapi masuk dalam mesin je lah. masak... owh.. minggu ni aku rajin... aku masak je. masak apa sahaja yang senang2. okey done.. =) =)

minggu ni start dari hari isnin kaki aku kedua2 belah bengkak. kenapa lah bengkak kan. dugaan betul.. bersabar lah wahai hati. bengkak sebab banyak berdiri. duduk lama2 pun xbest jugak. tapi tu lah berdiri lama2 lagi seksa sikit lah.. huhu. bila kaki dah bengkak selama 3 hari berturut2 tanpa surut. maka aku pun search lah dekat internet kenapa boleh jadi macam tu...

salah satu sebab baby dah besar lah kan.. dan perut pun semakin membesar. sebab yang ke2 berdiri terlalu lama. ye.. tepat sekali.. memang berdiri lama jugak lah.. nak buat macam mana kan.. kerja nama nya. mengapa harus mengeluh?? huhu =p bila dah masuk 34 minggu ni..baby kerap sangat keras2.. keras yang lain daripada yang lain. kadang2 sakit jugak..

dan minggu depan best sangat2 lah... sangat2 okey... sebab selasa dan jumaat hantar discharge ke ward... hohoho... memang cepat dan senang lah aku beranak kang. huhuhuhu... hantar discharge dekat ward 2b... last2 aku yang tersangkut dekat ward tu... hohoho... bagus jugak... sempat lah aku puasa penuh ramadhan ni.. mintak2 lah xde tinggal sehari pun. =)


Wednesday, April 17, 2013

Happy birthday yana =)




17.april.2013... eh2 hari ni hari jadi adik aku yang num 6 lah. happy birthday yana... selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 13 tahun. dan selamat jugak untuk mak abah... anniversary yang ke 31 tahun. alhamdulillah. eh2 dah besar dah adik aku tu. sekejap je rasa nya.. dulu masa kecik2 manja.. kuat menangis.. sama macam kakak dia ni ha... huhu. dan sekarang ni dah nak sama tinggi dengan aku dah. mana2 baju yang aku dah xnak pakai.. aku bagi je dekat dia.. =)



aku ada 7 orang adik beradik. aku nombor 4.. anak perempuan sulung. atas2 aku semua abang2. along dan angah dah kawin. abang nombor 3 pulak insyaallah hujung bulan depan dia nikah. aku kawin dulu.. hehehe.. sori lah lambat sangat nak tunggu dia. habis aku kena pau perfume oringinal... melayang duit aku. xpe lah sekali sekala.. lagi pun abang2 dah banyak tolong. terima kasih abang2 sekalian. jasa2 mu dikenang sampai mati... =) =) sayang korang semua... hahaha... =p =p



dulu2 aku je anak perempuan dalam family aku tu. tapi masa aku darjah 5 aku dapat adik perempuan... nama singkatan nya yana... lepas tu darjah 6 pulak dapat lagi sorang.. alin nama nya. okey cukup 4 lelaki dan 3 perempuan. seronok sangat masa tu. dan sekarang ni dah besar dah... aku lah yang kena jaga diaorang2 ni masa kecik2. masa tu mak kerja nasib lah adik2 aku ni x susah sangat nak jaga. tup2 yana dah 13 tahun.. alin 12 tahun. xlama lagi.. aku paling pendek hohoh..



p/s : happy birthday yana.. semoga panjang umur dan belajar rajin2 ye... =) =)


Tuesday, April 16, 2013

34 minggu =)




selamat malam semua... mengantuk nya mata ni.. okey semua kerja dah settle.. lepas ni dah boleh tidur dah. hoho.. hari ni sangat xlarat sebab semalam merana sakit gigi. dah lama xsakit.. tapi semalam menguji kesabaran betul... sekejap2 terjaga.. sekejap2 terjaga... tension aku. kalau xmengandung dah lama aku telan painkiller... disebabkan mengandung aku gagahkan diri untuk menahan nya. uwaaaa.... sangat2 tertekan. gigi2... jangan lah macam ni.. cepat2 lah baik...

last2 tertidur jugak aku. ingatkan balik tadi nak tidur.. tapi tahan2... jangan tidur.. kang kalau tidur malam mesti xboleh nak tidur awal. semalam ada  appointment dengan doctor... okey macam biasa... buat check up semua. scan baby. owh berat baby masuk 34 minggu ni dah 2.5kg. hehe... baby2 jangan berat2 ye. =) lepas tu doctor tekan sikit dekat bahagian perut yang bawah tu. tekan2 doctor cakap baby punya kepala dah dekat bawah dah.. dan masuk tempat yang sepatut nya...



owhh.. patut lah sekarang ni kalau aku over active sikit... dah rasa sakit cikit. okey lepas ni kena jalan slow2 jangan nak laju je. sedar sikit diri tu mengandung. huhu. =) hari sabtu tu kan dispense.. balik2 bengkak kaki. sebab berdiri lama sangat. lepas tu ahad pun kerja. discharge pulak banyak. alah biasa lah ahad. memang ramai pun patient yang akan discharge. prepare dan prepare. balik tu pun kaki bertambah2 bengkak. nasib baik encik suami tolong kemas rumah... lega rasa nya...

alhamdulillah baby okey... semua sihat. next appointment 2.5.2013 pulak. agak2 next appointment berapa lah berat baby ye. masa tu dah masuk 36 minggu. dah 9 bulan. semoga semuanya selamat. dan semuanya dipermudahkan. percaya kepada qada dan qadar... insyaallah... seandai nya kehidupan seharian setiasa ingat kepada DIA.. insyaallah akan dipermudahkan. redha dan tawakal. okey baby next week ayah gaji... jom kita cukup kan mana yang xcukup... yeaaahhhh... =) =)




Saturday, April 13, 2013

Senyum lah di pagi hari... =) =)




selamat pagi semua... =) =) okey hari ni mood kena jaga... xnak ada mood yang xbest. okey... =) =) hari ni duty adalah dispense. semoga semua patient hari ni xde lah nak marah2.. hope semua okey lah pendek katanya.  xlarat nak layan lama2. hehehe. =p =p hari ni masuk pukul 7 pagi. okey sejak minggu ni ada azam baru. xnak dah datang lambat. record bulan 1..2.. dan 3 sangat lah teruk.. huhuhu.

kalau masuk pukul 8.30 pagi.. bangun solat subuh.. lepas tu tidur balik. pukul 7.30 pagi bangun balik.. mandi dan siap2.. sekarang kalau masuk pukul 8.30 pagi dah set dalam kepala.. mesti kena keluar rumah pukul 8 pagi. kalau masuk pukul 7 pagi.. pukul 6 pagi dah kena ready untuk mandi dan siap2.  okey setakat ni berjaya.. xde lambat. harap2 lepas ni dapat lah kekal kan nya.. hehehe

p/s : tu lah kalau rumah dah dekat pun lambat lagi. belum duduk jauh tu.. hehe. dah ada anak lagi kena bangun awal... hohoho... =) =)


Thursday, April 11, 2013

33 minggu...




yeaaahhh...esok dah jumaat... sekejap je rasa nya... esok kerja... ahad pun kerja. okey xkesah. dah nama nya kerja. eh2 kalau dikira minggu lebih kurang lagi 6 minggu je lagi baby nak keluar.. sekejap je rasa nya... minggu ni pun dah masuk 33 minggu. lebih kurang 8 bulan lebih. semenjak masuk 8 bulan ni... perut agak xselesa sikit... kerap sangat dah baby keras sana sini.. active dia bergerak.. alhamdulillah itu tanda nya baby sihat. xpe baby.. gerak lah puas2... janji awak sihat ye baby...

hari sabtu duty aku dispense... wah sangat2 hebat ye.. mintak2 lah patient semua okey je. xlarat nak layan lama2 kalau banyak sangat soalan.. agak2 hebat x dah 8 bulan kau kena dispense?? kalau busy.. 7 jam lah kena berdiri. hebat x?? hebat kan...eh tapi kadang2 xde lah sampai 7 jam kena berdiri.. ada jugak lah aku curi2 duduk..  huhuhu... apa boleh buat dah duty dekat situ. macam aku.. aku malas nak tukar2 duty.. apa je duty aku time tu aku.. redha je... kecuali kalau ada hal lah.. =)

alah biasa lah kerja macam ni.. memang banyak kena berdiri pun.kena berjalan. buat apa nak layan sangat xlarat tu. lama2 orang rimas.. jadi nak xnak.. kita kena lawan jugak semua perasaan tu. tipu lah kalau aku cakap aku xpenat pun. xmalas... perasaan malas tu memang membuak2 banyak2 nya.. aku pun manusia jugak. tapi semua tu atas diri sendiri.. yang penting jangan diikut sangat. kalau aku ikut kan semua perasaan tu memang xkerja lah aku... duduk je lah dekat rumah tu... hehehe...




Tuesday, April 9, 2013

Bukan malas.. tapi xlarat.. huhuhu... =p =p



aduhhhh... duh....duh... sakit nya pinggang ni. xtahan rasa nya... mintak2 esok bangun pagi2 dah okey dah. hari ni duty dispense... alhamdulillah.. bagus semua patient hari ni. macam ni lah... hehehehe. balik2 pukul 2 petang. singgah beli nasi ayam.. malas nak masak... tapi balik xmakan pun.. mengantuk sangat. jadi jom kita rehatkan badan... Zzzzzzz.....

lepas bangun tidur baru segar cikit. xnak tidur lama2 sebab malam kang takut susah nak tidur. so tidur ala kadar je. bangun2 lepak dulu. hari ni memang xlarat nak masak. eh sejak kebelakangan ni memang malas lah. nak berdiri lama2 tu yang xlarat. nak2 lagi hari ni duty adalah dispense... lagi lah xlarat nak berdiri lama2.  pinggang pulak sakit...


so.. hari ni makan dekat kedai sahaja.. kesian encik iwan.. hehehe. sori lah ye.. saya betul2 xlarat.  disebabkan makan nasi ayam tu pukul 6.30 petang.. jadi aku dah kenyang.. keluar tadi minum air je.. owhhh best nya air tu.. carrot susu. =) teman kan ecik suami makan... alhamdulillah... dia kenyang... jadi jom lah kita balik... =) =) esok kalau malas makan dekat kedai je lah..ye2.. ye2... hehehe.. =p =p



Monday, April 8, 2013

Afnan tomyam section 20... =)



alhamdulillah... syukur.. diberi kesempatan untuk menggantikan puasa hari ni...  bukan senang nak ganti puasa masa mengandung ni. nak2 bila dah 8 bulan. tapi nak xnak... kena jugak gagahkan diri. xboleh nak bagi alasan sangat. dah dapat kelonggaran masa bulan puasa ramadhan lepas.. jadi harus lah ganti bila2. alhamdulillah... tinggal lagi 2 hari sahaja lagi. kebetulan hari ni off day. maka dah nekad dah.. bagun sahur ke x ke.. aku tetap akan puasa... dan xlama dah.. lebih kurang 7 minggu je lagi nak beranak. jadi nya... kena lah cepat2 cari masa untuk menggantikan nya. jangan dilambatkan2.

pukul 5.30 pagi terjaga... owh.. masa nak bangun tu.. malas sangat2. entah kenapa.. macam2 perasaan ada... eh xpayah bangun lah lagi.. kejap2 lagi boleh bangun. lepas tu... rasa macam... eh2 xpayah lah sahur.. tidur je lagi bagus... buat apa nak sahur. owh hebat nya hasutan syaiton itu. memang malas ya amat nak bangun. last2 yeaaahhh aku kuat.. hehe.. kena bangun makan jugak. sebab mengandungkan. kesian anak dalam perut tu. kena bagi dia makan. okey baby mama makan untuk baby. yeaaahhh encik iwan teman kan. macam biasa.. makan nasi lauk telur goreng... alhamdulillah.. kenyang.

lepas sahur... kita solat dulu... lepas tu.. jom lah sambung tidur... owh sangat lena tidur.. sedar sekejap je.. tu pun encik iwan kejut sebab dia nak pergi kerja. okey bubye cyg. lepas tu sambung tidur balik... Zzzzzz.. bangun2 jam pukul 12 tengah hari. owh awal lagi.. xde apa2 dah nak buat. so lepak2 je lah atas katil layan ipad... sangat2 bosan.. golek sana.. golek sini.. xnak sambung tidur sebab kang terlebih tidur pun xberapa nak best kan. lepak2 je lah... sedar2 eh jam dah pukul 3.30 petang. owh... sangat melalikan ini semua. jom lah kita bangun mandi.. sila lah solat ye. apa nak jadi ni... dah pukul berapa ni.. =)


hari ni memang malas. aku sangat malas. sampai kan dah pesan awal2 dekat encik iwan. balik lah awal.. malas nak masak.. xlarat nak masak. ajak dia makan dekat luar sahaja. yeaahhh pukul 6.30 petang dia dah habis kerja. selalu pukul 7.30 petang baru habis. hari ni awal pulak. terima kasih encik iwan. sayang awak.. hehe... =) akhir nya pukul 7.45 petang macam tu.. dia sampai lah shah alam. dia sampai2 je terus ajak dia ke kedai makan. layan kedai afnan tomyam hari ni.. kedai baru bukak dekat section 20... masakan dia pun best jugak.. sedap2 semua nya. air dia ada yang okey.. ada yang xberapa nak okey.

hari ni baby dan mama nya mengidam nak makan tomyam.. telur dadar...kailan ikan masin.. dan sotong goreng tepung. owhhh... itu sotong sangat mengecewakan. susah dah nak cari sotong goreng tepung yang best.. semua nya yang macam cekodok tu. xpe lah lepas ni xnak order dah. air pulak teringin sangat2 nak minum air fresh oren sejuk2.. alhamdulillah.. sedap sangat air dia.. sangat puas hati lah. okey semua nya rm24 sahaja... murah okey. berbaloi2... semua sedap.. tomyam dia sedap.. puas hati lah..cuma tu lah sotong dia... macam xberapa nak puas sangat lah. aku makan seketul je..

okey sangat kenyang... alhamdulillah... puas hati... balik2 teringin nak minum milo ais buat sendiri.. entah tekak ni dahaga je. rasa macam nak biar je air sejuk2 tu lalu dekat tekak. dan sekarang ni.. aduh rasa macam kembung sangat dah perut ni. habis lah esok... mesti ulang alik pergi toilet.. eh esok kerja pagi lah. kena bangun awal ni.. xboleh lambat2.. hehe.. okey2.. azam baru.. xnak lambat. insyaallah. esok dispense.. mintak2 lah semua patient yang datang baik2 je.. xde banyak songeh sangat. xde nak marah xtentu pasal. kesian lah ibu mengandung ni.. so sila lah jadi insan yang berhati perut.. =) =)



Sunday, April 7, 2013

Baby dah masuk 8 bulan.. =) =)




alhamdulillah... berjaya jugak beli baju my baby. bila dah beli baju ni mood nak tunggu dia lahir ke dunia ni lagi lah sangat2 xsabar nya. bila masuk je kedai anak ku... memang macam nak menjerit je.. excited sudah. hehe.. doctor cakap gender dia girl.. owh mama dan ayah dia memang sangat2 teruja lah.. memang nak baby girl pun.. tapi kalau ditakdirkan boy.. kami redha je. =) =) tapi baju banyak pink you.. so dah decide dengan encik iwan... girl ke boy ke.. xkesah... kalau boy.. pakai kan je baju yang dah beli tu... hehe.. kesian my baby.. redha je lah ye baby. cuma kalau boy jugak.. ada jugak baju yang kena simpan untuk next baby.. hehe. tu lah baju baby girl ni cantik2.. geram je tengok..  rasa macam nak beli banyak2 je. tapi ingat pesan mak... jangan beli banyak2.. baby ni cepat besar. okey mak... =) =) untuk kenangan... bila baby dah besar... dia boleh tengok.. eh2 ni baju yang mama dan ayah beli kan untuk dia masa kecik2 dulu... hehe =)










baju2 ni beli yang dalam kotak tu... murah cikit.. kalau beli lain2 mahal dekat rm50 lebih jugak lah bila baju + seluar + sarung tangan dan kaki... kalau beli dalam kotak tu bawah rm40 je... ada diskaun 10% lagi. so jimat cikit lah.. lepas tu senang dah satu set. xpayah sibuk2 nak padan2 kan. yang ni beli 5 je dah cukup... sebab baby cepat besar kan. lepas ni tinggal nak beli baju yang lubang2 tu je. bagi dia pakai time siang. siang panaskan... so baby bagi pakai baju lubang2 je. lepas tu nak beli romper dalam 5 helai.. =) =) lepas tu okey baju nya dah settle... dah xboleh pakai kita simpan dalam box.. untuk adik dia pulak. eh2 adik nya kalau boleh nak jarak 2 tahun.. hehe... kalau dah rezeki... redha je... setiap anak pasti ada rezeki masing2. =) 








yang lagi 5 helai ni... beli sebab geram je tengok.. beli2 sekali mak cakap.. baby baru lahir tak digalakkan pakai baju macam ni... tunggu dia masuk 2 bulan keatas baru bagi.. sebab baby baru lahir ni tangan semua lembut lagi.. lagi elok dan selamat kalau pakai baju ada butang depan. okey mak.. mengikut perintah.. =) so tunggu je lah baby masuk 2 bulan... kita pakai kan baju2 ni.. baby2 cepat lah besar ye... =) xsabar nak tengok dia pakai baju ni.. alahai kecik2 je baju ni. rasa macam xpercaya pulak dah nak ada anak sendiri. alhamdulillah... semoga semua nya dipermudahkan... dan berjalan dengan baik je. amin.. amin.. ALLAH maha adil.. dia sentiasa ada untuk orang yang sentiasa mengigati DIA... insyaallah. dan sentiasa tahu niat di hati setiap hamba2 nya. jadi untuk itu.. aku redha dan tawakal dengan semua nya. insyaallah... =) =) =)



dan masuk 8 bulan ni.. dah boleh dah nak sedia kan macam2 lagi persediaan. tunggu gaji ayah hujung bulan ye baby. hujung bulan ni ayah belikan yang mana xcukup lagi... terima kasih dekat ayah tau.. sebab ayah kerja kuat2 sangat siang dan malam.. kerja kuat untuk sediakan keperluaan baby dan budget untuk mama bersalin nanti. terima kasih sayangku... =) =) rezeki anak... jadi jangan lah takut untuk ada anak. setiap anak pasti akan ada rezeki nya. yang penting kena usaha lah.. =) oleh itu sangat terharu dengan usaha yang awak tunjuk kan. terharu okey...heheheh.. sampai xtahu nak cakap apa... bersyukur dengan rezeki ALLAH... =) =) sayang awak... semoga kita akan tetap bersama dalam susah dan senang. insyaallah... semoga hanya mati je yang akan pisah kan kita... =) =) insyaallah... =) =) =) 6 tahun sudah kenal awak encik iwan. =)





Roti telur di pagi hari...



selamat malam... malam sudah.. hari ni cuti.. yeaaahhhh... esok pun cuti... bila esok cuti.. ahad macam biasa sila lah kerja ye. alhamdulillah... esok boleh ganti puasa... xsabar nak habis kan puasa ganti ni. lagi 3 hari je lagi. go2.. ayu pasti boleh  =) hari ni macam biasa... kemas2 rumah... rumah xde lah sepah mana.. cuma bila cuti je kena vacuum rumah... kena mop lantai. sebab rumah ni senang sangat nak berhabuk kan. sekarang ni dah 8 bulan.. nak pegang penyapu... sapu satu rumah memang xmampu dah. so kita vaccum je lah senang. sila2 lah spare vaccum ye... senang kerja kita okey... hehe =)

bila dah vaccum dan mop.. baru lah rasa puas sangat... puas yang wahhhh... best nya.. ha gitu. huhu. lepas kemas2 rumah... basuh tuala... cadar semua... dan kain baju semua... encik iwan cerewet cikit... tuala kena tukar seminggu sekali. wajib... mesti tukar. okey xpe.. memang kena tukar pun.. =) =) lepas siap semua2. lepak2 sahaja... owh hari ni ter rajin sikit... disebabkan roti dah nak expired 9hb kang... jom lah kita buat sesuatu. tanya encik suami nak makan apa bertema kan roti... last2 dia request roti telur... roti cicah telur lepas tu kita goreng tu. haaa... simple je menu untuk sarapan....

senang je nak buat tu... =)  nasib dapat laki yang jenis xkesah.. apa yang aku masak... apa yang terhidang atas meja.. semua dia makan.. dia memang xkesah langsung... bertuah badan. hehehe. seronok bila apa yang aku masak semua habis. bila aku tanya nak makan apa.. jarang sekali dia bagitau... last2 jawapan dia tetap sama... awak masak je pape.. saya makan je. saya xkesah.. okey senang sangat lah. masak telur goreng... sayur baby sawi pun dia makan je.. xde banyak cakap.. xde banyak soal. kadang2 tu aku rasa aku masak xmenjadi pun.. bila tanya dia.. jawapan dia... okey je... janji kenyang.. 

wah2... hebat betul jawapan dia.. hehe.. so dari situ kena lah improve sendiri. setakat ni dia xpernah kutuk masakan aku... hehe.. terima kasih sayang... kalau dia jujur... huh... serius sentap... hahaha. bersyukur sangat2... xde susah mana pun nak masak. apa je memang dia terima. sebab dia dah biasa hidup susah. makan apa je yang ada.. xde pilih2. tu lah.. bila dah biasa hidup susah ni.. orang tu selalu nya senang je nak jaga.. xde banyak kerenah sangat. janji kenyang... janji selesa. alhamdulillah. mintak2 sampai2 bila2 dia tetap xkesah... hehe...=) =) sebab tu i sayang u... sayang u sangat2 cyg... hehehe =p =p 

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-






Friday, April 5, 2013

Kebosanan yang terlampau2...




alahai... internet i dekat rumah dah xboleh nak connect dah. tension i... kerja petang xdapat bukak internet adalah sangat membosan kan... elok2 dah cukup tidur terus aku terlebih2 tidur. bila dah terlebih tidur pun xbest jugak. penat terlebih tidur lagi lah lain macam nya. cerita dekat tv xde yang best. cerita dekat astro pun sama je... semua pernah main. cerita lama2... aduh2... boring sangat2. last2 aku tidur je. 

hari ni ingat nak ganti puasa.. tapi... tapi... tapi... xterbangun pulak sahur. semalam dapat habis kan sehari ganti puasa... tu pun gagah kan diri jugak... semalam pun xbangun sahur. tapi paksa jugak diri sendiri untuk puasa... dan hasil nya... bila x sahur... kerja pulak tu.. lemah sangat lah aku rasa badan ni. nak xnak.. sayang pulak kalau nak bukak puasa. dan hari ni xmampu dah nak melawan... aku give up... =0

p/s : balik kang aku bayar ye... aduhai... baru beberapa hari lambat dah potong. dah lah line sama je lembap. sabar je lah.

Thursday, April 4, 2013

Hari ni... hari khamis... hehe =)




hai semua... =) dah pukul 11 lebih dah.. hari ni kerja petang. so boleh lah tidur lama2 cikit. okey pukul 10 pagi kita bangun... dah cukup dah tidur tu. =) bangun2... lepak sekejap.. jom kita lipat kain baju.. kain baju dah banyak. adehhh malas nya nak iron baju kerja... xpe lepak2 dulu.. pukul 12.30 kang kita iron ye.. =) 

hari ni.. esok.. dan jumaat direct kerja petang. suka aku.. boleh relax2 cikit. bangun lambat... buat apa yang patut... settle kan semua2 nya... lepas tu pergi kerja... kerja... dan kerja sampai pukul 9 malam. lepas tu balik... sampai rumah lepak2 sekejap... lepas tu agak2 mata dah mengantuk... jom lah tidur pulak..

kadang2 kerja petang ni best.. kadang2 kerja pagi pun best. kadang2 kerja office hours pun best. apa2 pun sentiasa enjoy lah dengan kehidupan. xpayah nak stress2. tapi jangan sampai asyik ko je yang kena duty tu dah lah. tu agak melampau cikit. tapi tu lah.. kadang2 ada jugak orang lain yang faham2 kerja kita...

bila dah xfaham mula lah nak cakap itu dan ini. kerja yang macam aku ni..nak cuti hari sabtu memang jarang sama sekali lah... sebab sabtu memang hospital bukak macam biasa tapi half day. tapi duty aku bukan half day.. kadang2 pagi.. kadang2 petang. dan kadang2 balik pukul 4 petang.. ha macam tu lah...

lepas tu kadang2 off day hari lain.. ahad kena kerja. nasib lah encik iwan faham kerja aku.. xkesah pun aku kerja apa.. duty aku petang ke.. pagi ke.. malam ke. owh cuma sekarang ni dah masuk 8 bulan aku dah xnak kerja malam.. xlarat dah nak kerja malam.. kalau kerja malam confirm badan sakit2.

p/s : kalau kita xkacau hidup orang.. xde lah orang tu kacau hidup kita. bila rasa diri tu betul sangat.. bila kena tegur cikit je... memang melenting lah. melenting heboh satu kampung... owh aku lah yang paling betul.. ini budak kacau hidup aku. padahal dia xsedar dia dah lama kacau hidup kita. kesian betul dengan orang yang macam ni. xsedar2 diri. pemikiran macam budak2. umur lagi tua tu dari aku. tapi... tapi... kesian... xsedar2 diri tu dah lama buat salah. memang nak bagi dia terasa pun. sekian... =)


Wednesday, April 3, 2013

10 bulan sudah... =)



alhamdulillah... diam xdiam dah 10 bulan nikah dengan encik suami.. sekejap je rasa nya. rasa macam baru semalam akad nikah... rasa macam baru semalam sibuk2 prepare pasal kawin. tup.. tup.. eh dah 10 bulan. eh2... baru 10 bulan.. hehehe... semoga sentiasa dirahmati.. rezeki sentiasa melimpah ruah.. semoga hubungan ni kekal sampai bila2.. amin....... =) sayang dia sangat... sangat2.... =) =)

sejak mengandung ni rezeki encik suami semakin bertambah.. alhamdulillah... keluar rumah pukul 8 pagi.. sampai rumah pukul 9 malam... macam tu lah setiap hari.. tapi xpe aku xkesah pun... sebab tu tengah mengandung2 pun aku amek lesen kereta.. sebab kena berdikari sendiri.. xboleh nak harap kan dia sorang je drive ke sana ke sini.. nak naik motor.. bahaya... perut semakin besar...

mula2 memang xnak amek lesen kereta tu.. tapi bila fikir2 balik.. sampai bila ketakutan tu nak menguasai dirii. jadi kena lah lawan semua tu. kena jugak belajar. sekarang ni xboleh nak harap kan suami seorang je buat itu dan ini. dalam masa yang sama kita kena jugak pandai itu dan ini.. supaya kehidupan seharian kita akan jadi lebih mudah dan senang je.. xde lah setiap hari nak serabut je...

masa aku buat lesen tu pun ada jugak dalam 2 orang kakak tu.. kesian.. sorang tu amek lesen sebab laki dia meninggal... anak dia kecik lagi. nak beli barang dapur kena harap kan adik. lama2 dia pun serba salah.. terus amek lesen kereta.. lepas tu yang lagi sorang tu... pun sama.. suami meninggal... dia cikgu.. xde anak... susah nak kesana kesini.. last2 beranikan diri amek lesen jugak..

Dalam perkahwinan.. kita xboleh nak bergantung harap sangat dekat suami.. nak2 kalau duduk jauh dengan suami. lagi lah kena berdikari. kena pandai biasa kan diri. encik iwan xde lah jauh sangat. cuma dia kerja tu dekat KL tu.. keluar pagi.. balik malam... jadi nya.. apa2 pun kena settle dan handle sendiri. dia pun balik dah penat.. kesian jugak kadang2 tengok dia... xpe... yang penting rezeki halal..



alhamdulillah jugak couple pun dah masuk 6 tahun.. 6 bulan dan 1 hari... wahhh sangat lama...  bagi aku lama jugak lah... =) susah senang bersama... ingat lagi dulu pernah xjumpe dekat 6 bulan sebab encik iwan menganggur.. masa tu aku belajar dekat kolej.. tapi dah memang jodoh.. akhir nya milik dia jugak. alhamdulillah.... biasa lah dalam kehidupan kita ni saling melengkapi. mana yang kurang kita perbetulkan.

lepas je habis belajar.. encik iwan ajak kawin.. wah2... gatal ye masing2.. hehe.. nak bagitau mak abah malu... owh... serious sangat malu... huhu. last2 tunggu bulan 12 baru bagitau mak abah.. fuhhh nasib mak abah aku sporting... okey settle sudah.. tapi masa tu mak abah bagi bertunang lepas birthday aku yang ke 22 tahun. alhamdulillah jodoh pun sampai awal.. bersyukur sebab dengan takdir... yeaahh kawin.. hahaha =p