Tuesday, April 16, 2013

34 minggu =)




selamat malam semua... mengantuk nya mata ni.. okey semua kerja dah settle.. lepas ni dah boleh tidur dah. hoho.. hari ni sangat xlarat sebab semalam merana sakit gigi. dah lama xsakit.. tapi semalam menguji kesabaran betul... sekejap2 terjaga.. sekejap2 terjaga... tension aku. kalau xmengandung dah lama aku telan painkiller... disebabkan mengandung aku gagahkan diri untuk menahan nya. uwaaaa.... sangat2 tertekan. gigi2... jangan lah macam ni.. cepat2 lah baik...

last2 tertidur jugak aku. ingatkan balik tadi nak tidur.. tapi tahan2... jangan tidur.. kang kalau tidur malam mesti xboleh nak tidur awal. semalam ada  appointment dengan doctor... okey macam biasa... buat check up semua. scan baby. owh berat baby masuk 34 minggu ni dah 2.5kg. hehe... baby2 jangan berat2 ye. =) lepas tu doctor tekan sikit dekat bahagian perut yang bawah tu. tekan2 doctor cakap baby punya kepala dah dekat bawah dah.. dan masuk tempat yang sepatut nya...



owhh.. patut lah sekarang ni kalau aku over active sikit... dah rasa sakit cikit. okey lepas ni kena jalan slow2 jangan nak laju je. sedar sikit diri tu mengandung. huhu. =) hari sabtu tu kan dispense.. balik2 bengkak kaki. sebab berdiri lama sangat. lepas tu ahad pun kerja. discharge pulak banyak. alah biasa lah ahad. memang ramai pun patient yang akan discharge. prepare dan prepare. balik tu pun kaki bertambah2 bengkak. nasib baik encik suami tolong kemas rumah... lega rasa nya...

alhamdulillah baby okey... semua sihat. next appointment 2.5.2013 pulak. agak2 next appointment berapa lah berat baby ye. masa tu dah masuk 36 minggu. dah 9 bulan. semoga semuanya selamat. dan semuanya dipermudahkan. percaya kepada qada dan qadar... insyaallah... seandai nya kehidupan seharian setiasa ingat kepada DIA.. insyaallah akan dipermudahkan. redha dan tawakal. okey baby next week ayah gaji... jom kita cukup kan mana yang xcukup... yeaaahhhh... =) =)




0 comments: