Tuesday, March 4, 2014

Ujian kehidupan... =) =)



teringat masa zaman kesusahan dekat kuantan... sedih sangat masa tu. terpaksa korban kan zaman remaja untuk jaga adik2. puas hati menejrit... kenapa zaman remaja aku xsama dengan insan2 yang lain. dapat buat apa je yang diaorang buat. sapa yang mampu mengerti. aku ingin kan kehidupan sama macam remaja2 lain. tapi mampu ke aku... sedang seronok yang lain tidur... sedang seronok yang lain keluar luang kan masa petang nya... tapi aku tetap dirumah.. menjalankan tanggungjawab sebagai anak...sebagai anak perempuan pertama... sunggguh susah kehidupan pada masa itu...

seawal usia 11 tahun aku diajar untuk berdikari. dilatih untuk mengemas dapur...lipat kain. kemas rumah. ye aku tahu itu dah sememang nya lumrah kehidupan seorang insan yang bernama perempuan. jika diingar suruhan mak. hinggap lah satu cubitan. kadang2 lucu memikirkan. degil nya aku masa tu... tapi dalam2 degil.. aku takut jugak. mak garang sangat masa tu. keadaan semakin kronik masa aku masa form 1. biasa lah kehidupan kan. mak terpaksa keluar mencari perkerjaan. mak nasihat dan ajar aku pulak macam mana nak uruskan adik2 yang masih merangkak lagi...

                     

form 1 mak terpaksa berikan kepercayaan kepada aku sebagai seorang kakak untuk menjaga adik yang masih kecik lagi. kerana kasih sayang yang sangat mendalam aku terhadap keluarga aku bangkit dari mimpi sebagai sorang remaja... aku korban kan seluruh zaman remaja ku. tanggungjawab perlu dilaksankan. siapa lagi yang dapat membantu mak kalau bukan aku. nak tolong bagi duit aku memang xmampu. masih hingusan lagi. mak amanahkan aku untuk jaga adik2. saat paling sedih. buat pertama kali mak keluar adik2 meraung sekuat hati.. aku tarik adik2... pujuk...

'mak nak tolong abah cari duit adik2... jom dengan kak ayu.. kak ayu sayang korang. kak ayu akan jaga korang dari segala macam jenis pun kesakitan' aduh.. hanya hati je yang mampu menangis. aku kena kuat. kalau aku jugak lemah. berdegil.. siapa lagi nak menjaga adik2 kalau bukan aku. bangun dari mimpi ayu.. bangun. kehidupan kau xsama macam yang lain2. ye aku redha dan pasrah. seawal form 1.. aku diamanahkan untuk jaga adik2 dan kenyangkan perut mereka. mak siap kan hidangan makan. aku kerja aku hanya lah gorengkan telur sahaja....



sungguh susah kehiduapan saat tu. abang2 dengan kehidupan masing2... kerja.. belajar. aku lah penjaga rumah. aku yang form 1 ni.. aku xfaham dengan kehidupan zaman masa itu.. lepas tersentak dari lena.. oh itu lah kehidupan. kena kerja.. kena belajar rajin2. baik mak. buat kerja sekolah hanya waktu malam sahaja. mana mampu aku nak buat saat mak bekerja. dua orang adik yang perangai sangat berbeza. xpe kak ayu sayang korang. aku janji dengan ibu nak jaga korang. walau ribut taufan.. amanah dari mak kena laksankan. baik mak.. akan orang jaga sebaik mungkin.

balik sekolah.. rehat sekejap.. petang mak pun pergi kerja. kerja kedai makan. lepas mak pergi kerja. tugas beralih arah. setiap kali mak keluar pergi kerja... setiap kali tu aku tarik adik2. pujuk.. peluk... kak yu sayang adik2 kak ayu. sabar ye adik2. kehidupan yang sangat mencabar. jom kita mandi.. dah petang. seronok bila diajak mandi.. jom makan.. dah makan.. ha main lah.. nanti kak ayu kemas kan balik. dah penat main... nak susu.. nah susu.. susu sambil tengok tv. lena sekejap. bila lena... baru lah aku boleh mandi.. boleh kemas dapur. boleh sidai baju...



mak cakap. mak balik. nak siap semua. semua disini maksud nya.. adik2 dah kenyang. dah mandi. dah minum susu. dah kemas rumah sikit2. budak hingusan form 1. masih belajar uruskan semua dengan lambat. ye aku lambat. baru belajar erti kehidupan... pernah menegeluh. kenapa macam ni. tapi sampai bila nak bersedih. aku kena bangkit dari kesedihan. dan sekarang saat aku kesusahan dan kesempitan. mak abah datang hulurkan bantuan. kesusahan dan kesempitan dari kesalahan dan kebodohan diri masing2. tapi mak abah masih berdiri dibelakang membantu...

"mak abah pesan.. apa yang terjadi.. nak buat macam mana.. kehidupan perlu diteruskan. apa yang terjadi jadikan sebagai pengajaran... ye saat kita susah macam2 orang cakap. mak abah dah lalui macam2 tomahan dan makian dari orang.. kita pandang mata anak. bangun dari lena. usaha sehabis baik" tersentuh hati aku. mudah nya air jernih keluar. terima kasih mak abah. terima kasih Ya Allah. terima kasih atas ujian yang awal ni. sedarkan kami dari mimpi yang panjang ni. kehidupan xselalu nya indah dan cerah. akan ada mendung untuk mendekatkan kita kepada Allah..

terima kasih kepada semua yang membantu. semoga kehidupan semakin bertambah maju dan jaya nya. terima kasih adik2 ku.. sudi membantu... inilah hadiah dari Allah kepada hamba Nya.. apabila didatangkan ujian dia redha.. Allah hadiah kan aku adik dua orang... hadiah kan untuk aku jaga saat mak dan abah dalam kesusahan. dan kini Allah berikan mereka untuk membantu aku disaat aku dalam kesusahan.  terima kasih Ya Allah. alhamdulillah... insyaAllah... kepahitan ini lah yang membuatkan aku kuat. terima kasih mak abah... terima kasih yang xterhingga... alhamdulillah....


p/s : ujian dalam pelbagi bentuk cara. kesihatan.. rezeki.. anak dan apa jua pun. yang penting ujian tu semua nya Allah berikan mengikut kemampuan hamba Nya...





0 comments: