Saturday, July 12, 2014

Kari ayam + laksa..





hari ni ada kerja cikit. pagi2 dah gerak keluar rumah. balik rumah pukul 8 malam. berbuka dalam kereta je dengan suami. habis 1 tin air dan 1 botol air. glup... lega... =) alhamdulillah.. masih mampu bertahan. =) balik2 sampai rumah terus capai pinggan duduk dekat meja makan. mak masak kari ikan. disebabkan perut dah penuh dengan air. jadi nya makan sekali je. xde tambah2 nasi. emmm sedap nya kari mak. menjilat jari. letak kicap cikit... fuhhh... memang terbaik lah. ha bila nak pandai masak ni?? malas betul .




lepas tu mak masak laksa.. terbaik laksa mak. memang kelmarin tekak ni teringin sangat makan laksa. alhamdulillah dapat jugak. sebenarnya aku xberapa suka laksa. entah kenapa mengandung anak num2 ni macam2 pulak nak. lain anak lain ragam nya kan.. apa boleh buat.... tapi laksa tu bungkus makan waktu kerja lah. hari ni kerja malam. walaupun berjaga dari pukul 7 pagi tapi tetap cergas lagi aku pagi2 buta ni. esok entah lah.. huhu. otak banyak sangat berfikir.. mana nak mengantuk nya.

dalam banyak2 makanan aku xtahu lah kenapa dan mengapa aku teringin makan corn flakes. tapi yang madu lah. lepas tu susu tu nak sejuk2 dalam peti ais. pelik2. sampai mimpi. terus ajak suami pergi beli. bila buka puasa dapat makan terus rasa nikmat yang xterhingga. layan habis makan. sejuk je rasa air susu tu masuk dalam mulut dan melalui tekak ni. sampaikan sahur pun makan lagi. makan nasi.. lepas tu makan benda alah tu. ha lepas ni xtahu lah nak makan apa pulak. hai anak.. jangan mintak bukan2.


0 comments: