Monday, July 2, 2012

K.A.M.I part 1


semalam punya entry.. semalam mengantuk.. pagi2 baru publish.. t.q =) 








alhamdulillah selamat sudah menjadi isteri kepada encik iwan dengan sekali lafaz sahaja. syukur.. 2.6.2012 majlis akad nikah dijalankan dirumah arwah atuk yang mana sekarang makcik yang tinggal. majlis berjalan mengikut apa yang dirancang. tepat pukul 5 petang rombongan pengantin lelaki tiba di depan surau yang berhampiran. fuhh lega.. sebab imam xperlu tunggu lama2. abah cakap lepas nikah aku imam tu ada hal. syukur2 berjalan dengan baik dan sangat tenang. xde kelam kabut pun. aku sangat relax je. 

mula2 mengikut perancangan.. imam kamal yang akan nikah kan aku. lepas tu masa balik cuti seminggu sebelum majlis.. abah cakap dia sendiri yang akan nikah kan. wah sangat2 terkejut lah kan. imam tu pesan dekat abah.. lebih baik ayah kandung yang nikah kan. akan lebih diberkati... insyaallah. dan alhamdulillah abah berjaya lakukan. syukur. walaupun sebelum majlis terlalu banyak sangat dugaan.. tapi aku cekal kan hati.. pujuk hati supaya bersabar... ujian.. aku redha... aku terima... aku kan kuat... huhuhu..

baju kelabu dipetang sabtu untuk majlis akad nikah. petang tu aku pakai lens.. tapi sayang aku malas sangat nak jaga... lupa nak tukar air dia.. last2 sekejap je tahan dalam mata... lepas akad nikah dia dah gerak2 dalam mata. aku xselesa.. last2 aku bukak je. eii sayang lah mata. dah lah masa buat screening mata tu.. cina tu cakap mata aku sangat elok.. hehe.. sila bangga. mintak2 sekarang still okey hingga ke tua.. insyaallah... jom kita jaga mata... anugerah yang terindah dari NYA.. syukur2... 

lepas je imam tu tanya saksi... dan bila je dia cakap perkataan sah.... maka fikiran aku diawang-awangan. eh2.. aku dah nikah... aku dah jadi isteri orang.. eh2 awal lagi... jodoh awal syukur. bila fikiran kembali ketempat yang asal.. maka menitis lah air mata aku. dalam hati aku tetap gagah kan jiwa aku. supaya jangan lah menangis. aku xnak tengok mak menangis jugak. aku simpam perasaan sedih tu jauh dalam hati. aku kena kuat. go2 norhidayu... awak boleh... ayu kan perempuan kuat. 

maka dengan keyakinan dan kekuatan.. aku dapat halang jua air mata ini dari mengalir. hehe.. misi berjaya. aku lupa kan kesedihan itu dengan senyuman... tapi... jauh dalam lubuk hati... aku sedih... memang aku xnak pandang muka mak.. muka abah... kalau pandang confirm aku menangis.. sebab kalau menangis... confirm sedu2 punya... sebab sama2 pernah rasa susah dengan mak.. abah. kalau aku menangis.. aku yakin adik beradik akan turut serta... hehehe... kiteorang kan rapat... hehehehe