Friday, October 30, 2015

Balik kampung

30-10-2015... hari ni duty kerja malam... emmm alhamdulillah... syukur dengan apa yang dimilki membuatkan hati akan lebih tenang.. =) syukur ada rumah. syukur ada suami. syukur ada mak ayah. syukur ada kerja. syukur cukup makan. syukur diberikan kesihatan. syukur masih boleh bernafas... supaya kehidupan yang mendatang akan lebih berfaedah dan bermafaat kepada setiap insan yang ada disekeliling kita... memaafkan dan redha... hati akan lebih tenang... alhamdulillah...

semalam lepas habis duty terus gerak balik kampung. saje je nak balik. kebetulan husband cuti.. ajak terus balik kampung. terima kasih husband sebab drive kan kereta walaupun mengantuk sebab pukul 6 pagi dah gerak pergi kerja. petang jaga anak2. malam nak balik kampung pulak. walaupun dapat balik sekejap tapi hati happy sangat2. suasana kampung yang tenang. hari ni dapat makan ketam masak lemak.. okey dah pandai masak ketam. lepas ni dah boleh masak selalu dah.. huhu..

lepas tu dapat makan pulut mangga + ice cream vanila.. ha yang ni sumpah sedap. lemak2 manis.. =) dan semua ni adalah homemade. ice cream beli dekat kedai. mangga pulak atuk husband yang bagi.. kebetulan dah masak.. manis sangat. pastu tanya mak.. pulut ada x.. mak kata ada.. pastu pagi tadi ada beli santan kotak 2 kotak.. (sebab nak masak ketam).. so amek sikit la nak buat kuah dia tu. terus laju2 masak semua tu... alhamdulillah rezeki baby. memang mama mengidam nak makan pun.. =)

gerak balik pukul 6.15 petang. sampai rumah tepat jam 8.30 malam.mandi2..siap.. kua rumah pukul 8.45 malam. yes!! berjaya punch card pukul 8.59 malam. tu pun sebab balik hantar barang. dan drive sendiri kereta pergi kerja. walaupun sekejap je.. hati banyak happy sebab dapat jumpe mak abah dan adik2.. dapat tengok kampung.. tengok pokok2 hijau. tenang rasa. terima kasih husband.. awak terbaik. laju nya bawak kereta.. takut.. nervous.. huhu. so kita tidur la dalam kereta.. baru tenang sikit hati.

p/s : time kasih mak abah bagi pisang nangka.. mak call cakap pisang nangka da masak. mak tahu aku suka pisang nangka.. muaaah cikit. esok lusa dah kuning sikit leh wat pisang sira.. =) =)


0 comments: