Sunday, October 4, 2015

Ahad yang indah... huhu..



hari ni hari ahad... kehidupan berkerja shift kadang2 sangat mencabar. weekend masa untuk bersantai dengan keluarga.. tapi kita tetap kuatkan hati untuk bekerja.. berat hati melangkah keluar disaat semua insan sedang nyenyak tidur. emmm.. itu lah kehidupan. ada yang lebih tang ni.. ada yang lebih tang tu. sejak aku dengan husband sama2 kerja shift.. weekend bukan masa untuk bersantai. sebab masing2 selalu kena kerja weekend. jarang sangat kita cuti time weekend. kadang2 tu jumpe untuk pas kereta je.. huhu.. xpe.. ini lah tanggungjawab kepada keluarga dan anak2.. mama dan ayah redha.. =)

tapi best jugak kerja shift ni. bila hari biasa tibe2 sama2 hari off day hari yang sama.. memang keluar bawak anak2 jalan. masa tu xde ramai orang.. so mama ayah happy =) bawak anak2 pergi lah mana pun.. janji keluar.. sebab bila bawak anak2 keluar diaorang happy sangat2.. ha itu point yang mama dan ayah nak tekan kan. bukan lah pergi shopping.. pergi bercuti.. cukup la bawak keluar naik kereta... bila hana dan haziq happy.. mama dan ayah pun happy.. itu la kebahagiaan bagi kami =) walaupun kita saling bertukar shift sayang.. tapi Allah maha adil... semua nya baik2 sahaja.. syukur =)

hari ni duty kul 7 am. disebabkan subuh masuk awal. maka siap pun awal la... siap2 keluar rumah pukul 6.30 pagi. tengok kiri kanan semua xde orang.. mata duk pandang kiri kanan.. perhati takut2 ada yang xkena. hari ni drive sendiri.. malas nak suruh husband hantar. sebab nanti kesian dia nak kena angkut anak2 sekali. petang dia kena kerja pulak. panaskan kereta dalam 5 minit terus chow.. punyalah nervous.. =p alamak nak kena isi minyak pulak. okey buat2 berani.. emm.. xde orang pun.. laju2 isi.. sampaikan bangla tu tegur.. kenapa takut ye.. haha. kurang asam. memang lah takut 6.30 pagi dengan xde siapa2.

p/s : selamat berkerja... =) senyum... senyum... =) =)




0 comments: