Sunday, September 6, 2015

Rezeki datang lagi.. =)

lama nya rasa xupdate blog.. rindu rasanya nak menaip. rindu nak bercerita.. maaf ye reader kalau aku kejap ada.. kejap xde.. tq jugak sebab sudi jenguk blog yang xseberapa ni. aku memang suka menulis.. cita2 nak jadi penulis tapi tunggu la masa yang sesuai.. mana tau nanti2 boleh jadi penulis novel ke. mana tau masa depan kita kan. cuma kita yang boleh menjadikan ia nya realiti atau fantasi. cakap2 orang tu memang ada.. tapi kita tepis dengan cara berhemah.. insyaallah kalau anak dah besar.. boleh la kita berilham... hasil kan cerpen pendek.. =)

alhamdulillah Allah kurniakan lagi rezeki untuk aku dan suami. mengandung anak ke3. asalnya memang rancang nak anak lagi 2 tahun. tunggu haziq umur 2 tahun. tapi bila difikir2 balik.. xpelah aku muda lagi... 26 tahun... apa kata kita penat sekali harung je. maksud nya sebelum hana masuk sekolah darjah 1 mama dah habis pantang adik ke 4.. ha gitu.. xpe rezeki anak lain2.. mana tau rezeki anak ke4 kebabom... insyaallah. tuah ayam nampak dikaki.. tuah manusia xsiapa yang tahu kan. semua tu Allah da tetap kan... insyaallah..

mengandungkan num 3 ni banyak sangat cabaran. 1 nya masalah sakit pinggang ni.. ke2 nya aku macam nak kena morning sickness.. tapi macam xde pulak. cuma aku xboleh nak bau perfume lelaki.. pening nya tahap nak hantuk kepala.. kalau time dispense memamg sangat mencabar. tapi apa boleh buat duty kerja kan. so redha je lah. bau husband memang aku xboleh tahan lah. haha. cian dia. lagi sedih berganda bau haziq anak lelaki pun aku pening... mungkin dia lelaki so mama nya pening jugak la. tapi aku gomol2 jugak lah.. pastu mula la.. huhu..

setiap anak lain2 aku rasa. macam hana aku xde pape nak muntah2 pun.. sebab tu berat boleh naik sampai 85kg. mana x nya asyik ingat makan je. haziq pulak aku kena masuk hospital. tibe2 xboleh jalan.. rupa nya mengandung 5 minggu. alahan pun xde sangat cuma aku dah pandai control makan. bukan apa sebab susah nak turun berat badan ke normal balik. yang num 3 ni pulak pening nak muntah loya semua ada.. malas xpayah nak cakap la. ikutkan hati nak baring je. tapi mana boleh layan.. sebab ada 2 anak lagi nak kena jaga..

so nak xnak aku kena lawan jugak. kalau agak2 nak muntah tu sebab makan lambat la.. perut masuk angin.. ha cepat2 aku telan gaviscon tu.. pastu baru lega.. baru boleh buat kerja rumah. cabaran kali ni paling kuat. anak2 kecik lagi.. dua2 mengharapkan kita.. xkan kita nak baring je. kadang2 stress. tapi apa boleh buat.. pengorbanan.. nasib baik la suami banyak tolong. kiranya kalau dia balik kerja malam tu. dia tolong la jaga anak2 kalau anak2 xtido lagi. dia xkejut aku. sebab aku dah ngadu dekat dia.. num 3 ni lain macam sikit pening nya.

ikutkan due date tahun depan bersalin. insyaallah bulan 4.. dalan 19hb. tapi mengikut anak2 yang sebelum ni semua nya awal je. hana aku bersalin awal 1 minggu. haziq awal 2 minggu. num 3 ni tah2 awal bulan 4 kot. insyaallah.. semoga dipemudahkan. mintak2 senang macam abang haziq ye sayang. nanti mama push.. sayang pun pushkan badan tu ye.. xsabar nak tengok anak2 semua depan mata. rezeki setiap manusia semua nya lain2. ada yang dikurniakn kesihatan yang baik sampai mati. ada yang diberikan anak yang ramai.. beratur setiap tahun..

rezeki bukan pada duit... rezeki tu amat luas.. terletak pada kita macam mana kita nak mensyukuri nikmat yang Allah berikan. dan positive kan diri untuk menilai apa yang orang lain nak share kan. kadang bukan niat nak riak.. tapi sebab nak berkongsi cerita.. mungkin itu yang buat dia gembira.. subhanallah... takdir kita Allah da tetapkan. Allah janji sape jaga solat dia akan berjaya dunia dan akhirat..  jom kita sama2 pegang pada yang itu disamping cuba perbaiki kesilapan diri kita. apa yang da jadi kita jadikan pengajaran... semat dalam hati..

terima kasih encik suami kerana awak banyak sangat tolong saya dalam menguruskan anak2 dan rumah. walaupun cara awak xsama dengan saya.. tetap bersuyukur. dalam kehidupan terlalu banyak soalan manusia yang kita nak kena hadap. kenapa anak setahun sorang. bila nak ada anak.. bila nak kawin.. bila nak dapat anak perempuan.. bila nak ada rumah sendiri. alahai.. bersabarlah hati. relax lah.. manusia.. xde benda kot nak tanya... so dia create kan lah soalan untuk ajak borak. kadang sentap. tapi kita jawab je lah sambil senyum.. =)







0 comments: