Thursday, September 24, 2015

3 bulan...





Bulan ni kandungan dah masuk bulan yang ke 3. semua nya okey2 sahaja setakat ni. ikutkan perancangan memang aka bersalin dekat hospital sabak bernam je. malas nak fikir dah. ikutkan pengalaman bersalinkan haziq xde masalah bersalin dekat sana. tambahan kos cuma rm36 sahaja. sangat2 berbaloi. pastu aku jadi lebih kuat dan berani nak bergerak sendiri. sebab dekat sana memang banyak benda kita kena uruskan sendiri.. so xde la kita nak manja sangat.

bukan nak kata boleh buat semua nya terus.. tapi dekat sana dia ajar kita secara xlangsng.. kita sebenarnya boleh buat... bersalin tu memang sakit.. tapi xbermakna kita kena duduk je... dia ajar kita dalam diam lah. aku memang berpuas hati sangat masa bersalin dekat sana. bagi aku sakit semua sama je. part paling sakit bila proses pengecutan rahim. bila anak tengah susu... nak nangis ke nak stress ke nak gigit muka anak.. hahaha... oh semua tu pengorbanan

so anak ke 3 ni... kita balik kampung bersalin dekat sana je lah. senang dan dekat je dengan rumah mak abah. bila bersalin murah.. dapat la kita tumpukan nak beli jamu untuk pantang. nak berurut lebih2 sikit. sebab kita dajimat kos bersalin dekat swasta. Alhamdulillah... xpe rezeki anak2 semua lain2. tahun ni ingat nak cuba set bersalin nana roguy.. bila aku belek2 macam best je semua item dia.. harga pun boleh la nak mampu milik. agak2 dapat balik x berat 58 kg??

lepas ni berapa tahun nak rehat xtahu la... ada rezeki Allah nak bagi.. aku terima je. sebab rasa macam okey lagi kot kalau nak tambah. masa dorang kecik2 ni je macam susah nak jaga anak kecik2 ni... insyaallah dah besar kang mungkin dalam ramai2 tu ada yang boleh jaga kita betul2... insyaallah... boleh didik dari sekarang cara nak bagi anak2 faham dunia sebenar.. macam tu lah... =) =) anak 4 pun aku okey... anak 5 pun aku okey... bergantung kepada rezeki.