Wednesday, March 11, 2015

Ragam anak2 =) =)

10.3.2015... muhammad haziq iman dan masuk 3 bulan. perkembangan dia pada saat ni bila lapar dan mengantuk akan menangis menjerit2 sekuat hatinya bila xlayan akan sambung menjerit2 sambil air mata mengalir. lepas tu cuba angkat terus diam.. silap2 bila diagah terus senyum meleret. hai anak2 macam2 ragam. masa hana dulu time 3 bulan dah meniarap. adiknya lambat cikit. xpe lain anak lain tahap nya.. slow2 lah kita ajar anak2 ye. dan jangan sesekali banding2 kan mereka.. =)

hana pulak sekarang da makin banyak akal. kalau mandikan adik.. bila bukak baju adik.. sibuk nak tolong letak kan dalam bakul kain kotor. bila dah bukak pampers adik.. terus capai nak buang dalam tong sampah. lepas tu kalau mama lupa nak amek tuala adik dia sibuk tunjuk2 dekat mama suruh amek tuala adik. Ya Allah hana syukur dah boleh diharap dah... tq sayang mama. hana memang manja sangat sekarang ni. apa yang mama dan ayah buat untuk adik.. dia pun nak jugak..kesian hana..

p/s : semoga anak2 mama membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh dan solehah.. =) sayang hana dan haziq... =) 

0 comments: