Sunday, March 22, 2015

Foremilk dan hindmilk


Image result for kebaikan susu ibu

    • Di awal penyusuan, susu sememangnya lebih cair dan dikenali sebagai ‘foremilk’. Ia cair untuk menghilangkan dahaga bayi terlebih dahulu.
    • Di akhir penyusuan, susu lebih berlemak dan dikenali sebagai ‘hindmilk’. Hindmilk lebih pekat, berlemak, berkhasiat tinggi dan betujuan untuk mengenyangkan si manja anda.
Berkaitan dengan ‘foremilk’ dan ‘hindmilk’ juga, jika bayi anda tidak mengalami kenaikan berat yang sepatutnya, antara perkara utama anda perlu pastikan adalah bayi anda mendapat ‘hindmilk’ kerana ‘hindmilk’ lah yang membantu bayi kita membesar dan naik berat badan. Bayi tidak naik berat kemungkinan besar tidak mendapat ‘hindmilk’ dari anda. Jadi pastikan bayi anda menyusu lebih lama untuk membolehkan dia mendapat ‘hindmilk’.

Tahukah anda:
    • Apabila cuaca panas, susu ibu akan lebih cair dari biasa untuk membolehkan bayi mendapat lebih banyak air untuk menghilangkan rasa dahaga & mengelakkan badan dari penghidaratan (kekurangan air)
    • Apabila cuaca sejuk, susu menjadi lebih pekat dan mengandungi lebih banyak lemak  dari biasa untuk membolehkan bayi mendapat tenaga, lebih banyak khasiat dan lebih kenyang untuk berada dalam suasana sejuk.
    • Apabila anda demam, suhu dalam badan akan panas menyebabkan susu ibu lebih cair.
 credit to : copy dari blog sini

oh.. baru tahu.. okey lepas ni nak susukan haziq lama2 supaya dia dapat hindmilk.. sekarang berat haziq da 6kg. bulan 4 nak cucuk lagi kalau ikut graf.. berat kena naik 1kg sebulan. aku buat andaian je la sebab tengok dalam buku vaksin tukan.. huhu. so bila haziq da 4 bulan berat kena 7kg. =) 
bulan lepas ada jugak aku kena demam.. dekat 5 hari jugak la.. dah lah demam.. xlalu xmakan memang dugaan betol lah. susu pulak aku xbagi sangat dekat haziq. bagi kadang2 je sebab memang xde tenaga nak susukan dia.. aku guna stock dalam freezer je. time tu pump jugak sebab bengkak. 
bila pump susu memang cair sangat2. dapat 5oz tapi semua tu cair. aku buang je lah.. sebab takut haziq berjangkit. terpaksa buang sebab takut anak kena demam jugak. okey sekarang dah belajar benda baru.. semoga mampu untuk bagi susu ibu sahaja sehingga haziq 6 bulan.. =)