Wednesday, October 8, 2014

Lentur buluh biar dari rebungnya..


Hai selamat tengah hari. Hari ni mama ada appointment dengan doctor. Alhamdulillah baby sihat. Mama pun sihat je. Berat adik hana dah 1.6kg tau hana. Doctor cakap adik hana akan keluar dalam awal bulan 12. Xsabar nak tunggu. Nanti hana jaga adik baik2 ye. jangan buli adik tau. Kawan sama2. 

Hana sekarang dah paham cikit dengan arahan. Contoh nya.. Lepas minum susu. Dia dah paham dah. Kena letak dekat almari sebelah katil. Kalau tanya mana botol susu nak buat susu.. Dia tahu dah nak ambil dekat mana. kalau suruh letak baju kotor dalam bakul pun dah paham jugak dah.. Gud anak mama.. 

sekarang tengah ajar dia kemas balik kalau dia buat sepah. Semalam dia dah lepas sikit2. Pastu dia malas dia tinggal je. Kalau lipat kain pun kena tegas ngan dia jangan kacau. Sebab kalau lipat kain dia suka kacau. Tarik2. Tapi semalam dia dengar pulak cakap. Dia kacau kain baju yang belum lipat je.alhamdulillah.

emm nampak nya memang betul lah. Nak ajar anak2 kena dari kecik. kalau dah besar mana nak dengar arahan sangat. Budak2 kan hati dia bersih lagi. So senang nak serap. Insyaallah semoga mampu menjadi ibu yang baik untuk anak2. Amanah dari Allah.. Kena jaga sebaik mungkin. =) =)

 
Dia xsuka kalau gomol2 dia.. Macam ni lah muka xrela dia.. Sedaya upaya dia tolak kita... Eiiii.. Geram betol. Huhu

4 comments:

Anira Abdul said...

Hihihi...comel je hana. Ok la tu dia nak ikut arahan. Klu macam Darish, bab lain sume ok..tp bila smpi bab nak menyusu, hanya walid yang boleh buatkan. Dah tu, bila dah habis menyusu pula....klu dia kata mi...maknanya ummi yg kena amik botol susu dia yg dh kosong tu. Klu ayid...maka walid la...klu dia sebut ninek...nenek la jawabnya....hurmmmmm...kadang2 geram juga...tp tu la ragam dia.

ayu Shaklee said...

Pandai nya dia. comel nya dia panggil umi dan walid. Umur darish bp ye sis? Saya anak no 2 ni insyaallah lelaki. =) dulu hana kalau habis minum susu memang dia campak je botol tu. Sekarang ni baru dengar arahan sikit.

Anira Abdul said...

Darish skrg baru 2 tahun 7 bulan. Alhamdulillah la...darish x pernah campak botol. tp campak mainan dkt ummi dia ada. Sbb darish baru 2 bulan ni hisap botol...sblm ni fully BF. Ni pun cerai susu sbb masa tu sy preggy 7 bulan lebih.

ayu Shaklee said...

Jarak 2 tahun jugak ye. Hana dengan adik dia jarak 1 tahun je. Huhu. Rezeki awal. =) hana fully bf sampai dia 7 bulan je. Pastu dah start campur. Malam je bf.