Friday, October 3, 2014

Kesayangan mama


Hai nama saya nur hana irdina bt mohd idzuan. Umur saya 1 tahun 4 bulan. Saya ada 6 gigi yang dah keluar.. 4 batang gigi atas dan 2 batang gigi bawah. Xlama lagi belah bawah nak tumbuh lagi 2 batang. Atas pun sama. Gigi geraham 1 dah tumbuh. Saya suka makan biskut. 

Masa umur saya 3 bulan saya dah pandai meniarap. Tapi saya start berjalan masa umur saya 1 tahun 3 hari. Saya kalau berjalan memang laju. Saje nak bagi mama dan ayah buat senaman sikit.   Saya ni manja sebab masa mama mengandungkan saya. Mama suka nangis.. Hahaha.. Mengada tau.

Saya suka minum susu. Saya minum susu dugro. Nak yang perasa asli je. Perasa lain2 saya xsuka. Xsedap lah. Yang asli lah baru yang original. Xpayah nak plastik sangat. Menyampah saya. Eh2 lari tajuk. Saya sangat memilih botol susu. Xde lah guna yang mahal pun. Tapi saya tetap mengada sikit.

Saya sayang mama dan ayah saya. Saya suka tidur tengah2. Sebelum tidur saya salam tangan mama dan ayah. Saya cium pipi mama dan ayah. kalau saya xboleh tidur.. Mama dan ayah pun jangan harap lah dapat nak tidur. Sila lah layan saya. Saya kena tido tengah2. Sebab saya nak peluk mama dan ayah.

Mama kalau saya sakit.  Dia paling over. Kadang2 sampai menangis. Ye mama saya tahu mama sayang saya. Saya kan anak mama. Mesti lah mama sayang sangat2 kan. Saya pun sanyang mama. Saya doakan mama selamat lahirkan adik boboi untuk saya. Nanti saya ada kawan. Seronok nya buli adik.. Kan mama.

P/s : nur hana irdina mama pun sayang sangat dekat nur hana irdina. =)

2 comments:

Anira Abdul said...

alolololo...sweat sgt! Ok la tu hana lambat sikit jalan...anak saya berjalan awal...umur 10 bulan. tapi mula bercakap 2 tahun 2 bulan.....betapa lama menanti nak dgr dia bercakap. Sekarang ni klu ikutkan baru 4 bulan pandai cakap tapi...bercakap dh mcm org besar.

ayu Shaklee said...

Aah lambat. Dapat jalan terus laju. Saya xpaham dia cakap apa n nak apa. Pastu kalau dia nak. Dia nak jugak. Mengamuk betul dia kalau kita xpaham apa dia nak. Huhu. Aah awal ye dia jalan. Tu lah xsabar nak dengar dia cakap. Mesti bestkan =)