Saturday, November 22, 2014

Rindu si kecik tu...



wah agak lama jugak xmengupdate blog. nak dekat sebulan.. =) mood nak update blog memang xde. hana dah balik kampung dulu. sebab mak dan abah semua dah balik duduk kampung semula. emm.. rasa sunyi pulak. mak balik awal.. sebab adik dah cuti sekolah. pastu nak tunggu aku dekat sana. mak cakap kalau balik hujung bulan takut kelam kabut. mak nak bersihkan sikit2 rumah. maklum lah dah lama rumah tu kena tinggal. kena percaya jugak akan kewujudan alam2 xnampak ni.



insyaallah due date awal bulan 12. paling lambat pun minggu ke dua bulan 12 tu. so kali ni bersalin dekat kampung je. jimat sikit kos. xpelah mana2 sama je. dah pernah bersalin dekat dekat swasta.. rasanya semuanya terletak atas semangat kita sendiri. dekat swasta pun kena gigih jugak. sebab bila da balik bukan nurse yang akan jaga anak kita kan. semua nya kita sendiri. kena belajar... kan dia anak kita.. pastu diri sendiri pun kita sendiri jugak yang kena jaga kan.. bukan orang lain..


so.. ikut kemampuan lah. apa2 pun kita berserah je lah.. berdoa semoga semua nya selamat hendaknya.. =) alhamdulillah.. rezeki setiap anak memang lain2. masa hana dulu lain. masa adik ni pulak lain rezekinya. setiap anak ada rezeki masing2. selagi kita yakin.. selagi tu kita mampu tersenyum. insyaallah.. =) =)







0 comments: