Thursday, June 19, 2014

Hana dah pandai berjalan..

16.6.2014.. eh aku tengok sendiri anak aku dah pandai berjalan. walaupun masih imbang2kan badan lagi.. tangan depa2 nak imbangkan badan tu tapi dia still berusaha nak tunjuk dekat mama yang dia dah boleh berjalan. wahhh tahniah anak mama.. good job. dapat berjalan masa umur 1 tahun. seronok tengok dia dah pandai jalan. bila dia dah pandai jalan ni mulut asyik nak berbunyi lah. ayah tengok anak jap. ayah tengok anak.. mama nak buat kerja ni. nasib hana dapat ayah yang penyayang. huhu..

tapi dia ni ngelat cikit. nak berjalan kalau dekat dalam rumah je. kalau dekat luar.. aku letak suruh jalan.. dia xnak jalan. dia takut kena tinggal. haha. menjerit lah dia kuat2 suruh aku dukung dia. melainkan kalau letak dia pastu kita depa tangan suruh dia jalan datang kearah kita.. ha macam tu gigih dia nak berjalan. kalau x.. emm... hampeh.. xkan berjalan lah dia. bila dalam rumah kesana.. kesini berjalan.. buat sepah sana sini. semua benda dia nak punggah. mama kemas xcantik dia cakap..

sejak dia pandai jalan ni.. malam2 dia tidur lena je. menguap awal pulak. dalam pukul 8 lebih dah start menguap2. dah start gosok2 mata. dah start ajak mama tidur. dah start buat macam2 bunyi.. semua benda xkena. dia ni kalau dalam kereta lagi lena tidur. nak2 kalau aircond tu kena dekat dia.. lagi lah lena dia tidur. ha time tu lah nak gomol2 dia. time dia berjaga jangan harap. harapan tinggal harapan lah. mau kena cakar dengan dia. garang sangat dia ni. ikut gen mama habis 100%

eh tahun depan dalam kereta mama xdapat nak peluk2 hana dah. mama riba adik pulak. ai macam mana lah time tu kan. mesti dia mengamuk nak duduk depan. bukan nak mama.. tapi nak duduk depan dengan ayah. sebab nak main2 radio.. nak main tekan2 segala macam button dekat depan tu. haha. xpe nanti hana duduk depan.. mama dengan adik duduk belakang ye. teman ayah drive ye hana. hana bukan kesah pun kalau aku xde.. dia ada opah.. tokwan.. cik teh.. cik su..

tapi kalau aku balik kerja tu.. laju dia pergi pintu.. nak datang dekat aku. nak peluk aku. nak mintak dukung. ada lah paling lama 1 jam. paling lama tu. lepas tu meronta2 nak turun.. nak sambung buat sepah balik. adoi anak oh anak. macam mana lah lepas opah balik kampung. kena pandai2 bawak diri lah hana dekat nursery tu.. jaga adik tau. jangan bagi orang buli adik. hana kan kakak. kakak kan kuat + garang. huhu. nanti sayang adik tau. xnak gaduh2.. nanti mama suruh ayah handle.. haha..

0 comments: